This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Catatan Kek Lapis Saya

That day wat kek lapis untuk Moksu aku kat Puchong.
Ngidam kot.
kengkawan dia plak pon gatai2 nak order jugak.
Okeh fine. Buatkan sekali.


Aku sebenornyer dah malas nak wat kek lapis nie.
rasa nak retire jer.
Dah tak larat dah nak buat banyak2.
Kalau sampai tahap bosan tu, rasa nak nanges.
Mana taknyer kena melayer satu2.
Satu layer 5 minit.
Satu layer 5 minit....
kalau dah 30 layer..keras kejong kott.


Lagipon aku rasa wat kek lapis ni mcm tak berapa nak untung sangat.
penat jer lebih.
aksesori pon patern mahai2.
berapa pulak nak charge?
kalau charge terlebey kang, kata "awat mahai sangat beb?"
amboi...malas ah nak cakap.
korang tau nampak benda tu lawo jer berlapis2.
mana kaler2 yg cantek.
rasa sedap.
yg paling confirm, selamat sebab takder bahan pengawet kan.
Home made tu.
bukan cap kedai.
sure semua bahan bagus ngan kualiti punyer.


Tapi yg tak best bila ada orang yang tak nak paham.
Suka hatilah.
Aku tak rugi apa pon.
Yang aku tahu raya tahun ni aku memang tak bukak order kot.
kalau aku bukak order, jawabnyer meje raya aku pon xde kek lapis tu.
sedih tau.
So, aku decide, raya ni adalah lebih bagus aku sendiri order, sendiri buat, sendiri makan.
baru feeling raya lebih sikit..muahahahaa..







So, pada saper2 yg rasa mcm nak order kek lapis aku tu.
cancel jer laa.
carilah orang lain yg boleh watkan korang kek tu.
Kalau korang rasa terer, cariklah jugak orang yang boleh jual murah.
Baru best kann????
berbaloi sket soalan2 power korang tu..hehehee..


Cuma jangan nangislah bila time makan kek tu,
korang rasa kelapa.
sebab mungkin baker tu dah tukaq butter pada minyak kelapa.
nak murah kannn????
sadissss.....


























Monday, January 30, 2012

Message For My BFF - Aida & Ali

Sebenornyer hati ni berbunga2 bila BFF aku yg sorang ni nak menamatkan zaman solonya.
Setelah macam2 dugaan yg dia dah lalui.
macam2 masalah..macam2 cerita..
bersulam ketawa...berkelarai air mata (cewahh...macam novelis u'olls)
namun masih tega diselangi tawa ria..
Semua sekadar untuk menghiburkan hati dan memujuk jiwa.
But, Alhamdulillah..semua tu dah berlalu.
Sekarang masa untuk menyulam cinta.
Bersama pasangan yang akan menemani hingga ke syurga...aminn..


Tulah kawan aku..Niraida Nizar....:)


That day, aku sampai jer.. perantin baru jer naik atas pelamin.
Aku rasa nak teremo sekejap.
Rasa nak nanges ko.
Tapi aku notice..ada jugak air  mata aku yg jatuh setitik dua...sobb..sobb..sobb..
Rasa sayu ngan sebak sangat masa tu.
Dalam hati..'kawin jugak ko aida..'


Aku happy sebab kawan aku ni dah jadi pengantin.
dia nampak cantek sangat atas pelamin.
Asal memang dah cantek.
Bila dah make up bagai. Pakai baju lawo2.
bertambah2 cantek.
I'm so happy and speechless.


Sebenornyer terkilan jugak hati ni sebab tak dapat attend masa majlis nikah dia hari jumaat tu.
Hari Jumaat pagi tu, aku rasa tak selesa jer kat ofis.
Asik2 teringat kat dia.
Rasa sedih sangat...
Aku teringat masa aku kawen dulu, dialah yg jadi pengapit aku.
teman aku dari aku start nikah sampailah reception aku.
Dialah yg jadi tempat aku tumpahkan air mata bila majlis aku ditimpa dugaan.
Setia teman aku dan dengar setiap luahan dan bebelan aku.
Aida..i will not forget all the past moment. 
Will always keep it ketat2 dalam hati.
Thanks for everything my dear friend..:)


Awat ayat emo2 hari ni??
well, that me..
if ada benda yg related ngan hati ni memang aku emo...waaaaaa...


