This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, October 25, 2012

Alhamdulillah dah jumpa dah..dia pon selamat..

Sambungan cerita dari kes eksiden minggu lepas.
kete aku eksiden hari rabu.
Khamis tu aku coti hap day nak setel hal insurance bagai.
Lepas tu jejak kaki kat hospital.
Konon2 nak carik mangsa moto yang senasib eksiden hari tu.
Tapi yang sedihnya hospital tak dapat trace pulak.
hospital nak tau jugak nama mangsa yang cedera tu.
Manalah kitorang tau kan.
masa eksiden tu semua kelam kabut.
sampai ambulan amek mangsa eksiden tu pon tak sedor.
Nak dijadikan cerita dalam masa beberapa hari tu,
gigihlah aku laki bini mikir cara nak carik nama mangsa tu.
konon2 bolehlah pegi return hospital balik kann.
nak harap ada gambo moto ngan no plat moto jer,
apa jer yang boleh dibuat…haisshhh..
Entah macam mana,
tetiba Papa terpikir nak check ngan JPJ.
guna no plat yang ada,
gigihlah mengecheck data.
kebetulan ada kawan yang keje kat sana.
Alhamdulillah..dia dapat tolong.
So, pagi2 semalam member tu sms aku.
alahai..legenya dada nie.
member sms nama ngan alamat sekali.
Alhamdulillah. Allah permudahkan.
dengan gelojohnya terus forward sms tu kat Papa.
Then Papa reply "malam nanti kita cari".
Balik keje terus singgah restaurant depan umah.
Nak masak nanti tak sempat sebab malam ni Aleeya tusen.
Lepas tu aku nak joe jambul mangsa motor tu pulak.
So, decide makan luar and tapau untuk Aleeya jek.
Bali, mandi2 ngan solat..dah siap2 semua tunggu Aleeya balik sekolah.
Tunggu dia mandi makan bagai.
terus keluar anto dia gie tusen.
Masa nak keluar and lalu tempat eksiden tu seriau jugak.
yerlah..benda tu berlaku minggu lepas.
Hari dan waktu yang sama.
mau tak kecut perut semua.
tu consider traumalah kann??
Okeh..lepas Aleeya dah selamat gi tusen.
Aku ngan Papa terus joe jambul carik mangsa motor tu.
pusing punya pusing jumpalah jugak umahnya.
nasib baik dekat jugak ngan umah aku.
Sampai sana..punyalah hello2 depan gate.
tetiba kena sergah ngan anjing.
perghh..gila ganasss.
terperanjat boboi.
kalau kena keronyok, boleh mati terbarai.
terkeluar semua usus2 sebab kena gigit.
haissshhh...simpanggg....puiiiii...
Bila dah hello2..keluarlah sorang2 dari dalam umah.
semua kenalkan diri.
jadila mesyuarat pagor depan umah.
bla..bla..bla..ceita balik pasal hal eksiden tu.
report..polis..hospital..van..amek ko..semua ceita keluor.
Tapi serious, lega betul bila dah jumpa family mangsa tu.
nampak diorang semua ok.
since mangsa tu adalah anak bongsu lelaki , umur 19 tahun.
tengah praktikal automotif.
Kebetulan budak yang eksiden tu pon dah balik umah.
Alhamdulillah..tak payah pegi hospital.
Then kitorang masuk dalam umah tengok keadaan dia.
Benda pertama yang jadi kat aku masa tengok dia.
pergghhh..tersayat2 hati nie.
kesiannya dia..masa tu tengah jalan sambil seret kerusi.
tak boleh jalan betul walaupon kaki tak patah.
tapi serious..sedih..sebak sangat tengok dia.
badan penoh luka2 jangan cakaplah.
mana yang kulit dah terkopek.
nampak daging2.
telinga luka.
dahi berjahit.
lebam sana lebam sini.
mata merah macam berdarah.
memang sebaklah tengok dia.
Borak2 ngan mak dia.
boleh rasa hati dan perasaan dia macam mana.
macam dah nak tumpah air mata.
itulah ibu..cekal betul layan kerenah anak yang sakit.
Paling tak boleh tahan bila tengok punggung budak tu.
yang penoh luka2 daging hancur kesan terseret atas jalan tar.
palaing tragis, dekat dada ada kesan tayar van.
rupa2nya tayar van tu sempat melenyek dada dia.
nyaris terkena jantung.
kalau tak……emmmmm…..:(
Organ dalaman budak tu banyak luka.
Paru2 pecah sikit. Kesannya tak boleh bernafas ngan betul.
usus2 pon luka.
tulang2 dada ada yang crack.
Pinggang even worst.
sampai susah nak duduk atau baring.
Tapi alhamdulillah tak kacau tulang belakang yang boleh sebabkan lumpuh.
Yang lagi kesian..sampai sekarang dia tak boleh makan.
minum air jer.
kalau makanan masuk even yang lembut pon.
Dia akan rasa sakit sangat kat dalamm..sob..T__T
Then..lepas dah borak2.
Aku terus balik umah jap.
pegi amek minyak gamat ngan air gamat.
then hantar balik kat umah budak tu.
hopefully dia minum air gamat tu.
Aku dah cakap..insya allah memang akan baik mana yang luka2 tu.
doa yang terbaik.
Aku percaya.
setiap yang berlaku memang banyak hikmahnya.
timbangrasa sesama manusia.
tak payah kira agama atau warna kulit.
still manusia yang ada nyawa ada perasaan.
semua kita nak kena jaga.
Aku percaya yang aku dan adik tu adalah mangsa yang teraniaya.
dan aku sangat2 percaya Allah akan makbulkan doa orang2 yang teraniaya.
lebih2 aku hambanya yang sangat kerdil.
yang sentiasa harap belas kasihan dan pengampunan.
Semoga semuanya dijadikan iktibar.
Dan aku harap jugak adik tu akan sembuh dan sihat macam biasa.
hilangkan rasa gundah dan resah ibunya yang gigih menjaga.
Dan harap jugak Allah permudahkan semau urusan aku.
lebih2 lagi dalam usaha membaik pulih kereta aku.
Insya Allah..
Ok..panjang sunggoh yer menaip hari nie..hahahaa..
Since besok nak raya..nak wish sikitlah.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
Pada yang balik kampung tu, berhati2 di jalan raya.
Ingatlah orang2 yang kita sayang disekeliling kita.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali okeh!
Jumpa lagi. Babai.



No comments:

Post a Comment