This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, August 29, 2012

Enam Jahanam

Rasa nak terpekik terlolong2.
rasa nak nak naik cabel car pastu terjun tirok.
rasa nak jerit2 pastu guling2 kat atas tempat parking kete opis nie.
rasa nak lempang2 diri sendiri sampai puas.
pastu aku carik pipi orang lain nak lempang2 jugak.

Betul2 enam jahanam.
betul2 dugaan raya kali nie.
mentang2 la aku tak bukak seminggu blog nie.
macam2 pulak yang jadik.
naik berasap2 telinga nie nak tahan marah.
nak tahan sendu.
apalah salah blog aku nie.
abih semua segala gambor aku hilang.
keluar tanda yg tak berapa nak seruan tu.
sungguh menjengkelkan.

apa nak buat???
ada cara tak nak betulkan balik?
takkan nak load gambo lagi.
beribu gambo pulak tu.
macam mana nak buat reference nieh.
sedihnya ahkak dik.
Allah jer yang tahu betapa remuk redammya hati akak nie.

Rasa nak tutup terus jer blog nie....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.............:0

Monday, August 27, 2012

Kacang Pol Bomba Larkin

Boring la kan takder cieta raya...hahahhaa..
Entah...aku rasa macam takder cieta yang best.
pada aku tiap2 tahun sama jek.
Boleh gituew???

Biasalah kalau dah cieta raya.
Makan ketupat, ayam masak merah, sambal goreng mak.
pastu salam2..nangis2..syahdu sendu di pagi raya.
nanti kalau aku rajin aku load gambo.
kalau rajin la yerr..

Adik aku yg dok KL tu balik hari Khamis.
Coti dapat 3 hari jer dia tu. Hampeh.
Sempat la jugak bawak dia raya rumah sedara mare kat area Jb.
masa adalah suntuk.
dia pon paternnya macam tak nak jalan2 sangat.
macam nak abiskan masa kat umah ngan makan2 apa yg mak masak.
suka hati ko lah.

So, sabtu tu anto dia balik.
anto setakat terminal larkin jer.
yg lain2 tu ko buat sendiri.
dah beso kann.
lepas anto dia pegi KSL jap.
Papa nak carik cover tab dia.
koyak sudah.
ntah apa-apa.

Masuk tesco jap perabihkan duit seploh hengget beli slipor.
pastu terus balik.
on the way nak balik tu terlintas plak kat kebayan kacang pol tu.
perot pon suam2 lapo.
jomlah pi makan.

Satu hari ni jer yg aku paling suka.
sebab dapat makan kacang pol.
feveret aku ngan Aleeya...hahahaa..sangat best.

Papa boring.
Dia tak berapa gemor.
so dia order tahu bakar ngan ABC yg tak berapa best tu.
best lagi kat Kg Melayu.
hohh..harus pegi sana makan ABC ngan yong tauhu.
Tunggu timing best la.
terbayang pulak satay babat yg bombastik itueww...auwww..



serious sedappp!!! Satu set RM4.

Sebenornya takderlah cukup mana kalau nak makan satu set ni.
makan 2 set baru sengih puas hati kot.
tapi takper, len kali boleh return lagi.
bukan jauh mana ponnn.

Balik umah dengan senang hati.
nak kemas2 baju sebab dah nak balik PG ini malam pon tak terasa malas.
semua gara2 kacang pol...muahahhaaa..:D




Berakhir sudah 10 hari

Macam mana nak kumpul aura nie??
mata mengantok.
perot lapor.
Nie nak menghitung lagi 4 hari sebelom jumaat pulak.

Melampau kan.
Baru naik keje, lepas dah coti2 sedonia hari raya 10 hari.
Nie dah nak kira hari coti lagi.
senin, selasa, rabu, kamis.
Jumaat dah coti lagi okeh.
akak sangat suka u'olls.

