This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, December 19, 2012

Tq boss for krismas gift!!



Murah betol rezeki pagi2 nieh..
Boss sampai jer terus bagi satu bungkusan cantek kaler merah.
kat depan wrapping paper tu nampak tulisan Marks & Spencer.
Wahhhhh...apekahhh???

Perasaan tu more to konon2 dapat perfume la kan.
Tapi bila pikir, takkan boss aku nak spent banyak kan.
sebab ofismate yg lain pon dapat jugak benda yang sama.
Bila bukak wrapping tu..terus ternampak lotion.
Weeee...suka sangat..walaupon bukan perfume kan.
appreciate sangat2.

Yesss..itulah krismas gift pertama saya tahun nie.
Lotion Marks & Spencer okeh.
bau yang sangat sedap dan menaikkan hawa..gagagagaaa..

Sila jeles yer kawan Sherwin Williams yang lain...muahahahahaa..



Wednesday, December 12, 2012

Lagi Best Memang Best!

Di musim2 hujan nie memang bestlah layan tekak makan benda panas2.
makanan patern sup2..berasap2..fuhhh..memang terbaiklah kann.
So pada aku yang bestnya makan steambot la.
Dapat gril2 bagai lagi super best kan..hahaaa..

So nak dijadikan cerita, tetiba lidah tak bertulang nie terajak Papa pi makan.
makan steambot laa..feveret ever after anak beranak..hahahaa.
First option tu ingatkan nak makan stemboat kat Larkin.
Tapi bila survey2 Papa macam tak berminat lak kat situ.
So, berpindah la pulak ke tempat asal.
konon2 nak makan steambot rawa jek.

Nak dijadikan cerita lagi,
Itu Rawa off pulak.
coti2 mesia ker haper?
jadinya jalan ngan tempat parking situ lengang jekk.
kalau tak dia punya happening kat situ dah macam ada demonstrasi la pulak...hahahaa..

So, third option pegilah makan steambot lagi satu nie.
sebaris jugak ngan Rawa.
Nama restaurant tu Lagi Best Steambot & Grill.
Best sangat ker sebest namanyer??
hahahaa....
jom kita tengok...

Langkah jer dalam tu,
benda pertama aku buat meronda2 dulu.
tengok apa yang menarik..
emmm..drooling jugak mata nieh...kuikuikuiii..

Adult rate : RM19.90
Child rate : RM10.00
Warga Emas : RM10.00

Harga sama ngan Rawa.
Child punya harga murah banyak dari Rawa..hahahaa..

Kat sini ada side dish. Kebetulan hari yang aku sampai tu ada nasi goreng cina, rojak, bubur nasi ngan nugget. Desert pulak ada buah tembikai ngan ais krim..nyummm!!!! 

 Drooling tak?????..hahahahha

Ada macam2 sos..bbq sos, rojak sos, cili vinegar sos, black paper sos..haa lagi dah lupa..

 Daging pon ada macam2...huhuuu..drooling lagi..

 Ayam pon banyak...macam2 patern...macam2 kaler...macam2 rasa....wahhhhhh drooling lagi dan lagi.....

ikan keli pon ader...tak pernah aku jumpa kattempat steambot lain..kuikuikuii..

Okeh..makan sampai pengsann!!!!

So..
Aku nak cerita nieh experience aku makan kat sini.
In terms of rasa both soup - tomyam & chicken soup, sangat sedap!!!!
Sos..emm..bolehlah..tapi tak boleh lawan Rawa.

Varieties of steambot item..emm ok sangat2.
Varieties of grill items..superb sangat2.
Air pon banyak..minomlah sampai kembong.

Ha..apalagi?
Pi la makan sana..cuba jer la kan.
mana tau tekak korang suka..hahahahaa..

So berapa bintang nak bagi meyahoney?

Restaurant Lagi Best Steambot and Grill - aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang...yahoooo!!!! 







Sedap Jugak

Aku suka sangat itu oreo cheese cake.
makan pon sampai berebut2.
Benda satu nak kongsi bertiga.
Semua nak mintak suap.
kononnya semua nak kongsi rasa.

Aku sajer jer beli satu sebab nak rasa jer pon.
Sebab first time beli kat situ.
nak cuba jer.
Takut terkena macam kat Delifrance hari tu.
Rasa bongok nak mampos.
Tapi yg this time round, serious sedap.
Puas hati.
Terasa2 kat tekak nieh.
Nanti sure aku beli lagi.
Beli banyak2..muahahaaaaa..

