This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, October 19, 2012

Malang Tu Memang Tak Berbau..

Kejadian pukul 7.30pm hari Rabu 17/10/12.
Tengah kelebet2 henpon depan tv tetiba dapat call dari Papa.

Papa : Ma!! Call uncle van cakap Aleeya tak tusen. Kitorang eksiden nieh!!
Aku : Haaaa!!!!!! kat mana!!
Papa : Kat depan nie..call dulu uncle takut dia tunggu.
Aku : Abih..oke tak?
Papa : Papa ngan Yaya okeh. Kete jer teruk.
Aku : Ok, jap. Mama call uncle dulu!!

Aku nie blur2 terus call pusat tusen Aleeya.
Bagitau yang Aleeya tak tusen 2 hari.

Then, lepas call kepala otak teringat balik apa yang Papa cakap tadi.
Tetiba menggigil satu badan.
nak nanges tapi tak boleh nanges.
Tangan terus tekan no Pozie.

Aku : Pozie..pegi tengok abang ngan Yaya. Dia eksiden! Akak kat umah nie, tak tau apa2.
Ko carilah dia kat area depan2 tu..dekat ngan traffic light.
Pozie : Huisshh..macam mana tu??
Aku : Amek Yaya bawak balik. Kesian dia. Abang kata dia tak apa2.
Pozie : Ok2. Pozie call abang dulu tanya dia kat mana.
Aku : Cepat sikit tau!!

Aku tambah blur.
Dalam hati, mintak2 takder apalah yang serius.
Giler ngko.
Aku kat umah, macam2 aku pikir.
Selagi aku tak nampak..memang aku tak puas hati.
Habis satu rumah aku tawaf lapan puluh kali.

Aku rasa lama sangat masa berjalan.
Then call pulak ofismate aku Abang pesal.
Since umah dia dekat sangat ngan tempat kejadian.
Call abang pesal soh nengok Papa ngan bawak balik Aleeya.
macam biasa..Abang Pesalmemang sangat2 terperanjat...sobb..T__T

15 minit later aku nampak Waja depan umah.
berlari aku bukak gate.
Aleeya muka poyo terus masuk dalam umah nanges2.
Aku tanya Abng pesal apa cer.
Dia pon tak boleh jawab.
Dia kata kat tempat tu ramai sangat orang.
Tak boleh nak tanya apa2 kat orang2 kat situ.

Emm..tak apalah. Say thanks kat Abang pesal.
Then dia terus balik.

Masuk umah tengok Aleeya nanges.
Aku terus pelok dia kuat2.
Tak boleh nak express perasaan masa tu.
Takut ada. Sedih ada. Bersyukur ada.
Macam2 perasaan.
Tak apalah..yang penting aku dapat pelok dia.
Syukur Alhamdulillah...Syukur Ya Allah!!

Aku bagi air soh dia selawat then minum.
Bila dah reda sikit, dia pon mula cerita.
Ada certain cerita aku paham.
Ada yang aku tak paham.
sebab ambil cerita tu pon dia still nanges.
Then aku soh dia stop cerita then terus pelok dia jer..sobb..T__T

Kejadian tu berlaku terlalu cepat.
Aleeya kata dia perasan ada satu van sekolah yang laju sangat baru keluar dari traffic light.
tiba-tiba van tu langgar motor yang dok depan dia.
Moto tu tercampak.
orang moto tu pulak jatuh tergolek2.
Then terus diseret van sekolah tu.

Dah berapa secon kena seret, orang moto tu terpelanting ke tepi.
Tapi van tu tak break langsung.
Dia terus tekan minyak dan tuju terus kat kereta myv.
Papa dah nampak, terus tekan minyal.
tapi still tak sempat.
Van tu terus langgar side Papa.

Papa sengetkan badan ke tepi sebab nak elak van yang rempuh.
Same time nak pelok Aleeya yang duduk kat sebelah.
kereta berpusing2 sampai Papa tekan break.
Keluarkan Aleeya dari dalam kete yang masih lagi terkejut.
Nanges2 sebab takut dan terperanjat.
Papa bagi air dan terus pelok.
Masa tu orang dah makin ramai.
Mana yang datang tengok. Mana yang datang tolong.

Van sekolah tu pulak, bila dah langgar Papa,
terus terbabas naik atas divider.
langgar setiap pokok ngan pasu2 yang ada kat situ.
Kalau pokok2 tu tak ada, sure dia dah rempuh rumah orang.

Even worst, dalam van sekolah tu ada budak2 sekolah.
Semua menjerit2 ketakutan.
Sedih pulak bila aku dengar.

