This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Begedil Daging



Weekend lepas2..tetiba macam nak makan soto.
Pastu Aleeya kata, kalau masak soto kena ada begedil.
Emmm....best jugak kan kalau ada begedil tu.
Bukan susah sangat nak buat pon.
Cuma kalau dah dasar pemalas.
Segala2nya memang ala2 lembs jer la.

Tapi that day, kuatkan hati jer pi buat begedil tu.
barang kat umah pon ada.
So, hadaplah menggentel sorang2 kat dapor sambil layan tibi.

Meh review resepi begedil nie version meyahoney.

Bahan-bahan

1 bungkus daging cincang yang brand abang ramlee tuh - rebus sekejap 10 minit.
4 biji kentang direbus dan dilenyek
2 biji bawang besar potong dadu - aku suka pakai bawang goreng > lebih wangi.
seikat daun sup & daun bawang - hiris kecil2
garam & serbuk perasa
2 sudu kecil lada putih
2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur untuk celup dan goreng

Cara Buat

Campur jer semua bahan2 kat atas tu. Letak garam ngan serbuk perasa agak2 la yer.
Tepung jagung tu untuk nampakkan begedil tu solid dan cantek untuk digentel dan dikepal - konon2 bior tak berkecai bila nak goreng nanti. Lepas dah siap semua bolehlah celup dalam telur dan digoreng.







No comments:

Post a Comment