This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, September 27, 2012

Jejak balik selepas sebulan.

Okeh. Decide nak pegi Jusco Tebrau.
Konon2 nak jenjalan jer.
Sebab dah lama tak pegi.
Last aku pegi masa bulan posa ari tu.
Nie consider dah sebulan la nie tak jejak sana.
Baru sebulan tak pegi..aku tengok dah mcm2 berubah.
Nak tukor konsep kaler ke?
aku tengok dah macam kindergarden dah.
ada kaler oren..ada kaler apple green.
suka hatilah. Bukan masalah aku pon kan..kuikuikuii..
Nampak Manhattan Fish tetiba macam terlapor.
sedap gak kan makan fish n chip ni.
sekali jek permission tak granted.
aku sorang jer kot nak makan tu.
lagi 2 beranak nak makan lamb chop.
adehh…
takperlah layan jerk.
since aku pon memang dah lapor tahap gaung nieh.
Masuk jer terus order.
order dish biasa makan jek.
kali ni tak order banyak.
takut tak abis macam selalu.
membazir kang. Tak bagus.
Membazir kan amalan syaitoonnirrajimm…aishhh..

Anak aku macam biasa.
dia memang feveret benda2 western nieh.
Cuma tersilap oderkan dia sos mexican.
sos tu super pedas.
jadinya dia tak berapa enjoy nak makan.
kesian pulak.
Aleeya bukan tak makan pedas. 
Tapi kalau dah pedas sangat,
macam tak boleh blahlah pulak kan.
aku pon dah berasap2 serupa naga.
tapi dia serious bagus la..gigih abiskan dish tu…hahahaaaa…
bagus anak mama!!

Nie dish aku ngan Aleeya.. 2 set of lamb grill chop with mexican sauce with spagetty...eemmm..terasa2 lagi kat tekak nieh..

This is heaven..the best mushroom soup in town..

 Dish normal Papa..Grill lamb chop..

Nie pon Papa punyer..grill beef mexican burger with turkey ham..

Masa tengah syok2 makan.
tetiba terdengar suara2 asing.
Siapakah itu??..Apekah..???

Sebelah tempat makan kitorang ada 2 orang lelaki ni.
muda belia la.
Ala2 anak muda kosmopolitan..gitueww.
dengan paper bag shopping besor. Ngan handbag bagai.
kalah handbag akak u'olls…hahhaaa..
tengok dressing smart la. Stylish kononnya.
24/7 english speaking okeh. Takmo kalah.
Well..bagus jugak. Budak melayu kann.
baguslah pandai cakap oangputeh.
Tengah sibuk2 perati, tetiba jek anak dara aku..
Aleeya : Mama..mama..
Aku : Yer..
Aleeya : Donuttt!!
Aku : Apernyer donut??..takder donut kat sini. Brownies jer ader.
Aleeya : Tu la Ma..(ngan mulut muncung2 kat budak2 lelaki tu)
Aku : Aishhh..apa niehh..tak baik okeh.
Aleeya : Iyer Ma. Jam dia kaler pink..hahaha...(tangan letak kat bahu)
Aku : Omaigod..this girl. So daring.So kepochi.
Aleeya : Mama tunggu..nak pegi tengok lagi!!!!!!..
Aku : Hepppppppp!!!!
Tulah gara2 terpedaya ngan ceita DONUT sheila rusly tu.
tapi nak buat macam mana kan..
budak nie mulot dia jujur....muahahhaaaa..
Lepas makan, ronda jap.
Papa konon2 nak carik  barang henpon.
Yerlah tu..nak carik kat sini.
Dahlah mahal.Baik carik kat KSL..lagi bagus.
Then terus pegi Harris.
Carik buku jap.
Sambil tu jeling2 kat penaja .
Ada tak saper2 nak belanja saya novel hari ni?..kuikuiikuii..
Suker tau bila masuk dalam tu.
Tenang jer bila nampak buku2.
Aleeya pon dah mengelitat.
Sure pala otak dah pikir nak pow mama beli buku…ishh..
Lama ngulor kat dalam tu.
Last2 sampai papa surrender.
Dia dok luar main fesbuk jek.
I'olls anak beranak okeh jer. 
Nak soh tido sini pon takder hal…miamiamiaahhaaa
Dah puas hati baru balik.
Before tu tanya penaja, boleh tak kalau I nak beli novel.
Dia diam jer.
Ooo..nice..diam tandanya setuju.Muahahhaaa..
Dengan riang hati aku sambar 3 novel.
Buat stok kat umah..sangat puas hati.
harga??
Takmo tanyalah..sebab mahal jugak novel2 tu.
muka surat main ribu riban.
Sangat eksaited nak membacanya…kihkihkihhh..


