This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, April 15, 2013

Krabi Trip - Jungle Tour ---> Tiger Cave ---> Elephant Trekking

Lepas bersukaria kat Emerald Pool tu,
ada lagi tempat nak pegi nieh.
tapi kitorang tak excited sangat ngan tempat nie.
aku lagilah double2 tak excited.
sebab aku dah study tempat nie.
banyak orang citer tempat ni biasa2 jer.
ala2 buat sesi lawatan adun2 parlimen.
yang  trill tu cuma nak manjat tangga tu jer la..adehhh..
dengar bab manjat2 nieh..akak surrender dulu laaa...

takder benda sangat nak citer.
masa kat sini akak manjang kembangkan bontot dok kat kerusi batu.
sambil2 kembangkan bontot tu bergossip sakan ngan kak chah ngan kak noi..hahaaa

Papa pulak masa tu gigih amek gambo.
Ooo..idok ler aku.
pegilah Pa..
carik trademark yang kita dah comfom ketat2 dah sampai kat sini..huhuuuu





Nie kot tiger tuh...kena sumpah jadi batu kerr??...hahahaa


Haa...nielah tangga tu..ko sanggup panjat sampai atas tu??
kalau korang dah sampai atas, korang boleh nampak pemandangan krabi dari atas bukit tuh..
perghhh..giler tinggi..nanti kaki akak sakit macam mana?
Kat atas tu ada cave yg ada sejarah dia sendiri la...ada temple jugak ngan tok sami yang dok bertapa atas tu..tak koserlah weh nak naik keatas semata2 nak ziarah tok sami tuuu...



hamek ko...runcing giler tangga tuuu..



konon2 macam kat beijing la...muahahahaa...


ikot jadual patotnya sesi lawatan kat tiger cave tu dalam 1 jam.
tapi bila semua orang dah boring,
dalam 40 minit kat situ kitorang dah blah dah.
Tahu skip jer tour tiger cave nie.
bior dok lama2 kat emerald pool tadi, lagi best.
takper2..future taulah aku nak buat apa..hahaha

Sebenornya memasing dah tak sabor nak naik gajah.
mulot memasing dah riuh..
bila nak naik gajah..bila nak naik gajah..haishhhh

Elephant trekking ni last aktiviti utk tour hari nie.
sekejap jer kan??..huhuuu..
Kalau korang nak buat single aktiviti naik elephant ni pon boleh.
consider naik gajah 1 jam jer la..
cost dia dari 500bhat-800bhat.
macam mahal kan?
tulah hakikatnya.

sebab tulah kitorang hamek pakej satu hari teros.
dengan 900bhat tu dapat buat semua dalam satu hari.
tak giler  berbaloi ke tu???

Ok.sambung balik pasal naik gajah tu.
Perjalanan gi tempat trekking gajah tu dekat jer pon ngan tiger cave tuh.
dalam 10 minit jer dah sampai.
dekat kann??

Sampai2 jer sana, dah bau gajah.
bukan bau gajah jer..
aku syak bau taik gajah jer yang lebih...hahahaaa

 
Sampai jer kitorang dijamu ngan nenas madu...sedap ngko..bau gajah pon bau gajah lahhhhh...


nenas ni aku makan lidah tak sakit...kalau nenas kat mesia..makan sehiris pon aku dah menonggeng..


Ehh..jomlah tengok gambor naik gajah.
best giler okeh.
jakun jangan cakaplah.
First time naik gajah memang begitu..hahahaa


Muker hepi jer..siap nak peace2..kejap lagi hamek ngkooo...:p

Muker cuak!
Haaa...baru betol..tetiba org tua yang jaga gajah tu soh papa bawak sendiri gajah tuu..hamek ngkooo..satu badan bau gajah..muuhahahahaa..:D

 
Suspen giler masa gajah tu nak masok dlm air..huhuuu


Muker tekujat papa yang tak boleh blah..

 


we are so happy..weeehuuuu!!

 
segerombolan lagi rombongan yang happy giler kat belakang nungg...hahahaa













habis dah pusing satu hutan...keluar masuk air bagai...hahaaahhaaa

Dah puas berpusing dalam hutan tu tau2 jer dah 1jam.
sekejapnyerr...
tak puas rasa naik gajah nieh.
badan semua bau gajah..trill giler..hahahaa

Tapi nak tima kasih banyak2 kat pakcik gajah tu.
sebab dia gigih amek gambor kitorang.
berjota dia snap okeh.
main tekan2 jer.
tu yang gambo ada kepala..kaki takder.
kepala takder..belalai ader..hahahaa
sangat lawak aku rasa.

paling tak boleh blah,
dia takmo pakai camera henpon aku uollss.
dia siap tunjuk2 nak amek gambo pakai dslr aku.
hamboiii ko pakcikkk...
demand nak pakai camera mahal youuu...

Nasib baiklah gambor tu cantek.
even senget2 pon aku appreciate la kan.
siap bagi dia tips sikit sebab tolong amekkan gambo.
kalau tak haram nak dapat gambor bertiga naik gajah kannnnnn...hahahaa.

Oklah dah dekat pukul 4.00pm dah.
mohlah balik ke hotel.

Yang lawak,
naik jer van..satu van bau gajahhhh..muuuhahahahaaaa!!!!
gelak guling2 aku..

On the way nak balik hotel,
guide aku tu berenti kejap kat tepi jalan.
aku ingat dia nak buat apa.
tetiba dia cakap "photo..photo.."
Oooo..dia soh kitorang amek gambo kat tepi jalan tuuuu.
cakaplah awal2 pakcikkk...hehehehee..



Tunjuk jer la apa yang patot..hahaha


Dah siap bergambor bagai.
Jomlah balik.
sampai kat hotel dah dekat 4.30pm gitu.

Apa lagi..balik terus mandi.
bau paeng gajah buat aku loya.
Kaki ni penat jangan cakaplah.
Tapi giler enjoy la untuk hari nie.
habis sudahh semua aktiviti.

Lepas ni, dah takder apa2 aktiviti dah.
cukuplah dua hari perabihkan duit buat aktiviti sehari suntuk.
future kalau datang lagi, aku nak wat rafting ngan atv pulak..weeeee

Since besok aku dah check out and nak masok hotel lain.
Aku planning ngan papa nak relax2 jer..
santai2 kat hotel and jalan2 jer sekitar situ.

So...tunggu relaxing entry yang tak boleh blah dari kitorang eh..
Jumpa lagi.
babai.




3 comments:

  1. Kak, klu kitorg ge nek gajah tu sendiri2, meaning nek keta drive sendiri, blh ke nk sewa gajah tu sendiri x follow tour guide? Dorg benarkan ke?

    ReplyDelete
  2. Dear i nak tnya, braper cost utk g island hop & pakej gajah ni? thanks

    ReplyDelete