This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, June 21, 2012

Bersanding



Okeh, last entry utk wedding day my SIL.
Hari nie hari besor dia.
Takpon hari sanding la.
entry masak2 makan damai dah abis.
nak cerita pasal hal sanding.
apa yang nak cerita ek?
sebab yg aku tahu aku manjang dok melepak ngan my MIL.

Nak buat apa lagi kann.
dah semua keje orang kg. yang buat.
dok kelebet2 perangai orang2 kg yg datang situ…hehheee..

Taulah kan..Kampung Lukut..
biasa Lukut kat Negeri Sembilan.
Nie kat Kota Tinggi.
rata2 orang sini cakap Negeri.
Jadinya syioklah telinga nie dok mendengar orang berbual loghat negeri.
rasa macam ada yg kelakor didengor tu,
aku senyum sorang2 jerrr..ngeee..
Eh jom layan gambo sanding SIL aku.
husband dia adalah orang Pontian. 
abang askar u'olls..auwww…







Lepas sanding2 bagai.
Tiba acara yg semua budak2 suka.
temasuklah aku yang mak budak ni...heheee..
apalagi baling duit ngan gula2 la kann.
semua orang tunggu jer duit tu.
walaupon duit syiling semata..hahahaa..




 Sesi mencampak duit ngan gula2..Perhatikan yg tukang kutip tu semua..adakah di kalangan kanak2..emmmm...

 Amek ngkooo..

 sambung balik posing..

 Here my family in laws..ooppss..obah den pakai kaiiin pelikat hahh..

Dah posing bagai.
masa tu dah pukul 4.30pm.
orang yang datang dah makin kurang.
Last yg aku entertain adik aku.
Si encik toyota ngan wife and anak dia si debot tu.
Borak2 kejap.
Pastu member pon blah. Tak makan pon.
Alasan sebab dah makan kat 2/3 tempat org kawen sebelum dia datang situ..suka hati ngko la dik..

Bila adik aku tu balik, Papa terus ajak teman dia.
Aku tanya pegi mana?
Dia kata teman dia teman perantin pegi outdoor photoshoot.
adeh..malas dowhhh..
member dah merayu2 soh teman.
nak tak nak terpaksalah kann..

So, kitorang pon merayap pegi bandar Kota carik tempat shoot.
Mula2 kat taman.
Pastu pegi kat umah berantu buruk.
last sekali pegi kat benteng kat tepi sungai Kota tu.
Suka hatilah labu..ahkak ikut jerr...










Session amek gambo abes pukul 7.30pm..boleh??
Actually memasing dah ngeri jugak.
Takut kena marah ngan mak.
Sebab lambat sangat balik.
Kenapa takut sangat??
sebab kitorang skip and tak join satu adat kat kg tu.


Apa adat tu?
Tulah adat orang Negeri Sembilan yg ada kat Kg Lukut tu.
Adat lepas abis majlis.
Adat serah2 apa ntah. 
Ada ketua, buapak bagai macam yg kita belajar sejarah masa sekolah dulu.


Jadinya semua kecut perut bila dah sampai umah...hahhaaa..
Memasing bila dah jejak lantai umah semua diam jer.
Mak pon takder.
Masa tu dia tengah solat maghrib.
Memasing tunggu jer kena marah.
termasuklah aku.
Masa terus berjalan.


Tunggu punya tunggu nak kena marah..
Last2 semua selamat.
Takder yang kena bancuh ponn.
So, semua ada senyum.
Dalam hati..mak lupa kottt..hahahaa.


Takperlah yang penting semua dah selamat.
Papa dah tukor baju pegi kemas2 basoh periok kenduri bagai.


Aku buat apa?
dok dalam umah..lepak2..makan2..
buat tak tahu dan buat bodo..kihkihkihh..


Sampai masa, pukul 11pm..aku anak beranak pon pulang ke rumah.
Tak dapat coti dowhh..
timing adalah tak ngam.
Closing account. LOL. Syabas.


Sampai umah memasing terus pengsan kepenatan.
Tido tak hengat donia.
Sambil pala hotak pikir besok nak pegi keje..
nak pegi keje..nak pegi keje..
nak pegi keje..nak pegi keje..
nak pegi keje...zzzzz...















