This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, April 23, 2012

Korek Jer la Senang..

Balik umah mak jap kat Kempas.
Pagi ahad tu mak sound2 manja encik Poat a.k.a Papa laa..
"Mak ingat nak soh kamu jolokkan kelapa tua tu..,
dah banyak dah tu..takder saper nak buat..boleh jugak anto kedai wat jual.."

Aku tak tahulah Papa dengor ke tak.
Tapi aku nie selaku anak mithali pada ibunya,
memperdengarkan sekali lagilah ke cupin telinga suami tercinta.

"Pa..mak cakap tadi..soh awak jolok kelapa tua, dengar tak??"
"Yer la..nanti Papa pi jolok kelapa tu"
Aku senyum jer la kann..
dalam hati, bagus anak menatu mak eton nie..heeheheee..

So, lepas mandi pagi tu, Papa menyongsong pi belakang dapur.
Lepas tu nampaklah dia mengheret galah buluh yang panjang ngan berat tu.
Kalau aku yang bawak galah tu, sure dah macam india mabuk todi.
terhuyung hayang meraban merata.
berat ngkoooo...tak terdaya kederat aku niehh..

Gedebak gedebuk dengor bunyik kelapa jatuh.
sempatlahlah jugak aku jengah kepala kejap tengok.
nampaklah bergolek2 kelapa tua.

Dalam jolok2 tu, tangan menggatal jugak nak jolok kelapa yang muda.
Asalnya nak sebiji dua jer.
Sekali jer jadik berbijik2 pulak.
tapi takperlah kan..kalau kat luor mau 3/4 hengget sebiji.
nie free jer kann..melantak jer laa..

 Gigih korek isi kelapa...keje tak siap lagi tu..betul2 curik tulang Papa nieh..


Dapat satu jug besor air kelapa...mengekembong perot minum air kelapa pepagi niehh.. 


 Nie separuh jek kelapa tua..ada lagi kat tempat lain yang tergolek2 bersepah..
bahananya betis aku pagi nie sengal bahana menyepak sebijik2 kelapa tu semalam..padanlah muka kann, tangan ada tak nak guna..main sepak2 jerr..

mamat nie tau siap jerr..tolong jolok ngan korek isi kelapa tu tak nak...

Biasanya kalau mulut nie mengada2 mintak Papa soh amek kelapa muda,
takderlah dia nak melayan sangat.
Tapi bila mak mertua dia dah suruh,
nak tak  nak kena buat.
konon tak nak jadi menantu derhaka.
matilah kan kena panah petir nanti...miamiaahahahaa..

Orang yang paling seronok pagi tu, anak aku lerr.. 
biasalah..jarang2 wat aktiviti kampung macam ni kann.
Pakkal jer Nek Wan tak bole join, 
sebab melawat orang meninggal.
Kalau Wan ada, sure berbijik2 lagi kelapa muda tu kena pangkas.






Sampai bengkok sudu tu dikerjakan Aleeya.
mulut membebel tak abis sambil korek2 isi kelapa.
konon2 happy sangatlah tu..


Aku pulak membebel
korek nipis2 baru sedap..
korek bersih2, jgn ada yg tinggal2..
membazir kang....sayang isi kelapa tu..
blaa..blaaa..bla...
dasar nenek kebayan membebel.


Member memang tak paham sangat apa aku cakap.
Pada dia..korek jer la pakai sudu.
Apa yg susah sangat kann??
Korek dan masuk mulut..senanggg..

Yerla..
Takperlah kann..
since ada kampung lagi.
kalau kampung dah jadi bandar.
jangan kata nak korek manually kelapa muda.
ntah2 pokok kelapa pon tak kenal...sobbss..






No comments:

Post a Comment