This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, April 17, 2013

Krabi Trip - Enjoy & Relax out

Penat kan baca citer berangkai yang tak habis2 tuh.
Lepas laut..ikan pulak..lepas ikan hutan pulak..lepas hutan gajah pulak..hahahaa
dont worry..dah habis dah semua citer tu..
skang citer relax2 jer.
coci2 mata..makan2..
benda2 yang free and easy jer.
since datang pon bertiga, tak follow mana2 pakej,
so suka hati mak bapak aku lah nak buat apa kan.
2 hari lepas dah gigih folow itenery laut ngan hutan.
nie kita santai2 jer yekk..
kiter suker tauuu :)

Lepas  balik dari Jungle Tour tu,
kononnya lepas sampai hotel, nak mandi terus and lepak jer dalam hotel.
tetiba terasa, apa barang nak lepak2 hotel.
belom sampai masanya lagi nak relax kat dalam hotel nie.
besok boleh lah.

so, lepas semua dah siap2 wangi2.
dan dah comfom bau gajah takder.
aku pon dah siap coci sidai baju bagai,
jomlah kita ronda2 lagi kat shopping lot depan tu.

Bila pikir2..dah 3 malam kat sini,
3 malam jugaklah kitorang dah ronda.
tapi tak jemu pulak rasanya.
sebab seronok jalan2 sambil coci2 mata tengok perangai orang.
since malam nie malam last kat J hotel nieh.
rasanya macam nak beli barang sikitlah untuk kawan2 ngan family untuk subenier...ngehhhh..

Kalau korang berjalan2 kat shoplot2 tu,
pastu terjumpa pulak ngan ice blended  jangan lupa beli.
fresh okeh.
memang dorang blender buah2 segar jadi ice blended.
serious sedap.

Lagi satu jangan lupa try pancake yang ala2 roti canai tu.
garing giler..lagi2 bila diorang sapu ngan nutella.
pancake tu korang boleh mintak macam2 jem utk letak kat atas tu.
mana yang nak letak inti buah pon boleh.
cuba jer..tak rugi ponnn.

 


Mango ice blended...sedap gilos..korang kena cuba kalau datang sini.


pancake in d making..seghuper itu roti canai sajor..



bubuh itu nutella pastu letak atas kertas before potong2..



makan nutella pancake sampai 3 keping..takderlah beso mana..sebab tu bila makan bantai tak cukup jerr..
tapi serious sedappp!!!


Sila lari kalau dengor bunyi siren...huuuuuu...scary..


baru jalan sikit, tetiba semua orang penat.
Aleeya kata dia tak larat dah nak jalan.
sebenornya aku pon penat jugak.
Tapi hati tu mengada2 nak berjalan lagi.

tetiba Aleeya kata dia nak balik hotel.
badan dah penat ngan mengantok sesangat.
lorrr...baru pukul 8.00pm kott.
tapi yerlah..tengoklah jer la siang tadi buat apa.
asik berkubang2 dalam air masuk hutan keluar hutan.
mana tak lohe badan tu..hahaha

Aku : Pa..antorlah budak kecik tu balik hotel.
Papa : yerlah..kesian..dia dah penat tu.
Aku : tapi mama nak jalan lagi tau.
Papa : haaa..papa anto dia dulu soh dia tido..nanti papa kuor balik.
Aleeya : mama nak pegi mana?
Aku : mama nak pegi massage la..awak balik tido dulu eh.
Aleeya : yerlah..saya okeh jer. dah penat ponn..
Aku : Eh..awak nak makan tak?
Aleeya : tak nak..dah kenyang. Tadi kan dah makan pancake.
Aku : ha..yerla..Pa..mama tunggu kat kedai makan la eh.
Papa : yerlahh..

Sementara papa pi anto Aleeya pi balik hotel.
aku masuk kedai teros order makan.
agaknya badan penat sangat sampai nak makan pon takder mood sangat.
tapi perot lapor pulak.
last2 aku order simple dish jek.
konon2..lepas makan nie baru gie massage la..gituhhh..