Friday, June 15, 2012

Kek Kawen



Sepatutnya kek kawen nie aku buat sendiri.
Tapi masa ngan semangat tak mengizinkan.
macam2 benda berlaku sebelum wedding event nie.
semua buat aku kalut.
Jadinya nak senang, aku tempah jerla ngan cikgu bakery aku.
Memang rasa frust sebab tak dapat buat sendiri.
Yer la..penat jer kott pi spent duit byk2 pegi belajor.
Last2 aku tak dapat buat sendiri.
sangat mendukacitakan..T__T
Takper yg penting aku tak penat.
tak payah nak bergelumang ngan cream2 bagai.
pantang aku nak kemas2 basuh2 benda berminyak
jadinya proses yg senang,
Mintak duit perantin pastu terus pi tempah kat Nina Bake House.
senang jer kan.
Biasalah..kalau dah tempah kek homemade ni.
regenya sure lagi mahal dari kedai kek biasa.
Tapi quality adalah superb okeh.
rasa sedap.
mata pon syiok jer tengok kek tu cantek berkaler2.
kekemasan design adalah terjamin.
jadinya tiga pihak puas hati.
perantin puas hati kek cantek.
penempah puas hati badan tak penat nak godam cream.
bakery pon senang hati dapat duit biz.
win-win situation gitueww..hahaaaahaa


Cantek kan kek yang aku tempah nie..coklat cake steam buttercream. 















Makan Damai Punyer Cerita


Pagi ahad 03/06/12 my MIL buat marhaban ngan berzanji kat umah.
tu benda biasalah yg berlaku kat sini.
kalau ada majlis kawen,
paginya musti ada marhaban.
kadang2 buat ngan katam quran sekali.
Tapi apa yg sedihnya,
setiap kali ada marhaban aku tak pernah dapat join.
bila time marhaban, time tu la aku mengongkang dapur nak masak makan damai.
sodeh ahkak u'olls.
simpan jer dalam hati..T__T
Cerita pasal makan damai nie.
dah 3 perantin kawen kat umah nie.
semualah aku yg masak.
masak sorang2 pulak tu.
dah dekat2 nak siap nanti barulah Papa tolong sikit.
tu pon masa nak buat plating.

Bukanlah nak puji diri sendiri.
tapi nak bagitau yang aku selalu tak dapat nak semunyikkan diri.
psstt..sebenornya aku nak berlakon hari tu yg kengkonon aku demam sakit kepala  bagai.
kengkonon nak retire dari masak makan damai tu.
sekali yg ado..
takder org kesah ponn.
last2 kena masak jugekk ahkak nie…sobss..
jadinya aku masak simple2 jer.
takderlah nak udang tenggek nenas bagai.
tak koser okeh.
dahlah buat sorang2.
nak request macam2 pulak. Mengada2lah tu..
Tapi aku happy sekarang.
sebab aku tak payah nak masak2 lagi.
semua generation yg patot kawen dah pon kawen.
tinggal budak2 kecik jer.
tu pon tak tahulah tahun bila boleh kawen..kihkihkihhhh.
Bila semua dah ready, terus tinggal jer semua tu kat dapur.
pi mandi untuk kali kedua sebelum nak pakai cantek2..cantek kerr?? Hahahaa..
Siap2 sebelum masuk dapur balik.
Bila time setting, Papa jerlah yg tolong aku.
gila ngko tak tolong aku.
aku meroyan menggaban kang..ha..padan muka.
dahlah aku buat nie untuk majlis family dia.
gila berani tak nak tolong kannn???
Semua dah siap, aku terus tinggal.
Takmo pandang2 lagi.
lantaklah sapa nak serve nanti.
yg aku tahu keje aku dah siap.
semua dah ada atas meje.
pandai2lah korang nak makan..ngeeee...







so, tiba masa untuk mendatinkan diri bersama mak perantin di depan rumah.
mana tahu boleh tolong2 salam kautttt...hahahahaa..
suker tak????