10 hari coti.
10 harilah akak tak menjenguk blog ngan fesbuk.
bizi okeh.
bizi melantak yg infiniti.
sampai akak sakit tekak sekarang.
tak minum air sejuk yg gas2 tu.
tapi mungkin air manis2 even yg panas kan.
last malam tadi minum air nescaffe.
kaw2 power rasa pekat melekat tu even tak semanis mana.
natijahnya, pagi ni tekak horror.
rasa nak korek2 buat servis tekak nie.
sebab memang gatal ngan sakit melampau.

satu jer yg akak suka bila dah keje.
iaitu akak dah boleh kurangkan makan.
tau jer la kan kalau dah dok umah mak manjang.
musim raya pulak tu.
jawabnya, tekak ngan perut nie memang tak ada rest nak kosong2.
penoh manjang.
dapat pulak mak bonda jadik penunggu dapor memasak utk anak2 tercinta.
puas makan giler.
complete yg ampun schedule  makan akak.
sarapan, lunch, tea time, dinner.
serious melampau.
tu semua gara2 perbuatan mak akak yg setia menyumbat segala makanan kat mulot anak2 dia.
menangis akak dik.
menangis sebab mengira kilogram yg naik mendadak.
posa 30 hari turun 2kg.
lepas posa, dah start raya yg baru syawal ke 8.
aku naik 4kg.
gila meroyan guling2 akak tau u'olls...huwaaaaa!!!

Tapi bila dah berakhir 10 hari penoh 'bermakna' tu.
akak kena muhasabah diri balik.
tapi nak start dari  mana dulu pong tak tau.
adakah harus membayar puasa yg 6 hari itu?
dan bersambung ngan puasa 6.
susahnya kan kalu nak membuat sesuatu yang baik nieh???..sob..T__T 
















Tuesday, August 14, 2012

Steamboat Rawa Lagi.

Suka betul dia.
Makan banyak gila.
Sampai aku tengok pon macam nak pitam.
Dalam hati, eh budak nie jakun ker atau memang lapor.
Taulah puasa.
Tapi aku pon puasa jugak.
Papa pon puasa.
Aleeya pon puasa.
Semua orang puasa.
Tapi dia punyer makan..
adehh *pengsan banyak kali*
Lama dah rancang nak bawak adik aku ni makan sini.
Dulu penah bawak sekali.
Tapi nasib dia tak baik kedai tutup..hahhaa..
kesiannn..
Since bulan puasa ni tak pernah bawak dia buka kat luar lagi.
Aku pon decide nak ajak dia makan sini.
Sedap2 pon sedap.
Makan sampai lebam kan.
Murah pon murah.
Dari nak kena belanja makan kat hotel kan..T__T

Sampai jer terus masak2..konon2 nak makan cepat lepas dah masuk waktu bebuka. Sebab nak pegi jusco nak beli kasut selamat hari raya Aleeya (member dah mengelitat jer nak beli kasut..hohh!!)




 hari tu nasib tersangatlah baik..dapat sleeping lobster...hoyeee!!!



 besau2..lebih doploh ekor kitorang bako..muahahhaaa..puas hati!!



Konon jer kan nak balik awal.
Nak pegi soping bagai.
Hampeh.
Last2 gerak pi Jusco kol 8.30pm.
jadinya tak puas nak berjalan..benci tau. 
sempat masuk converse ngan hush puppies jer.
dalam tu jer dah berejam.
macam nak kena return lagi before raya nie.
tapi sempat ker?
banyak lagi benda nak kena setel kat umah tu..
barang aku satu pon xder lagi..huwaaaaaaa!!







Putih Bersilau...Iftar Grand Blue Wave

Kita ceita pasal makan2 Iftar lagi yer.
Ramadhan Day 22.
Silakan membaca....kui..kui..kui...

Last Saturday, adalah hari tak keluar rumah.
So plan ngan Papa nak kemas umah, basuh kapet bagai.

Papa adalah melampau.
Dia sempat lagi bersihkan lumut2 kat tembok batu gate depan.
jangan kata dia berus lumut2 tu.
Siap letak chemical u'olls.
Kononya nak senang keje.
Ok.Nampak macam bagus jer idea tu.
Tambah melampau, dia boleh cat lagi tembok tu.
OMG.
Aku tak tepikir dia boleh nak mengecat.
Dia siap korek2 balance cat kat stor.
Then terus mengecat.
Time mengecat adalah ngam2 pukul 12 tengah hari.
Pergghh..panas melantong ngko.
Tapi member muka adalah takder perasaan.
Buat saja semua sampai setel dengan muka gumbira.
Whatever. Asalkan bahagia.

