This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, September 19, 2012

3 hari yang puas hati

Biasa coti panjang sure pegi jalan2 kan?
coti 3 hari straight tu.
kalau pikir utk coti2 malaysia memang berbaloi sesangat.
tapi tak berbaloi utk aku...sobs..
Papa adalah keje sabtu dan ahad tu.
Factory shutdown.
so dia kena monitor utk keje2 service kat sana.
hohh..sangat membosankan.
Selalu kalau coti2 panjang nie memang aku pantang.
Pantang jumpa.
sekejap jer aku boleh dah ada kat melaka.
lepak2 kat sana.
Tapi ini coti punyer time..homaigod..
melepak meleseh kat umah sampai sakit semua sendi2 aku.

Sabtu pepagi aku dah masak utk lunch.

no breakfast2.
papa kata nak balik lunch.
ok..takper.
petang pulak pukul 2.00pm macam tu aku dah membongkang tido.
hello..bukan dasar suka tido siang okeh.
aku adalah mengantok melampau.
tetiba jer nak tetido.

Bangun tido pening2 lalat.

tengok jam dah pukul 5pm.
Jap lagi Papa balik.
mencicit masuk dapur masak air wat minum petang.
nengok Aleeya melantak main game kat henpon sampai tertonggeng2.
Amboi...suker yerr..
Aku hepppp jer..dari tertonggeng terus terbalik.
haa..main..main...telan benda tu..
main sampai nak terjojol bijik mata.
geram betul.
kan bagus kalau buat homework taksub macam tu..hohh!!!

Malam tambah boring lagi.

capai novel yang dah berapa kali aku tangguh nak baca.
beli dah berbulan..skarang baru nak telek2.
then aku decide..baca jer la memmmm.
since tengah boring pon kann.
melantak baca novel tu sampai jam dah pukul 2.00am.
perghhhh...indahnya karangan sampai tak sedor masa berjalan..heheee..
tu yang menyampah kalau dah start membaca tu.
aku akan jadi lebih taksub dan gila mengalahkan anak aku yg taksub main game.
ketaksuban aku akan buat aku cakap sorang2..ketawa sorang2..nanges sorang2.
tak gila ke namernya tu.
eemmm...aku redho kalu gila..asalkan aku bahagia..muahahaaa..

Hari ahad tambah boring lagi.

pagi2 buat meehon meatballs.
amek ko..makanlah sampai terbarai sampai malam meatballs tu.
berlambak tergolek2 meatballs tu dlm periok aku masak.
lepas masak dan makan. buat aktiviti lagi.
Ohhh..tidakkk..tido petang takder dalam plan hari nieh.
Aku nak layan novel ni lagi.
seribu ++ ngkoo pages dia.
adalah setebal 1/2 jengkal jari dompot aku nie.
aku target nak abiskan sempena musim coti2 seromah aku  minggu nieh.

Petang mommy kempas tepon.

"Ngah tak balik ker..mak nak bako satay nieh"
"La..syok yerr..poad keje lah  mak"
"Tunggu la sampai dia balik..nanti barulah datang sini.."
"iyolah mak.."

Tunggu papa balik sampai 7.30pm.

perghh..lama gila kott.
Mula2 konon2 macam nak merajuk.
tapi bila pikir anak aku Aleeya tak jejak tanah lagi dah 2 hari.
aku letak tepi merajuk aku tu.

"Jom siap pegi umah Wan. Wan bako satay"

Aleeya senyum penoh makna.
Papa konon2 nak buat muka penat balik keje tak sampai hati.
Naik atas mandi2 siap then  terus setat enjin kete.
Aku tak nak amek tau dia penat ke idok.
yang aku tahu otak aku dah terpusing dok umah 2 hari.
aku nak jejak jalan tar kat luar.
tak sempat tengok matahari, dapat tengok bulan pon takper.
mak ok jer.

Sampai umah mommy kempas.

semua tengah berasap2.
gigih memasing bakor satay ngan ayam bbq.
Ooo..bukan openhouse sempena raya pon.
makan2 biasa anak beranak jer.
Aku adalah lahap makan.
sebab sepanjang hari dah telan meatballs kat umah.
rasa dah macam meatballs tu dah tersekat kat leher nak jadi halkum.



aku jadi tukang tengok jer deme bakor satay ngan ayam..
even tukang tengok ponn..still dapat tempias bau asap tu..cittt..

 mak gigih masak ketupat segera ngan rendang..dengan sambal kacang sekali nak makan ngan satay..

tangan yang lemah gemalai tu tangan kak long aku..aku macam biasa..jadi tukang tengok jewww...kuikuikuiii...

Dah makan2..kemas2..memekak2 kat umah mommy tu.
semua pon berangkat pulang.
malas nak tido sana.
since papa kata nak servis kete besok.
ok..tak kesah..mak ok jer.
terus balik umah.

