This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, July 24, 2012

Tergolek-golek kambing itu

Fasting Day 2.
Dok umah lagi hari ni.
Paling best aku bangun pukul 10.30am hari ni.
Huuuu..sangat mengujakan.
Bangun tak terus mandi.
sebab before solat subuh pagi tadi dah mandi.
So, pada pikiran aku..jap lagi nak zuhur aku mandilah..gituew..

Bangun tido macam orang sasau.
terus bukak tv and capai novel.
harus aku katam hari ini jugak.
Yess..itu pasti!!

Tapi cerita kat tv adalah best.
tengok jalan2 carik makan. Buat aku tetiba lapor.
Then sambung tengok melodi pulak.
Perghh..gossip..
buat kurang pahala aku tengok menatang nieh.

Tetiba itu budak kecik naik atas.
Ooo..mesti spot check..tengok mama dah bangun ke belum.
Hello..ini mama okeh.
tak mungkin mama tido sampai matahari tegak atas kepala..eh ye kerr??
Tu musti Papa yg suruh check tu.
Aperr..ingat mama dah terlontang pengsan kat atas tak bangun2 ker??
citttttttt..

Zuhur time Papa naik atas.
Kenapa tak turun?
ingat  merajuk...
Apa hal pulakkk kannn.
Buat aku gelak dewa jin jerr.
terasa ada buat salah ngan aku ker..muahahahaha..

Papa ajak jalan..pi Jusco ker Tesco ker..
Tapi soh lewat sikit keluar.
sementara nak tunggu masa  berbuka.
Iyolahh..

Then pukul 3pm mcm tu, semua siap2.
Konon nak pegi Jusco Permas.
Niat di hati nak jenjalan coci mata jer.
Sekali jer melayang jugak duit.
Tetiba ternampak ada tshirt minnie mouse yg chumel.
Haruss niehh..
boleh beli buat baju raya Aleeya.

Kannnnsss...
Tu yang ahkak tak suka keluar rumah tu.
Ada jer kepala agung nak keluar...benci tau.
Since buget raya belum kira lagi.
Beli jer lah ala kadar.
Beli tshirt 2 helai ngan belt budak kecik tu.
Okeh..dont lebih2..belum sampai waktu nak shopping2 tahap dewa nieh.

Then dah pukul 6.30pm gitu terus pegi Hotel Selesa.
Aku dah book awal kat situ.
konon2 nak dapat rate early bird.
Murahlah jugak.
Adult RM35 Child RM17.
Tu pon gara2 Papa yang nak makan kambing tergolek2.
Hohh!! sangat maniac dengan itu lamb.
misteri sunggoh!!

Sampai jer orang dah ramai.
Terus pi carik tempat duduk.
emm..okeh.
tempat adalah strategik.
senang aku nak menggapai makanan. suke..suke..

Aku toleh belakang jer, itu dua beranak dah hilang.
sekali jer nampak itu dua orang kelibat dah beratur dengan pinggang di depan kambing yang tergolek2.
sangat misterius itu dua beranak.
Aleeya punya perangai, apa yang bapak dia suka makan..itulah yg dia suka jugak.
Jadi, itu kambing memang ada 2 orang peminat fanatiklah sekarang..*pengsan*

Meje yang dah separuh penoh..

Budak ini tak mo makan nasik. Dia dah sibuk mengadap itu mr kambin..Budak kecik pon pandai makan kambin..aiseyyy...:p

Gigih tau Papa ni mencedok makanan..semua tempat dia pegi nak tengok apa yang ada..

Nie dish aku..nasik pon dah tak nampak..nasik tu sikit jer kot..lauk jer melimpah ruah..
aku amek 3 ekor udang sweet sour yg marbeles..sayur campur ..ayam cincang lemak cili api ngan ayam percik. Tu semua sikit2 jer..tapi bila sikit2 dah jadi bukit..hahahaa

Satay ni memang meletops u'olls..5 kali lebih sedap dari satay kajang..10 kali sedap dari satay wak radol and 10.5 kali sedap dari satay kak miah..very the juicy ones..besor lagi macam beso ibu jari kaki adik ko..makan 4 cucuk pon dah consider kenyang la tu..

Theme malam nie..tekak aku nak beranak nak belasah bbq jerr..so, kitorang tibai jugak baby lobster ngan puyuh goreng rempah..serious sedap okeh..

Nie rusa panggang ngan kambing golek..itu rusa..ya ampunn..lembut gila siot tekstur dia..memang sedap..
belum lagi kambin yg berempah tu...perghhh..menjejeh2 air liur..

Dekat2 nak azan maghrib..tetiba Papa datang bawak ini udang galah..giler besau ngkoo..teringat masa makan kat Rompin kat simpang masuk Muadzam Shah tu..kalau makan udang nie..koman2 sekor rege dia RM10-RM15 sekor nieh..
Belakang udang tu kambin tergolek2 tu..tahap tamak haloba dah tu..

Taraa..penoh dah meje kami tiga beranak...kalau lagi besau meje nie..lagi banyak makanan yang kena tabur..main course kat sini nampaknya sumber dagin semata..emmmm...kena makan detoks malam nie lah gamaknya...T__T


Lepas berbuka konon2 nak gie Tesco kejap.
Sekali jer mamasing dah tak larat.
Kekeyangan. Perut dah menegang mengeras semacam.
Huuu..sungguh buruk perangai.
Jangan follow okeh.

Terus balik umah jer.
Anyway terima kaseh tak terhingga pada penaja berbuka malam tu.
kena buat baik lagi nie.
mana tahu dapat edisi khas kambin tergolek2 kat Mutiara pulak..muahahahhaa.. 





1 comment:

  1. salam..

    Wah dah pergi round buffet ramadhan.. i tak mampu lagi nak tgk harga dan nak cari yang reasonable.. dan makanan yang sedap.tapi RM35 tu reasonable lah ada kambeng golek :)

    ReplyDelete