This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Saturday, July 27, 2013

Hari nie. Sabtu 2707.

Fuhh..lama giler tak hapdet pasal aktiviti romahtangga.
Since hari ni sabtu hari bercoti kerja.
Niat di hati konon2 nak jadi sorirumah terpimpin barang sehari dua.
moga2 niat suci murni tu accomplished la kan..ngeeee..

Lepas sahur.
macam biasa..mata nie memang tak pandai nak tido.
bukak terbontang tadah cahaya lampu yang bersinar2 dalam ghumah nie.
papa ngan Aleeya dah selamat belayar.
kena pulak Papa kena keje last minit.
so comfomlah aku kena berjaga.
kalau tak saper pulak nak kejut Tan Sri tu dari beradu?
tak bangun pi keje nanti kang.

Dah jadi cenggitu doklah mengadap lappy buruk aku nieh.
dok terejah blog2 orang.
kena blog aku hampeh takder entry.
apa pon tak bley.
masalahnya soon belum sampai la.
nanti soon dah sampai.
satu hari 5 entry pon haku boleh buat hokeyyy..

Otak nie dok ligat mikir kerja umah apa yg best nak buat.
menyapu kah? menvacuum kah? mengemop kah?
Tapi bila bontot dah dok melaboh kat dpn lappy nie,
satu haram pon tak jadi.

Lepas Papa gie keje..sambong balik melaboh bontot.
sampai kol 9am tetiba mata mengantuk.
ok. nice.
Petanda bagus tu soh aku membute dan melupakan semua hal romahtangga.
me looike...hahahaaa..

Heaven ok bila dah jumpa bantal.
jengah kat tingkap luar..mak aii..gelap nak hujan.
perghhh..lagi super heaven.
owhh..mata...this is truly amazing.
tidolah dikau...zzzzzzz

12.30pm mcm tu terjaga.
kepala dah pening2 lalat.
tak reti betol tido siang hari buta jejak tengah hari.
bila dah pening, haroslah sambung tido kann...hahahaaa

Aku tak perasan pukul berapa aku bangun.
yang aku tahu masa tu aku siap mandi and terus turun jengok anak dara aku tu.
ok..lemak eh..
mama tido kat atas,
dia berjimba ngan you tube kat bawah.
entah dah basuh kasut ngan buat homework ke belum tuh.

Jengah fridge keluarkan ikan.
iolls nak masak laksa hari ni.
lama dah tak makan laksa.
bila masak sendiri boleh makan banyak2..huyeeehhh!!!

Ok. Since dah masak awal,
siap pon awal la kan.
serious suker.
by the time kol 4pm semua siap.
jomlah kita sambong tido...muhahahaha..

Pesan ngan Aleeya kejut mama kol 6pm.
and she is noted.

Terlebih sikit 6pm aku terjaga.
Weng kejap kepala. Adoiii.
terus masok dapor masak air.
A few minutes lepas tu Papa balik.
terus siapkan meje.
and kepala rasa weng lagi..huhuuu

Niat di hati macam nak lelap mata lagi since nak tunggu waktu berbuka.
tapi aku takot aku terpengsan teros tak bangon2..hahahaa
so tabahkan hati tunggu sampai waktu berbuka.

Habis sudah Sabtu aku.
End up takder satu benda keje pon aku buat.
sila lempang laju2 diri sendiri doploh kali.
sangat bagos. sangat2.

Takper..besok ada hari lagi.
Ahad yang terchenta.
Since Papa pon kena keje. Menyahut seruan negara.

Jom schedule apa nak buat esok..ngehhhhh...:p


Iolls memang suker giler2 laksa asam nie...^__^

















Monday, July 22, 2013

Review Abang Pedas & Irish - My Precious Irish ~ Melur jelita

Sambung..sambung....hihihiiiii..

My Precious Irish ni sambungan I love u Stupid.
Serious best melampau.
naik bulu roma..huhuuuu..

Kali nie kisah perhubungan halal Abang Pedas ngan Irish.
agaknya memang jodoh kuat kan.
kawen jugak diorang nie even sebelum nie berantakan bergadoh setengah nyawa.

