This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, April 26, 2012

Lendir banyak

Kejadian adalah terjadi hari Selasa lepas.
Berlaku pulak kat adik lelaki aku yg biasa aku panggil En.Toyota tu.
Last Sunday tengok ok jer kot.
Siap korek2 isi kelapa muda kat umah mak.
tu blom layan kete sepanjang hari tu.

Dan2 pagi selasa tu, bini dia yang Aleeya panggil Untie Zila, sms aku kat opis.
Cakap yang laki dia, adik aku tu kena masuk spital.
mungkin warded petang. Masuk Johor Specialist katernyer.
and mungkin jugak kena buat minor operation sikit.
Errkkk..sakit apa tu??
teruk sangat ker sampai kena operate2 bagai..mistik tol..

Then Zila mention yang dia tak boleh teman laki dia tu.
Sebab anak dia si Harith yg dompot tu takder orang nak jaga.
Adehh...sobak den dongar ehh.
So, kenalah adik aku tu pegi sorang2 uruskan diri sendiri.
sedih betul aku dengar.

So, balik keje tu terus cakap ngan Papa nak kena pegi spital.
Papa lak tanya macam2 sampai aku pening kepala.

Tunggu Aleeya balik sekolah sampai umah pukul 7pm.
Tunggu dia mandi and siap2 ngan makan sekali.
Sempat jugak anto dia pegi ngaji kejap.
Dalam pukul 7.45pm macam tu terus gerak pi spital.

Jejak Johor Specialist dekat2 8.30pm gitu.
sampai2 jer nampak abah yang dah dok tercegat kat situ.
Si Encik Toyota pon tengah tido.
Tapi aku tau ler..dia bukan tido lena pon.
Biasalah orang baru lepas operate.
kepala still ala bengong2.
Pening2 lalat..mabuk nak muntah bagai.
ubat bius punyer pasal la tu.
Emm..aku dah rasa semua tu masa kena warded taon lepas.
serik betul bila pikir bila masuk spital ni.

Bila member dah sedor,
mulalah aku ngan Papa dah macam pegawai polis tanya macam2.

Emm..rupa2nyer adik aku nie terlebih lendir dalam kepala dia.
asalnyer konon2 selsema jer.
tapi setiap kali selsema ngan batuk susah bebeno nak baik.
pastu kerap sakit kepala ngan demam.
sampai tahap telinga dah berdengung ngan tak dengar.
so, terpaksalah kena scan ngan x ray satu badan.
Tu yg doktor diagnose banyak lendir tu.
kalau ala2 penyakit trasitional tu, resdung la namanya.

So, doktor decide wat minor operation.
masuk tiub ngan camera ikut hidung for sedut semua lendir2 tu.
jawabnyer kena bius la kasi pengsan itu orang kan..haaahahha..

Tak lamalah kat spital tu.
Since adik aku tu pon nampak weak lagi.
Adalah bagus bior dia tido and rehat jer..
kesian pulak bila tengok.
So, kitorang gerak balik pukul 9.30pm.
Emm..tinggal la dia sorang2 kat spital.

Hopefully semua kembali normal la.
Since doktor pon kata yang actually benda tu bila2 pon boleh datang balik.
If aku la..lepas ni adik aku should monitor and do some traditional medication  pulak.
No need to do surgery anymore kat spital.
itu kalau aku la kann..ngeeee..

Pssstt..dengar cerita ada member nanges tak dapat jaga orang tu kat spital. Nak buat macam mana kan..ada anak kecik memang macam tu..sabor jer la..

Muker orang sakit yg tengah tido..baju masa operate tadi pon tak tukor lagi..huhuuu...



Monday, April 23, 2012

Korek Jer la Senang..

Balik umah mak jap kat Kempas.
Pagi ahad tu mak sound2 manja encik Poat a.k.a Papa laa..
"Mak ingat nak soh kamu jolokkan kelapa tua tu..,
dah banyak dah tu..takder saper nak buat..boleh jugak anto kedai wat jual.."

Aku tak tahulah Papa dengor ke tak.
Tapi aku nie selaku anak mithali pada ibunya,
memperdengarkan sekali lagilah ke cupin telinga suami tercinta.

"Pa..mak cakap tadi..soh awak jolok kelapa tua, dengar tak??"
"Yer la..nanti Papa pi jolok kelapa tu"
Aku senyum jer la kann..
dalam hati, bagus anak menatu mak eton nie..heeheheee..

