This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, July 24, 2012

Tergolek-golek kambing itu

Fasting Day 2.
Dok umah lagi hari ni.
Paling best aku bangun pukul 10.30am hari ni.
Huuuu..sangat mengujakan.
Bangun tak terus mandi.
sebab before solat subuh pagi tadi dah mandi.
So, pada pikiran aku..jap lagi nak zuhur aku mandilah..gituew..

Bangun tido macam orang sasau.
terus bukak tv and capai novel.
harus aku katam hari ini jugak.
Yess..itu pasti!!

Tapi cerita kat tv adalah best.
tengok jalan2 carik makan. Buat aku tetiba lapor.
Then sambung tengok melodi pulak.
Perghh..gossip..
buat kurang pahala aku tengok menatang nieh.

Tetiba itu budak kecik naik atas.
Ooo..mesti spot check..tengok mama dah bangun ke belum.
Hello..ini mama okeh.
tak mungkin mama tido sampai matahari tegak atas kepala..eh ye kerr??
Tu musti Papa yg suruh check tu.
Aperr..ingat mama dah terlontang pengsan kat atas tak bangun2 ker??
citttttttt..

Zuhur time Papa naik atas.
Kenapa tak turun?
ingat  merajuk...
Apa hal pulakkk kannn.
Buat aku gelak dewa jin jerr.
terasa ada buat salah ngan aku ker..muahahahaha..

Papa ajak jalan..pi Jusco ker Tesco ker..
Tapi soh lewat sikit keluar.
sementara nak tunggu masa  berbuka.
Iyolahh..

Then pukul 3pm mcm tu, semua siap2.
Konon nak pegi Jusco Permas.
Niat di hati nak jenjalan coci mata jer.
Sekali jer melayang jugak duit.
Tetiba ternampak ada tshirt minnie mouse yg chumel.
Haruss niehh..
boleh beli buat baju raya Aleeya.

Kannnnsss...
Tu yang ahkak tak suka keluar rumah tu.
Ada jer kepala agung nak keluar...benci tau.
Since buget raya belum kira lagi.
Beli jer lah ala kadar.
Beli tshirt 2 helai ngan belt budak kecik tu.
Okeh..dont lebih2..belum sampai waktu nak shopping2 tahap dewa nieh.

Then dah pukul 6.30pm gitu terus pegi Hotel Selesa.
Aku dah book awal kat situ.
konon2 nak dapat rate early bird.
Murahlah jugak.
Adult RM35 Child RM17.
Tu pon gara2 Papa yang nak makan kambing tergolek2.
Hohh!! sangat maniac dengan itu lamb.
misteri sunggoh!!

Sampai jer orang dah ramai.
Terus pi carik tempat duduk.
emm..okeh.
tempat adalah strategik.
senang aku nak menggapai makanan. suke..suke..

Aku toleh belakang jer, itu dua beranak dah hilang.
sekali jer nampak itu dua orang kelibat dah beratur dengan pinggang di depan kambing yang tergolek2.
sangat misterius itu dua beranak.
Aleeya punya perangai, apa yang bapak dia suka makan..itulah yg dia suka jugak.
Jadi, itu kambing memang ada 2 orang peminat fanatiklah sekarang..*pengsan*

Meje yang dah separuh penoh..

Budak ini tak mo makan nasik. Dia dah sibuk mengadap itu mr kambin..Budak kecik pon pandai makan kambin..aiseyyy...:p

Gigih tau Papa ni mencedok makanan..semua tempat dia pegi nak tengok apa yang ada..

Nie dish aku..nasik pon dah tak nampak..nasik tu sikit jer kot..lauk jer melimpah ruah..
aku amek 3 ekor udang sweet sour yg marbeles..sayur campur ..ayam cincang lemak cili api ngan ayam percik. Tu semua sikit2 jer..tapi bila sikit2 dah jadi bukit..hahahaa

Satay ni memang meletops u'olls..5 kali lebih sedap dari satay kajang..10 kali sedap dari satay wak radol and 10.5 kali sedap dari satay kak miah..very the juicy ones..besor lagi macam beso ibu jari kaki adik ko..makan 4 cucuk pon dah consider kenyang la tu..