Part paling best bila baca syarat2 jutawan a.k.a bapak si Irish untuk Abang Pedas.
lawak nak mampos . Boleh kena simpul biawak bila ketawa.
tu syarat2 utk abang pedas kalau nak bercinta ngan Irish.
macam biasa, Abang Pedas semua ok jewww..hahahahaa

Sampai masa diorang dikahwenkan.
Suka betol aku bila diorang dah selamat kawen.
mulalah babak2 penuh drama and saspen.
paling best yang romantik2 laa.
tapi awas pada saper yang baca bulan2 posa nie.
menggugat iman okeh..hahahaa

Stone kejap la bila baca setiap kali Abang Pedas melayan Irish.
romantik..lemah lembut..full of loving..naik bulu roma wehh..
giler kentang Abang Pedas ni buat aku meracau2 masa tido.
Laki aku naik pening tengok bini dia gila bayang ngan orang yang tak wujud..huhuuu

First time aku baca novel yang jalan cerita dia ada macam2.
babak lepas kawen berlaku banyak konflik.
semua konflik Irish.
nanti macam biasa Abang Pedas yang selamatkan dia.
Macam mana Irish kena buatan orang.
pembawakan masa pregnant.
kena kejar ngan orang yang saiko sukakan dia.
uuiiiii..banyaklah yang saspen2 belaka.
boleh putus nyawa jadinya bila membacanya.

Eh..korang..
is better korang baca.
serious best sangat.

Aku paling suka ayat ni,

"Sayang Abang?..." ~ Firman
"Sayang...sayang abang pedas-pedas.."  ~ Irish


Huwaaaa.......giler2 jatoh chentaaaa aku wehhhhhhh!!!!!!




















Friday, July 19, 2013

Review Abang Pedas - I love You Stupid...Melur Jelita

How to say?
aku dah habis baca novel ni since last week.
1300++ pages. sungguh giler kentang.
aku gigih habiskan baca dalam seminggu.
baca kat ofis time free, and kat umah time malam before tido.
tak sabor nak abiskan baca,
sebab jalan cerita yang sangat2 awesome.
sangat2 meleleh otak.
sangat2 meleleh perasaan.
sangat2 meleleh akal.
semua sangat2 laaa...

Patot pon Cik Mat Gebu teruja baca buku nie.
sebab nama dia ada uolls dalam tu.
i pulak yang teruja..sebab Mat Gebu tu feveret i jugak..ngeeee..

Jom citer sikit pasal novel ni.

Lepas citer Awak Suka Saya Tak?,
again, Melur Jelita buat aku huru hara.
sampai termimpi2 abang pedas yang sangat 'parfait' tu..

Citer dia kisah anak jutawan and kawan2 dia yang super divas.
terjumpa pulak ngan sorang mamat yang penuis bayangkan sebagai :
1- Hensem
2- Segak
3- Tegap dan sasa
4- Sangat stylo
5- Ego dan disiplin
Hanya seorang Polis traffic yang sangat bergaya dengan motor besornya.
cehh...skang pon aku dah imagine nak rak..

Inspektor Ebrahim. Mr Parfait to Iris Nur anak jutawan tu.
Dua2 makhluk nie degil.
kuat fight each other.
berlagak..suka nak menang. Takmo kalah.
tapi memang kelakar giler..hahahah.
Tapi malangnya incident gaduh2 goda tu tak lama.
terpisah jua kerana tuntutan kehidupan.

Selang beberapa tahun tu,
Iris buat satu misi kemanusian ke Kemboja.
wakilkan bapak dia dan orang2 kaya lain.

Bermulalah episod pengembaraan kat kemboja yang rata2 semuanya unpredictable.
Paling tak boleh blah, since Iris ni anak jutawan,
so dia kenalah dijaga bodyguard yang super hebat dari kemboja jugak.
guess what??
saper bodyguard tu?
dialah..Firman..
mamat kacukan banyak negara tapi berjatidiri Kemboja atau Melayu Champ.

