This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, October 8, 2012

Mesyuarat Tingkap…Syurgalah Tempatmu..

Dalam pukul 9.30am pagi macam tu.
Kejadian hari Sabtu lepas.
Ketang ketung..ketang ketung..
aku sibuk dok cuci pinggan mangkok kat sink.
Macam biasa..sudut sink tu mesti location kat tingkap dapur kan?
Tingkap tu biasa tempat keluar masuk asap2 masak dlm umah.
Tingkap tu jugak tempat aku skodeng jiran2 kanan kiri ngan belakang aku..hehheee..
Pagi tu, kat tingkap tu jugak aku nampak kelibat makcik sebelah umah.
nampak dia terbongkok2 tengah nak amek daun pandan.
dalam hati..nak buat kuih kot oang tua nie??
tetiba lepas dah dapat daun pandan dia terus tuju kat tingkap aku.
Terjadilah mesyuarat tingkap yang selalunya jarang2 berlaku. 
Makcik : maria!!
Aku : Ye Cik..(sambil jenguk2 kat celah tingkap)
Makcik : Ada dengar tak pasal anak Halim?
Aku : cerita apa tuuu..(muncung trend mesyuarat tingkap)
Makcik : Anak dia yang kecik tu meninggal 2/3 hari lepas!!
Aku : Haishhh..tak dengor apa2 pon? Ye ker..??
Makcik : Kita pon tak tahu..serba salah rasanyalah.. Nie kita tahu pon sebab 
ada orang kerajaan datang carik Halim.
Aku : Mana cik tau orang kerajaan?
Makcik : Kat baju dia ada name tag. Tu yang tau tuu.
Aku : Ooo..
Gitueww kan mesyuarat tingkap.
memang kat tingkap tulah aku biasa berborak ngan makcik sebelah.
kalau nak berborak balik keje,
memang tak dan.
asal balik keje jer aku dah berdesup masuk dalam umah.
dah bersilat kungtau bagai nak masak.
setakat nak anyam ketupat ngan gossip remang2 senja balik keje tu,
takder maknernyerlahhhh!!
Okeh, sambung balik hal mesyuarat tadi.
Serious tekujat aku bila makcik cakap anak Halim meninggal.
Halim tu jiran sebelah kiri umah aku.
betul2 ketat2 sebelah umah.
Makcik sibuk soh aku carik Halim.
Soh tanya betul ker kabor yang dia dapat tu.
Kalau betul..alahai..tak senonohnya jiran2 zaman sekarang.
Sampai berlaku kematian pon tak tahu.
sedih kann???
Lepas berborak ngan makcik.
aku terus gi carik Papa.
Soh Papa call Halim, tanya apa ceritanya.
sohihkan cerita yang kitorang dengor.
Nak dijadikan cerita.
Malam tu..masa kitorang nak keluar umah gie dinner.
terserempak pulak ngan Halim kat depan umah.
Dia pon masa tu tengah nampak sibuk.
Ooo..dia nak gi Penang.
Ada keje katanya.
Dan terbukaklah cerita kesohihan hal kematian anaknya tu.
Halim kata betul..memang anak dia meninggal.
Pagi Khamis lepas..4/10/12.
Dia kata, masa tu pon dia tak ada kat umah.
Outstation kat Penang.
Dia received call dari Rosni, wife dia pagi tu.
"Banggg..anak dah meninggal!!"
dalam keadaan menangis..mengigil2…
Then aku cuba imagine situasi tu…T__T
Halim kebetulan masatu kat tengah laut dlm bot.
On the way ke Pulau Jerejak.
Nasib baik ada line masa tu.
Kalau tak pengsan keras Rosni kat rumah.
Kebetulan jugak Halim boleh tertinggal semua no2  hp jiran2 kat umah.
no2 tu semua dalam buku diary kecik.
dan tak disimpan dalam hp.
Ooo..sangat tragisss...
Dan akhirnya, hanya seorang jiran saja yang dapat dihubungi.
Dan jiran itu kebetulan juga tak bekerja hari tu.
Jiran tu merupakan jiran yang tinggal di lorong yang lain.
Sepantas kilat jiran tu terus ke rumah Halim.
kemas2 apa yang patut.
Dalam keadaan kelam kabut,
Rosni dan 2 orang anak lelaki beserta jenazah anak terus ke hospital,
