This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, June 21, 2013

Langkawi Lagi!! ~ Azara's Condostay




Trip Langkawi ni lama dah buat.
awal tahun aku dah pi book AA.
Bila AA buat promo, aku akan menggiler check sana sini.
lepas tu roger2 saper yang nak berjimba…hahahaa
Since ternampak Langkawi tu promo murah.
teruslah roger Pozie adik Papa.
dia tak pernah pegi sana.
so dia punyer happy semacam lak.
sedangkan masa nak pegi sana, lama lagi tu..haihhh..
return ticket RM43.
walaupon tak semurah RM2 yang aku dapat dulu.
tapi oklah tu. Dapat lak ko naik kapal terbang harga mcam tu?
naik bas lagi mahal ok.
so, travel kali ni sure meriah sikit la.
biasa pegi 3 beranak jer.
ni pegi 2 family.
sure best..:)


 tix yang kitorang dapat.


Since, Pozie Dila nie tak pernah pegi Langkawi tu.
jadinya, dia punyer excited of coz terlebih melampau.
aku lak..biasa2 jer la.
since nie kali ke-3 aku nak jejak bumi mahsuri tu.
so takder masalah sangatlah.
atau dengan kata takbur atau riaknya,
jalan area2 sana pon aku ingat lagi.
ada perasaan berlagak di situ. Awesome.
Bila check2 balik,
rupanya selang 2 tahun aku jejak Langkawi rupanyer.
kebetulan ke haper aku pon tak tahu.
so, aku assume lagi 2 tahun aku pegi lagi kot.
iaitu tahun 2015..gitueww..muuhahahaaa
mamposlah kann…panggg sekali!
Holiday di penghujung coti sekolah ni macam pelik sikit.
aku lak patern kalau bercoti memang makan seminggu punya.
setakat 2/3 hari memang taklah kan.
tu kalau nak gi KL or melaka semata boleh laaa.
Flight aku malam, 9pm.
Nak dijadikan cerita, cuaca memang tak berapa baik.
almost flight malam tu semua delay.
Pegi KK..Kuching..Penang..Spore..delay belaka.
termasoklah pi Langkawi.
Dari 9pm..jadi 10pm..
apa pon tak bley.



budak dua orang nilah yang paling happy sekali.


Kenanya si Pozie Dila ada anak kecik,
Amni-2 tahun & Firas-1 tahun.
perghhh..memang menduga keimanan.
kesian lak aku nengok mak bapak orang tu…hihiii
si kecik dok merengek nak tido.
si besor macam tak cukup kaki,
kejenya asik nak merayap ke sana sini.
serious. Sangat takot nak jaga umor budak macam nie.
dia adalah super advance dan sangat cepat.
sekelip mata jer dia boleh hilang.
dan akan buat semua orang boleh pucat lesi macam mayat nak carik dia..huhuuu..
kena lak aku anak dah besor panjang.
senang jiwa raga jer.
si Aleeya manjang baca komik ngan dengor lagu korea dia.
aku lak layan novel sambil2 berborak ngan couple pakistan.
giler kayalah couple pakistan tu.
muda lagi kott.
sibuk round the world uollss.
honeymung katernyer.
tengok patern bukan calang2 orang.
beborak dengan dorang aku lak jadik excited.
dia tanya macam2 pasal mesia.
iolss sangat bangga nak bercerita.
dah macam kaunter pelancongan. Sangatlah berinformasi.
muka member penoh taksub.
mungkin nak cakap, sangat friendly kakak ini.
dahlah friendly..bijak pulak berkata2.
ok, sila muntah monggek dengar ayat itu.
oh yess..that is so me..indeed…muuuhahahahaa
hermm…suka betul i...…^___^
Bila flight malam, of cozlah sampai Langkawi pon malam kan.
even 1 jam jer pon perjalanannya.
touch down airport pon macam lengang jer.
kedai pon seme dah tutup.
nasib baik semua aku dah buat awal2.
homestay kereta bagai dah book.
so tunggu jer la kat airport tu.
Kat sana we'olls amek condo homestay and 2 kereta.
Condo homestay 3 bilik dapat RM200/night
kereta pulak GEN2 ngan Wira.
Dua2 auto, setiap satu RM450 utk 6 hari tu.
so satu hari consider RM75.
murah kan??
coti sekolah punyer rate ok..
jangan main2..kaw2 punyer bargain tu..ngehhhhh..
Bila dah sampai condo,
benda pertama aku buat melilau satu umah dulu.
amek gambo dulu apa yg patot.
Ermm...ok. not bad.
since aku dah terbiasa ngan donia homestay nie.
kalau gie melaka berjemaah memang aku book homestay.
so, this time round pegi 2 family kononnya,
haros dok homestay jugak kan?
the best is i dok version condo yg ada swimming pool.
that is truly awesome.



Masterbedroom fully aircond.
 Nie bilik iolss. Sebab i ketua penyamun dalam ini rombongan, memang patot pon i cop bilik nie..muuahahahaha



Second bedroom fully aircond. Pozie and family lepak sini. Ada 2 baby haros katil besor...(alasan jerr..puiiiii!!!! :P)



Third bedroom with fan. Aleeya patotnya tido sini, tapi dia nak aircond sebab kat umah dah terbiasa beraircond bagai kalau nak tido.
Tak pasal2 Papa kena angkot tilam yg berat tu masok bilik depan.
Betol2 kacau daun mama ngan papa..apa pon tak bleyyy..:P



Ehhh..lampu tido ni dah jadi arwah.
Bukan salah we'ollss eh Cikgu Cipon. Lamu ni dah tersungkur dulu sebelum we'ollss kejekan..hahahaaaaaa


Living room. Sila abaikan langsir yang macam mini skirt tu..tak seksi pon kannn???....kuikuikuiiii



Kitchen with full utensils. Ada rice cooker, electric kettle, pinggang mangkuk, periok belanga, pisau gunting bagai. Blender pon ada hokeyyy..
Fridge pon ader..washing machine pon ader..apa lagi??? apa lagi????...lupa sudahhh..:D  



swimming pool super besor...suker tak??

 
dah tawaf doploh kali and puas hati, barulah gie mandi,
tengok2 tv then teruslah terbongkang.
malam pon takder aktiviti sangat.
dah pukul 12 kot..apa lagi yg boleh dibuat?
Before tido, bincang2 dulu besok nak buat apa.
ok..macam biasa, 
dengan otak bergeliga aku nie,
aku suggest kita buat dulu aktiviti yg berkaitan dgn cuaca.
so, aku suggest kita pegi cable car besok.
bila semua setuju mohlah kita tido.
dah macam mengigau lak aku rasa…muuahhahaa
Kenapa aktiviti cable car tu berkaitan dengan cuaca?
haa..next entry aku citer eh…saborr.. :)



p/s : Ok, untuk saper2 nak lepak kat homestay nie,
        boleh contact/whatsapp this number +6013 262 0987
        Nama owner ni Encik Shaiful or nama saintifik dia Encik Cipon.
        Nak ala2 anak murid..boleh panggil Cikgu Cipon...tu diaaaa!!!!








No comments:

Post a Comment