And Fiman tu jugak adalah inspektor polis traffic tu yg Iris pernah jumpa dulu.
kebetulan kan??
nama penuh dia - Firman Ebrahim..atau nama glamer dia Abang Pedas.
kenapa Abang Pedas?
sebabnya, bila dia dah bercakap..berdas2 ayat keluar.
serba serbi pedas..meletop2..berbisa2..
dan apa yang dia cakap tu semuanya betol.
dan Iris akan terpana sekejap..termasoklah aku yang membaca nieh..huhuuuu
Oh Abang Pedassss....

Banyaklah incident yang seram sejuk..thriller..
kelakar seram..romantik..hishhh..macam2 la..

kalau romantik..sampai naik bulu roma membacanya.
kalau kelakar seram..sampai ketawa tak hengat donia.
sorilah pada saper2 yang dengor aku ketawa mcm langsuir tu.
serious..memang tak  boleh control..hahahaha

Time nak mengambil hati, kemain romantik bersuap2 makan bagai.
time bergadoh sampai berbunuh2an.
tapi tak mati2 jugak. giler ah..

Banyak giler adengan pengembaraan diorang tu.
semua untuk bantuan kemanosian.
serious best nak mampos ketat2.

Pada aku cukup rencah dalam nie.
korang bukan jer boleh diawangan2,
korang jugak boleh kecot perot bila baca.
belum lagi belajar unsur sejarah kemboja dalam tu.
superb!! amazing!! awesome!!

Korang boleh try baca..serious tak rugi.
Melur Jelita is gifted from Allah.
She is brilliant and super genius as well.

Berapa bintang nak bagi?
I bagi banyak2 bintang atas langit......

Owhh.. Abang Pedas!!!
Madly in love with you....muahhh..muahhh..muahhh..


Insta Pic - My breakfast pagi2...kenyang ok...^__^




P/s : Dia ada sambungan tau.
       Irish My Precious, nanti aku wat review eh..:)











Ooopss..not bad..




Terbukak statistik.
Saja gatal2 tangan, lama tak skodeng dalam nie.
sekali jer..ehh..Krabi punyer entry paling top laa..
Hmm..ok..
semoga boleh dijadikan guide la kan.

Previously entry Bandung paling ngetop.
Nie dah bertukar sudahh.
orang dah boring kot pegi Bandung.
Banyak habis duit pi shopping..hahahaha

Sekali sekala moh ler ke Krabi coci2 mata..
heaven uollss..weeeeeeeeee   ^__^



Wednesday, July 17, 2013

Berjerebu Di Melaka

Oh my...lama sudah entry nie dok dalam draft.
berkuap2 tunggu giliran nak keluar.
paling tak boleh blah dia dok lama since musim jerebu minggu sudah.
OMG!!!
sangat lama ok!

Apa boleh buat..aku tengah giler sawan Melur Jelita.
rasa macam nak jadi kawan baik kak Melur tu jer...huhuu
i sanggop jadik bff dia tau..

Ok. Benda yang berlaku ni berkejadian di Melaka.
masa tengah sibuk2 musim jerebu.
Pegi Melaka nak setelkan satu operasi.
orang kata..melaka pon sibuk jerebu, ko sibuk nak gi sana.
well, aku ada hal la.
tak boleh dielak.
kalau boleh elak aku elak.
apa barang nak gi jenjalan sambil sedut debu2 kotor?
owhh..tidaklah kann??
tapi kerana misi terpimpin nie harus dilaksana,
aku pergi sahut juaaaaaa...wawawawaa....T__T

Pagi2 sabtu tu aku dah hantar Aleeya gie umah mak.
saja hantar sana since udara sana pada aku bersih sikit compare to PG nie.
nak bawak ke Melaka macam tak boleh pulak.
mengganggu operasi nanti.
jadi haroslah dia ditinggalkan.
actually, minah kecik tu pon ok.
dia rela jer tinggal umah tok wan dia.
jangan kata satu hari ditinggalkan.
setahun? 2 tahun? bertahun2? pon dia sanggop jerr...huhuhuu

Lepas anto minah kecik tu aku teros gerak ke Melaka bertemankan Papa.
Papa willing untuk anto. Oh yess..that is my darling..
sedia berkhidmat tanpa mengira masa..ngehhh..:p

Perjalanan ke utara tu pada aku agak menakutkan.
kenapa?
jalan kelam2 jer weh..
lagi2 bila dah sampai area Yong Peng dan seangkatannya.
giler kelabu asap semua.
huhuuu...scary...


