This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Begedil Daging



Weekend lepas2..tetiba macam nak makan soto.
Pastu Aleeya kata, kalau masak soto kena ada begedil.
Emmm....best jugak kan kalau ada begedil tu.
Bukan susah sangat nak buat pon.
Cuma kalau dah dasar pemalas.
Segala2nya memang ala2 lembs jer la.

Tapi that day, kuatkan hati jer pi buat begedil tu.
barang kat umah pon ada.
So, hadaplah menggentel sorang2 kat dapor sambil layan tibi.

Meh review resepi begedil nie version meyahoney.

Bahan-bahan

1 bungkus daging cincang yang brand abang ramlee tuh - rebus sekejap 10 minit.
4 biji kentang direbus dan dilenyek
2 biji bawang besar potong dadu - aku suka pakai bawang goreng > lebih wangi.
seikat daun sup & daun bawang - hiris kecil2
garam & serbuk perasa
2 sudu kecil lada putih
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur untuk celup dan goreng

Cara Buat

Campur jer semua bahan2 kat atas tu. Letak garam ngan serbuk perasa agak2 la yer.
Tepung jagung tu untuk nampakkan begedil tu solid dan cantek untuk digentel dan dikepal - konon2 bior tak berkecai bila nak goreng nanti. Lepas dah siap semua bolehlah celup dalam telur dan digoreng.







Friday, November 16, 2012

Heppy Besday Anak Mama ~ 10.11.12



Besor dah u'olls anak aku.
Tapi kesianlah kat dia.
tahun depan dah masuk darjah 4 > 10 tahun.
Tapi dia baru nak masok 9 tahun.
Time dah coti sekolah pulak tu...kuikui...
bapak lambat wehh.

Cerita adalah agak basi.
besday anak aku 10.11.12.
Cantek sunggoh no. itu.
sekali seumur hidup..keh..kehh..kehhh..
lagi melampau bila entry ni baru hari ni aku nak kuorkan.
Yer tarikh hari ni..16.11.12.
dah dekat seminggu kan.
tersangat2 nak mintak penyepak.

Kebetulan hari tu aku ada aktiviti kat opis.
sempena celebration 20th.
kalau ada anak dara, dah boleh kawen.
jadinya tak dapatlah nak celebrate awal2.
wish pon tak sempat.
sebab pagi2 aku keluar pi opis tak jumpa dia.
dia didalam bilik yg berkunci tengah terbongkang tido.
sure tengah bergulung dlm gebor sejuk sebab ekon tak tutup lagi.

Pukul 1pm tu aku terus balik umah.
Konon2 nak ajak Aleeya keluar nak celebrate besday dia.
nasib tak baik..hujan tersangatlah lebat.
Almaklom I pakai kete pinjam bengkel.
kete tu tak boleh kena hujan.
nanti terkujat2.
jadinya, tepaksa buat plan balik umah jer.
tunggu hujan berenti baru keluar balik.

Bila dah sampai umah biasalah kan.
mandi2..terus landing depan tv.
ala2 nak tido gitueeww.
gila apa ko tak tido.
kat luar tu hujan nokk. Sejuk tu.
bapak best kalau feelilng tido package ngan mimpi indah.

Rupa2nya dikala aku ngan Papa tido.
Ada hati yang terhiris..:(

Ada orang merajuk sebab kononnya mama ngan papa tak bagi hadiah.
mama ngan papa tau tido jer.
takder cakap apa2 ponnnnnnn.

Hati terhiris dan sedih aku dapat tahu dari henpon dia.
Aleeya mengadu kat wassup ngan gelpren Pak Usu dia.
panjang lebor aduan.
Aduan macam kat balai polis traffik kalau kena eksiden.
Sangat sadis.

Sentap??
Iyerlah..sikit sebanyak sentap jugak masa aku baca tu.
bolehlah rasa kedukaan dan kecelaruan hati dia tu.
Tapi dia tak tahu..aku ngan papa pon ada planning sendiri untuk dia.