So, lepas mandi pagi tu, Papa menyongsong pi belakang dapur.
Lepas tu nampaklah dia mengheret galah buluh yang panjang ngan berat tu.
Kalau aku yang bawak galah tu, sure dah macam india mabuk todi.
terhuyung hayang meraban merata.
berat ngkoooo...tak terdaya kederat aku niehh..

Gedebak gedebuk dengor bunyik kelapa jatuh.
sempatlahlah jugak aku jengah kepala kejap tengok.
nampaklah bergolek2 kelapa tua.

Dalam jolok2 tu, tangan menggatal jugak nak jolok kelapa yang muda.
Asalnya nak sebiji dua jer.
Sekali jer jadik berbijik2 pulak.
tapi takperlah kan..kalau kat luor mau 3/4 hengget sebiji.
nie free jer kann..melantak jer laa..

 Gigih korek isi kelapa...keje tak siap lagi tu..betul2 curik tulang Papa nieh..


Dapat satu jug besor air kelapa...mengekembong perot minum air kelapa pepagi niehh.. 


 Nie separuh jek kelapa tua..ada lagi kat tempat lain yang tergolek2 bersepah..
bahananya betis aku pagi nie sengal bahana menyepak sebijik2 kelapa tu semalam..padanlah muka kann, tangan ada tak nak guna..main sepak2 jerr..

mamat nie tau siap jerr..tolong jolok ngan korek isi kelapa tu tak nak...

Biasanya kalau mulut nie mengada2 mintak Papa soh amek kelapa muda,
takderlah dia nak melayan sangat.
Tapi bila mak mertua dia dah suruh,
nak tak  nak kena buat.
konon tak nak jadi menantu derhaka.
matilah kan kena panah petir nanti...miamiaahahahaa..

Orang yang paling seronok pagi tu, anak aku lerr.. 
biasalah..jarang2 wat aktiviti kampung macam ni kann.
Pakkal jer Nek Wan tak bole join, 
sebab melawat orang meninggal.
Kalau Wan ada, sure berbijik2 lagi kelapa muda tu kena pangkas.






Sampai bengkok sudu tu dikerjakan Aleeya.
mulut membebel tak abis sambil korek2 isi kelapa.
konon2 happy sangatlah tu..


Aku pulak membebel
korek nipis2 baru sedap..
korek bersih2, jgn ada yg tinggal2..
membazir kang....sayang isi kelapa tu..
blaa..blaaa..bla...
dasar nenek kebayan membebel.


Member memang tak paham sangat apa aku cakap.
Pada dia..korek jer la pakai sudu.
Apa yg susah sangat kann??
Korek dan masuk mulut..senanggg..

Yerla..
Takperlah kann..
since ada kampung lagi.
kalau kampung dah jadi bandar.
jangan kata nak korek manually kelapa muda.
ntah2 pokok kelapa pon tak kenal...sobbss..






Thursday, April 19, 2012

Makan Anak Alien

Entry ni dah naik bersawang dok dlm 'draft'
so, aku publish yer..
Nak dijadikan cerita,
ada geng aku nie bawak ini belangkas ke opis.
Yg paling scary, belangkas tu tak dipotong2.
Tapi bulat2 sekor terlentang atas pinggang tu.
Perghh..gila takot bila tengok.
Nie, consider second time la aku makan belangkas nie.
First time makan kat Kota Tinggi.
Tapi tu kira okey, sebab belangkas tu dipotong2.
masak sambal lagi..sedap menangess bila makan.
Yang kes  nie pulak..adehhh..
betul2 macam korek otak predator.
padahal korek telur2 jer kott…hahaaaa…
Opismate aku Abg pezal cakap,
"Belangkas tu dah macam ruper anak alien"
Amboiii…nie dah kes banyak sangat tengok cerita UFO nieh.
Okeh, takper.
Anak alien pon anak alien la.
Janji bukan anak bab**..kihhkihhh..
marah kang mak bab** kalau anak dia kena makan.
eee..pengotor..hak tuiiihhh!!
Aku ngan Eyda gigih korek2 itu telur belangkas.
Memang sedap.
Tak dinafikanlah, even hati tu macam takut2 jugak nak makan.
kenapa takut??..entah..
pasal rupernya kottt..
Tapi belangkas nie tak bole makan banyak.
Pitam kang.
Banyak tu kalori. Orang ada darah tinggi lagi bahaya.
Kalau makan lebih sure boleh putus urat tengkuk.
Eh yer ker…tafsiran aku jer.
Tapi macam betul la.
sebab aku makan sikit jer pon dah pening2 lalat ( Sikitlah sangat...)














