This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, June 13, 2013

Aku sedih. Perginya My FIL. Al Fatihah.

Alahai…banyaknya benda berlaku sejak akhir2 nie..
lepas satu..satu..
mana benda yang best.
mana benda yang menyakitkan hati.
yang syahdu.
Happy lagi menggumbirakan.
end up, dah macam rojak dah aku rasa.
but still..aku normal la..blom tahap blur lagi..huhuuu
Start dari bulan lepas aku dah standby banyak benda.
planning baik2 punyer semua benda yg aku nak buat.
especially bila dah nak start coti sekolah kan.
ya..macam biasa.
edisi jalan2 buang duit buang masa sempena budak coti.
Nak dijadikan cerita, planning nak bercoti tu dibuatnya awal bulan.
05.06.13 kononnya.
so, gigihlah aku buat schedule keje bagai.
bior semua tak tercicir.
lagi2 nak menempoh closing period kan.
haruslah semua cantek timingnya.
Dengan semangat berkobar2.
nak siapkan closing on time katernyer.
bekerjalah aku hari sabtu  01.06.13 tu.
sekali ngan ida ngan kak anne, opismate sejati aku.
buat kerja dengan perasaan teruja konon2 confirmlah kan boleh siap..hihihii..
Buat keje hari sabtu adalah heaven uolls.
tenang ngan penoh tawaduk jer.
tanpa gangguan telepon, skype, email bagai.
xder supplier call..customer call..manager carik..orang carik..
serious ketat2..sangat2 suci suasananya.....
By the time 05.30pm,
almost 80% kerja aku siap.
lagi 20% konon2 nak buat kat umah.
Yer..
aku gigih save semua report2 dalam backup disc aku.
balik malam ni comfom ketat2 aku nak siapkan.
Aku target by Monday petang2 aku dah anto semua report utk review…gitueww..
Kenapa tak buat ahad? Nak buat jugak malam sabtu tu?
Ahad adalah hari2 utk aku balik kg melawat orang tua.
senang cer..ahad adalah hari kelorga sedonia biasanya..hahahaa
Sunday - 02.06.13
So, ahad pagi tu..edisi kemas2 umah.
tengah hari keluar sebab nak pegi wedding anak uncle aku.
hari yang seronok jugak, sebab tak payah masak..hahahaha
theme wedding adalah hijau lumut.
takder sanding2..makan damai jer.
since anak lelaki kan. Simple jer la.
ada dua perantin..buat serentak, Syafiq and Syahir.
Dua beradik dah macam kembor dah aku tengok.
ala….gambo takder.
sebab aku sibok dok makan jer…kukikukiiiii.
pssttt…nasik dia sedap uolls.
catering import from batu pahat.
beras xtra super panjang. Peroi2 gitu.
Macam makan nasik arab…I suker ok….^__^
Lepas kenyang semua,
dalam pukul 4pm gitu terus gerak balik kg. belah Papa.
Nak balik Kempas mak takder, gie jimba KL.
So, kita baliklah Lukut yerr..
Oh my MIL tak sihat.
ala2 nak pitam jer.
kesian mak.
mesti penat sebab jaga abah ngan anak pompuan dia yg dalam pantang tu.
Masa sampai sana pon, mak baring jer.
baru lepas muntah katernya.
musti darah tinggi mak naik.
Korek2 rahsia.
rupanya mak tu risau sebab abah dah 2 hari tak nak makan.
baring..diam jer.
takmo minum..takmo cakap.
dengarnya abah merajuk.
merajuk pasal apa tak tahulah.
Ngam2 before maghrib aku gerak nak balik.
tetiba nampak mak mertua aku tu macam sedih jer.
mungkin pasal dia tak berapa sihat.
Tegur abah yang tengah baring.
nampak macam tak tidur.
tapi panggil tak menyahut.
Papa panggil2 pon abah tak menyahut.
Cuma nampak nafas turun naik jer.
Sian abah..mesti lapar sebab tak makan.
Then kitorang terus balik.
sepanjang dalam kereta masing2 senyap.
sebab mikir pasal abah tadi.
nampak abah dah uzur sangat.
hati jadi risau.
tapi aku tau hati Papa lebih risau, sebab tu abah dia kan..:(
Monday -  03.06.13
Hati berkobar2 nak gie keje.
sebab keje dah siap.
