This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, November 10, 2011

Cerita 8 tahun dulu...

Hari ni 10 November 2011.
Birthday anak aku. 8 Tahun dah dia..
Tahun depan dah 9 tahun pulak.
Waaa...cepatnyer masa berlalu.


Reverse balik 8 tahun dulu.
Aku deliverkan budak pompuan nie masa bulan puasa.
Tapi dihujung2 tunggu hari tu,
aku gagahkan jugak berpuasa.
Sampailah tetiba keluar lendir merah.
Takderlah banyak mana, sikit jer.
Dalam hati.."tanda orang nak beranak ker"..heheeee..
Kebetulan masa tu dok umah mak.
Jadinya, dari dalam toilet aku dah jerit2 panggil nama mak.
Mak kata "aahh..tu tanda tu..dah2..pegi batalkan puasa.."
Adoyaii...malasnya nak bukak puasa.
Aku dah puasa sampai pukul 2pm dah ni...huhuhuu...


Lepas adengan tu, aku still tak rasa apa2 lagi.
tapi bila jam tu pukul 3pm.
Pinggang aku dah sakit. Berdenyut2.
Yang aku ingat masa tu aku menahan sakit yg sekejap2 datang.
Sambil buat kuih raya tolong arwah Mak Itam (My late beloved Auntie)
Adoiii...sakitnya cucuk2 pinggang aku.
Pukul 4pm, aku dah tak tahan.
Teros call Papa kat ofis soh balik.
Mak pulak masa tu sibok kat dapur masak utk buka puasa.


Aku teros masuk bilik rasa mcm nak guling2 atas katil.
Sakit Ya ampunn..


Pukul 5pm, Papa sampai umah.
Aku dah tak sabor nak pegi hospital dah.
Tapi mak soh aku makan dulu.
Dia kata nanti tak ada tenaga kalau tak makan.


Jadinya, petang tu aku makan la.
Mak dah suruh kan...
Tapi serius..aku memang dah tak ada hawa nak makan.
Tapi aku paksa diri, menggigihkan jugak tekak ni untuk telan nasik.
Tapi nak buat macam mana kan.
Tak ada hawa pon aku still boleh habiskan nasik sepinggan.
Ayam 2 ketul ngan kentang 2 ketul.
Mak ari tu masak ayam lemak cili api.
consider lauk feveret aku tu..
Pastu mak soh minum air susu.
Aku minum lagi satu gelas susu segar.
Perot aku ketat menegang giler.
Tegang sebab nak beranak ngan tegang sebab kekeyangan..ngeee...


Lepas makan teros siap2 naik kete pi hospital.
Dalam kete aku tibai lagi 7/8 biji buah kurma.
Dalam nak layan2 perot ngan pinggang yg sakit tu,
ada baiknya makan buah kurma.
sambil tu mulut ni tak abis2 doa, biar semua selamat.


6.30pm mcm tu aku sampai kat spital.
terus masuk bilik saringan.
Doktor check pastu cakap "bukaan dah 4cm yer.."
Apa tu???
mula2 tak paham..maklum anak sulung..
pastu barulah doktor terangkan.
kelakar giler rasa..


That time jugak doktor pecahkan water bag aku.
Apa aku rasa?
tak rasa apa2..cuma aku rasa mcm ada benda terbocor.
Dah kena pakai pad lagi..kang basah pulak kang suor dalam aku.


Naik wheelchair, teros nurse2 anto aku kat wad bersalin.
tapi tak buleh masuk labor room lagik.
aku lepak kat katil aku sambil tengok muka2 mak orang kat situ.
Ada yg tengah pegang baby.
Ada yg tengah pegang perut. Tunggu masa mcm aku kot.


Papa tak boleh tunggu kat ward tu.
So dia pegi tenteramkan diri dlm kete kat tempat parking.
Tak tahulah dah buka puasa ke belum.
Aku pon tak sempat tanya tadi...kesian Papa..
Tapi aku rasa dia lagi tambah2 takde hawa nak makan...ngeee...


Aku kat ward dah menahan sakit jer.
Boring2..aku bangun..aku merayap kat area ward tu.
Bila sakit datang, aku berenti..
peganglah apa2 yg patot.
Katil ker, dinding ker...sambil tu pegang perut tahan sakit..haiiii...
berjalan sajer kejanya.
Malas sebenornyer nak layan sakit tu.
buat aku tak selesa.
tu yang aku kulur kilir tu..


dalam pukul 9pm macam tu, aku rasa perut sakit lain macam.
terus cakap kat nurse.
Nurse kata aku kena masuk labor room.
aku kata "ok!"..konon jer kann mcm tak takot..hehehee..