Siap mengecat, gigih basuh kapet.
Plus kapet dapor aku yang dah macam standard alas kaki tu..ngeee..

Aku tak plan pon sampai nak basoh2 kapet bagai.
Member biasa memang mcm tu.
Kalau dia rasa sakit mata jer.
Dia akan terus buat silap mata ngan benda2 yg aku tak expect ponn.
But outcome so nice.
Rasa bersih betul kapet tu...hahahaa..

Since panas melantong kan.
Tembok adalah cepat kering.
kapet pon cepat jer tos airnya. Nice.

Tetiba ternampak benda bersilau2.
Perghhh...tembok aku!!! berkilau..bersilau keputehannyer.

Aku  : Papa..nicelah! bersilau2 U..suci betul..
Papa : Kannnn...
Aku  : Habis ke cat puteh tu?
Papa : Aahh..tak cukup sebenornyer..tapi bolehlah.
          Daripada kaler2 hijau lumut tu kann..hahhahha
Aku  : yerla..(kembang kempis hidung..sebab suka sangat)

Petang tu lepas asar terus siap2.
Hari ni Iftar kat Grand Blue Wave.
Ada kontraktor papa nak belanja makan.
Wuuuuu....i'olls like okeh..=)

Sampai sana, nampak orang dah ramai.
Blue Wave open besor jugak tempat makan dia.
Sampai kat luar okeh.
Dalam hati, janganlah meje kitorang kena kat luor.
Panass..xder ekon. Mengada2 kann..hahahaa

Masa check nama, sekali jer dia tunjuk meje kitorang kat dalam.
Alhamdulillah...sejuk sikit.

Since that time dah pukul 6.45pm.
Teruslah amek apa2 makanan yg patut.
eemm..rasa lapor tetiba...

Lepak sana sampai pukul 9pm.
makan..borak..makan..borak..
sampai perot betul2 dah ketat baru semua nak angkat bontot...hahahhaa..

On the way nak balik,
Singah jap gi Tesco tebrau.
Pastu terus balik Kg Lukut.
Tak pernah2 balik kg tengah malam.
Dah emergency kann..nak buat macam mana.

On the way balik tu,
layan lagu raya.
Acehhh..feeling konon2 nak balik raya la nieh..muahahahahaa...:D







Thursday, August 9, 2012

Bila Duit Raya Berkaler-kaler.

Tu diaaaa..
aura sudah mariii..ngehh..ngehhh..ngehhh

Marilah kita bersama2 menyediakan apa2 yang patot yer.
Nie consider benda paling wajib ada.
Walaupon poket ni memang sentiasa kering and berlopak.
Tapi aku kerah kederat juge basahkan lopak2 tu.
walaupon rasa macam nak ter'o'okk'.
Tapi kuusahakan jua...T__T

Tapi this time round aku tak soh abang mail tukor2 kepala agong nie.
aku dah siap2 tukor ngan kak long aku.
since dia pon banker.
so senang sikit dia nak tolong kroni sayap kanan macam aku nieh..muahahaaaa..

Raya tahun nie semua eksaited nak tukor wit.
Since wit baru kennnnss.
Rupa comey..kaler cantekk..saper tak teruja.
ooppss..tu untok org yg ada buget utk wit raya la.
yang takder..takper..tak dosa pon kalau takder.
benda untuk suka2 jer kannn..



satu bundle okeh note RM1 nie..kalau ada macam nie lebih 10 bundle..sure orang kata..eh mana ko dapat duit kepok2 nie..duit tebusan culik orang kaa??? *ayat mintak terajang*


nie separuh jekk..sekadar nak bagitau yang kaler wit2 itu sangat shantekk..
Bila wit raya dah berkaler, rasa lebih bermakna tangan kanan yang akan menerima nanti. Lagi2 kalau dapat yang kaler ala2 romantik purple tu..huuu..sangat bombastik!!!

kaler ijo dah macam daun pisang la pulak.

Perghh..laju giler tangan dompot itu mengira..

model terjun tiruk..*muka nak mintak pelempang*

agak2 ko boleh bawak balik ke wit tu?? hohh!! *nak lempang lagi*

Well..
pada saper2 yg dah standby wit raya tu.
hope ikhlas lah yer masa nak distribute nanti.
barulah berkat sedekah dan rezeki korang.Nice kan?