Planning asal nak bawak dia jalan2 pi Melaka.
Celebrate kat sana.
Nak bawak mandi Wonderland and shopping2 barang dia.
Tapi nasib tak baik, sebab kete eksiden tak elok lagi.
Jadi, plan hampeh tak boleh buat.

Jadinya plan pon betukor.

Petang tu dekat2 pukul 5pm. 
Semua pakat siap2 nak pi makan celebrate besday Aleeya.
Tanya dia dulu nak makan kat mana.
bagi priority kat dialah....haishhh..
member cakap nak makan al migos.
actually aku dah boring makan kat situ.
Tapi hari ni dia punya besday layan jer la kannn.

 Besday Gurl..



Berejam jugak menebeng dalam al migos tu.
saja lepak2..since memasing macam malas nak jalan dalam Jusco tu.
Tapi sambil2 tu pala otak dok pikir, hadiah apa ek nak belikan utk anak dara tu.

Masa on the way nak bayor bil kat kaunter tu.
tetiba Papa bisik kat telinga aku.

Papa : Mama..papa bagi duit, bawaklah dia masuk Harris.
Aku : Nak belikan apa?
Papa : Mama tak payah beli..bior dia yg choose nak apa.
Aku : Okeh.

Then kitorang terus move gie Harris.
Aleeya sangat gumbira ria bila dapat perkabaran dari Papa.
masuk Harris, berlari dia carik buku feveret yang dia memang beli sebulan sekali tu.

Emm..aku ok jer.
Dalam diam2..aku sempat gak menyelit satu novel dalam duit hadiah papa tu.
Genius takk????..gagagagaaaa...

So..hari tu..Aleeya tak merajuk2 lagi.
Eksaited sebab dapat banyak buku..banyak komik.
Plus dapat beli wallet comel untuk henpon dia.

Aku??
Aku pon happy..sebab semua pon happy..hahahahaaa....


Penutup adalah anti klimaks..hampehh..:p















Thursday, November 15, 2012

Jom naik keretapi - ARGO PARAHYANGAN



Sedih betol.
berkuak dah Argo Parahyangan ni dalam draft.
nasib baik tak ada fungus.
kalau tak dah kena hukum 'nyah ko dari sini'.
matikla tetiba nak buat unsur dramatik di situ.
Kenapa buat entry ni??
Ehh..sukalah blog aku kan.
Waima cerita itik pulang petang pon aku boleh post.
lagilah entry2 yang menggugat jiwa dan perasaan.
sukalah kann..:p
Okeh. Jom cerita apa Argo Parahyangan nieh.
Argo ni nama keretapi laaa…kweng..kwengg..kwengg..
Pada saper2 nak pegi ke bandung dari Jakarta.
Takpon dari Bandung ke Jakarta.
Bolehlah naik ketapi nieh.
Pada saper2 yang nak beli ticket ketapi nie,
boleh pegi station Gambir, Jakarta Central.
Station tu location dia kat sebelah Monas jer.
lepas korang beli ticket.
Bolehlah korang jimba2 kat Monas tu.
Nak tertiarap amek gambo ker.
Nak telentang ker..lompat katak ker.
semua boleh.
Takder orang nak marah.



Oke sambung cerita pasal Argo tu.
Argo tu punya schedule adalah bermacam2.
pilih jer la korang nak naik subuh buta..subuh gajah.
tengah hari berdengkang..semua ada..
ala..senang cer, sesuaikanlah ngan perjalanan korang.
tak yah kelam kabut.
Sebab semua korang yg plan kann.
lagi nak pening..hohh!!




 

Sila2...pilih what time yang korang nak..:)

Untuk ticket Eksekutif ni harganya Rph80,000 = RM28+-
Ticket atas tu consider untuk 3 orang sebab tu totalnya Rph240,000..okeh?..paham kannn.. 
Biasanya perjalanan tu tak bosan la.
3 jam jer kott.
better 3 jam dalam ketapi dari dalam flight.
tetiba teringat 3 jam perjalanan pegi Bali.
bapak bosan.
Tu blom lagi nak pegi shanghai ker beijing ker yg 7 jam tu..
boleh tetonggeng sondol bucu kerusi nak tahan feeling bosan tuh.






