This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, November 6, 2012

Dah nampak matahari

Day 3 raya aidiladha.
macam dah nak nampak matahari.
sebab dah 2 hari dok dalam umah kan.
third day tu, silau2 bijik mata tengok matahari.
vavavaaa....sangat happy okeh...kuikuikuiii....

Pagi2 buta tu.

of cozlah buta, memanglah pagi takder mata kan...hahhaaa..
tengah kelat2 mata.
taik mata pon bersememeh lagi.
tepanjat boboi bila tetiba henpon berbunyik.
Ooo..henpon Papa yang bunyik..bukan aku punya.
bolehlah aku sambung tido...zzzzzz...

Tetiba tepanjat boboi lagi.

Papa kejut soh bangun mandi.
Perrghhh..laki aku ni kannn.
apahal nak mandi pepagi ni.
bukan keje ponggg.

Papa kata cepat siap.

kejap lagi Nett (adik Papa) sampai.
Nak mintak tolong anto laki dia pegi terminal larkin.
Kononnya nanti aku bolehlah pakai kete dia.
Huhuuu..permission granted.
aku terus bangun mandi siap2.
dalam hati..yahooo!!! boleh tengok matahari hari ni..

Nett ngan husband dia sampai dalam 9am lebih macam tu la.

Papa bising kenapa lambat sangat.
sebab takut tak sempat.
Sebab Nett kata bas gie KL kol 10am.
mak aiii...ada kebengongan di situ.
jadinya..merempitlah bawak kete gie terminal larkin tu..haishhh..

Ngam2 sampai larkin lagi 5 minit kol 10am.

Perghhh..gila rempit.
nasib baik jalan okeh.
lengang ngan tak jem.
kalau tak..merasalah korang beli ticket baru..
masa tu aku padankan muka jer.

Dah siap2 anto husband si Nett tu.

terus gerak pi umah mak aku kat Kempas.
dekat jer kott.
15 minit jer dari Larkin.
Dah alang2 ada kete kann...muahahahaaa...

Sampai sana puaslah kena sindir bagai.

konon raya ketiga baru sampai umah mak.
jauh betul  umah aku nak sampai umah mak.
macam kena naik ketapi berenti doploh kali gituew.
Well..ahkak ok jer.
telinga dah kebal.
tak kesah ponnnnnnnn.
yang ahkak tau..ahkak pegi dapur amek rendang mak.
kebetulan mak baru lepas masak kari ayam.
Woowoowo..ada lemang lagi you.
Katanya, mak bakar semalam petang ngan cucu2nya.
Awesome!!
jadinya, bila dah telan lemang2 yang super sedap tu.
Hilang sudah segala kebingitan telinga hal perli memperli tu.
eemmm...feeling great!!

Lepas makan lepak2 jap.

gossip2 bagai.
Pastu dah dekat2 12.30pm macam tu terus gerak.
tujuan untuk ker Jusco konon nak derma darah.

On the way ke Jusco,

tetiba stearing kete terpusing ke kiri.
bukan terpusing nak eksiden.
tapi terpusing sebab nak melencong ke Jusco yang lain.
Jusco derma darah tu patutnya kat Permas Jaya.
tapi kitorang termelencong ke Jusco Tebrau City...hahhaaa...


Gambor sesaje amek sebab nak jeleskan Aleeya..that time dia tak join sebab sibok nak ikot Auntie Long ngan cousin2 dier..

Saja jer pusing2.
lama gila kott tak jejak sini.
Pusing2 jap kat dalam tu.
Then singgah jap kat Harris.
Ohh..adalah mustahil kalau tak melabur kat sini.
terbang jugak lima puluh hengget,
gara2 beli 3 ketol novel.
arghhhh...senang tol nak terjebak.
tak kuat jugak iman aku hari ni yang kononya tak nak keluar duit..T__T


Beli lagi tiga..muahahhaaaaaaa....lantas dapat jelingan yang sunggoh2 bermakna..do i care??

Pukul 2.30pm macam tu gerak pi Jusco Permas Jaya.

derma darahlah tujuan utamanya.
mintak2 tak tergadai bodi duit lagi.
yess..niat harus betul.
jangan tersasarrrrr....