tanpa diketahui jiran2 sebelah menyebelah.
Baby yang meninggal tu umur dia dalam 6 bulan.
Dia memang ada komplikasi jantung since dilahirkan lagi.
Tapi semua tu dah ok. 
Sebab semua operation ngan treatment dia dah buat.
dan baby tu sangat sihat dan keletah.
Halim cerita lagi.
Lepas pegi post mortem buat report bagai.
terus mandi dan kapan kat hospital.
Petang tu jugak bawak balik jenazah ke Kedah.
Mereka berhasrat nak kebumi kat kampung.
Since semua ahli keluarga dah tunggu kat sana.
Emm….
Mungkin tu yang terbaik.
Biarlah di sini beralah.
Hanya satu kereta saja untuk ke utara.
Daripada 20 kereta yang nak menghala ke selatan.
Rosni pegang jenazah baby di sepanjang perjalanan.
kebetulan ada adik yang bekerja di hospital yang boleh menolong.
Dialah yang memandu tanpa henti hingga sampai ke kampung.
Pukul 12.30am sampai ke kedah.
Pukul 1.30am selamat dikebumikan.
Hati seorang ibu ketika itu…
hanya Allah saja yang maha mengetahui…
Anak yang dikendong sepanjang perjalanan tadi,
dah berada jauh di bawah perot bumi..T__T
Halim yang pada masa tu kerja kat Penang.
Terus straight ke Kedah tunggu jenazah kat sana.
hibanya hati.. kerana malam tadi sebelum gerak ke Penang,
semuanya elok2 belaka.
tapi hari ni, sekelip mata seorang anak dah diambil kembali.
Takdir Allah….T__T
Aku yang dengar Halim bercerita masa tu., 
rasa sebak sangat.
Buat masa ni Rosni dan anak2 tak ada kat umah.
Tunggu sampai 40 hari kat kampung utk setelkan semua tahlil.
ya..itu yang terbaik, since anak2 pon belum bersekolah lagi.
berehat dan tenangkan diri saja.
Halim pon ada bagitau.
Setiap hari Rosni akan berjalan kaki ke kubur utk ziarah si kecil itu…T__T
Yang aku tahu, baby meninggal mungkin disebabkan susu.
kebetulan baby tu ada masalah jantung.
mungkin tersedak, mungkin lemas dan sesak nafas..
Hanya Allah saja yang tahu.
Yang pastinya anak kecil tu meninggal sewaktu tidur.
Emm….
terkilan dalam diri aku ni pon tak abis2 lagi.
menyesal sebab rasa diri sangat tak bertanggungjawab sebagai seorang jiran.
sampai berlaku kematian pon, sorang jiran pon tak tahu.
termasuklah aku.
dahlah dok sebelah umah jer..huwaaaaaaaa…
Sekarang ni pon Rosni ngan anak2 dah takder.
semua kat kampung lagi.
comfom guling2 la takder sesi melawat dan bertanya kabar.
rasa kejammnyerrr…T__T
Betul2 iktibar buat aku dan family.
Sangat terkesan.
Harapan aku..
Moga Halim dan Rosni tabah dan kuat dengan ujian Allah.
Bila dipikir kembali..
Hati kembali sejuk bila mengingatkan janji Allah.
Anak sekecil itu yang bersih dari noda dan dosa.
Tiada tempat lain baginya selain dari taman2 syurga yang menanti di sana…
Orang yang beriman kepada Allah Swt dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman. 
Rasulullah Saw bersabda :
Bermaksud ; " Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ".
Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian berdasarkan hadis Nabi Saw yang bermaksud :
" Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir


2 comments:

  1. takziah untuk jiran ko tu.. memang tersentuh bila dengar baby meninggal.. sebab diaorang takde dosa.. bidadari syurga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...bidadari tu juga yg akan teman ibubapa dia kelak..

      Delete