Budak pompuan ni kalau dah dapat buku dia..dia dah takmo jalan2 dah...dia akan duduk mana2 bontot dia sempat duduk..pastu akan baca dan baca dan baca..hari tu dia senang hati sebab dapat pow mama doploh lima hengget beli buku cerita komik...

Bila semua dah dapat idaman hati.
Mohlah kita balik yerr.
Papa sorang jer tak dapat apa dia nak.
So..bulan depan wit gaji aku dah selamat.
tak payahlah nak selit2 simpan wat beli novel.
Cukuplah ni 3 novel buat bulan ni.
Masalahnya kalau aku cerita kat Papa.
Sure dia berani joget2 kat lobi jusco tu,
Ejek2 aku..sebab aku ni selalu cakap tak serupa bikin.
Eleehhhh...sukalah kannn!!!!




Sudut keras tangan..Pesta Tanglung

Bila dah tiba mosim2 kuih bulan ni.
makanya tibalah juga mosim tanglung.
apa kaitannya antara kuih bulan ngan tanglung tu,
aku pon tak tahu…kuikuikuii..
Tiap2 tahun Aleeya akan bawak balik tanglung.
bermacam2 kaler..bermacam2 gaya.
skarang semua dah advance.
macam2 bentuk boleh kita jumpa.
dan macam biasa juga..sudut keras tangan tanglung ni,
akan buat kitorang anak beranak tepusing kepala nak memasangnya.
Almaklom masing2 taklah sekreatip mana.
senang cer, tiap2 tahun kepala akan berpusing..
macam gasing daaa..(dailog samseng pendekar bujang lapok)
Dan tahun ni jugak..mcm tahun2 lepas.
Orang yang selalu gigih menyiapkan tanglung ni adalah Papa.
Anaknya akan beradu lena. 
Besok pagi, bangun tido..tanglung akan tersiap cantek depan mata.
Kelass ko nakk..
Buat lagi yer tahun depan perangai macam tu.
Dan juga tahun2 akan datang sepanjang ko sekolah cina tu…aissshhh..


Nie rupa tanglung yang dah siap tu..gile susah nak buat!! 
Tapi bila dah siap, chumel sangat2....emmm...:)





Wednesday, September 26, 2012

Mini Pavlova Lagi




Jom layan pavlova lagi.
takmo buat beso2. 
buat comel2 jek.
cepat masak sikit.
kalau nak buat beso2, kang kena tunggu 1 jam.
kalau buat comey2 dlm 1/2 jam dah masak.
kan best kalau macam tu.
dahlah oven aku ni pelik sikit.
manjang nak jaga ngan control panas dia.
takut kang terlebih masak.
sentap kang jiwa raga aku.
This time round, perfectly baked.
just nice jek.
takderlah huduh serupa dayang senandung.
still mata tak sakit nak memandang.
oklah kan macam tu.
sonok sikit nak kemam2 dlm mulut.
dahlah sedap guling2.
serious puas hati.
Jom nengok resepi.
Mana2 blog pon ader.
tapi ni aku punyer blog aku punyer suka.
sori…aku ada tukar sikit resepi tu.
ikut sukalah, aku yg nak buat kan..
yang penting still jadik pavlova tu.
boleh makan punyeeee…




