This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, November 4, 2011

Mee Siam Singapore


Perghhh..
Lama giler terperap entry recipe aku nieh..
dah nak masuk seminggu dah..muahahahahaaa...

Oleh kerana banyak permintaan yg tanyakan takder ker recipe2 baru?
adoyaiiii....
adaaaaaaa....
tapi bila penyakit malash aku datang,
korang paham2 jer la kannn.
kekadang sampai bersawang pics2 tu dlm camera aku tak upload.
nak cakap macam mana kan..
dah kaedahnyer macam tu..huhuhuuuu...

Ok..jom cuba masak mee siam Singapore nieh..
Confirm feveret aku.

History behind the scene :
* Aku dah lama tak masak mee siam kuah nie..last aku masak 11 tahun dulu..masa tu aku blom jadi bini org 
   lagi....ngeeeee...
* Masa aku praktikal kat Komtar dulu, dish nie merupakan sarapan seharian..berhari2..tiap2 hari..tekak aku.
   kenapa suker makan mee nie??..sebab dia best dan sedap!
* Kali terakhir aku makan mee siam nie, masa kat Singapore raya baru2 nie..Kak Ani cousin aku beli kat 
   sebelah blok buat sarapan di pagi hari...suker ok!

Ok..tu jer aku nak cerita.
Kalau korang nak try boleh review recipe kat bawah.
Nie consider recipe aku sendiri.
Aku bila dah makan sesuatu, aku cuba rasa betul2..
then balik umah aku akan try masak..
masak sampai dapat rasa yg betul2 ngan dengan apa yg aku pernah makan...


Bahan-bahan :-

a) Mee Hoon Goreng.

1 bungkus mee hoon
4 senduk cili yg dah diblender ngan bawang putin ngan bawang merah - nak letak sedikit udang kering pon boleh
300 gm udang basah
garam/gula

Cara masak :

Tumis cili sampai garing then masukkan udang basah. masuk garam/gula. Dah agak garing dan naik bau, masukkan air dan terus masukkan mee hoon tadi. (Aku tak rendam pon mee tu)
Masak jangan sampai mee tu terlalu lembut atau lecur. Kalau terlalu lembut, bila kita campur ngan kuah mee nanti, jadi benyek dan tak sedap.

b) Kuah Mee Siam

2 senduk cili giling/bawang merah/bawang putih
1 1/2 senduk taucu masin - basuk sikit dan lenyek kasi hancur
1 keping tauhu yg dihancurkan atau dilenyek - nanti kuah tu nampak mcm pekat sikit
1 mangkuk air asam
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
gula

Cara masak :

Tumis cili blender sampai garing. Masukkan sos cili/tomato. Masukkan taucu and tauhu yg dah dilenyek. Gaul sebati then masukkan air asam. Masukkan gula. Aku tak letak garam sebab taucu tadi dah masin.
Kuah tak pekat tak cair..sedang2 jerr..tak pon ikot suka korang lerrr...rasanya korang kena makesure, ada rasa masam, manis, masin..all in one..
Lepas kuah dah mendidih bolehlah tuang atas mee hoon tadi dan biasanya dimakan bersama daun kucai mentah, telur rebus, tauhu yg dipotong kecik dan digoreng. Jangan lupa limau kasturi utk rasa masam sikit dan wangi.




No comments:

Post a Comment