Oke. Sambung lagi.
Banyak nao merepek kann.
Kalau dah 3 jam kat dalam tu,
pandai2lah buat aktiviti.
baca novel ker (macam ahkak uolls)
aktiviti tido ker…gossip ker.
takpon coci jerlah mata.
pemandangan adalah sangat lawa okeh.
gunung ganang.
kampung2 tradisional.
sawah padi..jeram2..
perghh..memang lawo ler kalau nak compare ngan kat Mesia.






Pada aku kann..aku bapak sukalah naik ketapi tu.
Future comfom ketat2 kalau aku gi Jakarta,
memang aku naik lagi Argo tu kalau gie Bandung.
So pada saper2 nak cuba…dipersilakanlah yer.
takder susah manernyer.
Kalau aku pon boleh jadikan ketapi tu transport utama ke Bandung.
Korang pon boleh kannnnn??

Oooppppsss..bila dah sampai station Bandung, makesure jangan keluar ikut salah pintu..makesure tanya ngan orang2 situ   pintu keluar utama yer...:)

Ok, babai..moga bermanfaat =)






Tuesday, November 6, 2012

Dah nampak matahari

Day 3 raya aidiladha.
macam dah nak nampak matahari.
sebab dah 2 hari dok dalam umah kan.
third day tu, silau2 bijik mata tengok matahari.
vavavaaa....sangat happy okeh...kuikuikuiii....

Pagi2 buta tu.

of cozlah buta, memanglah pagi takder mata kan...hahhaaa..
tengah kelat2 mata.
taik mata pon bersememeh lagi.
tepanjat boboi bila tetiba henpon berbunyik.
Ooo..henpon Papa yang bunyik..bukan aku punya.
bolehlah aku sambung tido...zzzzzz...

Tetiba tepanjat boboi lagi.

Papa kejut soh bangun mandi.
Perrghhh..laki aku ni kannn.
apahal nak mandi pepagi ni.
bukan keje ponggg.

Papa kata cepat siap.

kejap lagi Nett (adik Papa) sampai.
Nak mintak tolong anto laki dia pegi terminal larkin.
Kononnya nanti aku bolehlah pakai kete dia.
Huhuuu..permission granted.
aku terus bangun mandi siap2.
dalam hati..yahooo!!! boleh tengok matahari hari ni..

Nett ngan husband dia sampai dalam 9am lebih macam tu la.

Papa bising kenapa lambat sangat.
sebab takut tak sempat.
Sebab Nett kata bas gie KL kol 10am.
mak aiii...ada kebengongan di situ.
jadinya..merempitlah bawak kete gie terminal larkin tu..haishhh..

Ngam2 sampai larkin lagi 5 minit kol 10am.

Perghhh..gila rempit.
nasib baik jalan okeh.
lengang ngan tak jem.
kalau tak..merasalah korang beli ticket baru..
masa tu aku padankan muka jer.

Dah siap2 anto husband si Nett tu.

terus gerak pi umah mak aku kat Kempas.
dekat jer kott.
15 minit jer dari Larkin.
Dah alang2 ada kete kann...muahahahaaa...

Sampai sana puaslah kena sindir bagai.

konon raya ketiga baru sampai umah mak.
jauh betul  umah aku nak sampai umah mak.
macam kena naik ketapi berenti doploh kali gituew.
Well..ahkak ok jer.
telinga dah kebal.
tak kesah ponnnnnnnn.
yang ahkak tau..ahkak pegi dapur amek rendang mak.
kebetulan mak baru lepas masak kari ayam.
Woowoowo..ada lemang lagi you.
Katanya, mak bakar semalam petang ngan cucu2nya.
Awesome!!
jadinya, bila dah telan lemang2 yang super sedap tu.
Hilang sudah segala kebingitan telinga hal perli memperli tu.
eemmm...feeling great!!

Lepas makan lepak2 jap.

gossip2 bagai.
Pastu dah dekat2 12.30pm macam tu terus gerak.
tujuan untuk ker Jusco konon nak derma darah.