Anak alien ni rebus jer..takderlah masak sambal, rendang bagai..tapi rasa telur dia tetap sedap..rasa kenyal2 gitueww..


Jap2..pikir dulu..
kalau dah penin2 tu tandanya aku ada darah tinggi ker??
oh noo…mulut capoi..choyyyyy...










Sunday, April 15, 2012

Universal Studios Singapore - Part 2


weehoooo...dapat pose sorang2 kat sini tanpa ada saper2 interprem..seksa kott nak tunggu clear macam nie...^___^

Aku pernah dengar ngan baca blog.
Kalau nasib tak baik, 
nak masuk entrance pon kena beratur panjang.
Tu belum lagi yg beratur nak beli ticket kat kaunter.
Tapi rata2 ramai dah pandai.
beli tru online jek.
Senang kann.
bayor jer pakai credit card. Settled.
tak payah nak basah2 ketiak beratur panjang.
Kang kena pulak ticket habis, hah..dok berguling2 nanges kat situ...T__T



Tirulah macam i..booking ticket awal2 (itupon kak long buat..hahahaa) then, weekdays lagi..
tak payah nak beratur panjang2 sebab orang adalah tak ramai..hulur ticket, scan and masok terosss..sempat pose lagi tauu...=)

Benda pertama yang kena buat is amek map dulu.
Pastu show punyer schedule.
Kalau korang tak amek schedule tu sure banyak benda korang terlepas nanti.
Rugi kottt.
Dahlah bayor mahal2.

Bila kat dalam nie, semua benda nak kena buat cepat.
consider merempit tak hengatlah senang cer.
Kalau terhegeh2..jawabnyer melepaslah nak wat aktiviti2 super fun kat dalam tu.
So, semua musti cargassss!!!




 Masuk2 jer terjumpa ini katun feveret aku masa kecik2 dulu2..Woody Woodpecker...suker sangat2!!!..rempitan pertama dah menjadi..weeehooooo!!!!




 Macam biasa Papa meroyan amek gambo sampai muker dia pon susah nak jumpa dalam camera tu..kesiannnn...


Hollywood la sangatttt!!!!!

Kalau datang sini rasa nak bersantai2..
baik korang gie tepi pantai jerr.
takpon pilah nengok wayang jerr.
tak yah susah2 nak datang sini.
ngan currencynyer lagi..untung SGD..bukan USD takpon EURO.
SGD2 pon pitam jugak bila time nak mengira.
Rasa nak cerit beret jer time nak kuor duit tuuu..sobbsss..

Tak best arr.. cakap banyak2 nieh..jom kita layan gambo jerr..
berjuta gambor.
tapi sempat edit sikit jer.
Gambor2 kali nie tak sempat nak letak watermark.
Banyak tuu. Tak koser okeh!
Patah jari2 mak yang gebus ni u'ollss.
Saper nak rembat2 gambo2 nie..rembatlah..
tapi aku tak ikhlas tau..dosa korang nanti..muahahahaaa..



 beli dulu rain coat..perghhh..sunggoh tak cantek tangan aku yang cacat itu..






 Tejumpa topi ni kat tepi jalan..tengok orang2 semua pakai wat amek gambor..takkan aku nak nengok jer kann..bajet bagus jer pakai topi US..
Ehhh Maria..bukan ker ko skarang memang keje ngan US....eh ye kerrrr...erkkk..:p


 Masa tengah sibok beratur nak naik rides 3D transformers



 Gigih beratur okehh..
Ramai kan orang beratur nak layan 3D Transformers nieh..
Nasib baik aku datang weekdays..beratur 15 minit jer..ada tu aku baca blog, dorang beratur nak layan Transformers nie sampai dekat 2 jam..tapi berbaloilah beratur lelama tu, sebab 3D rides tu memang giler best..tu diorang cakap laa..
Tapi pada aku, SERIOUS kentang...memang best giler itu 3D...jerit2 nak rak sampai batok2..
Ingatkan before balik nak repeat, tapi tak sempat..sobbsss..T__T


Naik benda nieh..terpusing2 tak boleh blahhh..giler2 perang real punyer ngan Autobots tuh...BESTTT!!!!



 I'm deeply in love with Transformersss..




Beratur panjang tau nak amek gambo kat sini...



 The sexiest Bumblebee in front of my eyes...omaiGod!!!