Korang, 
jom tengok pics BFF aku ni.
takder banyak mana.
Tapi cukuplah sebagai kenangan untuk aku.
Mungkin juga kenangan untuk kawan2 yang lain.


Sekutu2 Saujana!!!!
Aida dah kawen okehh!!!!
I'm so happyyyy!!!!!
So do you right!!!










Buat Ali,
Make sure ko jaga kawan aku tu baik2.
Ko jangan nak macam2.
Bila ko dah akad dan sah pulak akad tu.
Gila ikat mati ketat2 ko dah jadi suami dia.
Jaga perasaan dia, lindungi dia sepenuhnya.
Jadilah suami, rakan dan sahabat sejati.
Jadilah pencerita dan pendengar yang setia dan jujur dalam segala hal.
Sayangi dan cintai dia setulus hati...
Terima dia seadanya.
Tiada manusia yang sempurna.
Ko lengkapkan dirinya dan pastinya dia akan lengkapkan hidup ko.
Manis bicara dan toleransi pasti akan bahagiakan kalian...


Buat Aida,
If you're happy..i'm thousand happy for you.
Be a good wife and mommy in future.
Please let all the suffered moment flew behind you.
Left it as a guidance which can give you a better life to begin.
Allah given you somebody that i believe can make your life more cheerful and flowerish with a lots of loves.
Sincerely accept him as your soul mate which can be your partner till your last breath.
I believe..the more love you give..the more love you will get..:)








  









Friday, January 27, 2012

#Day3 - CNY@Melaka'12

Day 3 sudaa..
kejap jer kann.
So, hari ni decide tak nak pegi mana2.
Cuma nak pegi jalan umah abg mail ofismate aku kat telok mas.
First time ni nak pegi.

Sampai umah abg mail dlm pukul 11am gitu.
kitorang tak terus ke umah.
Abang mail ajak lepak2 tepi laut kat area kedai ikan bakar kat umah dia tu.
Cantek tempat tu.
Tak sempat lak nak amek gambo.
Siok sangat berbual.

Pukul 12.30pm mcm tu kitorang balik umah.
Sampai jer umah abg mail tu rasa macam best jer.
macam kat kg betul.
rumah pon still rumah lama melaka.
even takder tangga batu yg kaler2 tu.
tapi aku still excited ngan rumah lama tu.

Best kan umah nie..sejuk jer..banyak pokok2..pastu takder dengo bunyik bising kete2 ponn..

Tak sabor dah nie..dah standby nak makan dah..ngeeee..

Masak asam daging..pure from Melaka..biasa makan kat Taman Daya jer..hehheee..
feveret ever after. Nice.

Jemput makan eh semua..kihhkihhh...

Amboi..cantek bersimpuh abg mail..


Aku lepak kat umah abang mail sampai kul 2pm macam tu la.
kalau dok lama kang lagi tak balik.
memasing banyak betul story yg nak dibualkan.
kejap2 aku kata "nak balik la..gerak dulu la.."
tu jer yg mampu cakap.
last2 duduk balik bontot nie sambung cerita...muahahaha..
giler bercakap semua orang.

Lepas gerak tu gi teros Air Keroh.
lepak jap and beli barang kat Mydin sikit.
Pukul 6pm macam tu baru gerak balik Jb.
Puas hati dapat berjalan kat Melaka ni.
ringan rasa kepala..

Ok..tu jer nak story.
sorilah aku memang fail kalau bab2 penutup ni.
selalu potong stim.

yg aku boleh cakap,
babai.
tu jer.



CNY@Melaka'12 ~ EURO RICH HOTEL, MELAKA

Okeh. Jom review balik hotel yang aku lepak kat Melaka hari tu.
Macam biasa..saper2 yg kenal aku,
aku adalah pencinta buget hotel.
Aku adalah seorang kedekut yang amat tegar.
So, layaknyer hanya dok kat hotel buget sajer yer.