On the way ke Jusco,

tetiba stearing kete terpusing ke kiri.
bukan terpusing nak eksiden.
tapi terpusing sebab nak melencong ke Jusco yang lain.
Jusco derma darah tu patutnya kat Permas Jaya.
tapi kitorang termelencong ke Jusco Tebrau City...hahhaaa...


Gambor sesaje amek sebab nak jeleskan Aleeya..that time dia tak join sebab sibok nak ikot Auntie Long ngan cousin2 dier..

Saja jer pusing2.
lama gila kott tak jejak sini.
Pusing2 jap kat dalam tu.
Then singgah jap kat Harris.
Ohh..adalah mustahil kalau tak melabur kat sini.
terbang jugak lima puluh hengget,
gara2 beli 3 ketol novel.
arghhhh...senang tol nak terjebak.
tak kuat jugak iman aku hari ni yang kononya tak nak keluar duit..T__T


Beli lagi tiga..muahahhaaaaaaa....lantas dapat jelingan yang sunggoh2 bermakna..do i care??

Pukul 2.30pm macam tu gerak pi Jusco Permas Jaya.

derma darahlah tujuan utamanya.
mintak2 tak tergadai bodi duit lagi.
yess..niat harus betul.
jangan tersasarrrrr....

Jejak sana, orang tak berapa ramai.

baguslah kalau macam tu.
kalau tak jengoh gak nak beratur nak isi form la.
cucuk jari la...timbang la...bla..bla....bla....
semua smooth jerr.
suka sangat!!

Proses derma darah ni bukannya lama mana pon.

kalau orang tak ramai la.
sekejapan jer tank darah tu dah penoh.
kalau tak mabuk pening langau dah kira bagusla.
tapi Alhamdulillah..so far kalau aku menderma, tak pernah lak nak pening2.
oklah tu...kalau tak payau tekak nak kena telan air glukos.
huhuuu...takmo...takmo....


 Nasib baik buat tangan kiri..kalau buat tangan kanan, jawabnyer hampehlahhh..

Papa poyo tau..dia tak nak dok sebelah aku sebab dia pon nak buat tangan kiri jugak..benci..

Tapi ada benda yang tak best dah jadi.

tangan aku sakit dowh.
Tangan kiri belah dok derma darah tadi.
dah beberapa kali derma darah.
Nielah yang paling sakit aku pernah kena.
Tangan sakit dan sengal yang amat.
Sampai tak boleh angkat.
Nak pegang sudu pon tak boleh.
Nak angkat kertas pon tak boleh.
Mesti gara2 salah cucuk urat tadi nie.
urat yang dicucuk satu jer.
tapi dia punyer cramp sampai satu tangan..wooowoo..
Serious giler sakit uolss.

Musti korang kata..uhh!! lepas nie meya musti serik nak derma darah lagi.

Ohhh..tidak sama sekali.
kalau ada peluang. Memang aku akan menderma.
selagi aku sihat dan kena dengan timenya.
Selalunya ada satu perasaan yang biasa aku dapat bila lepas menderma ni.
Antara yang utamanya, aku feel happy sangat.
Sebabnya aku dapat tolong orang yang memerlukan.
sekampit darah tu boleh selamatkan nyawa orang.
tak kiralah sapa..yang penting boleh selamatkan nyawa.
pada aku..sakit tangan ni tak seberapa,
lagilah kalau nak compare ngan orang yang lebih sakitnya.
emmm...best kan kalau dapat tolong orang.
hari ni hari orang.
mana tau..besok2 hari kita pulak kann..

nasiblah..gambor terbalik..ni natijahnya kalau cucuk tak betul..lebam ngan sakit..eemmmm...sabao jer la..

Dah siap semua, makan jap kat foodcourt.

Dalam pukul 6.00pm terus balik.
Dah janji ngan Aleeya nak amek dia kat umah Auntie Long.
Before that hanto Nett kat hostel dulu.
Almaklom...laki keje jauh.
kenalah dia dok hostel jer..kalau dok umah sendiri sorang2, lagi bosan.
Sorang utara sorang selatan.
nasib badan.
asalkan korang jujur dan amanah dah kira bagus la.
insya Allah moga ada peluang korang dok sama2 nanti2.

