This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, November 2, 2012

Raya korban yang terkorban.

Entry adalah panjang.
Sesuai pada yang sanggup nak membacanya jer.
sila muntah darah kalau bosan.
risiko tanggung sendiri.
************************************************
Raya korban.
memang aku berkorban sakan.
jangan kata aku..laki aku..anak aku pon terjebak bekorban jugak.
tapi kalau korban lembu kerbau, ada jugak pekdahnya.
nie korban hati, perasaan dan keriangan….T__T
apa yang boleh dimakan?
sila jawab?
Patutnya malam raya aku sibuk2 kat dapur masak2 bagai. 
sambil2 tu dengor takbir kat tv.
walaupon buat keje sorang2..tapi tetap happy.
tapi malam raya tu lain pulak ceritanya.
tepaksa pulangkan kereta yang dipinjam,
gara2 kete eksiden aku still kat bengkel lagi.
jadinya malam raya tu terkocoh2 pulangkan kete,
sebab tuan tanah kedaung nak pakai sempena raya.
Jadi..haruslah dipulangkan segera.
maka dengan itu, of coz ada unsur2 pengorbanan di situ.
Bermula episodnya.
Malam Raya Aidiladha 25.10.12 - Khamis
Sampai umah lepas pulang kete teros masok dapor.
masa tu dah pukul 9.30pm.
Huuhuu..tak sempat nak isi ketupat dan buat proses merebus.
bangsat2 pon nak rebus 3 jam nieh.
terpaksa tukar menu.
keluarkan daging batang pinang yang beli 2 hari lepas.
potong kasar2. Terus rebus.
Emm..okeh..finally aku decide masak briyani jer daging nieh.
So malam tu gigihlah aku siapkan bahan2 rencah nak masak besok.
kopek bawang..siang cili kering..blender cili..hiris serai bagai..bla..bla..
nasib adalah baik sebab tak ada berlaku apa2 kecederaan kat dapur.
biasalah kan. Dah buat keje sorang2.
kelam kabut pulak.
kalau setakat jari terhiris pisau tu benda biasalah kan.
tapi malam tu adalah bagus..
dapur adalah clean dari pertumpahan darah..kuikuikuii..
Segala rencah siap ngam2 pukul 1am.
siap berkilat dapur aku kejekan.
konon2 besok pagi bila bangun dan masuk dapur, hati akan tenang.
sebab semua bersih dan dah ready utk digunakan.
suker kannnn….:)
Pagi Raya Aidiladha 26.10.12 - Jumaat
Nak bangun pagi pon liat.
Biasa bangun pagi jer dah nampak muka mak.
consider tahun ni beraya umah sendiri.
jadinya, bangun tido jer nampak siling bilik tido aku..huhuhuu..
tengok orang sebelah tido bergulung lagi dalam selimut.
emmm…tak solat rayalah nieh.
kete tak ada kan?..hiba tol..
Bangun malas2 terus masuk toilet.
Buatlah apa2 yg patut before turun bawah masuk dapur.
semua pergerakan ala2 sipot babi.
lembab meleseh jekkk…haisshhh..
Bila masok dapor tengok dapor berkilat pulak.
rasa malas pulak nak masak2 or sepah2.
benda dah bersih kann.
buat aper nak susah payah masak2 bagai.
nanti nak kena kemas balik.
****pang!!!!!!!!
lempang diri sendiri doploh kali!!
hai lahhh…gigih keluarkan beras bagai nak rendam.
tumis apa2 yang patut.
masak air.
tambah rencah kat daging briyani tu.
rendam carrot timun ngan garam.
goreng ayam…bla..bla..bla…
macam nak tertonggeng buat keje sorang2 kat dapur.
Dengar bunyi bising2 kat depan.
dah bangun tido kott dua beranak tueww.
bagus.
aku nak buat kerahan tenaga.
Papa!! Yaya!!
kemas depan!!
sapu umah!!
basuh kasut!!
vacuum kapet!!
kemas meje!! Bla…bla…bla…
Terpimpin kan segala arahan.
Yess..itu adalah satu kemestian.
Yang aku tahu bila aku siap masak,
semua segala perkara yang aku suruh tu dah siap.
emmm…rasanya semua nampak paham arahan.
okeh..bagusss!!
Pukul 10am macam tu,
aku siap masak.
konon jer masak banyak macam ada orang nak datang umah.
takper..aku suka masak banyak.
sebab orang dalam umah nie semua kaki makan.