Theme malam nie..tekak aku nak beranak nak belasah bbq jerr..so, kitorang tibai jugak baby lobster ngan puyuh goreng rempah..serious sedap okeh..

Nie rusa panggang ngan kambing golek..itu rusa..ya ampunn..lembut gila siot tekstur dia..memang sedap..
belum lagi kambin yg berempah tu...perghhh..menjejeh2 air liur..

Dekat2 nak azan maghrib..tetiba Papa datang bawak ini udang galah..giler besau ngkoo..teringat masa makan kat Rompin kat simpang masuk Muadzam Shah tu..kalau makan udang nie..koman2 sekor rege dia RM10-RM15 sekor nieh..
Belakang udang tu kambin tergolek2 tu..tahap tamak haloba dah tu..

Taraa..penoh dah meje kami tiga beranak...kalau lagi besau meje nie..lagi banyak makanan yang kena tabur..main course kat sini nampaknya sumber dagin semata..emmmm...kena makan detoks malam nie lah gamaknya...T__T


Lepas berbuka konon2 nak gie Tesco kejap.
Sekali jer mamasing dah tak larat.
Kekeyangan. Perut dah menegang mengeras semacam.
Huuu..sungguh buruk perangai.
Jangan follow okeh.

Terus balik umah jer.
Anyway terima kaseh tak terhingga pada penaja berbuka malam tu.
kena buat baik lagi nie.
mana tahu dapat edisi khas kambin tergolek2 kat Mutiara pulak..muahahahhaa.. 





Monday, July 23, 2012

Day 1 puasa.

Jadi baik kejap dua hari ni.
Since day one posa lagi.
Dok umah diam2 buat jer apa2 yang patut.
especially tido.
Dah lama tak rasa tido nyaman macam ni.
Tak pyah pikir nak buat breakfast.
nak masak lunch.
Semua rasa aman damai jer.
bangun pukul 11am pon takder orang nak marah..suker kan??


Day one buka posa kat umah mak Kempas.
mak masak nasik himpit makan ngan lodeh ngan ayam masak merah.
feveret kitorang adik beradik.
makan syok sangat sampai huru hara.
Belum berebut makan lagi,
Biasalah..kalau semua ada dapat berkumpul memang macam perang donia.
semua nak bercakap..pastu semua nak menang.
tak tahulah saper yang nak mengkalah..T__T


Bila dah sibok2 nak mengemas tu, baru teringat..
alamak..aku tak amek gambo nak masok blog!!
perghh..rasa nak nanges.
betul2 durhaka.
mak masak yang paling sedap kat donia pon ko tak nak advertise.
matiklah kena panah petir..arghhh!!


Malam tu tak tido pon kat umah mak.
Since kat umah banyak benda lagi nak setel.
Novel aku yang 2000 pages tu pon aku cadang aku nak katamkan.
Tinggal 20-30 helai jek lagi nak abis.
lagi tinggal sikit, lagi terhegeh2 aku aku nak habiskan.
Tobat..aku tak nak lagi beli novel tebal-tebal.
penat nak katam.


Sampai umah layan dulu cerekarama.
Bosan giler citer nieh.
Takder ker citer2 best sempena ramadhan nieh?
layan jap novel sebab mata tak ngantuk lagi.
entah kenapa masa nak baca perenggan kedua,
muka surat pertama tu.
aku sedar2 aku dah tersembam kat situ.
kenapa tersembam?
ooo..habit aku adalah buruks.
suka sangat membaca sambil meniarap.
huduh kan?
meniarap sambil angkat2 kaki.
kalau orang2 dulu sure marah.
heyy!!! jangan angkat kaki la..
tak baik tau..nanti mak ko mati cepat!!
adoi..memang la..
kalau anak dara dulu tu kan pakai kain batik.
huduhlah rupanya kalau meniarap sambil angkat2 kaki.
sure terselak kain tu.
kalau betis bunting padi ok jugak.
kalau rupa bunting gajah, nak cakap aper?..
tak semenggah tau u'olls.
tapi ahkak meniarap tak pakai kain.
bukan meniarap bogel.
tapi pakai suor panjanglah.
ahkak tak reti pakai kain batik dik.
last ahkak pakai 8 tahun dulu.
tu pon masa pantang beranak..erkk..lama siotttt..