Lepas pening2 berputar2 ngan rides Transformer,
layan rides biru merah nie pulak..
BATTLESTAR GALACTICA..ada berani???
aku pon tak tahu kenapa aku berani sangat nak naik benda nieh.
yang kat Trans Studio hari tu pon aku tak berani main.
Tu pon mild jer kott, pon aku tak berani.
Tapi yang benda alah nie, boleh pulak aku layan.
Mungkin pasal anak aku kot.
Dia berani naik..takkan aku nak kalah ngan dia pulak kann.
Cehhh...sebonarnyer penakot tak boleh blahhh...muahahahaaaa..




Amek ngkooo!!!
lepas dah berpusing2 separoh nyawa kat atas, pucat lesi muka memasing.
nyawa dah tertinggal kat atas dah.
Rasa roh dah terbang di awang2 awangannn..
Perrghhhh!!!..tobat aku nak naik lagi..
Suara sampai dah takder, terjerit2 kat atas tadi.
yang paling tak boleh blah..
Anak aku siap request.."Ma..nanti boleh naik lagi???"...ohhh..tidakkk!!!!



Nak hilangkan rasa takot separoh nyawa tu, pilah layan amek gambo ngan pari2 niehh...


 kepoh siottt Kak Long aku niehh..



Dah masuk area Revenge Of MUMMY nieh...kak Long cakap,
"That day akak masuk sini, mamat yg akak begambo tu badan dia ketak2 kental..sasa gitu..nie mamat yang ko gambor nie...adehh..body failed..."
perghh..boring siott dengor dia cakap macam tu..agaknyer mamat badan ketak2 tu, demam kott..sebab tu ganti ngan mamat badan kerempeng niehhh...




Pening ngan mabuk main Galactica tu tak abis lagi. layan main rides Mummy nie pulak..adehhh..longlai badann...jerit2 manjang sebab terkujat2 ngan benda2 kat dalam tu..dahlah gelap gulita kat dalam tu... 



 Layan rides Jurassic Park pulak..



  Wajib okeh pakai rain coat nie..kalau tak basah kuyuplah korang..



Nie rides Jurassic Park tu...Sepanjang sungai tu macam2 dinosour korang boleh nampak..


Sian jeep nie terbongkang gara2 dinosur tu lerr..kononnn...
nie jer gambor yg sempat amek..tu pon pakai camera kecik jer sebab asik kena simbah ngan air jer...

Help us!!!!!!!!





Far Far Away....


Gigih beratur nak nengok 4D Shrek..



Tempat wajib lagi amek gambor..


 Lunch kat sini jer..sebelah Madagascar..perut dah lapor gilerr..








Makan untuk 3 set meals + 1 orange juice = $50
conver wit Mesia RM120..
Arghhhhh...fitam makkk u'ollsss...
 Lepas makan terus terjah Madagascar..





masuk dalam nie kitorang siap joget2 lagi...besttt!!!


BAOBAB Tree..ingat tak pokok nie masa belajor zaman sekolah menengah dulu..


Masa nak merempit gie Waterworld terserempak ngan PussybootsCats..tapi tak sempat nak amek gambor sesama sebab ramai dah orang beratur..sure tak sempat...sobbssss..


Waterworld show 2 kali sehari jer..aku dapat nengok yang last show pukul 4.30pm..



Muka nak mintak pelempang...masa nie dah penat giler dowhh..

One of the Waterworlds's actors


Ramai giler kannn..
Nie consider separuh orang yg dtang USS..separuh lagi kat luar tak masuk sebab buat aktiviti lain..
so, boleh imagine tak berapa ramai manusia yang masuk USS that time..tu weekdays tu..kalau weekends??? ya ampunnnn!!!!


Before show start, diorang nie main simbah2 air kat audiences..basah kuyup diorang..
nasib aku dok kat atas..selamattt..



Gantung sana..gantung sini..

tetiba, kapal terbang nie terjun ke depan..terkejut mak u'olsss..


meletop2 bagai..

Show waterworld tu 1/2 jam jer..
Tapi pada kau consider puas hatilah.
sebab dapat tengok oangputeh berlakon real punyer depan mata.
Lagi2 ngan sound system ngan action effect bagai.
eksaited gituewww..

On the way keluar dari waterworld ternampak benda nieh. Nielah menatang pusing2 yang buat aku nak tercabut nyawa tuhh..Gambor nie Papa snap dari jauh..