Bahan2.
4 biji puteh telur (aku dah try semua gred..A, B, C..hentam jer..)
1 cawan gula castor (aku pakai 1/2 cwn jer..itu pon tak penoh sangat)
2 sudu kecik esen vanilla
1 sudu beso cuka
2 sudu beso tepung jagung  ( aku boh 3 sudu beso)
1 1/2 cawan whipping cream brand RICH (tak semua whipping cream boleh pakai eh..)
Cara Buat.
1. Pukul puteh telur dr low speed and change sampai mid speed, lebih kurang 2/3 minit
sampai telur tu kembang sikit.
2. Masukkan gula sikit2 sambil mix puteh telur tu. Jangan gelojoh..tak jadi kang nanti.
3. Masuk esen vanilla.
4. Masuk tepung jagung sikit2 and mix sampai telur tu jadi tanduk2. bukan tanduk jin 
atau tanduk yg seumpamanya. Tanduk tu konon2 kalau korang angkat mix tu dia cantik 
jer melekat and ada special rupa2 tanduk. Nak lagi paham, kalau korang tebalikkan
mangkuk tu dia tak tumpah la..aisshhh..senang sket ceita.
5. Stop kat mix and masuk cuka and terus kaup balik pelan2 sampai rata.
6. Dah siap, letak baking paper atas tray then terus tepek telur tu kat atas baking paper 
tu. Kalau ada piping beg lagi senang. Sumbat dlm tu then terus pancit jer ikut suka korang.
Kalau buat kecik2 nampak cantik and kemas, cepat masak pon yer. Tapi suka korang ler.
Yang penting jaga api bior tak angus. Kengkadang kalau panas sangat oven dia cepat gelap.
tapi yg tak bestnya, dalam tak masak…pandai2 korang ler..

Wednesday, September 19, 2012

3 hari yang puas hati

Biasa coti panjang sure pegi jalan2 kan?
coti 3 hari straight tu.
kalau pikir utk coti2 malaysia memang berbaloi sesangat.
tapi tak berbaloi utk aku...sobs..
Papa adalah keje sabtu dan ahad tu.
Factory shutdown.
so dia kena monitor utk keje2 service kat sana.
hohh..sangat membosankan.
Selalu kalau coti2 panjang nie memang aku pantang.
Pantang jumpa.
sekejap jer aku boleh dah ada kat melaka.
lepak2 kat sana.
Tapi ini coti punyer time..homaigod..
melepak meleseh kat umah sampai sakit semua sendi2 aku.

Sabtu pepagi aku dah masak utk lunch.

no breakfast2.
papa kata nak balik lunch.
ok..takper.
petang pulak pukul 2.00pm macam tu aku dah membongkang tido.
hello..bukan dasar suka tido siang okeh.
aku adalah mengantok melampau.
tetiba jer nak tetido.

Bangun tido pening2 lalat.

tengok jam dah pukul 5pm.
Jap lagi Papa balik.
mencicit masuk dapur masak air wat minum petang.
nengok Aleeya melantak main game kat henpon sampai tertonggeng2.
Amboi...suker yerr..
Aku hepppp jer..dari tertonggeng terus terbalik.
haa..main..main...telan benda tu..
main sampai nak terjojol bijik mata.
geram betul.
kan bagus kalau buat homework taksub macam tu..hohh!!!

Malam tambah boring lagi.

capai novel yang dah berapa kali aku tangguh nak baca.
beli dah berbulan..skarang baru nak telek2.
then aku decide..baca jer la memmmm.
since tengah boring pon kann.
melantak baca novel tu sampai jam dah pukul 2.00am.
perghhhh...indahnya karangan sampai tak sedor masa berjalan..heheee..
tu yang menyampah kalau dah start membaca tu.
aku akan jadi lebih taksub dan gila mengalahkan anak aku yg taksub main game.
ketaksuban aku akan buat aku cakap sorang2..ketawa sorang2..nanges sorang2.
tak gila ke namernya tu.
eemmm...aku redho kalu gila..asalkan aku bahagia..muahahaaa..

