This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, June 25, 2013

Langkawi Lagi Day 2 ~ Chill

Bertanggoh2 entry aku ni yerk.
sori ler, banyak pulak keje lately nie.
dengan musim jerebu lagi.
dengan hati jantong aku pon berjerebu bagai.
yerlah..asal gi keje jer hati tak senang.
ingat anak kat sekolah.
tau jerlah PG ni industrial area.
kalau kena jerebu, memanglah worst sesangat kaedahnya.
nak tunggu memasing declare coti utk bebudak sekolah,
idok ler kannn..
nak tunggu hospital tu dah full house xder katil kosong yang tinggal,
baru nak declare darurat kot.
as at aku type entry ni pon, IPU kat PG dah 300++ dah.
memang giler kentang.

Ok. jom sambung entry Langkawi tu.
tersengguk2 entry ni nak melintas tabik hormat kat entry lain.
bersusun semua dalam draft..hahahaaa


Biasalah..kalau dah itenery kat Langkawi tu semua buat sendiri,
jawabnya sesuka hatilah nak buat apa kan?
agaknya pasal kepenatan sangat semalam,
pagi tu, memasing kemain bangun lambat.
lambat2 pon, orang pertama yang bagun still jugak muker aku nieh.
bangun terus mandi.
Tengok jam dah pukul 9.00am.
hamboii..
seronok tol memasing yer tak bangun2.
Kejot Papa..kejot Aleeya.
kemain liat nak bangun…haihhh..
Since semua dah bangun lambat,
Papa cakap no breakfast eh pagi nie.
teros lunch jek.
Lepas lunch nanti baru gie cable car.
since memasing patern tak kisah.
senanglah keje Papa ngan aku..hehehe
Tajam2 pukul 11am teros gerak keluar.
tuju tempat biasa yang kitorang makan kat bawah pokok besor tu.
makan situ adalah heaven.
ada macam2 ikan bakar..ayam bakar bagai.
ada macam2 lauk kampung.
macam2 kerabu.
aisehh..bila citer ni pon rasa nak ngences tau…citt..


My precious!!









Dah siap makan teros jalan tuju cable car.
cuaca adalah sangat cantik.
I suker sangat ok.
Sampai kat cable car terus beli ticket.
orang tak berapa ramai masa beratur tu beli ticket tu.
just nice jer.
tapi ngeri jugak masa nak berator panjang kat atas tu.
yerla..bawak baby 2 orang ni kan.
berator panjang2 nanti janganlah dia buat perangai sudah.
taulah budak kan.
mana tau..sana dahlah panas.
beratur panjang lagi.
estimate nak beratur pon 1 jam ok.


Awesome...tak ramai orang pon..mungkin dah hujung2 coti sekolah.



Nasib baiklah Firas ngan Amni baik jer.
lagipon berator tak sampai 1 jam pon.
dalam 1/2 jam jer.
dah nak dekat naik cable car tu rasa macam excited.
lama dowh tak naik.
first time datang langkawi aku naik.
2nd time datang aku tak naik, 
sbb that time ticket naik harga, mahal babas.
ini kali aku naik ler, ticket dah murah balik..hahahah
dasar kedekut.
















Memandangkan cuaca panas.
pemandangan cantik la kat atas.
is better cuaca panas.
dari hujan kan…aptb.
ok..semalam aku ada cakap aktiviti berkaitan cuaca kan.
meh aku citer sikit.
since dgn pengalaman2 aku yg tak seberapa kat pulau lagenda ni,
berbesar hatilah nak bagi sikit tips.
Ok. Aku list dulu aktiviti yang berkaitan ngan cuaca.
1. Cable Car
2. Snorkelling Pulau Payar.
3. Island Hoping - Dayang Bunting & Pulau Beras Basah
4. Mangrove.
Untuk semua aktiviti kat atas tu, 
better korang buat awal2 la, seawal ko jejak kaki kat langkawi ni.
cable car especially.
kalau nasib tak baik time cuaca tak best, memang cable car tak naik.
macam angin kuat, hujan, ada petir2..
memang nasib tak baik la tu.
so, kalau cuaca baik, benda yg bagus buat dulu is cable car.
throwback.
1st trip dulu kitorang nyaris2 tak dapat naik cable car sebab angin kuat.
2 hari mencuba tak berjaya.
nasib baik dok langkawi masa tu 5 hari.
ada masa lagi nak mencuba.
masuk 3rd time nak cuba, mintak tolong hotel call cable car.
confomkan cable car gerak tak?
kalau gerak, baru kitorang ke sana.
kalau tak membazir jer.
dahlah cable car tu jauh ok dr Pekan Kuah.
Approx 30-45 minit gitu nak kesana.
dahlah kat area hutan2 ngan gunung ganang.
penat kot nak ulang alik bawak kete.
Untuk yg dok lama kat langkawi ni oklah.
boleh jugak cuba beberapa kali.
kalau yg lepak sini setakat 3 hari 2 mlm tu?
Ada tau rombongan cik kiah yang berbas2,
terpaksa patah balik sebab cable car tak naik.
tak haru ke?
kesian tau..jadinya kenalah cancel and buat aktiviti lain.


