Sampai umah dah pukul 11pm.

naik atas mandi2 sebab dah bau2 asap.
sembor cologne banyak2 sampai puas hati..hahaaaa..
naik atas katil capai novel.
sambung baca sampai jejak pukul 3am.
berantu siot novel nieh.
rasa gundah gulana nak lepaskan novel tu.
tapi nak buat macam mana..kena tido jugak.
kang pening langau macam dulu2 yang pernah aku buat.
**flashback..aku pernah baca novel tebal 24 hours tanpa henti.
start baca pukul 8.00am abis baca 8.00am besoknya.
tak makan..tak minum..tak tido..cuma kencing jekk..kui..kuii..kuii..
cerita syok sangat sampai sayang sangat nak berenti.
natijahnya, bila dah abis baca, aku pening langau.
terus sakit kepala muntah2 macam orang bunting 2 bulan.
padan muka sangat masa tu..hahahaa..

Bangun pagi..terus buat breakfast.

buat mee goreng jer.
Aleeya komplen..
"mama..masak mee lagi ker?, semalam dah masak mee hoon sup,
hari ni mee goreng pulak.."
"yes my dear..mama diet nasik..kita makan mee je yerrrrrrr..."
"iyelahhhh..." member boring terus muncung pegi depan.

Lepas breakfast sambung baca novel.

dalam hati..kena habiskan hari ni jugak..tak kira..
besok dah keje..nanti dah tak best..
Sambil2 tu layan Papa ngan Aleeya breakfast.
Lepas breakfast Papa hilang sebab pegi servis kete.
konon2 Papa kata "2/3 jam jer mama..nanti Papa balik kita pegi Jusco"

Bila dah pukul 1.00pm macam tu,

rasa sakit pinggang sebab duduk lama nao baca novel.
ajak Aleeya masok dapor.
"Jom pavlova???"
"Huyeeeeee...." happy okeh budak kecik tu.
Layan jap budak kecik tu..
potong2 buah..
susun2 dlm pinggan lawo2.
pastu sendiri feelling anak beranak makan depan tv.
pitam kann...hahahaaa...


menariks takkk???...nie consider 3rd time percubaan aku wat pavlova..macam biasa..memang manjang tak cukup nak masuk tekak..
Dah asingkan untuk Papa sikit.
Siap2 ngan whipping cream ngan buah.
kalau ikut tekak..abis aku 2 beranak kejakan.
belom Aleeya lagi.
makannya dah10 ketul.
cakap sedap kat mulut dah lapan puluh kali.
mau berbuih2 telinga aku dengor.
suka ngkolah nakkk..

Lepas makan..sambung melayan perasaan lagi.

Sambung lagi nanges2...ketawa2...sorang2..

Papa balik..muka lapor semacam.

Amek ko..
kata 2/3 jam servis kete.
nie sampai 6 jam.
tak tahulah apa yang diservisnya.
jusco tinggal jusco jer..

Takper..mak okeh.

Mak boleh layan novel lagi...gagagagaaaa....

Aleeya iron baju sekolah untuk stock seminggu.

Aku yang selaku ibu muslimah dan mitholi ni,
tertonggeng meniarap layan novel lagi.
tak boleh dilepaskan ini cerita.
Sekejap2 Aleeya ngan Papa toleh kat aku,
Bila dengar aku berhingus2an.
ngan mata sembap2 feeling nanges kluor air mata darah.
member 2 orang geleng2 kepala.
aku tau apa yang dalam pala otak dorang pasal aku.
ada ahkak kesahhh????

Drama berlanjutan sampai pukul 2.30am.

dan penamatnya aku puas hati.
puas hati sebab aku boleh abiskan baca 1000 muka surat dalam masa 2 hari setengah.
tapi aku comfom orang keliling aku tak puas hati ngan aku...hahahaa..
dengan aku tak berbual ngan diorang.
tak masak dan semua orang lapor.
natijahnya, 10.30pm ajak Papa ngan Aleeya makan tosey kat mamak.
memang tak boleh blah kann.
dah tahap kebulur lidar terjelir2.



 Novel yang aku baca tu dok yang paling atas sekali. Saja nak bagitau korang ketebalan novel tu.
Novel yg no 2 tu pon tebal jugak, yang tu aku katam seminggu.

Comfom jadi novel kesayangan seumor hidop....ngeeeee....

Mak puas hati dok umah 3 hari.
tak jalan2 pon takper.
mak tak kesahh..
dok umah pon okeh.
mak boleh feeling2 drama nanges2 sorang.
Pastu orang keliling mak pon muntah darah tengok perangai mak...hahahhaaaa....

Ok..lepas ni nak layan lagi satu stok novel yang belum baca.
Bestseller jugak novel tu.
jangan kata ada orang tergeleng2 kepala lepas ni.
terteleng2..terguling2 menahan perasaan ngan kerenah aku sure comfom ada.
sungguh kijammm aku kann??..kihkihkihh..





































2 comments:

  1. wah sungguh menarik pavlova mini tu.. dah try buat sekali tapi tak menjadi so tak mo buat dah.. Boleh??? hehehehhe.. dapat resepi kat mana.. nak try for the last time :))

    ReplyDelete
  2. resepi banyak..tapi kena ikut betul2 la..unless kalau dah terror sangat bolehlah ubah2 sikit..ngeeee...

    ReplyDelete