This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, October 4, 2012

Tetap Mak walau berlainan agama.

Mode : Sayu..sedih..hiba
Experience baru aku.
kejadian adalah berlaku semalam.
Masa tu dah ada kat ofis.
Baru lepas breakfast nasik lemak depan PC.
Tangan baru nak kelebet2 tekan keyboard,
nak bukak report sebab month end closing kan,
Tetiba Papa call.
Dlm hati..musti nak tanya pasal courier barang gi KL nieh.
Terdengar suara papa kat hujung sana.
Yang aku bantailah hello manjang doploh kali
Last2..aku tak dengor apa2. Papa off.
Aikkkk??..awatlah Papa nieh?
Seminit lepas tu Papa call lagi.
Papa : Ma..nak balik tak?
Aku : Haa??..apa cer?..tetiba jek.
Papa : Mak Dilla meninggal kat umah!!
Aku : Haa!!!..bior betul?? Apa mak dia buat kat situ?
Papa : Pozie takder. Pegi Segamat..outstation.
Aku : Laa..abih macam mana tu?
Papa : Tulah nak pegi tengok  nie.Kesian pulak kan.
Aku : Mama closing pa…macam mana nie?
Papa : Oo..takperlah..Papa pegi sorang la..
Then conversation stop macam tu.
Aku pulak macam blur2.
Ye ker mak Dilla meninggal.
kat umah dia pulak tu.
Then dlm kusut2 tu terus tanya ofismate aku apa nak buat.
Then aku decide.
Aku : Papa..amek mamalah. Mama cuti emergency.
Papa : Boleh ker?
Aku : Boleh jer. Kesian kat Dilla. Dia sorang2.
Papa : Haa..yerlah..tunggu jap.Kejap lagi Papa sampai.
Aku : okeh!!
Then terus tutup PC.
Kemas2 meje sikit. Takderlah serabut mana pon.
baru nak start keje kan..kihkihh…
drama jer lebih.
Okeh. Berbalik pada cerita tadi.
Dilla tu adik ipor aku.
Suami dia adalah adik lelaki Papa.
Consider kitorang memang rapat.
Lagi satu kitorang jerlah family paling hampir kat sini.
Sebab memasing rumah dekat2.
jadinya, bila dah jadi macam nie.
takkan aku nak buat bodo kan.
Sure nak kena pegi tengok.
The problem is.
Dilla adalah muallaf Cina.
dia takder sedara mara kat sini.
Semua kat KL ngan Rompin.
Jadi masalah untuk dia untuk uruskan mak dia sorang2.
Dan aku ngan Papa sedaya upaya pujuk dia,
yang kitorang akan tolong dia sampai semua selesai.
Since dia pon sedih jugak sebab husband dia pon tak sampai lagi.
Outstation segamat kan..tapi, that time dia dah on the way nak balik.
Segamat - PG..bodo2 pon nak 3 jam jugak..sob…T__T
Masa aku sampai sana.
mata terus ternampak jenazah yang dah ditutup ngan kain batik.
macam tak percaya dengan apa yang aku pandang.
ada dua tiga orang jiran tengah teman Dilla.
sangat hiba tanpa suami dan sedara mara di sisi.
Aku terus peluk dia and kitorang nanges sama2.
betul2 meruntun kalbu...hiba..syahdu..
Boleh rasa apa perasaan dan emosi dia masa tu.
Dilla nampak teralalu sedih dan terpinga2.
Yerlah..mak yg biasa depan mata sihat2..tetiba dah tak bernyawa.
Speechless….T__T
Akak misi datang untuk confirmkan kematian.
Then dia soh kitorang pegi balai buat report.
Bawak IC arwah pegi balai.
Dah setel semua,
ada 2 orang pegawai polis pulak datang nak check.
Dia tanya sikit2 kat Dilla.
Pasal family la..post mortem la..
hospital..bla..blaa...