Malam Berinai

Siang Sabtu yang sibuk bagi aku.
Malam nanti ada berinai my SIL .
Tapi paginya aku terhegeh2 lagi kat umah.


Pukul 9.00am pegi breakfast kat tempat feveret.
Layan lontong kering.
Makan macam nak nanges.
Sebab sedap sangat..huhuuu..
Sorga tekak.


Pukul 10.00am amek kek kawen SIL aku kat kedai.
Semua sekali ada 3 kotak.
huru hara rasa nak jaga kotak2 tu semua bior tak tebarai.
1 jam okeh perjalanan nak pegi Kota Tinggi tu.
Macam2 boleh berlaku ngan kotak kek tu.
Ohh..tolong..jauhkan semua malapetaka ke atas kek itu..


Sampai umah MIL ngam2 pukul 11.00am.
Tengok orang rewang dah ramai.
meriah.
Teringat masa aku kawen dulu..gagagagaaa..


Kemas2 turunkan barang dari kete semua.
Pastu lepak jap kat hall buat itu bunga telur.
tapi aku tak buat banyak lah.
aku banyak kompelin jer.
ngan banyak bercakap sekali..hehheee..


Dekat2 12.30pm mcm tu cakap ngan MIL,
aku nak balik umah kempas jap.
Nak pi tengok anak Pak Long aku yg nak nikah lepas zuhur.
Permission granted.
Aku ngan Papa terus gerak.
Tinggalkan Aleeya sebab dia tak nak ikot.
Pegi gamble jer.
takder baju2 cantek.
pakai tshirt ngan sluor track jer.
Papa kata tak payah cantek2.
sebab nanti rimas...hahhaa..ayat poyo.


Sampai umah Pak Long semua dah ada.
Salam2 semua, pastu terus masuk bilik perantin.
Perantin dah siap.
Baju nikah sangat gojes u'olls.
Ahkak suker okeh.
Putih suci bersih gitu...hahahaaa..


(Gambor2 perantin anak Pak Long aku tu nanti aku letak kat entry lain.)


Syok jumpa sedara mara nieh.
Lama tak jumpa kalau tak setahun sekali masa hari raya.
itupon kalau jumpa kannn.
bergossip tak hengat.
memasing ketawa sampai bergegor rumah.
Ha..tu baru betul gossip pecah panggung...ngeeee..


Majlis habis dlm pukul 4.00pm.
Then aku terus chow.
rempit balik Kota balik.
penat siot...jadinya, aku tido jer dalam sepanjang dalam kete tu..hahahaa


Sampai Kota, tetiba my MIL kata.


"Kak Ngah, lauk2 makan damai tak beli lagi"
"hah!!! blom beli??"
"Kak Ngah pegilah pasar kejap pegi beli, mak bagi duit.."


adehhh..rasa nak nanges.
sebab badan dah penat nak kena pegi pasor pulak.
nak tak nak tangan hulur jugak nak kelebet duit dr my MIL.
Yer laa..nak pegi pasor kannn???


Before that,
Aku kena buat projek aku dulu.
Lukis henna kat tangan perantin part 2.
Part 1 masa nikah minggu lepas.
1/2 jam sesi menjahanamkan tangan.
kelam kabut dibuatnya.
yerla..bekejor nak pegi pasor lagi.
benci kalau huru hara ni.
outcome tak seindah mana...T__T


6.30pm mcm tu terus ajak Papa merempit gie Kipmart cari lauk makan damai.
aku target 1 jam jer beli barang2 tu.
tengah beli2 barang, tetiba kawan Papa si photog perantin telepon.
Ohh..dah sampai umah perantin eh..
Takper2..buat mcm umah sendiri.
Saya soping kat pasar niehh..
Tulah Papa jawab kat photog tu..nama dia Abg Reen.


7.30pm sampai umah.
Rasa macam tak bernapas.
penat dowh.
terus mandi solat bagai.


Lepas dah siap semua.
capai fresh flower, terus buat hand bouquet.
masa dah takder.
buat apa yang sempat jer.
susun2..then lilit2 ngan reben.
emmm..cantek bila dah siap.
kalau beli kat kedai nie, jejak 60 hengget.
buat sendiri baru 35 hengget.
cukup puas hati..hahhaaa..