Orang kata benda nie adat beraya.
Tapi pada aku, nie bukan adat.
Nie adalah salah satu cara kita nak memeriahkan suasana hari raya tu.
Bila tengok bebudak kecik ngan bebudak besor suka dapat wit raya,
sure korang pon gumbira ria kann?
yerlahh..tak salah kan kalau kita berkongsi rezeki yang ada sama2.
setahon sekali jer kott..=)

Okeh.
Jangan lupa yer buget wit raya utk aku anak aku.
Moga bertambah2lah rezeki korang nanti...gitueeww..

Selamat menukor wit raya and selamat sedekah wit raya!!!








Monday, August 6, 2012

Semua nak makan..macam mana nieh??

Iftar day 14.

Semalam dah makan steamboat.
hari ni pulak rasa tahap pemalas tu nak datang lagi.
konon2 balik berbuka ni, nak masak ayam masak lemak.
tetiba rasa malas melampau nak masak pulak.
terus sms papa konon2 balik keje nak buka kat Tesco.

Biasa papa okeh jer.
tak pernah pulak dia kata 'tak boleh'.
haaaa..tu yg aku double2 okeh..ngeeeee..

Balik keje pukul 5pm terus turun bawah.
macam biasa duduk kat tembok depan opis tercinta nieh.
buat gossip2 sket  bab2  masak memasak di bulan posa.
Biasa papa sampai 5.30pm.
so aku ada masa 1/2 jam nak buat gossip mesyuarat tembok kat situ.

Papa sampai jer, terus gerak pi sekolah amik Aleeya.
sampai tesco dalam pukul 6pm gitu.
Sampai jer terus book kat Restaurant Kampungku.
Papa belum apa2 lagi dah sambar ikan merah masak cili api.
eemm..nampak menarik.
letak dlm mangkuk then terus letak atas meje.
Aku order nasik ayam penyet.
Aleeya order nasik goreng pattaya ngan sotong goreng tepung.
tetiba jerr..

Papa : Ma..mama makan nasik ayam penyet ker?
Aku : Iyalah..taknaklah makan lauk2 nie.
Papa : Alaaa..papa pon nak ayam penyet jugak.
Aku : Kan papa dah amek ikan lemak tu??
Papa : Tulah..semua nak makan..macam mana niehh??
Aku : Apa susah..order jer la.
Papa : boleh ker?
Aku : Apasal pulak tak boleh..nak makan kan??

After that, laju giler papa gie order.

Papa : kak!!! order ayam penyet lagi satu!!

Aku buat apa?
geleng kepala jeww...isshhh papa nieh..

Lepas dah oder, terus masuk tesco kejap.
konon2 nak jalan buangkan masa jew.
sekali jer naik penoh troli tu aku kejekan.
macam2 pulak yg aku sumbat dalam tu.
kuih raya laa..air raya la..
ikan siakap ngan udang yg giler murahh..
tahu2 jer dlm 45 minit penoh sudah troli.
*pengsan*

Dekat2 pukul 7 terus gie kaunter nak bayor.
Tak boleh jadi ni.
lagi lambat kuor lagi mcm2 kang aku beli.
sampai restaurant dah 7pm lebih.
Orang pon dah ramai.
adehhh..bertembung pulak ngan budak2 sekolahh.
apahal ramei2 nieh?
cikgu deme belanja makan kaa??

Dah sudah..buang karen pikir pasal diorang.
Baik aku tunggu makanan aku.
Bila semua dah sampai.
amek ko..
melimpah ruah lagi macam semalam makan kat steamboat.
dalam hati..adehh..boleh habis ke nieh??
*pengsan lagi*


nasik ayam penyet 2 set. satu aku punyer..satu lagi papa punyer. sambal dia adalah best.
aku sangat suker..

nasik goreng pattaya Aleeya.

Sawi pendek goreng..ye ker nama dia macam tu??

Ikan merah masak lemak nenas cili api. Ikan ni besau..4 hengget jer sepotong.
yang paling tak boleh blah..sedap melampau nak nanges masa makan!!

Sotong goreng tepung Aleeya..

Bubur lambuk nie dapat free. Tuan tanah restaurant buat amal jariah di bulan Ramadhan..:)
Tapi tak makan ponn..sebab kenyang sangat. So, bawak balik besok pagi boleh panaskan boleh buat sahur..ngeeeeee...