Aku order tomyam ngan telur dadar jek..cukuplah tu makan untuk 2 orang..



sedap woii tomyam nieh...kenapalah kat mesia takder tomyam sedap macam nie..huuuuu
aku order tomyam campur..macam2 ader ko dalam tu..udang la..sotong la..ayam la..cendawan..isi ikan tenggiri pon ader uolls dalam tu..serious heaven...:)


Tengah2 makan tu tetiba ada satu rombongan cik minah datang dalam 5 orang.
kecohlah heyy..
kitorang siap main tegor lagi.
sekali jer orang johor ngkoo.
apalagi..dari dok berdua ngan papa,
aku boleh pindah meje dok ngan group cik minah tu.
jawabnya rancaklah berbual sambil makan...hahahaa

Lepas dah kenyang mintaklah diri nak balik ngan rombongan tu.
seronok berbual..macam dah seploh tahun kenal.
kalau time nak gelak toksah citer.
macam nak roboh dah restaurant tu...ngeeeee

Kengkonon tadi cakap nak gie masasge kan.
sekali jer aku ngan papa jadik malas pulak.
mungkin sebab dah kenyang kot.
badan pon dah letih.
cakap ngan papa. besok jer lah kita gie massage.
papa ok jer.
lagipon Aleeya kat hotel kan.
kesian lak nak tinggal dia lama2.

So, bila dah sampai hotel benda pertama buat kengkonon nak mengemas la kan.
besok dah check out uolls.
tapi bila dah nampak katil pastu ngan suhu yang sejuk dlm bilik tu.
tetiba rasa nak tido teros.
Yer..selamat malam semua.
aktiviti nak mengemas, besok pagi jer lah buat..hahahaa

Thursday 28.03.13 - Day 4 in Krabi.

Konon2 nak bangun lambat,
since hari ni kan memang takder aktiviti langsung kan.
tapi haremmm..pukul 5.30am waktu thai aku dah tersedar.
terus segor bugor mata nie..aisehhh..

Entah kenapa Papa pon boleh bangun pulak..hahaha
jawabnyer memang mengemas la pagi2 tu.

cakap ngan papa,
hari ni kita pi jalan area thara beach nak?
kita tak jalan area sana lagi kan?
papa selalu tak kisah jer.
dia akan follow semua schedule itenery aku.
yess..suker...rasa sangat2 bijak kalau nak jadik travelling planner..:p

Pagi tu kitorang tak breakfast pon.
Aleeya pon kata taknak makan.
dia asyik bantai makan biskut oreo.
suka ko lah nak.
jangan kata mak ko tak bagi makan eh.

Ajak papa check out awal.
Tapi papa kata kalau check out awal then nak pegi jalan,
mana pulak nak letak luggage2 nie seme?
Aku cakap kita tumpang jer la kat hotel baru nanti.
pastu teroslah pi jalan...
then papa kata "okeh!"

Dalam 9am++ macam tu teros kitorang check out.
Macam pagi sangat kan?
tapi aku tak pedulik.
nanti kalau lepak lama2 dalam hotel ni lagi rugi.
baik gie jalan kan.
lainlah kalau hotel nie ada swimming foool.
kannnnnnnn?

So, check out, letak kunci kat front desk.
then borak2 kejap ngan mamat hotel yang friendly tu.
Dia macam sedih lak kitorang nak check out.
nak buat macam mana kan.
kitorang pon dah book hotel lain.
dah say babai then kitorang teros chowwwww....

kat sini  macam aku cakap lah..tak susah nak carik transport.
nampak jer tuk2 motor tu teros tahan.
cakap nak pegi Ananta Burin hotel.
dia kata 60bhat. Ok...now move.


okeh, naik tuk2 motor pegi hotel. yess!! kitorang suker naik nie sebab dia berangin2..best!!!




kitorang lepak kat sini untuk satu malam before balik mesia besok.
berangan jadik orang kaya kejap. dok hotel 4 bintang...:p


Nama dia Ananta Burin Resort Krabi. Special entry aku update kat sini ---->  Ananta Burin Resort, Krabi


Actually niat di hati nak tumpang luggage jer since aku pon tahu check in time 2.00pm. Tetiba minah tu terkeluar perkataan " you room will ready another 5 minutes madam...please have a seat.."
so..korang boleh imagine tak muker aku masa tu..berseri2 okeh..hati bermunge2..tak sangka pulak boleh masok bilik pagi2 nie...belom pukul 10am ponn..muhahahahaaaa..gelak besor aku.
ehh..salah..alhamdulillah..dapat masok awal...tak rugi bayor mahal sebab dapat dok lama2 kat dalam bilik tuh..kukikukiiiii..



baru nak laboh bontot update status..tetiba dah kena panggil.." Excuse me madam..your room's key..my pleasure to show your room "...sambill tangan dia hulur kunci tapi budak bell boy dia yang amek.
OMG...rasa diberkati hidup ini...:)


Then budak bell boy tu terus amek luggage ngan beg kitorang.
yang aku perasan tangan dia tak cukup nak pegang semua barang.
tapi dia cuba jugak nak bawak semua..huhuuu..
dalam hati bagusnya budak nie.