The best part is,
kat mall nie, consider aku dah tau apa yg best dan tak best.
especially benda makan2...hahahaaaa..ketawa setan kalori lagik.
Hellooo...mall apa tu?
KSL jer ponnn...kuikuikuii..
at least tau lah yg nak dicekik kan?
sambil2 coci2 mata nak beli barang henpon bagai.
Bolehlah coci2 tekak jugak.

So future boleh datang lagi makan kat Season cafe.
takpon Al Migos pon boleh.
Kalau nak desert yg kelorga cheese,
boleh gie Cheese Temptation.

Emmm...apa lagi ek nak kabar pasal peningkatan kolesterol nieh?
Oohh..lagi satu,
Kalau nak Takoyaki,
pegi level 2 ke 3..tak ingat sudaa..
KLS Takoyaki yg paling best i guess.
Takoyaki tu sebelah Pizza Cone.
Ala..bukan restaurant la.
Cuma outlet kecik kat tengah2 tuh.
Tapi pada tekak aku consider best la.

Awesome Oreo Cheese Cake RM6.90 beli kat Cheese Temptations...sedap sangat!!
Jangan beli yg kat Cheese Station Delifrance..hampehh!!!

Try makan Teriyaki Chicken Spaggety kat Season Cafe. Tak menyesal langsong.
Portion pon banyak..kalau makan weekdays di siang hari ada discount RM13.90 jek..kalau weekend mahal laa..tak ingat berapa pulak harga dia.


Seronok kan kalau cerita hal makan2 nieh.
Nanti kalau ada apa2 yg best.
Aku update lagi.
Tetiba dah tak tau nak cerita apa lagi.
Tunggu next entry la yer.
walaupon next entry tu kang ntah apa2 punya cerita..hahahaa..

Ok babai. Very the anti klimaks.








Wednesday, December 5, 2012

Tertipu, tergoda dan teruja.

Last Sunday takder aktiviti.
Aleeya takder aku dah post umah nenek dia sabtu semalamnyer.
Papa pon takder sibok pi workshop betulkan ekon kete.
Aku adalah kesunyian dan keboringan.
Konon2 masok dapor nak masak2.
sekali jer tepandang nasik lemak bungkus.
Apakah???

Ooo..Papa dah tapaukan nasik lemak untuk aku.
Makan saja.
Jadinya, aktiviti nak masak tu tetiba stop macam tu jer.
Emm...cuti masak lagi hari ni..yahooo!!

Lepas makan, ngadap korean drama pagi2.
sambil2 tu buat housekeeping.
Tapi aku syak ngadap tv lagi banyak kot dari buat keje..hahahaa..

Dalam pukul 12.00pm Papa balik.
Offer aku nak gi mana2 tak?
Pada mulanya macam takder mood.
idea nak kemana pon takder.

Tetiba teringat twillight.
Ooo..bagus.
Terus cakap ngan Papa "tengok wayang yerr..."
Papa diam tak cakap apa2 sambil tangan sibuk kemas barang2 kete.
kenapa Papa tak reply?
Ooo ok takper.
diam tandanya setuju...hahahahaa..

Naik atas terus siap2.
hati berbunga2 nak jumpa Bella, Edward ngan Jacob.

Since sampai pon dah pukul 2.00pm macam tu.
Tak terus beli ticket.
Tapi terus gie foodcourt.
On the way nak ke foodcourt singgah Delifrance kejap.
Ternampak oreo cheesecake yg betul2 buat aku jatoh cinta.
Beli seketol.
Konon2 nak buat desert lepas makan nanti..hahhaa

Sampai foodcourt terus order makan.
kebulor adalah melampau.
Ada perasaan tamak di situ bila rasanya macam nak makan semua.
Ooppss..tak boleh.
terganggu kang diet program aku..dietlah sangattttt!!!!!

Makan cepat2 sebab tak sabor nak makan oreo cheese cake tu.  
baru makan sesudu..aku rasa macam nak maki hamun.
rasa tertipu sangat2.
Biadap sungguh delifrance ni sebab tipu aku.

Rupa cantik cheesecake tu kaburkan mata aku.
kenapa cheese cake ni tak rasa cheese.
Kenapa dia rasa fresh cream jekkk..
vavi betol.
rasa fresh cream adalah melampau.
serupa macam makan pavlova pulak.
aku punyer excited nak makan.
Ko boleh pedajalkan aku macam ni .
kecewa betul rasa hati..huhuhuuuu..T__T

Rasa oreo cheesecake yang bongok melampau.