 My precious..




 my princess niece..Amni..


Firas...cute lolz..


Ok. Sambung balik citer aku.
biasalah kan, bila dah naik cable car tu teruja dia lain macam.
lagilah kalau dah dok dalam tu.
tetiba senyap sunyi jer.
almaklom ko dah dok melintas terapong tengah hutan kannn.
tapi serious best..even ada takot sikit2.
hello..i tak gayat ok!!
Turun dari cable car tu tetiba ternampak 6D theater nie.
macam best jek.
then teros pi kaunter tanya.
adik kaunter tu kata kena tunggu lagi 45 minit kalau nak masok dlm tu.
10 minit saja ok.
giler sekejap.
ok, takper. Beli ticket dulu.
ticket tu punyer show pukul 3.50pm.
sementara nak tunggu, jom kita minum2 basahkan tekak.











Vavavaaa..serious best.
patot pon 10 minit jer.
kecot perot dalam tu…hahahaa
Apa ada dalam tu?
6D theater naik roller coaster uolls.
bukan roller coaster mcm kat genting or USS tu okeh.
ni roller coaster kat celah2 gunung.
mahu tak seriau. Menjerit menggiler.
tapi benda tu dalam hall jer ponn..:p
rasa tertipu. Tapi iolls okeh jer.
yang penting enjoy ngan happy.
cakap ngan Papa.."still tak boleh lawan Transformers kat USS.."
bodo jer kuor statement macam tu.
Pang kangggg!!!
Dah puas hati seme, jom balik.
On the way nak ke parking lot tu, kena tegur ngan sorang minah ni.
di tengah jual pakej tour aktiviti.
mula2 macam malas nak layan.
tapi tetiba mulot ramah ni tetiba tertanya pulak haihhhh..
Aku : Dik!! Payar pakej berapa?
Minah : Ooo..dewasa RM85, budak RM70.
Aku : Seriousss???
Minah : Yer la kak. Kenapa?
Aku : takder apa..akak tanya dulu ni tau!
Minah : Ok jer. Ehh..tapi pegilah kak Payar tu. Best kak!
Aku : Aaa..tau best..akak dah pernah pegi. Tu yang tanya harga tu.
Aku terus bisik2 ngan Papa.
Budak tu pon macam pelik jer tengok aku.
Aku : Papa!! Murahlah Paaa..
Papa : biasa berapa?
Aku : Dulu kita pergi RM130/pax ngan SAGA. Ingat tak?
Papa : Kann..yang mama survey tu?
Aku : Mama survey paling murah pon RM100 Paa..
Papa : Ye ker?
Aku : Iyer..budak ni punya murah giler. Mama ingat yg RM100 tu dah murah sangat.
Papa : Boleh percaya ke?
Aku : Mana mama tau. Nak cuba tak?
Papa : Entah ek.
Biasalah kan, kalau dah murah2 tu takut jer kalau ada yang tak betol.
nak murah sangat, sekali jer kena tipu…hahahhaaa
padan muka kan?
Minah : Boleh ke kak? Ameklah pakej ni. Murah kitorang bagi.
Aku : Bak sini korang punyer pamplet.
Aku kelebet2 pamplet.
tengok alamat. Nama company bagai.
seram jugak..kukikukiiii
Aku : Bayor penoh ke haper dik?
Minah : Tak kak! Bayar deposit jer. Balance bayor kat jetty.
Aku : I see…jap akak discuss dulu ehhh..
Discuss2 ngan Papa.
then seme setuju nak amek pakej tu.
Jangan kata kitorang amek pakej Payar snorkelling tu.
Pakej mangrove pon kitorang amek.
semua bayor deposit jer.
doa banyak2 moga ok jer semua yer.
Bayor deposit dengan senang hati.
Dapat pakej murah.
Payar Island snorkelling - Adult RM85 and child RM70
Mangrove 2 hours - private boat RM220
ok sangat rasanya tuu…ngehhh..:)
Then terus gerak laju2.
nanti kang mcm2 pulak aku pi book.
carik kete teros kat parking lot.
Jom Papa.
Kita pi makan laksa power.
tak jaoh mana ponnn.
tepi laut airport tu jer.