Since si mati takder insurance dan perkara2 yang sewaktu dengannya.
jadinya Dilla and family2 dia pon refuse nak buat post mortem.
Since semua dah deal.
Abang polis tu amek gambo2 jenazah and soh kitorang pegi balai balik.
Pagi balai amek permit.
Kalau orang Islam consider permit macam untuk pengkebumian.
Ooppss..sori lupa nak cakap.
Mak Dilla ni, tak convert.
Dia still ngan agama asal iaitu Cina.
So, jadinya permit kematian arwah,
kitorang guna untuk transfer dia dari Johor ke Pahang.

Memandangkan semua family di Rompin Pahang.
Jadi Dilla rasa is better transfer jenazah ke sana jek.
Then tugas baru nak carik tranport jenazah.
Abang polis rekemen transport van jenazah orang Cina.
Then Papa call and deal ngan driver tu van tu.
Aku dah rasa tak sedap hati.
Sure mahal..tau jer la kan kalau dah pakai van jenazah cina.
Then dengar papa disscuss harga.
Omaigodd..seperti yang dijangka.
dia charge RM1800 untuk ke Rompin.
berpeluh ahkak dengor.

Then, carik solution lain.
Mintak tolong jiran2 kat situ kalau ada kenalan yg ada van jenazah Islam.
Alhamdulillah.
Dalam carik2 tu, ada satu van ni yang boleh hantar ke Rompin.
Charge pon tak berapa mahal, dalam RM500++ jek.
Oklah tu kan. Mudah2an semua dipermudahkan.

Deal ngan abang van soh datang pukul 12.00pm.
Sebab nak tunggu pozie, husband Dilla balik dari Segamat.
Sementara tu soh Dilla kemas2 barang apa yang patot.
Aku pulak siapkan anak2 dia.
sedih tengok anak2 sedara aku.
Nenek dah takder.
Mak pulak macam di awangan2.
sampai macam lupa ada anak yang nak diuruskan.
Nasib baik aku ada...tolonglah mana yang terdaya :(

Sambil berkemas and tunggu Pozi dan van jenazah.
Aku sempat berbual ngan Dilla apa cerita sebenarnya.
Dengan air mata yg ditahan2..dada yang sebak dia mula cerita kat aku...T__T

~ Semalam Dilla call mak.
Soh mak datang, mintak tolong jaga anak2.
hari ni Dilla tak keje, tapi ada hal nak urus pasal beli rumah.
Dah janji ngan kawan nak keluar pukul 10am.
Tu yang soh mak datang.
Pozi pulak dah 2 hari tak balik.
Outstation kat Segamat.
Tu yang Dilla macam pening bila semua ni jadi tiba2.

~ Pagi tadi mak elok jer.
sihat jer dia. Sempat berbual ngan dia.
Dia tanya Amni lapar tak? kalau lapar dia nak masak maggi.
Masa kat dapur nak masak air tetiba dia jerit.
terperanjat Dilla.
Mak sempat tutup api dapur.
then cakap "Dilla..mak tak nampak!..mak tak nampak!"
Dilla panik..kenapa tiba2 mak tak  nampak pulak.
Dilla terus bawak mak pegi ruang tamu.
dudukkan dia.
then mak kata dia sakit dada, soh sapu minyak.
Dilla sapu minyak.
Masa tu dia still tak nampak lagi.
Dilla terus keluar panggil jiran Kak Ros sebelah umah.
Kak Ros, datang and tengok mak.
tepuk2 pipi mak kejut mak bangun.
tetiba nampak mak ketap2 gigi macam kancing gigi.
Kak Ros kata "Dilla buat air milo, mak lapar ni sebab tu pitam"
Dilla pegi dapur buat air milo.
letak tepi mak.
Kak Ros keluar. Dia kata nak panggil jiran2 lain tengokkan mak.
Sementara tu Dilla sebelah mak.
baringkan mak atas tilam.
tengok dia makin teruk ketap2 gigi. Macam orang tahan sakit.
Air milo pon dah tumpah. Air yang panas tu pon mak dah tak boleh rasa.
Masa dalam keadaan kelam kabut, tetiba mak macam pengsan.
Dilla jerit2 panggil Kak Ros.
Kak Ros tengok mak.
Dia rasa tak sedap hati.
Terus call misi.
tu yang misi datang confirmkan yang mak dah takder.....T__T