Len kali takmo pegi situ lagi.
baik aku makan secret recipe doploh kali.
serious puas hati lapa ratus kali.

Demi memujuk hati yang lara,
terus Papa ajak beli ticket wayang.
Dengan muka sendu aku follow jek.

Bagus orang tak ramai.
Tak payah nak beratur panjang2.
Since aku dua orang jer, tak jadi masalah nak cari seat.
beli ticket show pukul 6.00pm.
tengok jam baru pukul 5.00pm
Mana nak pegi?
sure masok Harris kann..hahahaaa

Macam biasa.Kalau tengok buku aku jadi lupa diri.
bengong nyanyuk bagai.
kebetulan novelis aku punya buku baru sampai.
aku sambar 4 buku Aisya Sofea.
Separuh jalan..aku letak balik.
Ehh..tak boleh beli.
Kat umah ada lagi 5 novel tak baca lagi.
Janganlah tamak haloba sangat..
Ok..pujuk hati tak payah beli.
Tapi aku sempat sorokkan buku2 tu kat tempat tersorok sikit.
besok2 aku datang lagi mintak2 adalah kan..hahaaaaa.. 
Gila bodoh jer perangai macam tu :p

Lagi 10 minit wayang dah nak start.
Aku berdesup jalan laju2 nak keluar dari situ.
tetiba aku tepandang novel yang memang aku tunggu dah lama.
mak oiiiiii!!!!!!!
sukanya rasa hati!!!!
ada rebate u'olls!!!
memang aku tak pandang kiri kanan.
aku sambar terussss.
rasa nak jerit2 satu donia yang aku dapat jugak beli buku yg aku tunggu dah lama nie..

Eh pompuan apa yang ko excited berok nieh?
well..i dapat beli novel ni jugak akhirnya.
Novel ni kalau beli asing2 sangat mahal..almost RM40 gituh.
Kalau combine one set pon mahal jugak.
Tapi aku tabahkan hati.
Takper..tunggu lama sikit.
Sure Harris buat offer nanti.
Dan..kesabaranku berbalas jua akhirnya..muahahahahaa..

Itu novel Harris jual RM95.00 satu set.
Oh akak teruja!!
Tu dah consider murah dah tu.
Tapi paling mengancam jiwa, dia ada lagi 25% rebate utk member.
Huwaaaaaaaaa!!!!!!!!
giler akak sukerrr u'olls.
Serious masa tu macam nak guling2 ketawa suka hati kat situ.

Apalagi..tanpa pandang ke belakang aku terus ambar dan bawak lari ke kaunter.
Yess!! terus bayar.
After discount RM71.25...weeehooooo!!!!! jerit lagi!!!!
Hilang sudah rasa sakit hati tertipu makan cheese cake tadi.


The fifty shades trilogy...sabar yer..nanti aku baca..kuikuikuiii

Kenapa nak sangat novel nie?
sebabnya aku dah google pasal novel2 best di pasaran.
ceita dia pon aku dah baca sikit kat online..
eemm..boleh tahan..no bad..
biasalah..cieta2 romance ni kann..memanglah feelingggg jewww..

Lepas dah bayor terus tuju kat Papa yang dah tunggu kat luor.
terus gi TGV nak nonton twillight breaking down part II.
tak sabor rasanyer.

Dan...
natijahnyer..
sungguh puas hati. Senyum berganda.
Keriangan berganda-ganda.
Tergoda tahap cipan dengan itu Edward Bella ngan Jacob..super osem!!
rasa nak pengsan2 bila tengok.
Giler best.

Dah kuor dari itu TGV pon mulot aku tak benti2 ceita pasal twillight tu.
sampai dalam kete.
sampai kat umah.
sampai nak tido...haishhh..
tak taulah Papa boring ke tak dengor...kehkehkehhhh..

Takperlah..sekurang2nya terubat jugak kekeciwaan makan cheese cake tu kan...ngeeee...









Jumpa best makan tak best

Old skool gathering 2012...ahli jemaah 2 orang lagi takdek, Lee and Mimie..

Hentam tajuk.
tak tau nak letak apa.
Since hati ni sampai sekarang rasa sakit hati lagi.
semua gara-gara makan stimbot kat setia tropika sabtu lepas.