Sampai sana, oh yes..orang tak ramai lagi. Nice.
terus order nak makan apa.
self service.
Order char kuey tiaw, laksa, rojak pesembor, rojak buah bagai.
melantak tak hengat.
and seriouss..sangat2 sedap.
Sian Dila tak boleh join.
anak2 tido dalam kete.
jadi sominya saja yang makan.
tulah untungnya jadi somi.
selalu lepas jer nak buat apa2.
bini dok dalam kete diam2 jaga anak tido..aptb.
jadinya, iollss tapau jer char kuey tiaw untuk Dila.
Nasib ko lah Laaa….kuikuikuiii



Serious best makan kat sini. Berangin2...feeling sangat..hahahaa







Ok. Sila potong cantek2 saya punyer ya!



Rojak Pesembor Mahsuri namernyer.


Rojak buah. Sedapp ok!




Laksa power yang serios ketat2 feveret aku.


Char Kuay Tiaw Aleeya...(First season)



Aku is senyum.
sebab anak aku dah besau.
sangat bebas melampau nak buat apa pon.
bila dah besau, semua boleh buat sendiri.
me loike sangat2.
nak makan apa pon takder orang kacau.
ketawa banyak2 tanda hati girang.…muuuhahahahaaaa


Ok. Melaram sesangatlah kan ngan kete sewa Cikgu Cipon. Feeling racer katernya.




Lepas makan konon2 nak singgah Underwaterworld.
Tapi baby tido pulak.
sian pulak nak kejot. 
Pantang betol aku nak kejut budak2 yg tengah tido haihhh…
So, kita move jer laa..
Pi Dataran Helang.
Nak lepak2 sana kononnya.
Anak2 comey pon seme dah bangon.
Ayooo…sangat bagos. Sleeping beauty yer kalian2 seme.
muker seme ada fresh. Sangat happy kan dpt tidoo??
Ok. Mari menapak ker burung gergasi.
Dekat2 pukul 6pm.
memasing dah ajak balik.
boring katernyer lama2 kat situ.
orang pon ramai sangat..nyampah pulak.
bila dah ramai2..macam dia saja yg nak amek gambo kat situ.
orang lain tak payah amek pulak la kann?? Aptb.




Takder feel sangat ngan burung gergasi nieh. Dah biasa kot.
Tapi masa first time datang dulu macam menjakun la...hahaha









Then decide gi mall jap carik groceries.
nak beli air mineral..maggi..jajan..sabun basuh..cleaser…bla..bla..
biasalah dah dok homestay kan.
macam2 la nak dibelinya macam kat rumah sendiri kononnya.
Dah siap2 shopping teros balik umah.
penat sudah.
Tiba malam, memasing macam dah malas nak kuor umah.
perot lapor.
tapi seme malas. Hampehlah kan.
Jadinya, aku jerlah kuor ngan Papa ngan Yaya.
Pozie Dilla..aku tapaukan jer la.
Cakap ngan Papa aku nak makan kat tempat biasa kat depan Baron tu.
Nak makan sotong kangkung ngan nasi ayam goreng.



 Gerai2 nie depan Baron Hotel tepi sungai tu. Memang ngam2 kat Pekan Kuah.


 Char Kuay Tiau leeya lagi (second season..hahaha)


 Sotong kangkung.


Nasi goreng ayam sambal.



Dah siap makan teros balik, tak singgah mana2 pon.
nak discuss pasal aktiviti besok pulak.
tak sabor ok.
besok is Pulau Payar time!!

OMG..sana sangat interesting ok.
bertabahlah untuk next entry.
mungkin tak banyak cerita.
tapi korang akan muntah darah dengan lambakan gambor…hahahahaaaa
sabor2..
tunggu next entry…peacee..:)





No comments:

Post a Comment