Hari ahad tambah boring lagi.

pagi2 buat meehon meatballs.
amek ko..makanlah sampai terbarai sampai malam meatballs tu.
berlambak tergolek2 meatballs tu dlm periok aku masak.
lepas masak dan makan. buat aktiviti lagi.
Ohhh..tidakkk..tido petang takder dalam plan hari nieh.
Aku nak layan novel ni lagi.
seribu ++ ngkoo pages dia.
adalah setebal 1/2 jengkal jari dompot aku nie.
aku target nak abiskan sempena musim coti2 seromah aku  minggu nieh.

Petang mommy kempas tepon.

"Ngah tak balik ker..mak nak bako satay nieh"
"La..syok yerr..poad keje lah  mak"
"Tunggu la sampai dia balik..nanti barulah datang sini.."
"iyolah mak.."

Tunggu papa balik sampai 7.30pm.

perghh..lama gila kott.
Mula2 konon2 macam nak merajuk.
tapi bila pikir anak aku Aleeya tak jejak tanah lagi dah 2 hari.
aku letak tepi merajuk aku tu.

"Jom siap pegi umah Wan. Wan bako satay"

Aleeya senyum penoh makna.
Papa konon2 nak buat muka penat balik keje tak sampai hati.
Naik atas mandi2 siap then  terus setat enjin kete.
Aku tak nak amek tau dia penat ke idok.
yang aku tahu otak aku dah terpusing dok umah 2 hari.
aku nak jejak jalan tar kat luar.
tak sempat tengok matahari, dapat tengok bulan pon takper.
mak ok jer.

Sampai umah mommy kempas.

semua tengah berasap2.
gigih memasing bakor satay ngan ayam bbq.
Ooo..bukan openhouse sempena raya pon.
makan2 biasa anak beranak jer.
Aku adalah lahap makan.
sebab sepanjang hari dah telan meatballs kat umah.
rasa dah macam meatballs tu dah tersekat kat leher nak jadi halkum.



aku jadi tukang tengok jer deme bakor satay ngan ayam..
even tukang tengok ponn..still dapat tempias bau asap tu..cittt..

 mak gigih masak ketupat segera ngan rendang..dengan sambal kacang sekali nak makan ngan satay..

tangan yang lemah gemalai tu tangan kak long aku..aku macam biasa..jadi tukang tengok jewww...kuikuikuiii...

Dah makan2..kemas2..memekak2 kat umah mommy tu.
semua pon berangkat pulang.
malas nak tido sana.
since papa kata nak servis kete besok.
ok..tak kesah..mak ok jer.
terus balik umah.

Sampai umah dah pukul 11pm.

naik atas mandi2 sebab dah bau2 asap.
sembor cologne banyak2 sampai puas hati..hahaaaa..
naik atas katil capai novel.
sambung baca sampai jejak pukul 3am.
berantu siot novel nieh.
rasa gundah gulana nak lepaskan novel tu.
tapi nak buat macam mana..kena tido jugak.
kang pening langau macam dulu2 yang pernah aku buat.
**flashback..aku pernah baca novel tebal 24 hours tanpa henti.
start baca pukul 8.00am abis baca 8.00am besoknya.
tak makan..tak minum..tak tido..cuma kencing jekk..kui..kuii..kuii..
cerita syok sangat sampai sayang sangat nak berenti.
natijahnya, bila dah abis baca, aku pening langau.
terus sakit kepala muntah2 macam orang bunting 2 bulan.
padan muka sangat masa tu..hahahaa..

