This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, July 13, 2012

Dinner Spageti Jerr..



Dinner 2 malam lepas aku anak beranak.
Dah tak tau nak masak apa2.
Hari2 makan nasik, pitam jugak kan.
harus kena makan benda lain.

Selongkar2 kabinet tejumpa button mushroom.
since daging cincang pon ader lagi sikit dalam freezer.
then teruslah tumis itu cili bawang bagai.
katuk dadu2 itu tomato.
campak2 terus dlm kuali.
sekejap jer kot dah siap...ngehh...ngehhh...ngehh..

Jom nengok resepi.
purely resepi aku okeh.
takder copy paste dari  mana2 blog or google.

Bahan-bahan.

Spageti - rebus ala dante, letak garam  ngan minyak sikit.

1/2 kg daging cincang - rebus sekejap
2 senduk cili kering -blender
3 biji bawang puteh - blender
1 biji bawang merah - blender
1 biji bawang merah - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
1 tin button mushroom - suka hati nak potong mcm mana
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
garam ngan gula secukupnya

Cara masak.

* Tumis dulu cili ngan bawang puteh ngan merah yg diblender sampai garing.
* Then masukkan bawang dadu - kacau sampai layu.
* Masukkan sos tomato ngan sos tiram.
* Masukkan daging ngan button mushroom.
* Garam gula secukup rasa.
* Kacau sampai semua betul2 sebati and mendidih. Kalau kering sangat tambah air sikit.
* Dah boleh hidang ngan spageti yg dah direbus tadi.


The next day paginyanya,
Pagi2 aku bangun, gigih nak panaskan kuah spageti yang ada lebih tu.
Aleeya bawak pegi taska sikit.
Babysitter rasa and terus cakap..
"mama awak masak, kenapa tak rasa masam?
dia buat macam mana preego tu?"
"Mama tak pakai preego Mak Mel..sebab tu tak masam..
mama masak sendiri jer.." Anak aku jawab.
"Eh..ye ker..mama awak tak pakai preego..
tak percayalah..."

Emm..bila aku dengar anak cerita, aku ketawa jer.
Tapi serious..tekak aku adalah bukan tekak ongputeh.
ongputeh kalau buat spageti mmg masam.
Sebab bahan utama kuah spageti adalah tomato.
itu adalah resepi yg original. Tak boleh disangkal.

Tapi tekak aku adalah tekak orang melayu.
mesti nak pedas2 sikit.
So, nak tak nak terpaksalah mencipta resepi sendiri.
pada saper2 nak cuba, boleh cuba.
Rasa sendiri kuah spageti orang melayu..hihihiii..










No comments:

Post a Comment