Oh my rosesss...=)


Berinai start 9.30pm.
Macam dah malam sangat aku rasa.
Mak andam lembs sikit.
terhegeh2 nak solek.
jadinya berinai start lambat.
lantak ko lah weyy..


Masa berinai pon aku macam layan tak layan jer.
mata ngantuk.
badan penat.
perut lapor.
silap haribulan boleh makan orang kalau ada yg buat perangai.
ngeri kan??


Jomlah nengok gambo perantin.
Nie gambo dari photographer Abg Reen.
Gila cantek gambo dia.
Nanti aku buat entry pasal Abg Reen eh..


Sesi grooming2..

Pakai sendiri earing tu..takder bibik yg boleh pakaikan dowhh..

Cuba tengok kaler henna yang marbeles tu..merah kannn???

telur yg ditenyeh di dahi..adat apakah ini??? mistik...



Aku suka pic nie..sweet jerr..

nie pon aku suker..lagi2 nampak bunga yg aku buat sendiri tu..auww...











Dah selesai semua,
terus ajak Papa pegi makan.
terlalu sibuk sampai lupa nak makan.
masa makan pon dah pukul 11.00pm..
huhuhuu...asal tak makan besok pagi jer..


Makan pon tak berapa nak selera sangat.
sebab dah penat kann.
last aku makan tadi pukul 9.00am.
perghh dah lebih 12 jam tak makan.
patot pon hangen satu badan jekk..T__T


Dah siap2 semua tak terus tido.
nak kena tulis papan tanda pulak.
adoyaiiii..pitam ahkak tau..


Papan tanda apa tu?
korang nengoklah pic kat  bawah nie.
aku buat nie sampai tetido tau..sodehhh!!!


Kena buat benda ni sampai 6 set..sobss..


Bila semua dah setel,
aku agak2 time tu 2.00am...huhuhuu...
aku tak kemas pon benda alah tu semua.
campak tepi jer..
capai bantal terus telentang.
Sambil2 tu, dok mikir untuk besok.
Nak masak makan damai pagi2.
Confom takder orang yang akan tolong aku.
ohhhh..aku rasa nak tetonggeng lagi...T__T









Photographer SAMDOL.