Haaaa...abis dah pengembaraan 3 hari bercoti.

2 hari tak nampak matahari.
1 hari nampak matahari.
emmmm...pengalaman yang best jugak.
moga2 adalah sesuatu yang boleh diambilkan iktibar kat sini.

Hikmah dok umah yang aku dapat:-


Dapat masak sedap2 best2 untuk kelorga tercinta.

betul2 spent time ngan anak ngan laki kat umah.
rasa betul2 berdikari di hari raya.
dapat manfaat guna astro sepenuhnya..hahahaa..
tido pon giler cukup...giler bestt!!!!

Jadinya, takderlah menghampakan sangat dok umah ni.

lagipon umah sendiri kan.
bukan umah orang pon.
kalau pikir susah sendiri.
sebenornya ada lagi orang yang lebih susah kat luar sana.
Kita ni sekurang2nya dapat jugak makan best2.
bergurau senda..ketawa ria.
tengok tibi..tido ngan selesa.
orang yang susah2 kat luar tu..dapat ker buat apa yang kita buat dan dapat tu??
jadinya..ameklah iktibar dan hikmahnya kan.

Well...

nak wish lagilah kat uolss.
tima kasihlah sebab sudi baca cerita berangkai yang membosankan ni.
Selamat hari raya aidiladha.
semoga setiap pengorbanan yang kita buat tu diredhai Allah.
semoga kita sama2 dapat keberkatannya. Aminnn...















Friday, November 2, 2012

Kebosanan raya kedua.

Sama jer macam semalam.
benda pertama yang aku buat ialah masuk dapor.
gitulah kalau tak keje.
Panaslan lauk semalam.
tinggal sikit2 jer.
ayam masak merah semalam pon ada lagi.
Dok mikir apa yang nak dimakan ngan ketupat ni.
last2 decide wat lodeh jer la.
berkuah sikit kan.
tu pon memang feveret aku.
so masa nak masak tu, rasa seronok jer…ngeeee…
Seronok gila bila dapat makan ketupat.
lagi2 bila ada ayam masak merah ngan lodeh.
kalau ada sambal goreng lagi stone.
meraung2 meratap2 bila makan kesyokkan.
tetiba teringat kat mak…T__T
emo jap..


10 bijik ketupat jer..yang makan aku ngan papa jer..Aleeya tak suka sebab dia kata ketupat nie tawar...walawehhhh...
Biasalah..dah kenyang layan tibi.
ada macam2 cieta kat astro.
layan jer la.
rasa tak rugi bayor bil astro ni.
sebab memang aku pulun betul2 bila kena dok umah..huhuuu..
Petang dalam pukul 3.30pm,
adik aku si En.Toyota datang ngan bini dia yg cantik manis.
sekali ngan si Harith Debot yang makin membesor bagai johan.
boleh patah tulang belakang kalau dokong si Harith ni…haishhhh..
Dah lewat petang kol 6.00 baru En Toyota tu beredar. 
katanya nak carik drypers kat Tesco.
bukan balik bertiga.
tapi berempat.
tetiba ada sorang ikut menyelit.
saper lagi kalau bukan anak aku.
Yolahhhh…pilah ikot PokDe tu.
kesian pulak tengok dia dah 2 hari dok berasap kat umah.
Tinggal la aku ngan Papa kat berdua kat umah.
senyapnyer umah bila takder anak.
aku tengok Papa..Papa tengok aku.
haishhhh…terasa bosan lak.
melayan tibi sepanjang malammmmmmm……….

Huwaaaaa...bosaaaaaannnnnnn!!!!!

Raya korban yang terkorban.