tinggal nak touch up sikit2 jer lagi.
Tetiba..jeng..jenggg…
Dapat call dari Vivien yang system dia ada problem.
the best part is..dia kata semua barang bulan May'13 punya.
OMG. Hati aku dah tak keruan.
dah berdebak debuk.
Jangan macam2 la wehhhh..
dan..seperti yang dijangka, memang otomatik air mata aku keluar.
nangis bersungguh2 aku.
ya..system confirm problem.
dah segala bapak2 report yang aku buat since hari sabtu hari tu,
semua kena hukum buang.
buat semula ok.
melalak2 aku sampai keluar air mata darah.
sentap..kecewa..sebak..syahdu…all in one..
hati aku kata manjang tak sempat nak re-do semua report.
banyak ok report aku.
aku concentrate buat 2 hari baru boleh siap tanpa buat benda lain.
otak jadi bengong kejap.
sempat ke ni?..sempat ke nak siap?
dahlah aku nak holiday lama ni..
tuhan jer lah yang tahu.
berkecai2 hati aku nie.
Ngam2 pukul 12.00pm orang IT kata system dah ok.
Dengan mata bengkak2 aku gagahkan jugak nak siapkan.
Dalam hati, takper..dugaan.
mungkin ada hikmah.
tarik nafas dalam2, baca bismillah, tenangkan hati.
mari kita buat semula..:(
By the time 1.30pm..siap satu report. Alhamdulillah.
tengah sibuk2 nak layan report kedua, tetiba…
dapat call dari Papa.
dan tetiba jugak hati berdebar. Dah rasa tak sedap.
Papa : Salam.
Aku   : Yer Pa.
Papa : Mama..siap2..nanti Papa amek.
Aku   : Erkk???
Papa : Abah dah meninggal.
Aku   : Innalillah…:(
Tangan aku terus menggigil.
tekan2 keyboard pon asik salah jer.
nak save report dalam backup disc asik salah tekan file.
ohh..tak boleh jadi.
tetiba jadik bengong and blur.
Kesannya, sentap aku jadi melampau2.
satu pasal berita sedih abah dah takder.
second pasal keje closing aku yg tak setel lagi.
rasa macam jatoh tergolek2 atas batu kerikil .
pastu kepala terhantok pulak teros jadi sewel.
Dalam otak dok ligat berpikir,
aku save sebanyak benda yang boleh dalam disc.
niat di hati..takper..sedih mcm mana pon, 
aku akan cuba siapkan semua keje nie.
biarlah org nak cakap apa.
yg penting aku jalankan dulu tanggungjawab aku sebagai anak menantu.
lepas dah clear aku akan setelkan semua hal keje.
tak tido malam pon takper.
tulah niat aku..sob..
Papa sampai ofis aku dalam 2.30pm gitu.
balik umah terus, capai mana2 baju yang sempat dicapai.
then terus gerak balik kampung.
Nasib baik dekat, 1 jam jer perjalanan…huhuuu..
Dalam kete, semua senyap.
masing2 teringat kenangan ngan arwah abah.
tapi aku tak terkilan sangat.
sebab semalamnya hari ahad aku sempat jumpa dia.
even masa tu aku confirm dia dah tak perasankan aku..T__T
Sampai umah kampung, orang dah ramai.
group orang lelaki tengah baca yassin ngan tahlil.
nampak jenazah abah kat tengah rumah.
macam tak percaya jer abah dah takder…:(
Aku dok diam2 dalam bilik.
nak jumpa mak tak boleh, sebab orang terlalu ramai.
takkanlah aku nak buat lintas langsung catwalk depan2 org ramai tuh?
taklah kannn..
so, dok diam2 jer.
Bila bacaan yassin dah habis,
semua orang beransur2 balik.
mak kata nak kebumi abah besok pagi.
since kak long dari melaka pon tak sampai lagi.
I is ok.
dah dia yang cakap macam tu kan.
kalau ikut aku, better setelkan arwah cepat2.
kesian kalau biar lama2.
takder benda nak buat, terus capai yassin.
dok sebelah arwah ngam2 kat bahagian telinga.
aku nak bacakan yassin..biar abah dengar...T__T
aku tengok makin lama org makin takder.
Papa ngan adik2 lelaki lain sibuk kulur kilir uruskan hal jenazah.
mana nak check liang lahad..kapan..tempat mandi..van jenazah.

