This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, May 21, 2013

Awak Suka Saya Tak Hilman Yong? ~ Melur Jelita

Ohh..Hilman Yong.
Intan kata malaikat yang diturunkan untuknya.
Aku pulak nak kata dia bidadara syurga.
kenapa kata macam tu?
jangan kata Intan yang tergila2.
aku ni pon boleh jadi hilang ingatan...huhuuuu...

Dah lama aku tak buat review pasal novel kan?
nie aku nak buat review.
pasal satu novel yang meletop2 meledak2 dalam jantung ngan hati aku.
buat aku tak senang duduk.
buat aku tak boleh nak tido awal.
smpai sekarang nie pon aku terbuai2 dengan keperibadian dia.
semua gara2 Hilman Yong.

Rasa macam gila kan?
tapi tulah hakikatnya.
saper baca novel ni,
aku gerenti korang akan rasa macam jatuh cinta bedebuk2 kat mamat mualaf tu.
tu la yang aku rasa sekarang.
walaupon sekadar watak fantasi,
tapi memang boleh rasa menyerap dalam diri.
rasa macam nak berebut cinta dengan Intan..
mamposlah kalau papa baca entry nieh.
bini dia jatoh cinta dgn saper??muuahahahahaa

Novel tu tajuk dia "AWAK SUKA SAYA TAK?"
tulisan Melur Jelita.
novel ni dah lama jugak sebenornya kat pasaran.
tapi aku terlepas pandang sebab dia tebal sangat.
lebih 1000 pages.
tapi aku nak bagitaulah..
even beribu pagesnya, korang takkan terasa.
sebab korang akan dibuai dgn keperibadian bidadara syurga Hilman Yong.

Citer dia pasal seorang cina mualaf yang dah simpan lama perasaan kat sorang pompuan nieh.
pompuan tu pulak nama dia Puteri Intan Zulaikha.
aku jadi jeles kat si intan nie sebab Hilman Yong tu memang betul sayang ketat2 simpul mati kat dia..

Dua2 couple nie anak orang kaya.
Kaya sangat. Anak Dato'.
tapi sangat humble dan generous.
semua orang suka.
termasuklah aku...hehehee..

Kenapa aku menggiler kat Hilman Yong?

1. Sangat melindungi dan percaya pasangan.
2. Romantik jangan cakap..boleh pengsan terlentang kalau dia bercakap.
3. Berkeperibadian tinggi. Even mualaf tapi sangat memahami agama islam.
4. Pandai berkata2 dan luas ilmu mengenai agama.
5. Hensem - of coslah..dia kacukan cina-korea-mat saleh
6. sangat setia dengan cinta
7. senang memaafkan
8. sangat perasa.
9. serba serbi semua aku suka kat diaaa......waaaaaaaaaaaaaaaaaa......

Watak fantasi yang sangat menggegar dada...tak boleh blah..

Nama sebelum Hilman Yong adalah Damien Yong.
pencinta yang setia tapi banyak konflik.
konflik novel biasanya hal keluarga..
tapi konflik terbesar dlm novel ni ialah bila Hilman hilang ingatan.
problem tu ganggu gugat agama dia.

Dia jadi lupa diri yang dia seorang islam.
dan menjadi asal balik iaitu seorang bangsa cina yang tiada agama.
nama pon berubah. balik pada Damien Yong.

Konflik perasaan Intan yang sangat melampau sebab dia yg jadi punca.
Hilman hilang ingatan and lupa pegangan agama.
nak tak nak terpaksalah Intan dok usaha betulkan keadaan sampai Hilman jumpa balik jalan.

Banyak betul dugaan Hilman and Intan.
berpisah..putus..jumpa balik..putus balik..jumpa lagi..
jadi sesak nafas nak baca.

belum lagi permainan bahasa Melur yang sangat aku kagum.
perbualan hati ke hati.
rasa.
sms.
telefon.
semua betul2 macam depan mata.

Melur Jelita penulis yang sangat genius menyusun kata dan jalan cerita.
sarat dengan ilmu.
betul2 bawak aku ke dunia penceritaan yang penuh dengan isi dan ilmu yang padat.
jangan tak percaya..dalam novel ni ada jugak himpunan surah.
kisah nabi...hadith..sejarah....nasihat..renungan yang tak berbelah bahagi.
and seriously..aku sangat kagum dengan Melur Jelita.

Ending cerita yang sangat sweet.
membuatkan aku nanges tak hengat....huwaaaaa....

Itulah dia novel yg comfom jadi kesayangan aku.
lepas ni nak carik "I LOVE U STUPID"
pon Melur Jelita punya jugak.
tak sabar nak carik..beli..dan baca...errmmm...:)


















No comments:

Post a Comment