Okeh. Nie aku nak cerita drama menyakitkan hati.
betul2 telenovela berangkai yg boleh buat org meninggal pon hidup balik.
Nie cerita photographer SIL aku la nie.
Since January'12 aku berhempas pulas menggugel.
semua gara2 nak carik photographer yg best.
Tetiba ada terbaca satu blog photographer ni.
Tengok gambo boleh tahan lawo.
tergoda gituew.
pakai gajet pon canon cik mark2 II.
comfom gambo lawo kan?
so, bermulalah episod quot2 harga ngan mamat photog nie.
Bila dua2 puas hati, aku pon sohlah SIL aku  ni bayor deposit.
konon2 nak lock date ngan booking la.
First drama dia buat.
Aku email ngan sms dia, tanya dah dpt duit blom?
jawapan dia : nanti saya check.
lepas tu langsung tak reply lagi.
dapat ke tak ker duit tu.
sorang pon tak tau.
Second drama.
Aku email kad kawen utk address info.
jawapan dia : tak reply langsung ok!
betul2 drama nie.
Aku email2 berkali2.
Sms berkali2.
langsung tak reply.
Last2 aku pass drama kat Papa.
Papa take turn follow up.
Papa terus call.
Dia angkat and terus cakap.
Duit ngan kad dah received.
boleh pulak kan jawabbb..hangen kann..
Kan my SIL kena tukor date nikah kan.
So, terpaksalah deal tarikh baru ngan Photog tu.
Third drama.
Papa call and tanya - bole datang tak even dah tukor date nikah?
jawapan dia : Nanti saya check jadual saya.
Dia punyer check jadual sampai seminggu okeh.
fantastic sangat kott jadual tu.
Ok takper sabor..
Lagi 2 minggu nak nikah, photog still senyap.
No reply.
Papa dah hangen.
Beribu kali call tak angkat2.
Ok takper sabor lagi.
Papa kata dia nak tunggu.
Kalau betul mamat tu sincere,
dia akan datang masa nikah SIL aku tu nanti.
Kalau tak datang pon, dia kena carik photog lain ganti dia.
sebab wit deposit dah amek maaa..
Forth drama.
Tiba hari nikah.
Dengan penoh kesyaitonirrrrrajimmmmmnyerr.
Itu photog tak datang langsung.
celaka..taik..bongok betul!!!!
berbakul kena maki ngan aku ngan papa.
memang bodo betul laa..
berani eh diaaa….
Nasib baiklah, aku laki bini nie boleh jadi bidan terjun.
even tak jadi pro photog, tapi setakat snap2 gambo guna D90 tu,
bolehlah kann.
hampeh tol..
Fifth drama.
The next daynya papa mula operasi mengamuk.
carik si samdol tu la.
Perghh..bila dapat cakap  ngan samdol tu.
patutnya Papa yg naik angin.
Ni tak..dia yg lebih2 naik angin.
Semua gara2 Papa ugut dia nak buat report kat persatuan.
kebetulan..Papa ngan samdol nie satu team.
Team photographer "Lensa Johor"
Amek ko..
Papa ugut lagi nak report kat cikgu samdol,
Otai Photog yg femes tu..Trisno.
Si samdol lagi naik hangen.
member dah cuak Papa ugut macam2.
dia cakap Papa besor2kan benda kecik.
halloooo samdol..
ko tu yg bodo.
Duit deposit ko amek.
tarikh dah deal.
Sampai masa ko yg tak datang.
Saper yg salah?
Bongok punyer orang.
Samdol tak koser nak gadoh.
2 hari lepas tu dia online balik wit deposit tu.
eeeee….geram betul.
Even dah dapat balik deposit tu.
Mana pulak aku nak pi korek photog baru nie.
masa tinggal 4 hari lagi nie.
Bila dah rezeki tak kemana kan.
Since Papa pon budak photog.
Papa pon dapatlah sorang photog nie.
otai lagi u'olss.
Photog nie pon consider cikgu Papa.
pergghh..amek ko.
sekali dapat photog..yg betul2 otai ngan profesional.
rezeki….
So, Papa terus deal tarikh.
photog tu terus ok.
Tak bagi deposit pon.
gamble jer.
Photog tu siap dok hotel bayor sendiri u'olls.
since dia dari JB..majlis pulak kat Kota Tinggi.
jauh kan nak ulang alik..jawabyer lepak hotel la.
Alhamdulillah.
hal photog dah settle.
Nanti aku cerita pasal photog ni yer.
memang super duper profesional dowh.
Okeh.
Sambung balik pasal photog samdol tu.
nama dia adalah "Azwan Talib"
fesbuk dia  tambah "Saya" kat depan nama dia tu.
dia orang Kota Tinggi.
tak payah amek si samdol nie.
Buat nyusahkan korang jer kalau tetiba dia last minit buat hal.
dahlah mintak maaf pon tak.
memalukan photographer Johor jer.
Kalau aku ni jahat,
dah lama aku pi melaknatkan dia kat wall fesbuk dia tu.
bior semua orang tahu.
Tapi aku nie taklah seteruk tu.
Kalau aku buat macam tu,
maknanya aku pon setaraf samdol macam dia.
oh..tidak okeh..
lantak ngkolah samdol.
ko ingat bagus ker niaya orang macam tu.
berkat ke rezeki ko tu???











Lunch Henna


Nielah keje di kala lunch.
kejadian adalah berlaku 2 hari lepas.
Mak bonda si Mai ni dari  minggu sudah nak pakai henna kat tangan.
sibuk soh aku pakaikan.
Yang aku nie manjang lupa nak bawak itu henna.
henna tu pon balance2 wedding SIL aku minggu lepas.
tak nak mengecewakan hasrat si pemakai,
aku bawaklah jugak henna tu.
Dah macam perantin ngkooo....hahahahaa...


Gumuks2 jarinyer..gagagagaaaa...