Lepas makan jalan2 jap.
konon2 nak exercise sebab dah banyak sangat makan.
tapi tetiba rasa penat pulak.
then, terus ajak papa balik umah jer terus.

Emmm..dah 2 hari tak masak nie.
bagus jugak genapkan 4 hari sesi coti memasak.
nanti bolehlah aku declare coti memasak sedonia..muahahahaaaaa..
besok sabtu, planning macam nak gi bazaar kat Smart.
nak carik kambing panggang yg sedap tu.
Ahad pulak...emmm..jap pikir dulu...:p






Iftar Grill Steamboat

Dah lama tak buka puasa kat luar.
Biasa buka puasa kat umah sendiri.
or sabtu ahad berbuka kat umah mak.
Tetiba tekak nie macam nak makan steamboat ngan grill2 bagai.
so, terus decide nak pi makan sana.
Pikir punya pikir..tak bestnya nak makan 3 beranak jer.
so, mulot ni pi gatal2 ajak Cik Semah.
member pon memang selalu cari port makan luar.
jadinya dia pon setuju nak berbuka ngan family aku.
Oklah tu kan.

Pukul 2.30pm aku cepat2 book meja.
takut penoh lak nanti.
kempunan tekak kang nak makan steamboat tu.
terus book utk 5 orang.
aku 3 orang anak beranak.
Semah ngan boipren dia.

Balik keje terus pi sekolah amek anak dara tu.
Papa nak cepat2 takut jalan jammed.
ala..since dia pon coti mc hari tu.
actually sempat jer ponn...aishh..

Jejak Rawa Steamboat tu dlm pukul 6pm mcm tu.
tengok orang tak ramai lagi.
tapi aku percaya semua meja dah fully book.
adalah 2/3 family cina yang tengah makan kat situ.

Lepak jap dalam kete tengok tv.
Pukul 6.30 mcm tu baru gerak masuk restaurant.

Masuk cepat ni bagus jugak.
Boleh standby awal.
taulah kan..kalau nak grill2 ni amek masa lama.
lagilah kalau  nak grill satay ngan ayam tu.
mahu tertonggeng sakit pinggang nak layan grill makanan tu.
buat cepat2 adalah best.
Bila sampai masa nak berbuka semua dah siap masak. Best kan?
bolehlah terus makan..

Dekat2 pukul 7pm Semah sampai ngan boipren dia. 
Amboi..tersipu2 boipren dia. Malu letewww..
Lantak ko.
aku nak masak dulu.
bagi aku makan dulu. Sat lagi aku interview ko. Boleh???

 meja adalah melimpah ruah dengan makanan. Nielah bumi bertuah. Tak pernah kurang dengan makanan..hehheee...

 Dapat udang pak rimau jer..aku tunggu lobster. Boleh takder pulak hari tu..cittt..

 Budak nie memanglah feveret dia makan2 steamboat nie. Lagi2 kalau dapat benda ala puteh2 mcm mee tu. Apa benda ntah..aku tengok pelik jer. Tapi dia dengan bapak dia berselera jek makann..

Semah!!! ko tido??

Saper yg belum try boleh datang sini. Aku biasa makan kat sini..kira2 dah 4 tahun dah aku jadi penginjung setia..ngeee...Rasa sup ngan tomyam dia tak berubah dari dulu.Sama jer..sedap melampau. Kalau tak baca bismilah masa hirup tomyam, comfom pengsan tersedak..pedass ngkoo..yang tak bestnya, harga jer makin lama makin naik..T__T
Tapi takper, since tempat nie best, tak rugi rasanya kot datang makan banyak kali...hehhee..

Lepas makan, tak koser nak singgah mana2.
Sebab rasa kekeyangan ngan letih sangat badan nie.
Papa dah offer ada tak nak singgah mana2.
malas la aku..
last2 balik umah jer terus.

On the way balik tu,
cakap ngan Papa..
macam tak puaslah makan.
kena return lagi nie..
Papa cakap dia pon feel macam tu.
Suka aku dengar.

Jawabnyer, sebelum Ramadhan berakhir..dapatlah datang mentekedarah lagi kat sini...aku suka!!!