Ni first time aku lepak sini.
Kak Long aku recommend.
So, macam biasa..aku jugak pencinta booking hotel online.
Kenaper tak direct booking hotel?
No..no..no..katakan tidak.
Direct booking adalah mahal okeh.
Tidak kiralah samada booking terus dlm hotel web itself,
telefon dan juga email.

Usually aku hanya akan booking tru agent.
Saper agent tu?
Haa..mcmam biasa..
Pakcik Agoda, Makcik Asiaroom.Com, Cik Booking.Com, Encik Travel.Com..
Ooo..terlalu banyakk.
tak sanggup untuk menjotkannya di sini.
Sila google sendiri yer.

Ooppss terlupa..tips dari aku.
Kalau nak lagi mudah pegi check dulu kat Hotelcombine.com.
Kat sini korang boleh terus nampak mcm mana si Cik Combine ni buat keje.
Dia akan himpunkan semua agent2 hotel bersama2 ngan rate2nya sekali.
So, senanglah korang nak wat comparison.
Begitulah ceritanya.

Oleh dengan itu, maka adalah seronok jika kita bersama2 mencuci mata yer.
Jom nengok gambo hotel Euro Rich tu...mari semuaaaa....auwwww...:D

Feeling sendiri kengkonon kat umah aku pon ada cendelier nieh..macam orng kaya you...nice :)

 Nie kat lobby hotel.

 Reception counter.

 Bilik sayer...weeehoooo!!!!! best3x...

 Superior king bed. Sesuai sangat2 untuk kitorang 3 beranak..ngeeee..

 Bilik nie takder cupboard okeh. Dia ada benda nie jer buat gantung baju.
Ok kott..aku bukan dok sebulan pon kat sini.

 Simple table ammenities ngan LCD tv yg kengkononnya banyaklah channelnyer..yang adooo..

Washroom and shower. Not too big. Just nice jer..

Yang best pasal hotel nie.
  1. Rate yg sangat murah tru Asiaroom.com. Aku dapat rate 1 malam hanya RM90nett inclusive breakfast for 2 person. Kalau booking tru hotel, ratenya adalah RM190nett. Alasannya, time tu adalah super peak..CNY dowh!!..Well, yg penting aku dapat rate yg sangat superbb!!
  2. Location!! Location!! Location!! Walking distance to Taming Sari. Kalau jalan cepat 5 minit sajer okeh. Kalu korang lambat macam sipot boleh jejak 10minit..dasar lembabbss..
  3. Facilities la kann..Hotel buget jer tapi facilities ala2 5 bintang gitu..suker tak????
  4. Ada wi-fi. Korang boleh berintenet sampai lebam.
  5. Banyak kedai2 and restaurant makan area situ. Walaupon regenya cekih darah tapi okeylah kann..dekat tu ngan hotell..ngoooo niehhh...
  6. Pagi ada breakfast okeh..walaupon simple tapi pada aku ok sangat2..sekadar untuk mengalas perot. Apa yg korang aspect kalau dah bayar hanya RM90 tu..cuba cakap!!!..sekeh kang..
  7. hari Sabtu ngan Ahad ada pasar malam kat area situ..boleh jalan2..yeehaaa!!!!
Yang tak best pasal hotel ni.
  1. Aku dapat bilik takder window. Tak best..rasa tak bernapas..huakk..huakkkk..takpelah, bayar murah jer ponnn...cittt.
  2. Bilik aku tu agak sempit sikit, so rasa macam congested. Sebab pakai king size bed kottt..sebab tu nampak sempit jerr..
  3. Air cond tak sejuk sangat..dah panggil maintenance pon still tak sejuk jugak. Sejuk ala2 manja jerr..tak suker.
  4. Shower pon tak kuat sangat. Mungkin tak centralised kottt.
Conclusion aku untuk hotel ni.
Surelah okeh..tengoklah sendiri benda yg aku suker ngan tak suker.
mana lagi banyak?..hehheheee..
Nie apa yang aku boleh share jekk.
Yang lain2 tu korang rasalah sendiri.
penat dah aku menaip nieh.

