This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, August 6, 2012

Iftar Grill Steamboat

Dah lama tak buka puasa kat luar.
Biasa buka puasa kat umah sendiri.
or sabtu ahad berbuka kat umah mak.
Tetiba tekak nie macam nak makan steamboat ngan grill2 bagai.
so, terus decide nak pi makan sana.
Pikir punya pikir..tak bestnya nak makan 3 beranak jer.
so, mulot ni pi gatal2 ajak Cik Semah.
member pon memang selalu cari port makan luar.
jadinya dia pon setuju nak berbuka ngan family aku.
Oklah tu kan.

Pukul 2.30pm aku cepat2 book meja.
takut penoh lak nanti.
kempunan tekak kang nak makan steamboat tu.
terus book utk 5 orang.
aku 3 orang anak beranak.
Semah ngan boipren dia.

Balik keje terus pi sekolah amek anak dara tu.
Papa nak cepat2 takut jalan jammed.
ala..since dia pon coti mc hari tu.
actually sempat jer ponn...aishh..

Jejak Rawa Steamboat tu dlm pukul 6pm mcm tu.
tengok orang tak ramai lagi.
tapi aku percaya semua meja dah fully book.
adalah 2/3 family cina yang tengah makan kat situ.

Lepak jap dalam kete tengok tv.
Pukul 6.30 mcm tu baru gerak masuk restaurant.

Masuk cepat ni bagus jugak.
Boleh standby awal.
taulah kan..kalau nak grill2 ni amek masa lama.
lagilah kalau  nak grill satay ngan ayam tu.
mahu tertonggeng sakit pinggang nak layan grill makanan tu.
buat cepat2 adalah best.
Bila sampai masa nak berbuka semua dah siap masak. Best kan?
bolehlah terus makan..

Dekat2 pukul 7pm Semah sampai ngan boipren dia. 
Amboi..tersipu2 boipren dia. Malu letewww..
Lantak ko.
aku nak masak dulu.
bagi aku makan dulu. Sat lagi aku interview ko. Boleh???

 meja adalah melimpah ruah dengan makanan. Nielah bumi bertuah. Tak pernah kurang dengan makanan..hehheee...

 Dapat udang pak rimau jer..aku tunggu lobster. Boleh takder pulak hari tu..cittt..

 Budak nie memanglah feveret dia makan2 steamboat nie. Lagi2 kalau dapat benda ala puteh2 mcm mee tu. Apa benda ntah..aku tengok pelik jer. Tapi dia dengan bapak dia berselera jek makann..

Semah!!! ko tido??

Saper yg belum try boleh datang sini. Aku biasa makan kat sini..kira2 dah 4 tahun dah aku jadi penginjung setia..ngeee...Rasa sup ngan tomyam dia tak berubah dari dulu.Sama jer..sedap melampau. Kalau tak baca bismilah masa hirup tomyam, comfom pengsan tersedak..pedass ngkoo..yang tak bestnya, harga jer makin lama makin naik..T__T
Tapi takper, since tempat nie best, tak rugi rasanya kot datang makan banyak kali...hehhee..

Lepas makan, tak koser nak singgah mana2.
Sebab rasa kekeyangan ngan letih sangat badan nie.
Papa dah offer ada tak nak singgah mana2.
malas la aku..
last2 balik umah jer terus.

On the way balik tu,
cakap ngan Papa..
macam tak puaslah makan.
kena return lagi nie..
Papa cakap dia pon feel macam tu.
Suka aku dengar.

Jawabnyer, sebelum Ramadhan berakhir..dapatlah datang mentekedarah lagi kat sini...aku suka!!!



No comments:

Post a Comment