Oklah selamat beramadhan semua yer..
banyakkan bersedekah dan beramal.
Semoga semuanya dipermudahkan..aminn..


p/s - penutup adalah sangat membuhsankannn..:p
















  

Friday, July 20, 2012

Matta Fair 2012 Danga City Mall

2 weeks before the day.
Dapat perkabaran dari Sue R&D yg matta fair will be in JB.
Wuuuuuu..sukanya hati.
asalnya Sue kata matta fair tu kat Persada Johor.
Then 2/3 days before the date, aku puas menggoogle.
Kononnya nak carik info pasal matta fair JB tu.
Carik punya carik tak jumpa.
Info yg aku dapat kat Persada tu ada deco fair pulak.
adehhh..biarrr benerrr..mana itu matta fair donkk??..


Tetiba Sue datang.
"Kak Maria..Kak Maria....
matta fair tu bukan kat Persada Jb la..
diorang buat kat Danga City Mall.....bla..blaa...blaa...."


Hampeh tau ko Sue.
Ahkak dah beria nie.
nasib baik ahkak tak jejak lantai Persada lagi.
Mau guling2 aku kat sana nanti...cittt...


So, once the time comes accidentally aku kena keje pulak hari tu.
replace untuk raya nanti.
tapi takper..nak senang ,aku half day jer.
so by noon after balik keje boleh terjah itu matta.


Cuaca adalah sangat mendung.
jejak itu Danga Mall around 2.00pm.
perut lapor tahap dewa.
terus ajak Papa ngan Aleeya makan kat food court.
cakap ngan Papa.
Apa nak kejor2..since dah sampai kan.
makanlah dulu kalau ya pon. Semua dah lapo kann.
yang aku kelakor,
member muka mcm org gelojoh nak masuk matta fair..hahahaa..


Lepas makan terus heading itu hall yg tempat matta fair tu. 
sekali jer masuk nak kena bayar.
heee..bongok jer rasa.
RM3 hengget pulak tu.
nasib baik anak aku free.
Nak masuk dalam punya pasal.
nak tak nak kenalah bayor.
dalam hati terbakar berasap2.


Tapi aku perasan, ada jugak orang yg macam tak puas hati kena bayar RM3.
yer la..aku rasa before2 ni mcm tak pernah bayor.
Eh ye kerr..aku pon tak ingat.




Booth kat belah kanan tu adalah kaunter ticket..kena pakai tag kat tangan.saper tak pakai tak boleh masuk..macam nak masuk Sunway Lagoon pulak..hohh!!

Kat dalam tu aku perasan overall yg amek booth, company besor2 jekk.
yg kecik2 toet or yg sedang2 aku tak nampak pulak.
Pastu kebanyakkannya KL punya agent.
perghh..gila jauh kann..
pada aku, patutnya dia kena lebihkan kat travel agent JB.
Yerla..senang sikit nak berurusan kannn.
Tapi aku syak, must sewa booth mahal.
sebab tu banyak travel agent JB tak join.
kannnss..

Rata2 pon aku tengok harga takderlah discount sangat.
discount ala manja2 jek.
lagi2 yang jenis travel oberseas.
Lagilah kedekut mat arip diorang nak bagi.
Aku tak koser nak tanya2.
jeling sebelah mata jer kott.
Bayanglah..ada satu travel agent tu offer Beijing.
5 days 4 nights, RM2500 exclusive flight ticket.
Mahal babas kottt.
Aku boleh dapat kat travel agent dlm fesbuk,
6 days 5 nights, RM2000 all in..
kan banyak beza tu kann.
moral of the story,
matta nie tak berapa nak discount laa..
macam tertipu jer rasa..huhuu..

Yang local pulak adalah aku nampak sikit2.
Langkawi la..Sabah la..
tapi pada aku kalau local nak jenjalan amek package adalah rugi.
lainlah kalau pegi pulau nak snorkelling bagai.
Setakat local, bawak kereta jalan sendiri sudah.
kalau sesat barat tanyalah orang ye tak??

Aku ada jugak survey2 package utk next trip aku.
hampeh..
semua mahal.
baik aku booking kat fesbuk takpon kat mudah.com.
murah lagi kott.
macam useless jer aku rasa matta fair nie..