Okeh. Tu jer aku nak share and story.

Babai.


#Day2 - CNY@Melaka'12

Macam aku cakap before nie.
First night stay kat Weilia.
Weilia hotel ni tak provide breakfast.
Almaklum..buget hotel kan.
So redho jer la.
Nak makan breakfast kat luor malas.
So, makanlah dalam bilik jer.
rendam maggi cup kari.
Sapu roti ngan nutella.
buat air neslo panas.
Alhamdulillah..kenyang sudaa kitorang 3 beranak.
amacam?..simple kan?..hahahaaa..


Okeh..mari kiter keluor bersuka ria.
Masa tu baru pukul 9.30am.
kemas2 nak check out.
nak transfer hotel lain pulak.
alamak macam bodo jer kan nak check in awal2.
jadinya harus tuju dulu tempat lain.


Then, aku ngan Papa sepakat nak pegi Jonker Street.
Moh ler kiter..


Beli kupon parking.
parking ngam2 depan Taming Sari.
Jalan sikit jer.
Set time pulak utk 5 jam kat area Bandar Merah.
Then..move..teroskan perjalanan..


On the way nak ker Jonker Street tu, kena lalu kat Sungai Melaka nie. Sungai ni yang ader river cruise tu..masa sampai saner tu, ramai dah org dok beratur nak naik cruise. Aku tak naiklah..sebab aku dah 2 kali naik benda alah tu..malas dowh.


Pegi dulu area Jonker Street.
Emmm..timing tak ngam laa.
50% kedai2 kat situ tutup.
Yelah nak raya kann.
Takper..redho lagi.
teruskan jer perjalanan.


Gambo pintu gerbang jonker Street ni wajib amek. Menandakan aku dah sampai sini..ngeeee...


Cuaca redup jer. Suker okeh.
Sampai kat satu kedai beading shoes.
Huhuu..lawo2nyer kasut2 kat sini.
harga pon boleh tahan.
Hati macam nak beli..tapi mulot kata jangan beli.
2 kali singgah kedai tu..
last2..tak beli ponnn...tetiba terasa kedekut duit pulakk.


menggiler nengok beading shoes kat sini..


Abang beca..



nak amek jugak gambo dengan encik naga nie..

Jalan2 dah banyak sangat..so, harus singgah jap beli kopi sing sing...sedap you kopi tu.
Kopi ais lagi..masa tu tengah wat promo..actual harga secawan RM4, tapi harga promo RM2.50.

Comel tak gambo nieh...suker.

Wehh..kaki belom lengoh lagi..
aiseyyy..hebat tol kaki nie.
teros tuju Bangunan Merah.
Lepak2 jap kat situ.
Then masuk muzium ngkoo..
lama giler aku tak masuk sini.
Last aku masuk darjah 2 kott..muahahhaaa..


Then, panjat pulak bukit kat belakang tu.
Apa ntah namanya..St Paul ke aper..
sorilah yer..aku berjalan2 jer.
Manernya nak baca2 benda2 kat situ.
Kalau aku rasa menarik, aku bacalah..



Okeh anak2..inilah pokok Melaka..pokok dan daunnya macam pokok asam, buahnyer macam buah cermai..tapi besar sikitlah size buahnya dari pokok cermai tu.

Naik bukit St Paul tak hengattt!!..penat!!!!! hohh!!

Nie kat St Paul

Seniman jalanan yang tak jalan2..asik duduk jerr..

Ngadap kedai ni yg berlambak2 kat sini..tapi yang adooo..membelek tak hengat..tapi tak beli jugak..bukannya aper, aku notice..key chain2 kayu tu dari aku dlm perot mak aku sampai la nie, mcm gitulah jugak ghupernyerr..

Turun St. Paul tu, ngadap A famosa pulak. 
Woii..lamer giler tak jejak kaki kat sini.
berdiri teguh lagi A Famosa ni yerr..
Lapan ploh kali datang Melaka.
Barulah ni second time aku jejak A Famosa nieh..muakakakaaa..


Perrghhh...pose tak hengattt depan meriam..cittt..