Jarak penglihatan??? let guess....


Aku jejak air keroh dalam area 10.30am.
giler awal kot..
cakap ngan Papa aku lapor..iyerlah tak breakfast lagi kan.
tapi Papa kata tahan sikit, dia ajak lunch teros.
ok laaaa....

Pukul 11.00am sampai kat area pokok2 kat jalan lepas Bukit katil tu.
memang langkah kanan la kan.
perot lapor.
mehlah kita singgah makan. I is sangat tak tahan.
sangat kebulur senang cerita..ngeeee..



Tiba2 i terasa macam nak makan asam pedas lak...huhuuu..




Location...location....pssstt..sila perhatikan keadaan yang berjerebu itu..oh my...scary okeh..


Lepas makan Papa terus anto aku ke destinasi.
as he said..i leave u here..will come to u this night ok honey?
ok dear...miaaaawwww..ngauuu!!

Siapkan semua keje cepat2.
pastu balik hotel.
lepak sana jer sambil buat keje sikit2.
Malam kitorang makan kat Muara Sg Duyong.
lama dah tak makan situ.
Lagipon tu jer tempat paling dekat kalau nak makan seafood compare to Umbai ngan Alai.
nasib baik sampai sana pon orang tak ramai lagi.
very lucky...ammaaa!!


vavavavaaaaa........:)


Sebenornya keje giler nak makan kat luor nie.
dahlah jerebu terok.
tapi buat buta mata jer.
buat tak nampakkk.
lagipon malam kan.
memang tak nampak pon jerebu2 tu semua..hahahaa.
saja jer nak sedapkan hati...hahahahaa..

Balik hotel teros tido.
badan letih, perot kenyang.
konon nak hapdet status kat facebook ker..wechat ker..
hampehh...
layan mimpi lagi syok.

The next day - Sunday.
Cakap ngan Papa.
serious ker nak gerak jalan2 kat luar tu.
jerebu tebal la.
paling tak boleh blah, dalam kelabu asap tu boleh nampak lagi debu2 kasar terbang uolls.
perghhh..giler kentang.
siap boleh nampak dengan mata kasar.
memang tak boleh blah..


oo..ok..nasib baik nampak lagi itu taming sari..


Tapi memandangkan aku nak beli belacan,
tepaksalah keluar jugak kan.
so, kitorang gi breakfast dulu,
then baru decide nak gi mana.

Orang that time pon tak ramai sangat.
pastu aku tengok jam.
pagi sangat ker kitorang keluar nieh.
ker, orang tak kuor breakfast sebab jerebu kuat.
hmmmmm...


Hatten hotel pon dah tak nampak bayang....


Macam kelakor jer bila tengok pic nie..kihkihkihhhh..
post dalam fb..abih aku kena kutuk..hampehh tol..


On the way nak ker Dataran Pahlawan tu,
nampaklah ramai budak2 kolej bersepah2.
aku tak tahulah apa diorang buat.
paling tak boleh blah bila ada certain bebudak tu boleh tanya aku lak..
"kak..mana akak beli mask nie?"
adoi dik...nama pon pagi lagi dik..
mana ada kedai bukak.
akak bawak dari rumah dik oii..hahahaha



Bila datang kegelojohan, kedai belom bukak pon aku dah jejak dulu. Nice :p


Dah boring jalan kat Dataran Pahlawan tu.
ajak Papa gi Mahkota lak.
owhh..ok..ramainyer orang dalam nie.
since kat luor tu jerebu, semua orang decide jenjalan indoor jek.

