This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, December 8, 2011

Bila department aku dilanda badai

Giler sedih..
giler horror..
giler sentap aku sehari dua nieh.
nak buat keje serba tak kena.
tak buleh focus..tak boleh concentrate bagai.
Banyak betul benda yg main2 dlm pala hotak aku nie.


Since Mr Soo my lovely boss tinggalkan kitorang sebab resign.
Nie ada lagi sorang yg bakal2 tinggalkan aku ngan kengkawan kat sini.
Sangat sentap okeh..
Kalau benda tu datang dari diri sendiri,
aku ok lagi..
ni tak..
semua datang dari orang lain.
tu yg aku tak puas hati tu.
Saper lagi kalau bukan company aku.
Suka2 hati jer nak dissmissss orang.
buat alasan tak masuk akal.
taulah ko tu bayar pampasan.
tapi berapa sangatlah yg ko bagi kan.
kalau ikutkan tak terbayarlah dengan usaha dan penat lelah kitorang selama ni.
Setiap perasaan, masa, jiwa raga, keringat yg kitorang tumpahkan..
tak mungkin ko boleh bayar..


Betul2 tak appreciate orang.
sangat sedih okeh.


Benda tu jadi bertambah2 sentap bilamana berlaku di hari yg sangat2 tak sesuai.
Kesian kawan aku nie..
dapat berita yg sangat mengecewakan hati di saat nak menyambut ulang tahun yg ke-28.
Aku tambah sentap bila dia cakap
'nielah hadiah yg dia dapat sempena birthday dia'...
Ya Allah...sebaknya jantung aku..
berderai air mata..
Sesungguhnya Ya Allah..
Kau tabahkan dan kuatkanlah hati dan perasaanya Ya Allah.
Berikan dia rezeki yang melimpah ruah.
Jadikan dia seorang hamba-Mu yang tabah dalam menerima dugaan-Mu.
Sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yg telah ditetapkan untuknya...
Semoga masa depannya lebih bersinar..Aminnn..


Since benda tu berlaku,
semua terpikir..siapa punya giliran pulak lepas ni?
jadi sedih..
jadi pening..
sebab macam2 benda bersarang dlm otak ni.


Bila pikir2 nak buat macam mana kan..
kita ni semua kuli jer..
makan gaji.
kalau dia rasa nak sepak terajang kita.
Bila2 pon dia boleh buat.
Kita ni siapa kannn..


Tapi aku percaya,
setiap yang berlaku tu bersebab.
Mesti ada hikmah dan kebaikan disebalik apa yang berlaku tu.
kebiasannya hikmah tu lebih baik dari apa yang kita dapat sekarang.


Buat sahabat sedepartment aku tu :


Akak kenal ko dah lama.
Since dari tempat kerja lama.
bila kira2..dah lebih 10 tahun kita kenal.
walaupon pernah berpisah kejap sebab akak berpindah kat tempat baru.
tapi kita still jumpa balik..sebab dah jodoh kann..
Akak percaya..banyak yang ko dah belajar selama ko kerja kat sini.
Banyak benda kita dah kongsi sama2..
hal kerja..hal keluarga..anak2..mak mertua..rumah...perasaan..
ketawa sama2..nangis sama2..makan sama2..gurau sama2..
serba serbi sama2..
Cuma akak harap ko tak salahkan akak.
Sebab tak tolong selamatkan ko..tak selamatkan kerjaya ko..
tak selamatkan minat ko..tak selamatkan perasaan ko..
tak selamatkan air mata ko dari tumpah ke bumi..
akak2 betul2 mintak maaf.
Akak dah cuba masa jumpa JS ngan KC in person.
banyak benda akak cakap pasal ko.
Dengan harapan adalah sekelumit yg diorang boleh paham.
Rupa2nya akak gagal jugak.
Akak tak terdaya.
Tapi, jauh di sudut hati akak, akak harap akan ada keajaiban yg akan berlaku.
Akak percaya, ko bagus dan boleh buat segala yang diamanahkan.
Sebab tu akak mencuba...


Sempena birthday ko hari nie,
akak panjatkan doa semoga diberikan kesihatan yang baik..
rezeki dan masa depan yang lebih cerah dan bermakna..
kebahagian hidup di dunia dan akhirat..
Semoga ko tabah dan kuat.


Akak tahu, walaupun sepanjang hari ni ko tersenyum dan ketawa..
tapi akak masih nampak garis2 luka dan kesedihan pada diri ko..
Banyak benda yang ko sembunyikan..
Dan akak paham semua tu..
walaupon akak bukan ditempat ko..
sekurangnya2, kepedihan ko tu akak rasa jugak di dalam hati..
akak sedar,
berat mata memandang..bahu ko jugak yg memikul..


Redhalah dengan apa yang berlaku..
Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..Insya Allah...




















No comments:

Post a Comment