This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, March 21, 2013

Boarding Pass

Mood keje serious dah takder.
Dah ke laut ke gaung bagai.
Keje pon tinggal sikit2 jer nak siap.
Besok my last day before coti.
Hope semua siaplah even menggigil jugak nie.
Sebab aku balik coti nanti ngam2 nak closing.
Comfom ketat2 aku berkuak lentang nak closing nanti..huwaaaaaa..

Dah aku takmo ingat benda yg belom nak jadi tu.
jom kita semarakkan perasaan nak bercoti ni..ngeeee
bior berkobar2 jiwa raga nak perabiskan duit.

Membara2 jantung hati ni tau.
Lagi2 baru lepas dapat duit yg dah convert.
Satu donia pusing konon2 nak rate murah.
haremmmm.
Last2 terima seadanya jerla dengan apa yg dapat tu.
mungkin tu jer rejeki aku anak beranak.

Semalam jugak dapat sms dari AA.
Konon2 soh datang awal nak elak jam.
Pastu masuk ofis dapat lagi email.
Pon cerita yang sama.
Oklah. Aku layankan jer la.



Lepas tu kan.
Aku pikir2..betul jugak ek.
Kalau aku buat awal2 print boarding pass tu senang sikit kat sana nanti.
Tak payah nak berator panjang2 macam main pak harimau pukul berapa tu.
Biasa print boarding pass kat kiosk jer pon.
Apa ada hal.

Tapi dah namanya tak nak bersesak.
Baik aku teruskan jer niat murni aku tu.
Lagipon aku tak pernah pulak ada experience bertembong ngan mana2 event besor macam F1 tu.
manalah tau huru hara ngan ramai orang nanti kan.
So.. better aku buat teros.
bukan susah mana pon.






Haa..kan dah siap.
sekejap jer buatnyer poonnn.
Takderlah sampai kena silang panggung bagai.
Ok..dah boleh pre packing dah malam nieh...muuuhahahaaaa...



Wednesday, March 13, 2013

Bikin Malu

Ternampak post nie dalam fesbuk wall aku.
Gila ngkoo.
sakit perot aku baca.
Ketawa guling2.
Gila lawak tahap cipan aku rasa...muuuhahahaaa..

Silalah mencuba yer..:D


Bikin maluu!!!! bikin malu!!!! bikin maluuuuu!!!!!!!!






Thursday, March 7, 2013

Hadiah besday katernyer.

Bila nak masok bulan March,
hati aku akan rasa seronok sangat.
Sebab aku rasa dalam banyak2 bulan aku paling suka bulan ni.
Bukan pasal bulan ni bulan besday aku.
tapi aku boleh rasa yang bulan ni aku selalu boleh dapat benda or cerita yang best2.
hmmm...feeling keseronokan terlebih sangat...^__^

Baru2 ni aku dapat 'sesuatu' yg jadi intro keseronokkan bulan March tu.
Asal dari ofismate tagging nama aku dalam satu gambo kat dalam fb.
gambo pon gambo yg betol2 buat aku ceria.
rasa hidop dan bermaya bila nampak benda2 macam tu..hahaha

Konon2 nak komen sikit2 jer kat gambo tu.
Sekali dapat feedback pulak.
Feedback yang superb power.
Buat aku speechless..ye ker??




Akak tu reply.
Hadiah besday katernyer...vavavavaaa
rasa nak guling2.
ye ker?
betol ker?
OMG. giler tepanjat ketat2.

Ok. Cool.
Akak nie main2 jer kot. Sebab dia memang tau aku suka baca novel.
Pastu mungkin sajer nak bersuai kenal ngan aku yg memang super friendly ni.
Aku ok. Layan jer.
As long as tak merepek2, aku boleh go into it.

Suddenly a few hour lepas tu aku dapat pm bawah nieh.
OMG lagi.
Betol laaaaaaaaa....

Drooling mata aku kejap..bior betol????

Dan, kat bawah nielah buktinya.
Turun dari kete masa baru sampai opis tu,
tetiba opismate aku pass aku satu beg.
OMG lagik!

Yer la...comfom betol nieh.
Memang aku dapat semua novel2 nieh.
Benda tu betol2 depan mata aku......o__O


Here the novels. Memang aku tak pernah baca lagi. Bertambah lagi koleksi..muuuhahahaaa..

Apa nak dikata.
Kegumbiraan tak terkira.
Terkagum dengan keprihatinan dan kepemurahan akak nie.
Suker doploh ribu kali.

Terima kasih jota2 yer akak.
Saya akan jaga novel akak nie baik2.
hmmm....suker sangat sampai tak tahu nak cakap apa2....:)








Friday, March 1, 2013

Singgang Ikan mabok bendi

Ikan yang dah mabok dan mati tertimbos ngan bendi.

Hey korang.
Lama dah tak citer pasal makan2 and recipe2 ek.
Jom kita layan recipe singgang yg super pemalas nie.
sangat sesuai untuk orang yg nak diet, orang yang nak pantang, orang yang pemalas terutamanya.
dan sangat2 sesuai untuk orang macam aku yang sangat10x hampeh bila nak masok dapor..T__T

Meh nengok recipe nie untuk 3 orang makan.
quantity sesuai sesangat untuk kelorga aku..ngeeee

Bahan:

5 ekor ikan suka hati ikan aper - aku pakai ikan kembung jer.
2 biji bawang besar
3 biji bawang puteh
10 biji cili api
1 inci halia
kunyit sikit
1 batang serai
1 mangkuk air asam
bendi/nenas
tomato
garam/gula

Cara masak :

Biasa kalau lauk pantang terus lebur jer. Tapi aku tak pantang okayyyy.
Aku suka tumis, sebab nanti dia wangi.

Mula2, tumbuk dulu sampai lumat kunyit yg sikit tadi,1 biji bawang puteh ngan halia.
Bawang merah, cili ngan balance bawah puteh tu hiris jer.
Letak minyak and panaskan, terus tumis barang hiris tadi.
masukkan serai titik and masuk bahan tumbuk.
Tumis sampai naik bau..hmmm...wangiiii...
Pastu masuk air asam, memdidih sikit masukkan ikan.
Last sekali masukkan bendi.
Garam/gula jangan lupa yek.
Dia punya rasa ada masam+pedas+manis sikit.
Dah siap.