Masa tengah on the way nak keluar,
kebetulan Happy Feet ngan geng Madagascar tengah wat show.
Adehhh..comel2 siott.
rasa nak pelok2 gigit2 jerr..




Happy Feet In Da house..




jangan luper singgah and shopping souviner kat sini..


Last kopek terjumpa Woody Woodpecker version gigirl..



Kung Fu Panda yang gebu dan montok..sedap tau pelok dierr...


Meh citer tips sikit untuk saper2 yang nak pegi saner.


  • Ticket nak bagus beli online jek..takpon beli ngan travel agent. Kalau kat JB nie kebanyakan travel agent ada jual ticket USS. Ada tu jual ticket ngan transport sekali, pakej la tu. Untuk yg dok luar JB..Muor ker..Segamat ker..Penang ker..Perak ker..better dok hotel kat area JB, pastu naik teksi pegi Tune Hotel. 
  • Nak lagi senang dok terus kat Tune tu pon boleh, dekat2 Tune tu ada lagi satu hotel yang nama dia KOZI Hotel (buleh bukak web check). Try call no nie untuk booking ticket ngan transport. Transport adalah pegi balik okeh.
  • Odissey Shuttle - 07 2323092 - Shuttle RM25/person - Ticket pay in SGD.
  • Rajawali Shuttle - 07 2235989 - yang ni aku amek pakej tiket+shuttle = RM185/adult, RM150/child
  • Makanan minuman boleh bawak masuk..kalau saper2 under buget travelling, bolehlah bawak bekal dari rumah instead of beli kat saner..but no worries, kat sana banyak restaurant HALAL..korang takkan kebulur punyer..ngeeee...
  • Pakailah pakaian yang selesa yer...pakai tshirt jer pon dah okeh..yg penting serap peluh ngan korang rasa comfortable. Kat sana korang akan berlari2 dan merempit sebab nak mengejar masa show dan main rides, tu belum lagi berlari nak beratur amek gambor ngan Shrek, Madagaskar bagai... Pakai sandal or sport shoes, more better.
  • Kalau ternampak kartun2 karekter tengah berlegar2, cepat2 beratur..kalau lambat sure korang nanges sebab tak sempat bergambor..rugi tau..bukan sepanjang hari kartun2 tu merayap2 ke sana ke mari..
  • Bawak baju hujan sendiri..kalau nak beli kat saner pon oke jugak, buat kenangan. Ada certain games korang akan bermain ngan air..kuyup okeh.
  • Bawak spare tshirt or baju, takut2 kalau korang lencun masa kat sana nanti.
  • Make sure before balik beli souvenir sikit..standby ler wit SGD tu..kalau setakat FM tu, yang SGD5.90 pon ader..tapi, so far yang aku perasan, FM dia semua cantek2..rugi kalau  tak beli.
Kalau shuttle korang dah janji nak amek kol 7.30pm,
apa kata korang keluarlah la awal..
pukul 6pm or 6.30pm.
kat luar USS tu pon banyak tempat yg korang boleh jenjalan.
shopping2 pon boleh jugak.

Aku even dah sakit kaki and penat tak  hengat.
Gigih jugak tawaf area2 luar USS tu.
eemmm...tak rugi kott even sakit kaki.
sebab boleh jugak coci mata sikit2 kat luar tuh.

 Geram tengok candy2 yang gantong2 atas pokok nie.Nampak cantek sangat.

Jangan lupa singgah Hard Rock beli tshirt.

Tak payah kott masuk dalam nieh..tak best ponnn..

Ada berani masok dalam sini???? muahahahhaaa...

Muker orang penat..ada hati lagi nak buat peacee...choyyyy..

Last kopek gambor before turun tunggu shuttle..masa nie dah pukul 7pm..Universal Studios tu dah kuor lampu..cantek kannn??

Shuttle bus pick up kitorang sharp2 7.30pm.
nasib tak baik on the way nak ke kastam Woodlands tu, jem teruk jugak.
1 jam jugak nak jejak situ.
Siap cop pasport bagai sampai Tune hotel pukul 9.00pm.
Singgah jap makan satay kat Warung Wak Radol.
Huhuuu...sorga tekak. Laporr kottt.
Then jejak lantai umah kol 11.00pm.
penat???
Tak lahh..seronok gilerr siottt.
Even besok keje, ada aku kesahh??
Dah lama tak buat keje giler macam nieh..

So, lepas nie nak terjah mana pulak?
Krabi mungkin???
Hishhhh...sabor lerr..tunggu next trip tahun depannnn...