Aku pon tak tahu berapa kali dah aku tawaf dalam Mahkota Parade tu.
macam nak shopping..tapi macam tak best pulak Aleeya takder.
sebab dia advisor tegar aku setiap kali aku nak beli apa2 barang.
tetiba rindu kat dia...huhuuu..

Ajak Papa lunch kat Secret Recipe.
sambil tu lepak2 borak2 gossip2.
berejam jugak lepak kat situ sementara nak tunggu balik.
tapi berlaku incident yg menyakitkan hati di situ...huhuuu..


 Kurang tak pahala posa aku memandang and memuja air itu yg kelihatannya sangat seksi...aiseyy..


 macam biasa, sangat sedap melampau..


 mine one ok..just nice..thai seafood spagety


 bila steak ni sampai..aku dah pelik..awat ghupa hang macam nieh?? sebongkah daging lembu yang tak semenggah?? biar betol ko secret recipe???


Owhh..this is nightmare..
u salah jumpa orang..im starting to giggle..



And apa yang aku pikir memang betol2 terjadi.
Papa terus panggil budak waiter Secret Recipe.

Papa : U bagi I apa nie?
SR    : Ya encik..
Papa : Ni bukan steak.
SR    : Aah..bukan ni stew encik.
Papa : I tau..stew aussie beef steak kan?
SR    : Ya..
Papa : Tau tak ni daging apa?
SR    : Daging lembu imported from Aussie..
Papa : Ok..i nak bagitau..ni daging kerbau sejuk beku.
SR    : Huh?
Papa : Awak nak bagi saya makan daging masak briyani orang kawen ker??
SR    : Maaf encik. Kita memang dapat bekalan daging macam tu.
Papa : Awak ni buat saya macam tak pernah makan la..ingat saya tak tahu ker..


Ok..tu jer yg aku boleh citer..
yang selanjutnya korang pikir sendiri.
memang lawak.
aku dok diam jer Papa marahkan budak tu.
but seriously, steak bukan daging dia sekeping and reddish color ker?
cer jawab??

Budak tu memang bengang giler.
well...kita nie customer.
bayor mahal ok.
tapi bagi benda rubbish macam tu. Giler ke apa?
hailahhh...secret recipe..
biasa makan ok jer.
hari ni betol2 ko kena buku dengan ruas.
padan muka!
kena dengan pencinta daging tegar pulak..adehhh!!

Even sakit hati, hidup haros diteruskan jua.
gembirakan hati anda ya puan dan tuan.
coci mata tengok performance budak2 comel joget ballet.
tabahlah wahai hati..hahahaa


alolooo...comel...comel....


Pukul 4.00pm..teros blah.
tengok kat luor...mak aiii..jerebu wehhh..
tebal pulak tu.
teros ajak Papa balik cepat2.

Tetiba...jeng2...
Boleh pulak Papa ternampak banner autoshow Dataran Pahlawan.
Adehhh.
baru nak elak2 takmo kasi dia nampak itu benda.
tapi dia bukan sekadar nampak tapi lantas dapat membacanya dengan penoh  tekon dan tawaduk.
oh my..nak kena pergi ke??

And yess..haros pegi jua.
dan Papa sanggop u-turn untuk carik parking nak nengok itu auto show.
ok..ok..ok..
iolls ikot jewwwww...huhuhuu..


 layankan saja..kalau tak durhaka kamoo nanti...waaaaaaaaaaaa...


 i suka kete nieh...kaler dia sangat cantek okeh..


Ni pon comel jugak..me loike pink color..ngeeeee..


Dah agak2 Papa puas hati..
than baru tanya..shall we? petang dah ni..
bila dia kata ok..then senyum jer..oklah tu kot.
jomlah kita bertolak ke Jb menjemput anak terchenta..ngeeeee..

On the way ke Jb...cuaca nampak tenang.
tak berapa kelam macam semalam.
nampak dah matahari.
rasa tenang dan tak setakot semalam.
dalam hati Alhamdulillah..mungkin keadaan di Jb lebih baik?