Kebetulan bff old skool aku jejak Jb sabtu lepas.
Nama beliau ialah Tinie atau nak lagi hensem Tjay.
Alang2 dia turun Jb, semua pakai nak buat gathering.
me?? suka and ok jek. Nak buat gathering kan?
Of coz sukalah.

Sepanjang weekdays tu dok discuss pakai whatsapp jek.
Bincang punya bincang, semua sepakat nak makan stimbot la.
Then bff aku ni rekemen satu tempat stimbot ni.
katanya kat Setia Tropika. emm..setialah sangat kann.

Ok..pada mulanya aku ok jer.
since aku pon tak pernah makan kat situ.
bolehlah try kan.
Then diorang cakap stimbot tu malay punya.

Sampai harinya, sabtu tu..aku post anak aku gi umah mak.
tak jauh pon dari restoran tu...7/8 minit jer bawak kete.
kete jejak sana, tengok restoran baru nak setup.
susun meje bagai..sapu lantai bagai..
tengok jam dah 6pm++ gitulah.
hati masa tu memang dah tak best la.
sebab tengok macam pelik.
Soklan yang bermain dalam pala otak.
Awat bukak kedai lewat sangat sampai pukul 6pm?
kenapa tak ramai orang? (kalau kat Rawa dah bejujai orang datang)
Kenapa macam sendu jer rupanyer?

That timeconsider aku orang pertama sampai.
then baru kerry.
Pastu baru Wai.
Along, Tinie ngan kak Liza sampai lambat sikit.
Pi jimba2 kat nusajaya.
Ok takper. Aku tunggu dengan sabar dan tawaduk.

Bila semua dah sampai.
Sesi salam2 pelok2 bagai.
Tanya2 kabar dan tekak mula dah rabak masa tu.
Lama kott tak jumpa...hahahaa..

Teros masok dlm restoran and survey2 apa yg nak dimakan.
Muka aku dah kelat2.
Muka papa apatah lagi.
restoran apa nie serve barang stimbot seciput jek.
nak tak nak amek jer la apa2 yang patot.
Tapi dalam hati still maki2 jugak.

nampak lengang kannn....aku nak amek gambo pon takder hawa..

Yerla kan..
bila dah makan kat situ sure aku compare ngan Rawa yang superb tu.
tapi aku syak bff aku semua tak nak makan kat Rawa.
sebab kat rawa super crowded.
Gila ramai orang sampai kekadang kena tunggu giliran.
okeh..okeh fine....follow majoriti...:p

Makan tak full hearted.
setakat geli2 tekak jer.
yang penting dapat jumpa my old skool bff.
punyalah tak sepenoh aku rasa stimbot tu sampai takde hati pon nak begambo.
gambo yg ada ni pon rembat cikgu kerry punya dalam whatsapp.
at least ada gambo sikitlah sempena gathering 2012 ni.
penutup kan.

sesi makan sambil bergossip

Ok. Ceita pasal restoran tu.
Bukanlah nak menjatuhkan kaum sendiri yg nak meniaga.
tapi kalau patern meniaga main2 macam tu baik toksah kan.
buat abis duit bayo sewa kedai ngan bil api air bagai.

Letak barang2 ala2 kedekut.
takut sangat orang dok membazir.
variety of balls tu jangan cakaplah..hampeh dowh.
semua dok keras kejong.
letak udang pulak, aku syak dalam 200gm jek.
haishhhh..

Sampai waktu, semua habis.
pastu member tak refil2 lagi.
semua dah hangen.
bayor bukan sikit.
tapi servis tak nak jaga.
bila dah geram, sampai Papa masok dapor.
Pi tanya kenapa tak refil lagi.
orang semua nak makan nie.

Member dok belonggok kat dapor ntah apa-apa.
cubalah round2 tengok apa yg perlu direfil kann.
ni tak, dok bergossip kat dapor.
apalah pelik orang beniaga macam ni.
nak berniaga ke tak nak????
haissshhhh...geram nieh!!

Servis out.
Verities of menu out.
taste??..lagilah out.
berapa bintang nak bagi?
kalau dari 5 bintang tu.
seketol bintang pon aku tak nak bagi.
cukuplah sekali aku datang.

Ok ceita pasal stimbot ni.
aku tejumpa lagi satu tempat makan stimbot kat larkin.
nampak macam menarik.
nanti aku gie makan sana, aku wat review yek.

Ok till now.
Jumpa lagi.