Entry adalah panjang.
Sesuai pada yang sanggup nak membacanya jer.
sila muntah darah kalau bosan.
risiko tanggung sendiri.
************************************************
Raya korban.
memang aku berkorban sakan.
jangan kata aku..laki aku..anak aku pon terjebak bekorban jugak.
tapi kalau korban lembu kerbau, ada jugak pekdahnya.
nie korban hati, perasaan dan keriangan….T__T
apa yang boleh dimakan?
sila jawab?
Patutnya malam raya aku sibuk2 kat dapur masak2 bagai. 
sambil2 tu dengor takbir kat tv.
walaupon buat keje sorang2..tapi tetap happy.
tapi malam raya tu lain pulak ceritanya.
tepaksa pulangkan kereta yang dipinjam,
gara2 kete eksiden aku still kat bengkel lagi.
jadinya malam raya tu terkocoh2 pulangkan kete,
sebab tuan tanah kedaung nak pakai sempena raya.
Jadi..haruslah dipulangkan segera.
maka dengan itu, of coz ada unsur2 pengorbanan di situ.
Bermula episodnya.
Malam Raya Aidiladha 25.10.12 - Khamis
Sampai umah lepas pulang kete teros masok dapor.
masa tu dah pukul 9.30pm.
Huuhuu..tak sempat nak isi ketupat dan buat proses merebus.
bangsat2 pon nak rebus 3 jam nieh.
terpaksa tukar menu.
keluarkan daging batang pinang yang beli 2 hari lepas.
potong kasar2. Terus rebus.
Emm..okeh..finally aku decide masak briyani jer daging nieh.
So malam tu gigihlah aku siapkan bahan2 rencah nak masak besok.
kopek bawang..siang cili kering..blender cili..hiris serai bagai..bla..bla..
nasib adalah baik sebab tak ada berlaku apa2 kecederaan kat dapur.
biasalah kan. Dah buat keje sorang2.
kelam kabut pulak.
kalau setakat jari terhiris pisau tu benda biasalah kan.
tapi malam tu adalah bagus..
dapur adalah clean dari pertumpahan darah..kuikuikuii..
Segala rencah siap ngam2 pukul 1am.
siap berkilat dapur aku kejekan.
konon2 besok pagi bila bangun dan masuk dapur, hati akan tenang.
sebab semua bersih dan dah ready utk digunakan.
suker kannnn….:)
Pagi Raya Aidiladha 26.10.12 - Jumaat
Nak bangun pagi pon liat.
Biasa bangun pagi jer dah nampak muka mak.
consider tahun ni beraya umah sendiri.
jadinya, bangun tido jer nampak siling bilik tido aku..huhuhuu..
tengok orang sebelah tido bergulung lagi dalam selimut.
emmm…tak solat rayalah nieh.
kete tak ada kan?..hiba tol..
Bangun malas2 terus masuk toilet.
Buatlah apa2 yg patut before turun bawah masuk dapur.
semua pergerakan ala2 sipot babi.
lembab meleseh jekkk…haisshhh..
Bila masok dapor tengok dapor berkilat pulak.
rasa malas pulak nak masak2 or sepah2.
benda dah bersih kann.
buat aper nak susah payah masak2 bagai.
nanti nak kena kemas balik.
****pang!!!!!!!!
lempang diri sendiri doploh kali!!
hai lahhh…gigih keluarkan beras bagai nak rendam.
tumis apa2 yang patut.
masak air.
tambah rencah kat daging briyani tu.
rendam carrot timun ngan garam.
goreng ayam…bla..bla..bla…
macam nak tertonggeng buat keje sorang2 kat dapur.
Dengar bunyi bising2 kat depan.
dah bangun tido kott dua beranak tueww.
bagus.
aku nak buat kerahan tenaga.
Papa!! Yaya!!
kemas depan!!
sapu umah!!
basuh kasut!!
vacuum kapet!!
kemas meje!! Bla…bla…bla…
Terpimpin kan segala arahan.
Yess..itu adalah satu kemestian.
Yang aku tahu bila aku siap masak,
semua segala perkara yang aku suruh tu dah siap.
emmm…rasanya semua nampak paham arahan.
okeh..bagusss!!
Pukul 10am macam tu,
aku siap masak.
konon jer masak banyak macam ada orang nak datang umah.
takper..aku suka masak banyak.
sebab orang dalam umah nie semua kaki makan.