And yess..perjalanan dipermudahkan.
sampai umah mak ngam2 maghrib2.
nasib baik muka member yang nak dijemput pulang tu tak berjerebu.
yerlah..aku dah berjanji nak amek dia pukul 2pm tadi..
tapi ni dah melangkah banyak pukul 2pm..
hahahaaa...
aptb mama nieh!!

Aku lak sengih2 sambil libas2 rambut.
sorry dear..mama dating ngan papa kejap jer...hewhewhewwww...





















Sunday, July 14, 2013

Langkawi Day 5 & 6 - Shopping Heaven..

Day 5 - Langkawi Island.
Before tido malam tadi dah doa berbakol2.
moga2 besok tak hujan.
cakap ngan Papa, by hook or by crook besok musti nak keluar.
last kopek tour shopping.
i dont care even banjir ker..petir ker..
i nak keluar jugakkk..huwaaaaa..

Sedih tol iolls dengan cuaca semalam.
nak sedapkan hati, tenangkan hati, anggap jerlah hari bertenang sedonia..huhuu

Pagi2 bangon tido,
benda pertama aku buat is selak langsir sliding door.
apakah cuaca pada hari ini?
owhh..sangat menarik,
cuaca sangat cantik...cerah..
burung2 berkicauan.
angin sepoi2..wahhhh!!!

tapi...
tu semua ayat nak sedapkan hati jer.
kat luar tu mendung sebenornya.
hujan rintik2.
rasa sejuk jer.
waaaaaaaaaaaaaaaaa...
not again!!!

Kejut Papa soh bangon.
dengan suara sedih meluahkan perasaan keadaan cuaca kat luar...T__T

Papa kata, kita keluar jer.
bila lagi nak keluar.
besok dah nak balik.
nak tak nak memang kena keluar jugak.
sebab takder satu benda pon yg kitorang beli lagi..huwaaaaaa..

Event shopping yang kononnya dirangka 2 hari,
dah jadi 1 hari.
and aku jangkakan..hari ni akan jadi shopping race.
wahhh..macam tak sabor pulak nak rempit2 shopping ni..ngehhhh

Dah mandi and breakfast semua,
muka yang kelat buat2 tak kelat.
anggap jer la kat luor tu ok.
kunci pintu semua..jomlah kita move..


Jejak sini dulu...baru launch berapa bulan jer kompleks ni..
Hebat sungguh Hj Ismail Group nie..me loikee!!



Selesa shopping dalam nie..orang pon tak ramai lagi..suasana baru, sejuk mata..


Kat Haji Ismail Group tu aku tak beli apa2 sangat2.
beli kain pelikat ngan coklat sikit2.
yang lain2 tu aku layankan terapi mata jer..kuikuikuiii

Lepas dah puas hati meronda dalam tu,
moh ler kita ker Idaman Suri.
tempat yang aku tunggu2 nak pegi.
2/3 hari lepas dah jejak sini tunjuk2 kat Dila.
konon2 nak survey harga.
Haaa..hari ni compom tak survey dah.
terosss beli.
jangan kempunan orang kata..hahahaaa.. :D


Sorga coklat...



Sorga periok belanga


Sorga pinggan mangkok...nanges guling2...


Dah puas hati beli berbakol2 kat situ.
tarik nafas lepas kuat2.
lepas ni nak lepaskan duit pulak.
owhh ok. I is ok, semua under control.
baek punyer buget.
duit tak cukup Papa ada..muuahahahaa

Papa pon awal2 dah pesan.
jangan beli banyak2.
kita tak beli luggage naik kargo.
kalau nak beli lebih dah kena beli online luggage tu.
hmmm...ok..bila pikir2,
aku lebih berpada2 even depan mata dah ada dua bakul penoh nak dibayor..ngeeee..