~ Sebenarnya mak tak pengsan.
masa tu dia dah meninggal. Tapi Dilla tak tahu.
Dilla tak ada pengalaman untuk benda ni semua.
Ada akak jiran tu kata mak dah terberak.
Dilla pon tak sedar.
Semua diorang yang uruskan.
Ikatkan kepala ngan kaki mak ngan kain, selimutkan mak.
bersihkan najis mak...semua diorang buat.
Dalam hati aku..Alhamdulillah..jiran2 kat sini semua berhati mulia...T__T

~ Dilla sedih. Biasa mak suka marah2 Amni.
Amni nakal..tapi sejak dia datang semalam, dia tak marah2 pon.
dia baik jer layan Amni.
Dia datang pon tak bawak beg baju. Biasa dia bawak semua tu.
Nie dia bawak banyak baju baru Amni ngan Firas.
Dia sempat shopping kat Singapore sebelum datang sini.
Malam tadi, dia pakaikan Amni semua baju2 yang dia belikan...T__T

~  Aku tanya..macam mana pengurusan kat Rompin nanti?
Dilla jawab, kalau adat Cina selagi nenek belum mati,
mak tak boleh ditanam. Mesti kena bakar...
Aku rasa nak pengsan bila dengar. "Kena bakar?"
tak sangkalah kan..ingatkan kalau tak nak bakar, boleh tanam jer.
rupa2nya tak pulak..
bila dah dengar, rasa macam sayu sangat hati aku ni...

~ Aku pujuk Dilla..
Takperlah Dilla, tu bahagian dia..dah tertulis takdir dia macam tu.
Kita orang Islam. Mak Dilla pulak bukan orang Islam.
Tapi dia tetap mak Dilla dunia akhirat.
Doakan saja untuk kebaikan dia.
Hubungan tak pernah putus.
Apa yang kita boleh buat kita buat.
Semua tradisi Dilla boleh ikut.
mandikan mak..solekkan mak.
Tapi jangan sembahyang atau sembah2.
Jaga akidah. Insya Allah semua ok nanti.

Pozi sampai dalam pukul 11.30am.
Dia sampai terus selak kain tengok jenazah.
nampak dia sedih, dan terus lari masuk bilik.
Aku tahu..masa tu dia menangis..T__T

Bila semua dah reda, kemas sikit barang2 masuk dalam kete.
pukul 12.00pm macam tu Van jenazah sampai.
ramai yang datang masa tu,
semua tolong nak angkat jenazah bawak turun ke van.
sayu aku tengok masa semua orang bertungkus lumus nak bawak keluar jenazah.

Bagi permit kematian kat abang driver van tu.
Dilla dok kat belakang teman jenazah mak.
Ada sorang jiran ikut duduk kat depan ngan abang driver.

Pozi pulak bawak kereta.
Papa ikut teman sebab nak pegang Amni yang baru 2 tahun.
lagi sorang baby 3 bulan, lagi sorang jiran pegang duduk kat belakang.
Aku pulak?
Aku tak follow pegi Rompin.
Since Aleeya sekolah.
Takut proses pegi Rompin makan masa,
nanti Aleeya balik sekolah macam mana pulak?
Then aku terus balik umah.
Doa banyak2..moga2 perjalanan dipermudahkan.

Berat sungguh dugaan hamba Allah yang bergelar muallaf ni.
Moga dia dikuatkan hati dan diberikan ketabahan.
Kuat menempuh dugaan dan cabaran walau tanpa ayah dan mak di sisi.
tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Cuma pada aku, walau berlainan agama pun,
Mak tetap mak. Dunia akhirat.
Dosa pahala ngan mak tetap dikira.
tak ada apa2 kat dunia ni yang boleh menafikan perhubungan mak dan anak.

Tak dinafikan..kasih ayah sepanjang masa.
tapi kasih sayang mak tetap utuh hingga ke syurga..


Gambar kenangan masa wedding Dilla ngan Pozie. Mak Dilla yang pakai kebaya coklat...Yang baju purple tu my lovey dovey mother in law...





















No comments:

Post a Comment