On the way nak ke bilik, sempatlah dia brief sikit.
swimming foool la..internet using la...caffe for breakfast la..spa la...bla..blaa..
kitorang hanggok2 jewww..
suker ngan dia even english tak berapa baik.
tapi dia cuba untuk menyenangkan hati kitorang as a customer hotel dia niehh..

okeh dah sampai depan bilik...aku lak sibok membelek voucher breakfast besok pagi.


Masok jer dalam bilik,
memang terujalah.
first time doh aku booking bilik mahal.
jakun kejap.
almaklom..before2 ni i budget traveller jer.
sebelom nie paling mahal pon aku pernah book  RM300 jer kot.
Tapi tu pon apartment hotel satu bilik.
takperlah demi untuk merealisasikan impian kelorga sebab nak celebrate anniversary 10yrs.
i okeh jer.
sekali sekala kan..:)

masok2 jer...bau wangi semerbak bilik tu.
rasa fresh sangat2.
teringat masa pegi Bali dulu.
masa masok bilik hotel kat Holiday Wina Kuta tu bau jasmine.
tersengih2 aku masa tu.
sebab rasa excited melampau.
waaaaaaaaaa....tetiba rindu kat Bali...:(



Bilik aku booking nie special sikit...sempena anniversary kan..so cariklah bilik yang best untuk relax2.
Ya....aku booking bilik deluxe excess pool...Giler tak best ngko.
Aleeya sendiri boleh meroyan kat tepi tangga tu macam nak teros terjon tirok..

Beriya kan pagi tadi cakap ngan Papa nak pi ronda2 Thara beach.
yang hadoo..
Aleeya sampai tak sempat nak tukor baju..
dia dah teros terjun dalam itu pool.
pastu papa join pulak...lagilah hampehhh..

Later2 aku pulak pi terjon.
tapi yang lawaknyer aku tak boleh lama lak dalam air tu.
tetiba jer menggigil.
teros naik atas masok bilik and mandi.
entah kenapa tetiba aku boleh demam...huhuuuu...
jadinya aku bantai tido bergulung dalam selimut jerlaa.
anak beranak kat luor tu terkekek2 ketawa suriram2 dalam pooool.


suker yerr...dah dok krabi masuk 5 hari baru hari ni dapat mandi pool..hahahaaa..padan muker semua..


Masa tengah lalok2 tu.
tetiba nampak bayang kelibat orang masok bilik.
pastu dengor orang mandi.
haaa...masok bilik ponnn.
ingatkan nak tunggu semua kecut baru nak naik...hohh!!

tetiba papa tanya, mama dah makan ubat belum?
aku pon macam dengor tak dengor jer.
tau2 jer dengor bunyik pintu tertutup...aishhhh..
dan aku pon sambung tido lagi.

tapi seriouslah...macam mana pulak tetiba boleh demam kekura nieh.
tadi elok jer kot.
lepas makan ubat ngan minum susu dutch lady tu aku sambung tido.
dalam 1 jam macam tu aku tersedar dari tido and tetiba rasa berpeloh2.
huuhuhuuu...panas dowh..
aku tengok papa dah tergolek tido kat sebelah aku.
Budak pompuan tu pulak takder.
mana pulak dia pegi nie.
tengok jam baru pukul 2.00pm.

aku skodeng kat luor.
hamboi dia boleh pulak main pondok2 dalam air.
abih daun2 pokok tepi pool tu dia petik pastu tumbuk2 ngan batu tepi2 tuu..
alahai..anak omakk...
happy betul dia dapat berendam.


 sorang2 pon jadi kann???



 dah panggil barulah nak terhegeh-hegeh nak naik..


 ini budak pompuan sepanjang 4 jam dia main air sorang2..dia dah habiskan 2 bungkus oreo ngan fresh milk sekotak...patot pon sepanjang aku tanya.."aleeya..awak tak lapor ker??"
nanti dia jawab.."tak mama..saya sangat kenyang.."
adehhh...pitamlah mama...
lepas tu senang jer aku reply balik..."haa..mandi..mandi...rendam sampai kecot...bior berbaloi sikit papa kamu bayor hotel nieh..."