Kesian tengok jenazah takder teman.
aku capai quran..terus mengaji.
dalam hati aku tak nak berenti selagi takder orang gantikan aku.
kesian abah..:(
temankan arwah abah sampai kaki aku semut2. kebas.
dah nak dekat maghrib, kak long sampai.
kak long uzur tak boleh  mengaji.
abang long ganti aku mengaji.
so, bolehlah aku tegangkan pinggang kejap.
Tetiba papa ajak pi makan.
lapor katernyer.
aku pon lapor sebenornyer.
kitorang tak makan lagi sebenornya dr tengah hari..huhuu..
So, geraklah kitorang ke bandar konon2 nak carik makanan.
tetiba cakap ngan papa.
Aku   : Pa..laptop tinggal. Macam mana nak buat keje.
Papa : Balik umahlah kejap. Mandi makan kat umah jer.
Aku   : Ok..
Tak jadi pegi ke bandar,
kitorang terus gerak balik umah.
macam kelakar pulak. Pegi balik macam dekat sangat lol.
tapi bila kepala dah bengong apa2 pon boleh jadi.
Pi makan dulu kat Caffe Rosni.
Makan pon ala kadar jer.
Pastu terus balik, mandi2 siap2 apa yang patut.
masa tengah sibuk mengemas baju,
Papa kata dia nak tido kejap.
penat sangat katernyer.
aku ngan aleeya pulak boleh ngadap masterchef.
tengok pon macam takder perasaan..huhuuuhu..
Ngam2 pukul 10pm, 
Kejut Papa then terus siap2 barang masuk kete.
gerak terus umah pi kampung.
lagi satu jam dalam kete..huhuu…
aku pulak tido..zzzz..
Jejak sana dah pukul 11.00pm.
Papa kata nak sambung tido.
dia kata badan penat. Mata terlalu ngantok.
Ok fine. Then tetiba aku toleh jer,
Papa turunkan seat then terus sambung tido.
hamboi..betol2 ngantuk nie sampai tak nyempat masuk dlm umah.
Ramai orang dalam umah.
sepupu2 Papa ramai datang melawat.
Ingatkan nak layan buat keje opis kejap.
tapi ramai pulak orang.
so decide ngaji dululah.
nanti org dah clear baru buat keje.
Port tepi arwah abah.
sedekah bacaan quran.
tak tahulah berapa banyak aku dah baca.
sebab aku rasa tenang plus rasa sebak2 dada nie.
Tak terasa pon yg aku dah berejam duduk kat situ.
Tuesday -  03.06.13
Bila semua dah beransur balik,
tengok jam dah pukul 1am.
mata dah kelat.
mak datang teman aku baca yassin.
aku cakap ngan mak aku nak berenti ngaji.
mak ok.
aku carik laptop, then terus sambung buat keje.
sambil dengar mak mengaji.
rasa sayu…hiba jer..
Tak surelah pukul berapa aku berenti buat keje.
ingatkan nak sambung ngaji.
tapi serious aku tak larat.
masa tu aku syak dah dekat pukul 3.30am.
mak tekun lagi mengaji.
aku tengok yang lain2 semua dah tido.
mungkin kepenatan uruskan banyak benda siang tadi.
Apa yang aku tau, aku memang tak larat dah.
capai bantal terus terlelap.
dalam hati sempat berkata2…
"abah..sorry…kak ngah tak larat nak mengaji…" T__T
Pagi tu, pukul 5.30am, rata2 semua dah bangun.
mandi terus siap2 nak solat subuh.
sambung balik mengaji sebelah arwah abah.
Dekat2 pukul 08.00am makin ramai orang datang.
pagi2 tu ada bacaan yassin ngan tahlil orang pompuan pulak.
lepas siap yassin semua, 
baru semua anak2 lelaki angkat jenazah untuk mandi and kapan. 
Dalam pukul 11.00am macam tu,
selesai semua pengurusan jenazah abah.
sayunyer rasa hati..
tinggal abah sorang2 kat dalam tu…T__T
Terputus sudah semua hubungan anak adam setelah berlaku kematian melainkan,
* Doa anak yang soleh
* Sedekah dan amal jariah
* Ilmu yang diamalkan









Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah segala dosa2 abahku Ya Allah.
Kau peliharalah dia.
Luaskan kuburkan.
terangilah kuburnya.
Ringankan siksa kuburnya.
Sayangilah dia Ya Allah sebagaimana dia menyanyangi anak2nya.
Aminn Ya Rabb..…T__T




2 comments: