This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, November 4, 2011

Sambal Goreng Mak Eton


Sambal goreng ni memang makanan wajib aku sekeluarga kalau time raya.
Mak mertua aku suka sangat kalau dapat makan sambal goreng yg aku masak ni.
Dia kata, kalau dia yg buat musti tak jadi.
Sambal goreng dia musti kering kontang.
Yang aku punyer dia suker sebab ada basah2 sikit.

Kalau aku ngan Kak Long aku, kitorang ratah sesajer jer sambal goreng ni.
Ada certain sambal goreng orang letak kacang panjang.
Tapi aku tak suka pulak letak kacang2 bagai tu.
Dia buat sambal goreng tak tahan lama.
Sambal goreng ni, kalau tak abis, kita boleh hangatkan dia dan dia boleh tahan sampai seminggu ok.
Itu pon kalau tak letak kacang laa..
Kalau letak kacang, cukup 2 hari jer la nyawa dier..



Bahan-bahan.

a) Rencah

1 senduk cili kering blender
4 biji bawang merah - blender
3 biji bawang puteh - blender
1 batang serai - blender
1 inci halia - blender
1 inci lengkuas - blender
2 biji bawang besar - mayang
1/2 batang serai - mayang halus
10 biji cili hijau api - hiris
2 biji cili  merah besar - hiris
2 sudu air asam
3/4 cawan santan
kicap manis secukupnya
garam/gula

b) Isi sambal goreng

5 keping tauhu basah - potong kecil dan goreng
5 keping tempe - potong kecil dan goreng
3 biji kentang - potong kecil nipis2 dan goreng
300gm hati/pedal ayam - direbus dan dipotong kecil
300gm paru - rebus+goreng dan dipotong kecil
300gm udang basah
3 papan petai - petai belah 2
tauhu kering - rendam
soo hoon - rendam

Cara masak.

1. Tumis semua bahan blender. Bila dah garing sikit masukkan bawang, cili dan serai hiris. Kacau sebati.
2. Masukkan air asam dan santan. Kacau lagi.
3. Masukkan bahan2 isi sambal goreng- tempe ,tauhu ..bla...bla..blaa...Kacau sebati.
4. Masukkan garam/gula ikut suka tekak korang.
5. Last sekali masukkan kicap, kacau sebati dan sampai sambal goreng masak. Kalau suka kaler gelap,  letak banyak sikit kicap tu. Kalau tak pon ala kadar jer. Bior sambal goreng tu rupanya ada kaler merah2 ngan itam2 sikit.
6. Dah siap! bolehlah makan ngan nasik atau ketupat.



No comments:

Post a Comment