Lepas dah dok bebel2kan budak pompuan tu,
aku masok balik dalam bilik, konon nak tengok tibi.
almaklom..konon2 badan macam dah okeh sikit kan.
barulah rasa macam nak nengok movie.
capai susu capai cocokrunch..
marilah kita makan sambil menonton yerr..

perghhh...inilah yang aku menyampah.
asal bukak citer ongputeh manjanglah semua translet bahasa thai.
sepatah haram pon aku tak paham.
dahlah subtitle takder..kong ajor betol.
last2 aku hadap citer nieh.
lagi syok..

*


*


*


*


*


*


*


*


*



citer 3 abdul uollss...sambil tengok sambil meniarap...lagi heaven...:)


Bila citer 3 abdul dah habis.
Aku keluarkan siren soh aleeya naik atas mandi and siap.
masa tu dalam pukul 5pm laa..
cukup2lah tu berendam dalam air kan.
nak tunggu yang dah kecut2 tu kembang balik ka?

Aleeya bila dah kena panggil..macam biasalah.
muncung dah panjang.
tak puas2 dah berendam dari pagi tadi.
bukan sekejap2 okeh.
aku rasa seumur hidup dia,
tu lah sesi berendam yang paling lama dia pernah buat.
aku yang dok merati ni pon boleh pitam doploh kali tau.


okeh.masa ni dah siap2 dah nak keluar. sila abaikan bilik yang berselerak itu.


keluar jer depan hotel ada bederet2 kedai. ada kedai runcit. ada money changer. ada tour counter. since dah nampak tu semua, papa kata dia nak book teros teksi utk gie airport besok. errmmm..oklah..


voucher teksi gi airport. 500bhat = rm50.



belah kanan tu ananta burin..belah kiri tu kedai2 runcit...

sini adalah area hotel2 4-5 bintang. hotel2 kat signboard tu ada selorong ngan hotel aku tu.
kalau korang nak tau semua hotel2 tu memang best and semua hotel tu ada bilik yang provide pool excess macam bilik aku tu. selalunya kena book cepat, sebab bilik pool excess tu memang cepat habis due to permintaan yang tinggi. harga agak mahal..tapi berbaloi la. bukan selalu kan.
hotel area sini more to relaxing and honeymoon la. kalau korang nak happening2 korang kena book area
ao nang yang ada mcdonald tu.


mentang dah sihat. kemain yer. sanggup berjalan kaki dari hotel nak ke pantai.
ala bukan jauh mana pon. 5 minit jer jalan kaki.


cantik tak sunset tu?
sini pon consider pantai aonang jugak. tapi yang belah atas la..
kalau korang menyusur ke atas tu, dia dah panggil thara beach.











 muker orang yang dah baik domammmm..mamm..mamm...





my soulmates



6.30pm waktu thailand...jom pi carik nasik setelah sehari suntuk tak jumpa nasik..huhuuu


Bila dah puas bergambor sakan.
matahari pon makin nak ilang.
tetiba terdengar suara.
hari ni memang hari tak makan nasik ker?
hahahaa...hamek ko..
tu suara anak aku yer.
bila dia bersuara macam tu,
tandanya dia dah lapor.
dan marilah kita pi carik tempat makan.
sebenornya aku pon dah lapor jugak.
biasalah...kalau bab berjalan nie,
hal makan2 nie memang selalu kitorang terlupa..huhuuu

Kalau nak ke area makan2 kena menapak.
masalahnya semua macam ah malas nak menapak.
jadinya terpaksalah kita merempit naik tuk2 motor tu yer.
sebenornya dekat jer pon.
tapi kalau dah dasar malas.
memanglah apa pon tak boleh...hohh!!


suker naik tuktuk motor nie sebab dia berangin2...nanti terbang2 tudung ku....auwwww...



Nielah Chaba Thai Restaurant. Femes nie among malaysian. Tapi  agak mahal la makan sini.
so aku jejak sini last day sajer yer...so baru boleh buget nak makan berapa.