Bangun pagi..terus buat breakfast.

buat mee goreng jer.
Aleeya komplen..
"mama..masak mee lagi ker?, semalam dah masak mee hoon sup,
hari ni mee goreng pulak.."
"yes my dear..mama diet nasik..kita makan mee je yerrrrrrr..."
"iyelahhhh..." member boring terus muncung pegi depan.

Lepas breakfast sambung baca novel.

dalam hati..kena habiskan hari ni jugak..tak kira..
besok dah keje..nanti dah tak best..
Sambil2 tu layan Papa ngan Aleeya breakfast.
Lepas breakfast Papa hilang sebab pegi servis kete.
konon2 Papa kata "2/3 jam jer mama..nanti Papa balik kita pegi Jusco"

Bila dah pukul 1.00pm macam tu,

rasa sakit pinggang sebab duduk lama nao baca novel.
ajak Aleeya masok dapor.
"Jom pavlova???"
"Huyeeeeee...." happy okeh budak kecik tu.
Layan jap budak kecik tu..
potong2 buah..
susun2 dlm pinggan lawo2.
pastu sendiri feelling anak beranak makan depan tv.
pitam kann...hahahaaa...


menariks takkk???...nie consider 3rd time percubaan aku wat pavlova..macam biasa..memang manjang tak cukup nak masuk tekak..
Dah asingkan untuk Papa sikit.
Siap2 ngan whipping cream ngan buah.
kalau ikut tekak..abis aku 2 beranak kejakan.
belom Aleeya lagi.
makannya dah10 ketul.
cakap sedap kat mulut dah lapan puluh kali.
mau berbuih2 telinga aku dengor.
suka ngkolah nakkk..

Lepas makan..sambung melayan perasaan lagi.

Sambung lagi nanges2...ketawa2...sorang2..

Papa balik..muka lapor semacam.

Amek ko..
kata 2/3 jam servis kete.
nie sampai 6 jam.
tak tahulah apa yang diservisnya.
jusco tinggal jusco jer..

Takper..mak okeh.

Mak boleh layan novel lagi...gagagagaaaa....

Aleeya iron baju sekolah untuk stock seminggu.

Aku yang selaku ibu muslimah dan mitholi ni,
tertonggeng meniarap layan novel lagi.
tak boleh dilepaskan ini cerita.
Sekejap2 Aleeya ngan Papa toleh kat aku,
Bila dengar aku berhingus2an.
ngan mata sembap2 feeling nanges kluor air mata darah.
member 2 orang geleng2 kepala.
aku tau apa yang dalam pala otak dorang pasal aku.
ada ahkak kesahhh????

Drama berlanjutan sampai pukul 2.30am.

dan penamatnya aku puas hati.
puas hati sebab aku boleh abiskan baca 1000 muka surat dalam masa 2 hari setengah.
tapi aku comfom orang keliling aku tak puas hati ngan aku...hahahaa..
dengan aku tak berbual ngan diorang.
tak masak dan semua orang lapor.
natijahnya, 10.30pm ajak Papa ngan Aleeya makan tosey kat mamak.
memang tak boleh blah kann.
dah tahap kebulur lidar terjelir2.



 Novel yang aku baca tu dok yang paling atas sekali. Saja nak bagitau korang ketebalan novel tu.
Novel yg no 2 tu pon tebal jugak, yang tu aku katam seminggu.

Comfom jadi novel kesayangan seumor hidop....ngeeeee....

Mak puas hati dok umah 3 hari.
tak jalan2 pon takper.
mak tak kesahh..
dok umah pon okeh.
mak boleh feeling2 drama nanges2 sorang.
Pastu orang keliling mak pon muntah darah tengok perangai mak...hahahhaaaa....

Ok..lepas ni nak layan lagi satu stok novel yang belum baca.
Bestseller jugak novel tu.
jangan kata ada orang tergeleng2 kepala lepas ni.
terteleng2..terguling2 menahan perasaan ngan kerenah aku sure comfom ada.
sungguh kijammm aku kann??..kihkihkihh..





