Lepas A Famosa,
kita tengok patung2 Hang Tuah pulak yer.
Masa ni dah tahap kaki nak tercabut dah.
Cuaca pon makin panas.
Takper..tabahkan hati..teruskan berjalan.
Papa kata ni trainning jer.
untuk trip Jakarta Bandung bulan 3 nanti.
Adehhh...
Papa kata harus kena banyak berjalan..huwaaaaaaaaaa..


Nampak macam tutup jer kann..lengang jer..rupa2nya ramai orang kat dalam tu..ada ekon, sebab tu tutup litup bagai..

Muzium Istana Kesultanan Melaka


Sampai kat Muzium Istana tu.
Alhamdulillah...
air cond sudah.
Apalagi..semua melabuhkan bontot layan air cond kat dalam muzium tu.
sejuk jer..nyaman..
rasa nak terlentang tido kat situ.
kalau dah tido..sure tak bangun kang.
berkawan pulak dengan patong2 kat situ..
aishhh..tak mo..serem makk.


Patung2 kat sini pon aku notice dah lama giler.
pandai deme jaga ekk.
Last datang muzium masa aku darjah 2 ke 3..tak ingat sudaa..
skang dah 32 tahun umo aku baru datang lagi..ngeeeee
lama siotttt!!!!


Macam mana aku tengok dulu,
sama jugak macam mana aku tengok sekarang.
Yang bestnyer dah ader ekonnnn..


Lepas gie merayap area2 situ,
tengok jam dah pukul 1.30pm..adoyaiii
baru rasa lapor..
maklum tenaga dah abis bakar giler.
lunyai dah semua maggi cup ngan roti dalam perot ni.
sebab tu dah rasa lapor.
ayat sedapnyer..kalorinya semua confirm dah terbako ler..best kannnss..


Carik2 tempat makan kat area Melaka Raya tu.
Jalan kaki sikit jer depan Dataran Pahlawan.
Makk aiiii...semua restaurant penoh ngan manusia dowh.
yer la..dah time lunch kan.
Aku anak beranak tawaf area situ 2/3 kali carik tempat makan.
last2 dapat jugak..Alhamdulillah.


Macam biasa, bila dah makan area sini lagi time coti2 nie kan,
sedia jelah kepala2 agong tu lebih2 yerr.
Aku makan kat restaurant ni, betul2 muntah darah.
makan 2 potong ikan jenahak asam pedas + 2 ketul ayam goreng + set ulam + sepinggang kecik kerabu mangga = Rm40.
Mahal babasssss!!!!!
Takperrr..redho..redhoo..bayor jer la..


Pas makan terus gerak pi check in hotel.
Masa tu dah lebih kurang pukul 3pm macam tu.


Dah check in, apalagi..terlentanglah semua orang atas katil.
dah tak hengatt dah penatnyer.
perot pon dah kenyang kan..almaklum..


Pukul 5 macam tu, semua bangun tido.
mandi2 then rasa nak pegi Jusco pulak.
kengkonon nak jalan2 jer.
Sekali terjebak tengok wayang..muahahahaha.
jadinya tertengokla jugak citer Bujang Terlajak tu.
perghhh..giler ketawa tak hengatt.
kelako siott citer tu. Puas hati.
Balik hotel dalam pukul 12.30am.
Penat jangan cakap.
Dalam hati...alaa..besok dah nak balik JB.
tak bestnyerr..teremo pulak.


Sampai hotel, mandi, tukor baju and kuak lentang teross..
huwaaaaakkk..ngantokkk...zzzzzzzzzzzzz..


















CNY 2012 Kat Melaka lagi??

Maner???
Melaka lagi??
adehhh..ko tak boring ker minah asik2 pegi Melaka jer??
Apa yg best sangat kat sana tu??
Bukan bulan 11 hari tu ko dah pegi saner ker??


Woii..banyak giler soklan..
nie soalan ikhlas ker atau soklan jeles sebab tak boleh coti2 macam aku?
Lama jugak tau aku plan coti2 Melaka ni.
Since bulan 12 lagi tau.
Tapi masa tu kak long aku jer pegi ngan mak.
Aku tak join sebab pikir2 baru jer bulan lepasnya aku pergi kann.
sbb tu aku decide gie lewat sikit.
Ala..takder lewat mana ponn.
lewat sebulan jer kott.