Kitorang order siakap sweet sour...ermm..sedapp!!



somtam yang best jugak..suka betul bila tergigit udang kering dia yg besor dan crunchy tuh..
tapi serious sedap la...terasa2 kat tekak nieh..


kailan ikan masin..tak luar biasa pon kannn..


nie aleeya punyer..tak ingat lak apa nama dish nie..tapi aleeya kata sedap sangat..
keliling2 nasik nie ada macam2..ada daging, ada telur dadar, ada timun hiris, ada bawang hiris, cili hiris, kacang panjang hiris, mangga hiris..waaaaa..banyak kannn..pandai pulak budak pompuan tu gaulkan semua macam nasik kerabu..
abis licin dikerjakan..tak sempat aku nak merasa...sobbb...T__T
Okeh total damaged makan kat situ 980bhat...mahal kann???
kalau malaysia mungkin dalam rm50 jerr..ok takper..buat experience jek :)


Lepas dah bayor semua,
makin ramai pulak malaysian yang masok sini.
huhuuu..aku macam nak cakap jer.
tak payah masok sebab mahal.
baik pegi kat area mcdonald tuh.
carik J hotel..takpon Aonang smile hotel.
makan kat situ pon sedap. murah lagi..
tapi lantaklah kan.
mungkin dorang nie semua kaya2.
tak macam aku.
nak buat apa2 semua aku kira ketat2 punyerr..ngeehhh
bukanlah kedekut tapi berjimat cermat...:p

Ok. jom teroskan misi perjalanan malam nie.
Last night kot.
besok dah nak balik mesia.
baik kita habiskan duit bhat nieh.
nanti balik mesia bukan boleh guna ponnnn.


 sesi bargain...sampai keluar muncung itik aku tauuuu...muuuuhahahaaa...:D


yess..last2 setelah berhempas pulas aku dapat jugak beg nieh..
dari harga 300bhat aku bargain sampai 150bhat...yahoooo!!!!
dalam hati..ntah2 memang harga 150bhat jer kott beg nie..biasalah..orang berniaga pon propa jugak kann..


Dah pusing2 seme kat situ.
beli lagi barang sikit2.
tengok jam dah pukul 8.30pm.
ok..malam masih muda.

Papa ajak pegi massage lagi.
i okeh jer.
so, marilah mulakan lagi aktiviti survey pusat massage.

area sini agak mahal jugaklah pakej massage dia compare ngan area hotel lama aku tu.
sebab sini well known area orang2 kaya.
tapi aku tak pedulik.
aku ngan papa survey and bargain mintak harga yang kitorang nak.
kalau boleh aku nak harga dia sama ngan massage yang kitorang buat before nieh..hehehee
dasar kannn.

At last..after pertanyaan demi pertanyaan di pusat massage yang ke-6,
wahh..panjang dowh ayat aku.
baru kitorang berjaya jumpa...huyeeehhh..
dapat harga best.
tempat tu pon consider takder customer lagi.
sejuk air cond lagi.
ermmm...nyaman, dingin and selesa jekk.

kalau korang nak tahu,
pusat massage kat sini, bila tiba malam jer,
memanglah wanted sangat.
rata2 memang full house punyer.
ada yang sampai kena beratur okeh.

sori gambor massage aku tak load.
heyy..sensored ok.
jangan macam2.

ok. lepas dah massage2 bagai.
mohlah kita balik ke hotel.
boleh kemas sikit apa2 yang patot.
Oh my...dah nak balik ke besok???
sekejapnyerrr...huhuuu T__T

tinggal lagi satu entry..day 5..
waaaaaa...dah finalee ker..
nanges lagi..huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!







3 comments:

  1. part "orang berniaga pon propa jugak kann.." I loike... ;-)
    Tapi Sis, seriously kalau dapat g Krabi Night Market tu utk shopping local product ni, lg worth.. t-shirt2 Krabi yg belom bargain, boleh dapat dalam 100bath, banyak sgt lagi yg menarik lahh.. Harga2 mmg jauh murah dr area Ao Nang.. Save it for next trip.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Area krabi night market lebih murah bbdg Anong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tapi masalahnya nite market tu certain day jer ada...datangnya weekdays, tak dapek nak nolong..

      Delete