Before nak keluar tu, tersinggah booth Sabah.
terberbual pulak ngan sorang mamat yg englishnya sangat sedap didengar.
English Sabahan..dah macam cakap ngan orang Filipina pulak..hehhee
Dressing pon ala2 macam budak VIP tu, geng si Adam.
rambut hensem ala2 k-pop.
Dia tunjuk aku pamplet Pulau Sipadan.
OmaiGod..my dream island..
Sangat cantek dan eksaited aku dengar.
Knowing kan..Sipadan very the costing one.
Nak masuk kena ada permit you.
RM40 kalau tak salah.
Aku pernah dengar sekali masuk Sipadan,
orang yang dibenarkan hanya 200 orang sahaja.
adehh..sure special kann.
Tu belum Kapalai lagi.
Room rate in USD u'olls..takut mak.

Amek info sikit2.
dengar jer la apa budak tu cakap.
Dalam hati..takper, nanti aku google sendirik kat rumah.
Tapi memang berangan tak sudah la lepas tu.
Mabul-Sipadan-Kapalai..we will see someday..ngeeee..
  
lepas dah penat putar kat dalam tu.
Ajak Papa keluar.
kaki dah sakit tawaf2 dalam tu.
Papa ajak minum kat luar sambil jeling2 pamplet yg kitorang kumpul.
Mak ok jerr.. 

Masa dah masuk dalam mall.
ternampak secret recipe.
tetiba tekak nak makan coklat indulgence.
nampak tiramisu pon nak makan jugak.
cheesecake pon nak.
brownies pon nak..
adehh..banyaknya nak makannnnn... 

Last2 amek indulgence, tiramisu ngan oreo cheese jekk..makan sampai tak pandang kanan kiri.


Sambil makan sambil katamkan pamplet Sabah...sangat eksaited u'olss..Sabah sangat cantek.Very nature.

Dan ini...taraaaaa....Sipadan-Mabul..Simply awesome..
nampak tak yang package 3 days 2 nights RM885/pax tu..tu adalah promo rate. Actual rate dia adalah RM1,670/pax..kalau compare, giler murah kann yg rate promo tu????..hahahahaaa...ketawa dewa jin..
Papa kata dia nak pikir dulu..sambil2 tu soh aku google jugak kat umah nanti..
Tapi serious..sangat eksaited ahkak tau..


Lepas dah membaham kek2 tu..
jalan2 jap kat dalam mall tu.
giler ngko..baju raya banyak cantek2.
tapi regenya..Ya Allah mahal babas ngkoo.
ada satu baju kurung ada sulam handmade.
memang cantek la..
tak pernah aku tengok.
kalah sulam kain bandung tu.
regenya..RM860..mak aaiiii..
tak tahulah..harga menipu ker hapa.
aku pon tak tahu.
intan berlian kot sulamnya.

Dah penat pusing2.
Papa ajak pegi KSL pulak.
adeh..penat lagi kaki aku...sobs..T__T.













Friday, July 13, 2012

Dinner Spageti Jerr..



Dinner 2 malam lepas aku anak beranak.
Dah tak tau nak masak apa2.
Hari2 makan nasik, pitam jugak kan.
harus kena makan benda lain.

Selongkar2 kabinet tejumpa button mushroom.
since daging cincang pon ader lagi sikit dalam freezer.
then teruslah tumis itu cili bawang bagai.
katuk dadu2 itu tomato.
campak2 terus dlm kuali.
sekejap jer kot dah siap...ngehh...ngehhh...ngehh..

Jom nengok resepi.
purely resepi aku okeh.
takder copy paste dari  mana2 blog or google.

Bahan-bahan.

Spageti - rebus ala dante, letak garam  ngan minyak sikit.

1/2 kg daging cincang - rebus sekejap
2 senduk cili kering -blender
3 biji bawang puteh - blender
1 biji bawang merah - blender
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tin button mushroom - suka hati nak potong mcm mana
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
garam ngan gula secukupnya

Cara masak.

* Tumis dulu cili ngan bawang puteh ngan merah yg diblender sampai garing.
* Then masukkan bawang dadu - kacau sampai layu.
* Masukkan sos tomato ngan sos tiram.
* Masukkan daging ngan button mushroom.
* Garam gula secukup rasa.
* Kacau sampai semua betul2 sebati and mendidih. Kalau kering sangat tambah air sikit.
* Dah boleh hidang ngan spageti yg dah direbus tadi.