Friday, September 14, 2012

Oh Aron Oh Adamm.

Skang ni memang penunggu setia chanel 134 HD tu.
aron ajis tunggu I okeh.
even dia belakon ngan hawa dalam tu.
tapi aku feeling jadi hawa gitueww..puiiii…
sana sini aku dengor orang cieta pasal adam hawa tu.
sure aku pon tak nak tetinggal la kan.
giler ko..rugi tau tetinggal drama jiwang tahap mabuk todi tu.
aku punyalah punyerlah  gelojoh.
siap beli novel adam hawa tu kat kipmart.
tak sabor nak tunggu hari sabtu nak pegi harris jusco.
aku gigih ajak papa pegi kipmart.
konon2 nak beli ayam.
amek ko..aku beli novel..hahahaa..tipah tetipu.
Giler syok cieta novel tu.
dalam 2 hari jer aku habiskan.
romantik sangat adam tu.
jatuh cinta betul aku ngkoo.
ehh..encik papa aku pon romantik jugak.
tapi lepas ni aku nak dia romantik lebih dari adam tu…kuikuikuii..
kalau aku terlepas kat 134 tu mencurut carik kat you tube.
korek2 yg full episode punya.
so far yg aku nampak full episode sampai episode 4 jer.
yang lain2 tu dorang2 ni blom load lagi kott.
paling sakit hati setiap kali aku ngadap Adam.
ada jer yg suka kacau.
pastu kutuk2.
ala..jeles la tueww..lempang kangg..
"ala..tengok ni 1/2 jam jer dah kena bayor rm12.95"
"ala..tu pon nak nangess.."
"ala..bukan best pon aron ajis ni belakon..biasa jer"
"ala..bukak cieta lain jer la.."
Perghh..rasa nak kunyah2 hidung orang yang cakap tu.
tak nampakkah im feeling like hell now?  Aissshhhhh…..
Even dah baca novel pon.
Ntah kenapa 
Yang best tu, ayat2 dlm novel sejibik sebijut ada dlm drama.
consider 95% samalah. Puas hati betul.
Cuma dlm drama tu ada tambah2 skrip la.
but do I care??
as long as ayat2 ngan skrip dia related.
mak ok jer.
mak suke jer.
sebab aron ajis ada…muahahaaa..
Eh korang..
mana yang tengok ceita tu korang tak feeling jugak ker kat aron??
wehh..nak feeling2 jgn tunjuk sangat.
kang ada yang kena panggg kang ngan laki masing2..hahahaa…

Roh kembali sekejap

Meya....naper tak update blog??
Maria..kosong jer, bila nak update lagi?
Tak ada cerita ker?..malap jer maria..
Meya..mana gambo raye..tak load ker??

Amboiii...peminat fanatik i dah kompelin uolss...hahahahaa...
mana yang tanya kat opis..
mana yg sms..call lagi..fesbuk lagi..whatsup lagi.
rasa terujanya i.
rasa macam jadi orang penting pulak..*pang diri sendiri*

uolls..
aku tengah cari roh ler.
roh aku skarang ni adalah dalam mood "arooon ajiss"
so..demam adam dan hawa la nieh.
roh blog tak muncul2 lagi.
semua gara2 penjahanaman yang berlaku atas muka bumi blog meyahoney nie.

ala..korang doa2 ler aku semangat balik update dalam nieh.
banyak draft tau yg tengah beratur tunggu turn nak keluar.
tapi jadi macam berak sembelit pulak.
nak keluar..tak keluar2..malu kotttt...gagagaaaaa...

Takper..sabar yer..
insya allah..nanti aku pastikan blog aku bewarna warni kembali.
this blog my nyawa okeh.
by that i will make sure everything in order and updated nicely.

Ok..chow dulu.
nak makan donut ada orang belanja.
tau2 jer i tengah lapor sekarang...

Babai.