Dish hari raya aidiladha tahun ni..resepi kemuadian yerr..

Dah siap makan sesama.
pastu dah tak ada benda nak buat.
semua melepek depan tibi.
hadaplah tibi sampai macam nak tembus tibi tu.
Dekat2 pukul 12pm.
adik Papa datang.
Pozie Dila and kanak2.
Aleeya orang yang paling gembira.
sebab dia memang suka sangat main ngan anak2 Pozie.
Pozie n family tak balik kampung.
sebab dia kena ciken pox.
so, dia pon malaslah nak balik nak spread penyakit.huhuhuu..
jadinya dia beraya ngan kitorang keluorga yang xder kete nie..T__T
Ohhh…hari yang dok melepek kat umah ni.
mata ni dok nak kuyu jer sebab perot dah kenyang.
konon2 nak layan novel.
capai novel then terus naik atas.
adalah bagus bersantai di hari kecotian sambil membaca novel.
Emmm…tengah hari yang tenang.
sambil membaca ada kengantukkan di situ.
lantas terus zzzzzzz……..
sedor2 bangun dah pukul 5.00pm.
oh..membongkang tak hengat rupernyer aku.
tengok novel still kat tangan.
erkkk…aku baru baca 1 muka surat ker sebelom tertidor??..gulp..
Bangun terus mandi.
Turun bawah Pozie n family dah balik.
Papa ngan Aleeya pon terbongkang tido.
Otak pikir nak masak kat dapur.
tapi..ehh..makanan banyak lagi.
gila apa  nak masak2 kan?
last2 aku capai beras then basuh dan tos.
jap lagi konon2 nak isi ketupat.
bukan banyak mana pon ketupat tu.
10 bijik jer.
tu pon Niza budak opis aku yg tolong belikan.
tima kasih banyak2 kat dia.
sebab aku memang suka sangat makan ketupat.
yumeehhhhh!!!!
Masa dah isik ketupat tu ngan beras.
tetiba papa sound.
"ma..cukup ker gas tu nak rebus ketupat?"
woiiii….scary leh bila papa cakap macam tu.
aku jadi teremo kejap.
dalam hati..aahh ekk..gila apa kalau tetiba gas abis.
dahlah nak rebus berejam.
tetiba sentap pulak…T__T
Papa tengok aku dah emo.
tetiba kan.
rasa macam dah nak terkempunan nak makan ketupat.
dahlah consider raya kedua baru dapat makan.
patotnya raya pertama..gila sebak okeh.
Tetiba terdengor Papa cakap kat henpon.
Papa : Hallo…gas ada? Boleh anto umah?
kedai : bla..bla..bla…
Papa : Apa??..dah habis??..oklah..
Tersentap lagi aku.
why!!!..why!!..why!!!..
Nak keluar carik gas kat kedai lain.
dahlah takder kete kan.
huhuuuu…guling2 punya hibalah.
Dari start Papa call kedai tu.
sampailah dekat2 pukul 9pm tu aku diam jer.
takder mood nak cakap.
tengah2 layan2 perasaan tu tetiba teringat rice cooker.
Pegi dapor..amek rice cooker isi air teros tenggek atas dapor.
tunggu gelegak pastu terus masuk ketupat.
dah masuk ketupat transfer terus dalam rice cooker balik.
rice cooker national hadiah kawen tu adalah yg pesen lama.
kenalah carik bawang kecik nak sendal kat button tu.
bior dia tahan button tu jgn bagi off.
bior on manjang sampai ketupat masak.
Biasa kalau ngan mak rebus ketupat 5 jam.
Kalau dasar pemalas macam aku,
rebus 3 jam pon dah bagus dah.
Well..pukul 12am ngam aku soh Papa angkat ketupat tu.
aku pulak dah naik atas nak pegi beradu.
badan sangat penat. Otak sangat penat.
tak koser nak pikior hal masak makan2 ni lagi.
besok jer la sambung hal dapor2.
Habih dah episod pertama raya aidiladha aku.
bosan kan?
redho jer….
pengorbanan aku anak beranak di hari yang mulia ni..T__T





No comments:

Post a Comment