Thursday, June 14, 2012

Hantaran dan contengan henna



Entah kenapa,
bila bab2 prepare2 hantaran ngan kek kawen.
musti aku volunteer.
kenapa ntah aku pon tak tahu.


So, bila SIL aku kawen nie,
aku ler yg tertonggeng2 buat semua tu.
padanlah muka aku kan.
dah aku yg volunteer..sobs..
Hantaran kawen aku dolu2 pon aku buat sendiri.
adik2 lelaki aku kawen pon aku buat jugak.
tu yg aku tak berapa nak kesah tu.
konon2 dah ada experience gitueww..
nie, pada aku perantin last kot yg aku buat.
since keturunan lepas nie takder yg besor panjang nak kawen.
semua ala2 budak nak akil baligh.
SIL aku yg nak kawen nie bajet dia ciput.
so, barang2 hiasan pon ciput sokmo la.
konon aku berangan nak tenggek ros inggeris style.
kaler yg aku berangan pon combination purple ngan pink.
tapi yang adoo.

Jadinya, aku berbelanja ikut bajet perantin.
mula2 rasa tak puas hati jugak.
sebab rasa tak puas nak berkarya..kannnnn..(tangan kat dada)
tapi nak buat mcm mana der.
segitu jer duit yg ada.
kuturutkan sajer.
nasiblah ko Nett.
aku kalau barang2 murah, mood tu tinggal 15% jer nak buat..T__T
Member asalnya request kaler kunin.
Tapi aku pulak tak suka kaler tu.
Kaler kunin yg aku pandang kebanyakkannya menyakitkan jiwa raga aku.
aku tibai kaler oren.
dekat2 kot kaler tu..hehehe..
mampos kang kena sumpah jadi cengkerik kang aku nie.
So, jadilah hantarannya sebegitu rupa.
dengan kos yg ciput.
hopefully bolehlah kann???


    Buget buat sirih junjung tak temasuk..jadi konon2 Papa sponsor ler..
    Tapi, ahkak jugak yg membuatnya..citt..


    Niat di hati aku nak tempah kek hantaran yg lawo2 takpon tempah cupcakes..tapi buget yg ado..so, aku beli brownies pastu potong2 masuk dalam paper cup..boleh???


    Buah2 eksport dari luar negara..kihkihkihhh.. 


    Toiletteries

Wallet ngan belt 


 Kain nie aku belikan masa pegi Bandung bulan 3 lepas..sempat lak minah nie pi tempah baju melayu..

Kasut wat pakai masa sanding cum wat kasut keje sekali

Ha..nie gambo ponoh...simple jer kan??

Lepas dah setup apa2 yg patot,
capai henna pulak.
mulalah aktiviti menconteng henna kat tangan.

Nasib tak baik, henna tu boleh jadi kaler coklat lak
kat tangan perantin.
Masa aku try test kat tangan anak aku,
elok jer kaler dia maroon2 gitu.
kena kat tangan my SIL.
enam jahanam ngko.
kena kat jari jemari jadi gelap2 mcm hitam.
mak aaaiiiii...darah spesies apakah ini???

masa ni belum kering...tapi comot jugak sebab minah nie tak reti dok diam..tu yg buat aku menjerit manjang jer..

gambo penoh ngan kaki2 sekali..tu pon sememeh sikit sebab tekena gelang kaki..choyyyy..

Bila dah siap basuh..
perghh scary..
kaler dia korang boleh tengok masa gambo nikah before entry nie.
kesian betul kat perantin tu.
nasib badannn...

Tapi masa sanding ngan berinai a week after that,
buat henna lagi..
haaaa..masa tu kaler dia marvelous.
ala2 kaler henna Scha Al Yahya gitueww..
ku teruja!!!!

Susah dowh nak dapat kaler macam tu.
selama ni kalau aku pakaikan orang henna kaler mesti ala bacin2.
tak suka.
tapi yg aku beli nie..hohohoho..syiokk wooo..
so, future kalau nak beli lagi beli brand yg sama dan di kedai yg sama jer.
Bila dah pakai kat tangan baru ada mariii itu perasaan nak kawen..gagagaggaa...