Lantak pi lah..
bayor dulu.
luggage2 pikir kemudian.
jangan beratkan hati ngan perkara2 menyesatkan macam ni..hahahahaa

Lepas dah siap semua,
ajak Papa cuci mata kat Free Zone area kat Pekan Kuah pulak.
coci2 mata jer.
tu lah yang aku cakap kat Papa..:)









Dah puas hati coci2 mata 'katernyer',
tengok jam dah pukul 3pm.
sibuk shopping sampai lupa nak lunch.
ajak Papa tapau Laksa last kopek.
laksa nie menang no 2 masa pesta laksa langkawi.
tu yang aku eager nak membeli dan merasa tu.

Hebat menang no.2.
duduknya laksa tu bukan kat restoran gah yang besor2 tu.
dia dok terpencil kat warung tepi jalan jer.
tapi sapa sangka..kat warung kecik tu ada pembuat laksa yang hebat.



Here the laksa..superb!! amazing!! awesome!! starvingggggggg....


Lepas dah lunch di kala petang tu.
layan bebudak ni mandi pool cikgu cipon for the last time.
besok sure dah tak sempat nak suriram2.
hari ni bagi bebudak tu kocak air puas2.
malam nie Papa ngan Pozie kata nak belanja seafood kat WangThai.
hamaigat..suddenly i feel so starving.
againnnnn..waaaaaaaa.....

Pukul 6am, kitorang keluar lagi.
Dila ada nak beli barang lagi.
waaaa...impressed!!
sejak bila pandai shopping nie?
siap ajak return lagi..vavavavaa...

Singgah jap kat Kompleks Ismail Group.
layankan si Dila beli coklat lagi.
coklat lagi???
ok.. tak payahlah nak cakap banyak.
aku pon tumpang sekaki jugak memborong coklat..muuhahahahaa

Lepas dah beli apa2 yang patot.
jomlah gerak pi dinner.
seperti yang dijanjikan.
sila jangan mengences melihat sorga2 tekak nie.
apa yang aku boleh cakap.
makan kat sini memang super heaven uolls.
3 kali datang Langkawi,
nielah first time aku jejak kat WanThai ni.

Orang memang sangat ramai.
Luckily ada tinggal satu jer table kosong untuk kitorang.
owhh..nasib.
kalau tak, kempunan aku..huhuuu
terus order..
mata dah naik juling nak memilih.
ok..sabor...jangan mentamak.
order dengan berhemah.
kalau tak duit laki aku ngan adik ipor aku pon akan keluar secara tak berhemah.
aku tak kejam ok...hahahaaa


 Nie separuh jer nasik...ada lagi berpinggan2 kena sorok dari camera..hahahahhaa


 Ikan 3 rasa yang sangat2 amazing!!!!


 kailan ikan masin..



 Kerabu mangga ni pon sedap...tapi tak boleh lawan kerabu kat Krabi tu...


 Tom yam pon meletop..


Nie nama dia panjang..tak ingat, hahahaha...
tapi dia seafood campur dlm tu..ada rasa rempah2..kari2..sedappppp!!!!


Pukul 9.30pm siap makan.
budak2 pon dah mengamuk nak balik.
memasing dah penat kot.
oklah..jom kita balik.
banyak lagi keje menunggu kat umah.

masa nak balik semua ada sunyum.
puas hati dengan dinner tadi..alhamdulillah...^__^

sampai umah, naik sebu mata tengok barang2 rembatan siang tadi yang bersepah2.
ok Papa..i lost.
tak tau nak buat apa ngan barang banyak2 nieh.
kita dahlah takder extra beg or luggage.
cukup ke beg2 nie semua nak isi barang?..OMG!!!

Tapi aku percaya ngan Papa.
dengan tangan ajaib dia tu semua tak mustahil.
dia boleh muatkan semua barang2 tu sekelip mata.
mistik ker misteri ker..tolak tepi.
tapi yang aku tau,
Papa memang suka buat magic.
Love u Papa!!