The next day paginyanya,
Pagi2 aku bangun, gigih nak panaskan kuah spageti yang ada lebih tu.
Aleeya bawak pegi taska sikit.
Babysitter rasa and terus cakap..
"mama awak masak, kenapa tak rasa masam?
dia buat macam mana preego tu?"
"Mama tak pakai preego Mak Mel..sebab tu tak masam..
mama masak sendiri jer.." Anak aku jawab.
"Eh..ye ker..mama awak tak pakai preego..
tak percayalah..."

Emm..bila aku dengar anak cerita, aku ketawa jer.
Tapi serious..tekak aku adalah bukan tekak ongputeh.
ongputeh kalau buat spageti mmg masam.
Sebab bahan utama kuah spageti adalah tomato.
itu adalah resepi yg original. Tak boleh disangkal.

Tapi tekak aku adalah tekak orang melayu.
mesti nak pedas2 sikit.
So, nak tak nak terpaksalah mencipta resepi sendiri.
pada saper2 nak cuba, boleh cuba.
Rasa sendiri kuah spageti orang melayu..hihihiii..










Wednesday, July 11, 2012

PinkyRed Velvet


Lama giler tak makan red velvet.
minggu depan dah puasa.
nanti dah takder hawa pulak nak makan.
since kat esbok ada stok creamcheese.
harus kena buat nieh.
nanti expired benda tu rugi besor aku.
dahlah mahal..kalau murah macam pemadam dua posen anak aku okeh jugak..

Malam tadi, lepas dinner terus mengongkang dapor.
tetiba jek masa syok2 ayat tepong baru teringat nak cari pewarna merah.
carik punyer carik..ayakkkk!!! mana aku letak nieh.
boleh tak jumpa plak..*pengsan*

nak taknak..tepaksalah capai jer kaler pink stobery.
sori..mencemar duli red velvet.
jangan ada yang marah yekk..
matiklah derhaka kena panah petir...huwaaaaaaa....

Bila dah siap, nampak jugaklah kaler merahnyer walaupon kaler asal adalah kaler pink.
jadi merah sebab dah godak ngan cocoa powder.
eemmm...oklah tu...(ayat sedapkan hati :p)

bertingkat2 macam flat larkin..huhuu..

dah tinggal sikit sebab potong2 bawak gie opis..

Makan sikit2 jer..sayang nak makan banyak2..nanti cepat habis..


Minggu depan nak buat lagi red velvet nieh.
ada lagi satu bar creamcheese.
tapi ada orang dalam umah nie nak makan kek cekelat.
besok kot buat kek cekelat pulak.
whipping cream ada lagi sekotak..bolehlah tu..
ehh..tapi, tekak macam nak makan pavlova jugak..errkkk....





Monday, July 9, 2012

Pavlova lagi


Tu dia..
my second attempt doing pavlova.
this time round dapur aku tak kena gempa  bumi.
consider turun salji ala lite2 jer.
cool ngan tenang gitu.

Dengan begitu tabah sambil otak berpikir2 pesanan sweetisaqi.
semua aku simpan kemas2 dlm otak.
segala petua..segala advise aku apply kat pavlova aku nieh.
seram jugak u'olls.
takut tak jadi lagi.
kalau tak jadi, memang comfom aku  kena mandi 7 mesjid..sob..

Since, aku ni memanglah anak murid yg mendengar arahan.
jadinya semua macam senang jer aku buat.
lepas satu..satu aku buat.
sampailah semua dah masak.
and outcomenya sangatlah awesome.
memang yg macam aku nak.
very light and crunchy.
melt nicely dalam mulut..auwwwww....
sorga lidah dan tekak.

Pavlova dah masuk first ranking tekak aku after red velvet.
besok2 nak buat lagi.
sebab whipping cream ada lagi dlm freezer.
nanti dah puasa takder maknernya nak buat kan.
kang terbuang membazir pulak.
membazir tu kan amalan syaitonnirrajimmm.