Coti2 ni aku gie 3 beranak jer.
so..temanya adalah..coti2 suker hati mana nak jalan.
takder itenery takder plan2 mana nak pegi.
semua ikut suker hati kete aku mana nak pegi okeh.


Stay kat sana 3 hari 2 malam jer.
takderlah lama sangat..buget pon ala2 kedekut jugak.
so, bila dah ala2 kedekut..
jawabnyer dok jelah buget hotel okeh.
tak payah bintang2 kejora. Cukup dapat tido dapat mandi, sudahhh..


First night tido kat Weilia Hotel
2nd night kat Euro Rich hotel.
Kenapa lepak kat hotel2 tu?


No. 1 sebab murah.
No. 2 sebab location.
No. 3 sebab facilities.


Day 1, sampai saner pon dah lambat jugak.
tengah hari gitu.
So, lepak dulu kat Mydin.
makan2 lunch and buang wit sikit2 kat saner.
Since nak tunggu check in kol 2pm kann.
Maka harus membuang masa macam tu.


After check in, lepak2 jap sejam dua.
pukul 4pm macam tu tros gerak gi Dataran Pahlawan.
Macam biasa parking kete dekat2 area yg banyak restoran baba nyonya tuh.
jalan kaki sikit dalam 2/3 minit.
Cuaca..emm..hari ni, Melaka's cuaca sangat superb!!






Habis semua ceruk mall tu aku geledah.
Cuci2 mata jer.
Then ingatkan nak gie carrefore kat atas tu.
Yang adoo!!
rupanya lama dah carrefore tu tak wujud.
adehhh..
bankrap kah??
takper..
pi jalan2 masuk kat mall baru depan dataran tu.
bulan depan baru hotel tu bukak.
Apa tu namanya, Hatton Hotel..
lebih kurang gitulah.
bawah tu depa pi buat shoplot2 jugak.
kengkonon hatton mall tu nak buat ala2 IT mall la..
suka hatilah..


Dalam pukul 6.30pm mc tu, teros gerak gi makan.
Ingatkan nak gie Umbai ker.
Sekali jer macam malas pulak.
So pegi yg dekat jer.
gie kat Sg Duyong. Dekat sikit.
Bila dah abis makan tu.
Boringlah ek asik makan kat sini jer.
Takmo makan lagilah kat sini.
Asik bagi orang ni kaya jer ngan duit aku.


Tapi dah biasa sangat agaknyer makan.
Jadinya makan dah tak feel sangat.
confirm future aku makan kat tempat lain pulak.
kesudahannya, sekeping gambo pon aku tak amek...muahahhaaa..

Gambor tak amek yer. Sori.
Nanti korang musti kata, ek elehh..samer jer gambo mcm yg lepas2 tu.
So, no gambo okeh.



Lepas makan teros balik hotel.
Malas dah nak singgah mana2.
Badan pon dah rasa penat.
Tak sabor nak mandi gamaknyer.
So, balik hotel..aktivitinya..baring2..tengok tv..main intenet..dan tido.


Abis sudah day 1....kuii..kuii..kuiii..


















Sunday, January 15, 2012

Cuba Mama Tengok Betul2.

Asal bontot cecah sit dlm kete last friday tu nampak Papa mcm excited.
tetiba kuor ayat mcm pelik2.
Apa benda pulak Papa ni?
Acehhhcehh...nak cieta hal opis ghupenyer.
Okeh..den dongar okeh.

Papa : Ma...henpon boleh wat super impose tak?
Aku : Boleh kottt..tapi banyak kejelah..kena upload dulu dlm PC..pastu baru edit wat super impose tu..
Papa : Nak pecaya susah..tak pecaya pon susah jugak..
Aku : Apernyer tu Pa..
Papa : cuba mama tengok..agak2 betul tak?..

Sambil drive Papa terus kuorkan henpon.
godek2 henpon tu and terus tunjuk kat aku.