Jejak sana, orang tak berapa ramai.

baguslah kalau macam tu.
kalau tak jengoh gak nak beratur nak isi form la.
cucuk jari la...timbang la...bla..bla....bla....
semua smooth jerr.
suka sangat!!

Proses derma darah ni bukannya lama mana pon.

kalau orang tak ramai la.
sekejapan jer tank darah tu dah penoh.
kalau tak mabuk pening langau dah kira bagusla.
tapi Alhamdulillah..so far kalau aku menderma, tak pernah lak nak pening2.
oklah tu...kalau tak payau tekak nak kena telan air glukos.
huhuuu...takmo...takmo....


 Nasib baik buat tangan kiri..kalau buat tangan kanan, jawabnyer hampehlahhh..

Papa poyo tau..dia tak nak dok sebelah aku sebab dia pon nak buat tangan kiri jugak..benci..

Tapi ada benda yang tak best dah jadi.

tangan aku sakit dowh.
Tangan kiri belah dok derma darah tadi.
dah beberapa kali derma darah.
Nielah yang paling sakit aku pernah kena.
Tangan sakit dan sengal yang amat.
Sampai tak boleh angkat.
Nak pegang sudu pon tak boleh.
Nak angkat kertas pon tak boleh.
Mesti gara2 salah cucuk urat tadi nie.
urat yang dicucuk satu jer.
tapi dia punyer cramp sampai satu tangan..wooowoo..
Serious giler sakit uolss.

Musti korang kata..uhh!! lepas nie meya musti serik nak derma darah lagi.

Ohhh..tidak sama sekali.
kalau ada peluang. Memang aku akan menderma.
selagi aku sihat dan kena dengan timenya.
Selalunya ada satu perasaan yang biasa aku dapat bila lepas menderma ni.
Antara yang utamanya, aku feel happy sangat.
Sebabnya aku dapat tolong orang yang memerlukan.
sekampit darah tu boleh selamatkan nyawa orang.
tak kiralah sapa..yang penting boleh selamatkan nyawa.
pada aku..sakit tangan ni tak seberapa,
lagilah kalau nak compare ngan orang yang lebih sakitnya.
emmm...best kan kalau dapat tolong orang.
hari ni hari orang.
mana tau..besok2 hari kita pulak kann..

nasiblah..gambor terbalik..ni natijahnya kalau cucuk tak betul..lebam ngan sakit..eemmmm...sabao jer la..

Dah siap semua, makan jap kat foodcourt.

Dalam pukul 6.00pm terus balik.
Dah janji ngan Aleeya nak amek dia kat umah Auntie Long.
Before that hanto Nett kat hostel dulu.
Almaklom...laki keje jauh.
kenalah dia dok hostel jer..kalau dok umah sendiri sorang2, lagi bosan.
Sorang utara sorang selatan.
nasib badan.
asalkan korang jujur dan amanah dah kira bagus la.
insya Allah moga ada peluang korang dok sama2 nanti2.

Haaaa...abis dah pengembaraan 3 hari bercoti.

2 hari tak nampak matahari.
1 hari nampak matahari.
emmmm...pengalaman yang best jugak.
moga2 adalah sesuatu yang boleh diambilkan iktibar kat sini.

Hikmah dok umah yang aku dapat:-


Dapat masak sedap2 best2 untuk kelorga tercinta.

betul2 spent time ngan anak ngan laki kat umah.
rasa betul2 berdikari di hari raya.
dapat manfaat guna astro sepenuhnya..hahahaa..
tido pon giler cukup...giler bestt!!!!

Jadinya, takderlah menghampakan sangat dok umah ni.

lagipon umah sendiri kan.
bukan umah orang pon.
kalau pikir susah sendiri.
sebenornya ada lagi orang yang lebih susah kat luar sana.
Kita ni sekurang2nya dapat jugak makan best2.
bergurau senda..ketawa ria.
tengok tibi..tido ngan selesa.
orang yang susah2 kat luar tu..dapat ker buat apa yang kita buat dan dapat tu??
jadinya..ameklah iktibar dan hikmahnya kan.

Well...

nak wish lagilah kat uolss.
tima kasihlah sebab sudi baca cerita berangkai yang membosankan ni.
Selamat hari raya aidiladha.
semoga setiap pengorbanan yang kita buat tu diredhai Allah.
semoga kita sama2 dapat keberkatannya. Aminnn...















No comments:

Post a Comment