Yang tak bestnya aku noticed.
Oven aku sebenornya tak berapa sesuai nak masak ini pavlova.
cepat panas oven tu.
puas aku layan temperature.
tapi tak boleh jugak.
Persoalannya,
adakah ini oven perlu ditukar?
apekah perasaan encik papa bila mendengar akan perkara ini?
bagaimanakah penerimaanya?...hehehheee....

Strategi...strategi.......



Sunday, July 8, 2012

Ketawa ngan nanges @ 3D Spiderman

Baru jer balik nonton ceita superhero labah2.
Best giler cer nie.
Puas hati melampau.
Nak compare ngan spiderman yg lepas,
yang ni memang serious best.
Cukup rencah gitu.
Takderlah nak terbang lekat2 jer kan.
Ada gak scene ketawa ngan nanges2..



Bila dah best mcm tu, jawabnya memang kena beli cd lagi nanti.
Kalau dapat yg 3D lagi power..hahahaa

So saper2 yg tak tengok lagi.
Pegilah nengok..
Sure korang pon excited mcm aku,
Ngalahkan bebudak kecik yg jadikan spiderman tu hero seantero donia...muahahaaa..






Friday, July 6, 2012

Pavlova version rentong

Anak aku panggil bavlova...doploh kali ajar sebut pavlova..tapi baglova jugak yg dia sebut..
baglova pon baglovalah...
sila abaikan kaler2 rentong itu..konon2 nak buat double layer..natijahnya berlayer2 sentap dlm hati..sakit hati  sebab buat tak berapa nak jadi..pitam..


First time buat pavlova.
Huru hara kot.
macam kena gempa bumi dapor aku tu.
malas nak cerita banyak2 sebab pavlova aku ni tak jadik.
kaler sangat menyakitkan hati.
tahap rentong dewa.
nasib baik rasa tak terjejas.
maintain sedap gitu u'olls.
kat luar crunchy.
dalam ala2 mashmallow gitu.
macam makan gula2 kapas dowh.
nanti aku usahakan sampai berjaya.
wish me luck okeh!




pavlova version sememeh..


Wednesday, July 4, 2012

Nonoi's Wedding


Nonoi's wedding day.
Ingat tak entry pasal anak Pak Long aku yg nikah tu.
Same day dengan majlis SIL aku.
Haa...
Nielah nak load gambo kawen dia nie.
Tapi gambo nikah jer la..
Gambo reception tak sempat nak amek.
Since that day aku pon membizi ngan reception SIL aku.

So for Nonoi and Haikal.
Selamat pengantin baru.
Moga kekal hingga ke hujung hayat.
Banyakkan bersabar dan bertolak ansur.
Moga kebahagian dan keceriaan milik kalian.

Ayat tak boleh blah kannn.
Tapi ikhlas okeh dari sanubari...hehehee..:)















Paku yang berpakis

Semalam Cik Semah balik Pahang.
Bermurah hati nak belikan pucuk paku kat kg dia.
kengkonon nak buat pasar tani gaya online.
katanyerr.
Tapi aku suker.
Sebab aku tak payah nak pegi pasor.
Sebab semua di hujung jari.
dihujung skype, email, telepon bagai.
Sangat senang kan.
Menambahkan lagi tahap kemalasan yg dah sedia ada dalam diri...hahaha..

So pepagi buta Cik Semah bagi pucuk paku.
Seikat adalah RM2.
Sangat murah dan fresh giler.
So di ambang tengah hari.
Orang sibok pegi lunch.
Aku sibok menyiang pucuk paku.
konon2 mcm kat rumah kan..syabas.

Pucuk paku adalah sangat fresh dan muda belia. Feveret tekak aku.
Otak dah ligat pikir nak masak lemak cili api malam ni. Awesome!
Abaikan mudah.com kat belakang tuh....heheee

Menyiang sayuran kg ni senang jer.
semua pon sedia maklom kan.
main patah2..lurut2 jer.
pucuk mudalah katakan....kuikuikuiikuii...


Ok..yg ni dah siap. Balik kat umah nanti tinggal cuci and masak jer.
Ohh..sangat suka hati!!!

So, balik ni sure aku berselera nak makan.
Since aku pon hari ni last day puasa.
sangat sukahati.
Balik masak nanti sure senyum2 jerr...=)