Seperti kebiasaan, memang kerja Papa mengemas.
Semua dah berjaya disumbat dalam 3 beg yang bersingan denga jayanya.
3 beg datang 3 beg jugak balik...misteri kannn???..ngehhhh..
pssstttt...luggage merah tu 20 kg ok..dalam tu semua adalah coklat semata dan sedikit baju..:)


Dah puas hati semua,
ajak anak2 semua tido.
besok dah nak balik dah.
tido dengan rasa puas hati dan sedikit perasaan rindu kat Langkawi.
serious..belum sampai JB lagi, tapi dah terasa rindu kat Langkawi..huhuuu

Aku orang pertama yang akan bangun.
Macam biasalah kan.
tukang kejut semua orang.
buat bising dalam umah soh semua orang mandi dan bersiap.

Pukul 9.00am tajam2 kitorang keluar.
Papa dah contact Cikgu Cipon deal pasal kunci kete and rumah.
dengan senang hati,
semua melangkah keluar.
Moh kita carik breakfast dan tuju ker airport yerrr..



Sampai airport..Papa layankan dulu si Pozie check in luggage and print boarding pass.



Boarding pass kami dah siap...ngeee...


Selamat tinggal Langkawi.
separuh jiwa i kat sini..huhuuu..
sekejap jer pon perasaan macam tu.
jejak LCCT, hati dah berbunga2 nak sampai umah..hahahaa..

Sampai umah dekat2 pukul 9pm..
kenapa lambat?
iolls singgah melaka uolls..hahahaa
sempat lagi kan?..ngeeeeee


Nie hasil rampasan aku kat Langkawi...me loikeee!!!


Aku habis RM300 beli coklat..huwaaaa.....takper..takper..saborrr...



Ni pinggan mangkok and periok belanga yang aku rembat.


Gamat beli sikit jer. Yang dulu2 pon ada lagi.

So..boleh tak korang imagine,
macam mana tangan Papa sumbat semua barang ni dalam 3 beg tu.
ajaib kan??? hahahaaa..
ko mampooo??

Ok...habis daa entry Langkawi.
Lepas nie mana pulak next trip ya..
aku pon tengah survey2 AA nie.
nanti ada apa2 aku update kat korang yer.

See u again.....^__^






Saturday, July 13, 2013

Langkawi Lagi Day 5 - Oh My....


Bila ngadap entry langkawi ni tetiba jadi lemau pulak.
nak mengingat balik apa yang jadi hari tu.
lagi2 untuk2 day 5.
sangatlah tak membahagiakan..huhuhuuu
Masa kat Langkawi tu,
kan aku pernah cakap kan, kalau nak buat apa2 aktiviti,
makesure buat awal2..
especially yg related ngan cuaca.
haaa..ni yang nak citer nieh.
cuaca or cuaca.
memang nasib yang sangat2 baik masa tu.
sangat2 baik.
sangat2.
serious sangat2…waaaaaaaaaa
Day  5 and day 6 punyer citer
the day of horrible!!
Ok..
dalam sejarah masuk day 5.
selama ni dah 4 hari berjimba tak hengat donia.
rasa mcm sorga kanan kiri.
day 5 weolls dok umah tak keluar2 okkk!!!
hujan menggiler lebat kat luar.
dari pagi jejak petang..dok melangok dalam umah.
oh my…sangat sadissssss.
Nielah perkara yang paling aku ngerikan.
lagi2 kalau gie holiday kan.
Tapi takperlah..nasib baik semua benda dah buat.
nak sedapkan hati cakap jerlah yg ni sesi rehat2 kat umah.
rehat sangat2…huhuhuuu
So apa nak cer kat day 5 nie.
takder apa yang menarik pon ok!
iolls dok ngadap tibi sambil baca novel.
yang lain2 sibuk tido tak bangun2.
adoiiiii!!! Siksa jiwa raga akak.
sangat ruginyer tak tido.
mata I ni pulak jenis tak pandai tido siang pulak…waaaaaaaaaaaa..
konon2 nak kuor gi shopping pon tak boleh.
sebab nak bergerak ke sana sini berpayung adalah tak boleh blah.
so, baik dok umah diam2.
I is sangat sedih..
besok sambung day 6..
Tetiba I is takder mood nak mentaip..huhuuu




Day 5 tu we'olls hanya keluar lunch jekkk...huwaaaaaaaa...