Tapi serious, aku geram betul ngan driver van tu.
Ko tu dahlah bawak banyak nyawa.
kenapa mesti nak bawak ikut perasaan.
Bawak laju2 merempit tak ingat donia.
Tak pikir nyawa2 yang ada kat keliling. 
memang gila ngan bangang betul.


Nie motor orang india yang kena langgar tu. Masa ni orang india tu ambulan dah amek bawak pegi hospital. Semalam pergi hospital ingatkan nak melawat. Tapi tak dapat trace pulak nama mangsa india tu. Takper nanti aku check report polis..Sabtu nanti aku cuba pegi hospital lagi..Dengarnya mangsa tu selamat tapi patah kaki. Sedih aku dengar...bukan salah dia pon...T__T

Im so sad..my cutest Myv damaged already!!...huwaaaaaaaaa...T__T

 Pompuan driver ni meroyan menages kat belakang van. Takut ngan terkejutlah tu..sendiri yang buat perangai.
Bawak van macam pelesit tak ingat nyawa orang lain.

Owner dia orang Taman Cahaya Masai..

Dalam pukul 9.00pm macam tu Papa balik.
Papa terus park kete dalam umah.
Dia keluar aku terus pelok dia kuat2....T__T
Ya Allah!!..Alhamdulillah..
aku dapat pelok dia dan aku rasa syukur sangat2.
Tak tahulah entah berapa lama aku nanges sambil pelok Papa.
Allah jer yang tahu perasaan aku masa tu...T__T

 Luckily kete still boleh gerak. Sebab van tu tak hentam engin kan. Then Papa terus bawak balik umah. Keluarkan barang2 penting dalam kete sebab nak bawak pegi bengkel.

 Emmmm...takperlah..dugaan Allah..betulkan apa yang patut dulu. Orang2 yang aku sayang selamat dan dah ada depan mata aku lagi penting dari harta dunia nieh..

Lori tarik kete datang. Masa nie rasa sebak sangat dada nie...tak terucap..

Masuk hari ni cosider dah lebih 24 jam dari incident tu.
Semua macam trauma ngan fobia lagi, especially Aleeya.
Kesian kat dia.
Sakit2 satu badan sampai demam2.
Mungkin pasal tekanan masa eksiden tu.
Lagi satu mungkin pasal still terkejut lagi.
Sebab semua yang berlaku tu dia nampak depan mata.
Pity to her..

Papa pulak, nampak ok. Tapi badan2 sama jugak sakit macam Aleeya.
Just makan ubat tahan sakit then aku sapu minyak panas kat badan.
Hopefully dia oklah.
Papa tak cuti keje sebab kat ofis tak ada orang.
Aleeya pon tak cuti sekolah sebab dia tengah sibuk exam.
Perasaan aku pulak yang berperang.
Tak abis2 pikir pasal diorang.
Kesian sebab diorang still kena lunaskan tanggungjawab even mental ngan fizikal tak mengizinkan.
Dalam masa yang sama aku bangga sebab Papa ngan Aleeya sangat kuat.
Dan aku pon kena kuat macam diorang.
Syukur aku tak apa2.
Sekurang2nya aku ada untuk jaga dan uruskan diorang sebaik2nya.

Moral of the story.
malang tu memang sangat2 tak berbau.
bila2 dan kat mana2 pon boleh berlaku.
Senang cer..berhati2 dan extra alert la walau kat mana2 pon kita berada.
Nyawa nie satu jer bukan ada sepuluh.
Kalau satu mati, tinggal lagi sembilan.
nanti kang tak pasal2 kena nyanyi lagu sepuloh budak itam kang.

Aku pulak biasanya holiday memang kat tempat jauh.
Ada certain tempat tu negeri yang orang ingat ramai pemberontak.
Sampai keluar pertanyaan "tak takut ker pegi sana?"
Emm..pada aku, malang atau musibah tu kat mana2 pon ada.
jangan kata pegi jalan jauh2 nak kena.

Macam kes aku ni, eksiden hanya berapa ratus meter jer dari rumah.
Tak keluar lagi pon dari taman perumahan.
So..what to say?
Senang cerita, berhati2 lebih sikit.
Dan berdoalah agar dipermudahkan perjalanan.
Tu lebih baik dari kita yang sentiasa berpikir perkara yg tidak baik.

Semoga semuanya berjalan lancar.
Pada sapa yang tak ada insurans tu,
cuba2lah fikirkan kebaikannya.
insurans ni penting. 
Macam kita sediakan payung sebelum hujan.

Ok tu jek nak cerita..babai.








No comments:

Post a Comment