Then nurse panggil Papa kat kete soh masuk labor room temankan aku.
Dia soh Papa nengok aku, mana tau bila2 aku boleh bersalin kan..


Aku nampak muka Papa jer aku macam nak nangis.
tak tahulah kenapa.
tapi masa tu memang rasa sebak ada..sedih ada..pilu ada..
Huhuhuu...sangat sedeyy ok..


Nasib baik Papa ada.
Bersyukur sangat2.
Masa aku tengah mengeluh2 tahan sakit, dia yg tenangkan aku.
Tangan dia tak lepas2 pegang tangan aku.
sambil tu pujuk2 aku.
"sabar sayang.."
"tahan sikit..."
"sabar.."


Tapi aku tahu, Papa pon risau yg amat bila nengok aku.
sebab masa tu aku dah tak keruan dah.
Dalam labor room tu baru 1 jam..tapi aku dah rasa macam doploh hari dok dalam tu.
huwaaaa.....


Sekejap2 Papa panggil nurse.
"Isteri saya dah nak bersalin dah.."
Nurse cakap "belum lagi..baru 8cm.."


Adoi...rasa nak tooottt jer nurse tu.
Aku tak boleh tahan.
Sakit dah menggila.
Nurse tu selamba jer keluar dari labor room tu.


Aku geram, sambil menahan sakit nieh..
aku teran sekuat2 hati.
Aku cakap dlm hati.."baby, kalau kamu nak keluar..keluarlah..mama dah tak tahan lagi.."
Giler2 aku teran sorang2...
sakit dah takder.
Tinggal sakit pinggang jer.


Papa tengok aku lain macam.
terus panggil nurse.
Nurse masuk, then terus cakap..
"naikkan kaki..dah nampak kepala dah!!.."


Aku dah tak pedulik..
berapa org keliling aku pon aku  dah tak ingat dah.
Yang aku tahu diorang soh tarik nafas and PUSHHHHH..
Aku ikut jer apa diorang soh buat..


Alhamdulillah...berbaloi ngan kePUSHHan aku tu..
Anak aku pon selamat keluar.
masa tu lagi 5 minit pukul 12am..
kalau lambat sikit dapat tarikh 11-11.
tapi takpe..rezeki Allah.
cepat ke lambat, aku tetap gembira dan bersyukur.
Bila tengok anak aku, rasa sebak lagi.
Comel..cantik..sempurna..Alhamdulillah sangat2..
Allah maha berkuasa.


Tulah zuriat aku yg pertama.
8 tahun dulu...
Aku bersyukur sangat dengan kehadiran dia dalam dunia aku ngan Papa.
Harta yg bernilai buat aku dunia akhirat.
Thank you Allah.


Hari ni dia dah 8 tahun.
Dari start 01-11 dia dah mengira hari.
Tak abis2 bercerita dgn kawan2, hepi besday dia tak lama lagi.
Suka sangat dia..


Aku suka bila tengok dia ceria macam tu.
So, aku decide this year birthday dia buat Angry Bird theme.
kenapa??
sebab anak aku sangat maniac dengan burung marah itu.
Sampai kekadang pon aku boleh naik marah..hohh!!


So, last night aku siapkan bithday cake dia.
First time aku buat..hentam sajalah..
lepas dah siap tu, sibok pulak membungkus hadiah dia.
Segala2 is Angry Bird..sampai kapala hotak aku pon feningg.


Pagi tadi hantar kek pegi taska.
Dia kata nak celebrate ngan kawan2 kat taska.
Ok..i dont mind...boleh jerr..
Nanti mama buat satu lagi kek utk kita celebrate satu family esok yerr..


InsyaAllah, kalau tak ada aral, besok celebrate kecil2 lan ngan family aku.
tak sabor pulak rasanya..


Buat anak aku, Aleeya..
Mama ngan Papa sayang sangat kat awak.
Sayang banyak2..ketat2..
Semoga anak mama diberikan kesihatan yg baik.
Panjang umur.
Dilindungi Allah.
Jadi anak yg cerdik dan pandai.
jadi anak yg solehah yerr...
love you..muahhhhh!!!!!




 Aleeya - 7 mths

 Aleeya - 2 1/2 yrs

Aleeya - 3 yrs 

Aleeya - 6 yrs 

Aleeya - 7 yrs


Aleeya - 8 yrs

No comments:

Post a Comment