Dish hari raya aidiladha tahun ni..resepi kemuadian yerr..

Dah siap makan sesama.
pastu dah tak ada benda nak buat.
semua melepek depan tibi.
hadaplah tibi sampai macam nak tembus tibi tu.
Dekat2 pukul 12pm.
adik Papa datang.
Pozie Dila and kanak2.
Aleeya orang yang paling gembira.
sebab dia memang suka sangat main ngan anak2 Pozie.
Pozie n family tak balik kampung.
sebab dia kena ciken pox.
so, dia pon malaslah nak balik nak spread penyakit.huhuhuu..
jadinya dia beraya ngan kitorang keluorga yang xder kete nie..T__T
Ohhh…hari yang dok melepek kat umah ni.
mata ni dok nak kuyu jer sebab perot dah kenyang.
konon2 nak layan novel.
capai novel then terus naik atas.
adalah bagus bersantai di hari kecotian sambil membaca novel.
Emmm…tengah hari yang tenang.
sambil membaca ada kengantukkan di situ.
lantas terus zzzzzzz……..
sedor2 bangun dah pukul 5.00pm.
oh..membongkang tak hengat rupernyer aku.
tengok novel still kat tangan.
erkkk…aku baru baca 1 muka surat ker sebelom tertidor??..gulp..
Bangun terus mandi.
Turun bawah Pozie n family dah balik.
Papa ngan Aleeya pon terbongkang tido.
Otak pikir nak masak kat dapur.
tapi..ehh..makanan banyak lagi.
gila apa  nak masak2 kan?
last2 aku capai beras then basuh dan tos.
jap lagi konon2 nak isi ketupat.
bukan banyak mana pon ketupat tu.
10 bijik jer.
tu pon Niza budak opis aku yg tolong belikan.
tima kasih banyak2 kat dia.
sebab aku memang suka sangat makan ketupat.
yumeehhhhh!!!!
Masa dah isik ketupat tu ngan beras.
tetiba papa sound.
"ma..cukup ker gas tu nak rebus ketupat?"
woiiii….scary leh bila papa cakap macam tu.
aku jadi teremo kejap.
dalam hati..aahh ekk..gila apa kalau tetiba gas abis.
dahlah nak rebus berejam.
tetiba sentap pulak…T__T
Papa tengok aku dah emo.
tetiba kan.
rasa macam dah nak terkempunan nak makan ketupat.
dahlah consider raya kedua baru dapat makan.
patotnya raya pertama..gila sebak okeh.
Tetiba terdengor Papa cakap kat henpon.
Papa : Hallo…gas ada? Boleh anto umah?
kedai : bla..bla..bla…
Papa : Apa??..dah habis??..oklah..
Tersentap lagi aku.
why!!!..why!!..why!!!..
Nak keluar carik gas kat kedai lain.
dahlah takder kete kan.
huhuuuu…guling2 punya hibalah.
Dari start Papa call kedai tu.
sampailah dekat2 pukul 9pm tu aku diam jer.
takder mood nak cakap.
tengah2 layan2 perasaan tu tetiba teringat rice cooker.
Pegi dapor..amek rice cooker isi air teros tenggek atas dapor.
tunggu gelegak pastu terus masuk ketupat.
dah masuk ketupat transfer terus dalam rice cooker balik.
rice cooker national hadiah kawen tu adalah yg pesen lama.
kenalah carik bawang kecik nak sendal kat button tu.
bior dia tahan button tu jgn bagi off.
bior on manjang sampai ketupat masak.
Biasa kalau ngan mak rebus ketupat 5 jam.
Kalau dasar pemalas macam aku,
rebus 3 jam pon dah bagus dah.
Well..pukul 12am ngam aku soh Papa angkat ketupat tu.
aku pulak dah naik atas nak pegi beradu.
badan sangat penat. Otak sangat penat.
tak koser nak pikior hal masak makan2 ni lagi.
besok jer la sambung hal dapor2.
Habih dah episod pertama raya aidiladha aku.
bosan kan?
redho jer….
pengorbanan aku anak beranak di hari yang mulia ni..T__T