Papa : cuba mama tengok betul2 nampak tak tu?
Aku : Alaaaa...maner???..peninglah..kete goyang2..kat umah laa nengok..
Papa : yelahh..

Tak sempat sampai umah.
Masa kat taska masa aku sibok memunggah barang2 Aleeya,
Papa tunjuk lagi henpon dia soh aku tengok..

Aku : Eeeeee...apa ni..
Papa : gambo ni gardener Papa yang tangkap..masa tu dia sajer2 tangkap gambo ni..
Aku : La.. yer ker..
Papa : boleh pecaya tak ma?
Aku : Entah ek..ni kat opis Papa ker?
Papa : Aahh..gambo tu kat phase 2, first floor..gardener tu tak sangka sangat2 tetiba ada makhluk tu..
Aku : macam takot ekk..
Papa : yelah..tak pecaya tak bolee..sebab kat opis Papa memang ader Cik Pon tu..

Cuba korang tengok gambo bawah nie..
what say you??..

Jaga2...ada yg memerati....hihihihiiiiiiiii..................


Papa kata...level nie memang sentiasa gelap..kalau ada cahaya pon cuma lampu kecik kat siling tu ngan cahaya dari tingkap..



Friday, January 13, 2012

Kisah Si Tanggang

Semalam before nak balik umah sempatlah berskype ngan officemate aku nieh. 
terkeluarlah cieta hal2 blog.
Cieta pasal masak2.
Cieta pasal recipe2.
Cieta pasal makan2.
Aku ok jer cieta benda2 macam tu.
Memang feveret aku layan ceita macam tu.
Mak suker okeh.

Tengah syok2 ceita, teemerepek pulak pasal "ayat2" dlm blog aku  nie.
Yelah..niat aku tu baik jer sebenornyer.
kalau bab nak menstory aku suker ayat yg ringkas2 jer.
tapi bila dah syok mengarang ayat tu, macam biasalah..
musti terkeluar ayat2 yg confirm takder dlm kamus.
kengkadang ayat kuang ajo pon ader.
tapi aku cuba jugak kontrol..
kalau boleh taknak ada ayat yg terlalu longkang atau terlalu puaka untuk dibaca.
atas sebab2 sensisitiviti.
tapi biasalah..
aku ni bukan manusia marhain apatah lagi zuhud.
aku nie biasa2 jer.
kengkadang boleh jadi bengong.
kengkadang boleh jadi gondrong.
Tapi kalau org yg dah kenal aku, diorang redho jer terima aku seadanya.
tapi pada yg tak kenal confirm semua kata aku ni sewel takpon bangang.
Aku okeh jer.
Tak makan hati pon.

Nak dijadikan ceita, aku ni adalah jugak peminat cilik.
umornyer dlm 10 tahun la.
dengar2 dia suker baca blog aku.
mungkin blog aku nie simple.
senang nak baca.
tu yg mungkin dia suker kott.

Tapi yg tak bestnyer dia boleh mencopy ayat2 aku untuk buat karangan kat skolah.
adehhh..mak macam nak pengsan nakk!!!
rasa nak guling2 bila dapat tahu.
rasa nak nanges kuor air mata darah..

Tulah budak sekarang.
sangat naif.
memang senang terikut2.
Tapi bukan salah dia pon.
Kita nie yg jadi role model memang kena patot terlebey sedar dalam hal2 mcm ni.
Pada aku benda nie serious.
Tapi bila pandang and tanya diri sendiri,

"alamak..aku tak boleh so straight la kalau nak bercerita..ayat2 cantek pon tak pandai..
nanti kalau menulis ala2 sasterawan kang terfeeling a samad said pulak..huhuuu.."

Tu jer yg aku boleh cakap.
So, pada mak2 yg anak2 dia suker membaca blog2 menyanyah nie,
monitorlah anak anda yer.
saya tak nak bertanggungjawab atas apa2 yg deme buat..huhuu.
lagi2 kalau ada seorang pelajar yng menulis karangan dengan ayat

"Si Tanggang lupa diri tak hengat"

Adeh...tertonggeng mak!!.