This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, February 13, 2013

Official Matter. Pindah Sekolah.

Citer nie dah basi.
Tapi takderlah basi mana.
Baru lebih kurang seminggu jer kot.
Tapi nak citerlah jugak kat dalam nieh.

Hujung2 January tu...aku kena kemurungan terok jugak.
tak lena tido.
mandi tak basah.
makan pon serupa tak makan.
nak bercakap pon macam tak nak cakap.
kalau bercakap mesti aku ingat orang nak carik gado.Gila lawak.

Semua tu pasal pening kepala mikir hal sekolah anak aku.
Biasalah oang pompuan.
Bila mikir, mendalam sangat.
tu yg macam huru hara tu...hahahaaa..

Okehlah citer sikit.
Pada saper yang tak tahu,
nak bagitau nieh.
mungkin wat pengalaman aku,
and mungkin pengalaman korang juga.

Pada sapa2 yang tak tahu,
anak dara sunti aku tu adalah pelajar tegar sekolah cina.
Aku dah masukkan dia sekolah cina since umo 5 tahun.
So, sekarang dah 10 tahun.
Dia dah bergelumang ngan sekolah tu lebih kurang 5 tahun la.
Permulaan sekolah agak susah dan menakutkan.
but most of sesi belajar tu dia usaha sendiri.
Aku bantu sikit2 jer. 0.05% jer kottt...hahaaa..giler kejam.

Dah lama2 tu jadi kebiasaan..nampak improvement dalam banyak hal.
percakapan pon dah bagus.
penulisan dan pembacaan pon bagus.
Tak tahulah aku macam mana dia belajar.
Tapi aku percaya dia memang gila struggle.
Kesian anak mama...sobb...

Kenapa aku masukkan dia sekolah tu?
Selain dari aku nak dia belajar bahasa mandarin.
Aku nak dia belajar nilai2 yang baik yang ada dalam diri pelajar2 cina.
especially bab disiplin. Yes, memang nampak semua tu.
Then aspect kuat belajar. Yes double2, nampak sangat.
Kalau dia pandai cakap, membaca, menulis.
consider advantage la pada dia.
Omg..jadi bangga sekejap kat anak aku tuh.

Tapi,tibalah satu hari,
Well, everybody well known.
start masuk darjah 4, dah kena start aktif.
Persatuan..club..uniform..extra class.
Adoiii..banyak giler.
Anak aku pon tak terkecuali.
semua aktiviti dijalankan lepas waktu sekolah.
Oppsss...lepas waktu sekolah??
Yaa..sekolah cina adalah tak sama ngan sekolah melayu.
all aktiviti adalah selepas waktu sekolah.
Kalau sekolah biasa atau sekolah melayu, 
aktiviti adalah hari sabtu atau ahad.

Emmmm..
jadinya, bila perlu aktif,
anak aku kenalah banyak ponteng sekolah agama.
Ohhh..benda yang paling aku pantang dalam hidup adalah ponteng sekolah.
Lagipun, pada aku sekolah agama juga sangat penting.
Aku bukanlah seorang yang pakar dan sangat bagus nak mengajar semua bab2 agama.
secara asasnya, ya..aku boleh ajar.
Tapi secara detail aku mengaku aku tak mampu.

Jadi, setelah berlaku beberapa pertelingkahan,
perbincangan, gaduh2 manja, tanya2 orang yg sepatutnya,
dan last sekali aku muhasabah diri.
pikir baik dan buruk dalam2....emmmm...

Dan aku laki bini decide tukarkan dia.
cukuplah kot dia belajar kat sekolah tu.
since dia pon dah lancar mandarin.
banyak benda baik aku nampak dalam diri dia yang dia dapat kat sana.
aku pon puas hati.
papa pon puas hati.
Dan aku ngan papa pon sebulat suara tukarkan dia sekolah.

Mulanya anak aku susah nak terima.
tapi bila dah cakap baik2..pujuk baik2.
dia pon agree...giler jadi saiko aku niehh.
Dan aku terus moving forward. 
Buat cepat2 takut kang dia berubah hati.
lagi susah keje aku kang.

Kat ofis, aku tepon dulu segala pejabat pendidikan nak tanya procedure.
Bila dah cukup paham, terus kumpul document.
and tak pandang belakang terus pegi sekolah utk mintak surat pertukaran aliran.
doa dalam hati..moga semua dipermudahkan.

Yes....bila semua dah siap dalam masa seminggu tu,
Aku ngan Papa terus amek coti sehari untuk uruskan hal pertukaran tu.

Benda pertama buat pegi sekolah amek surat and fail pelajar.
masa nak melangkah keluar dari sekolah, aku T___T.
sebak, sendu, sedih..macam2 perasaan.
nak sedapkan hati...cakap ngan diri sendiri,
Mungkin rezeki belajar kat sini setakat ni jerrr.
Rasa sayang sangat kat sekolah tu...T___T

Tinggal kenangan. Sekarang dah berpindah tangan ke admin SK Nusa Damai.

Dalam kereta nak heading to Jabatan Pelajaran Negeri,
memasing diam..senyap...
semua layan perasaan...:(

Sampai sana, foward segala surat yang tersedia.
Alhamdulillah..cepat jer siap.
dapat dah surat kebenaran tukaran aliran.

Moving to Pejabat Pendidikan pulak.
Alhamdulillah lagi.
tak ada masalah.
Semua pegawai bertugas ada untuk settle keluarkan surat kebenaran...:)

Mungkin ni hikmahnya.
Setelah makan hati berhari2..keluh kesah.
Alhamdulillah semua dipermudahkan.
Allah dengar doa dan bisikan aku.
Dan aku percaya, mungkin ini yang terbaik untuk anak aku..
Syukur Ya Allah.

Semua urusan rasmi berakhir pukul 12.30pm.
eem...rasa lapang..rasa lega sangat2.
Ada lagi setengah hari nak dihabiskan.

So, aku gunakan setengah hari tu untuk abiskan ngan papa.
Ya..kami berdua dah melalui hari2 yg sangat sukar.
perbincangan..pendapat..keputusan..
semua sangat tegang dan merimaskan.
So, nilah masa yang terbaik untuk menjernihkan semua kekusutan sama2.

Tengah hari tu lunch sama2.
muka masing2 dah ada senyum.
dah start bergurau balik..dah takder stress2 sangat.
tulah kehidupan kann...sedangkan lidah lagi tergigit.
Nie pulak laki bini yang sama2 berfikir untuk kebaikan dan masa depan anak sendiri.

Sempat lagi layan citer ni kat TGV...best wooo...

Okeh..semua dah settle.
dah kembali tenang.
Aleeya pon dah seminggu kat sekolah baru.
She looks so happy.
Dengan kawan baru..cikgu baru.
No problem with all that new surroundings.
Ya..mama and papa will always pray for you...always...:)

   























2 comments:

  1. Setiap yang berlaku memang ada hikmahnya... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...yg penting kita berusaha untuk selesaikannya sebaik mungkin..:)

      Delete