This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, July 17, 2013

Berjerebu Di Melaka

Oh my...lama sudah entry nie dok dalam draft.
berkuap2 tunggu giliran nak keluar.
paling tak boleh blah dia dok lama since musim jerebu minggu sudah.
OMG!!!
sangat lama ok!

Apa boleh buat..aku tengah giler sawan Melur Jelita.
rasa macam nak jadi kawan baik kak Melur tu jer...huhuu
i sanggop jadik bff dia tau..

Ok. Benda yang berlaku ni berkejadian di Melaka.
masa tengah sibuk2 musim jerebu.
Pegi Melaka nak setelkan satu operasi.
orang kata..melaka pon sibuk jerebu, ko sibuk nak gi sana.
well, aku ada hal la.
tak boleh dielak.
kalau boleh elak aku elak.
apa barang nak gi jenjalan sambil sedut debu2 kotor?
owhh..tidaklah kann??
tapi kerana misi terpimpin nie harus dilaksana,
aku pergi sahut juaaaaaa...wawawawaa....T__T

Pagi2 sabtu tu aku dah hantar Aleeya gie umah mak.
saja hantar sana since udara sana pada aku bersih sikit compare to PG nie.
nak bawak ke Melaka macam tak boleh pulak.
mengganggu operasi nanti.
jadi haroslah dia ditinggalkan.
actually, minah kecik tu pon ok.
dia rela jer tinggal umah tok wan dia.
jangan kata satu hari ditinggalkan.
setahun? 2 tahun? bertahun2? pon dia sanggop jerr...huhuhuu

Lepas anto minah kecik tu aku teros gerak ke Melaka bertemankan Papa.
Papa willing untuk anto. Oh yess..that is my darling..
sedia berkhidmat tanpa mengira masa..ngehhh..:p

Perjalanan ke utara tu pada aku agak menakutkan.
kenapa?
jalan kelam2 jer weh..
lagi2 bila dah sampai area Yong Peng dan seangkatannya.
giler kelabu asap semua.
huhuuu...scary...


Jarak penglihatan??? let guess....


Aku jejak air keroh dalam area 10.30am.
giler awal kot..
cakap ngan Papa aku lapor..iyerlah tak breakfast lagi kan.
tapi Papa kata tahan sikit, dia ajak lunch teros.
ok laaaa....

Pukul 11.00am sampai kat area pokok2 kat jalan lepas Bukit katil tu.
memang langkah kanan la kan.
perot lapor.
mehlah kita singgah makan. I is sangat tak tahan.
sangat kebulur senang cerita..ngeeee..



Tiba2 i terasa macam nak makan asam pedas lak...huhuuu..




Location...location....pssstt..sila perhatikan keadaan yang berjerebu itu..oh my...scary okeh..


Lepas makan Papa terus anto aku ke destinasi.
as he said..i leave u here..will come to u this night ok honey?
ok dear...miaaaawwww..ngauuu!!

Siapkan semua keje cepat2.
pastu balik hotel.
lepak sana jer sambil buat keje sikit2.
Malam kitorang makan kat Muara Sg Duyong.
lama dah tak makan situ.
Lagipon tu jer tempat paling dekat kalau nak makan seafood compare to Umbai ngan Alai.
nasib baik sampai sana pon orang tak ramai lagi.
very lucky...ammaaa!!


vavavavaaaaa........:)


Sebenornya keje giler nak makan kat luor nie.
dahlah jerebu terok.
tapi buat buta mata jer.
buat tak nampakkk.
lagipon malam kan.
memang tak nampak pon jerebu2 tu semua..hahahaa.
saja jer nak sedapkan hati...hahahahaa..

Balik hotel teros tido.
badan letih, perot kenyang.
konon nak hapdet status kat facebook ker..wechat ker..
hampehh...
layan mimpi lagi syok.

The next day - Sunday.
Cakap ngan Papa.
serious ker nak gerak jalan2 kat luar tu.
jerebu tebal la.
paling tak boleh blah, dalam kelabu asap tu boleh nampak lagi debu2 kasar terbang uolls.
perghhh..giler kentang.
siap boleh nampak dengan mata kasar.
memang tak boleh blah..


oo..ok..nasib baik nampak lagi itu taming sari..


Tapi memandangkan aku nak beli belacan,
tepaksalah keluar jugak kan.
so, kitorang gi breakfast dulu,
then baru decide nak gi mana.

Orang that time pon tak ramai sangat.
pastu aku tengok jam.
pagi sangat ker kitorang keluar nieh.
ker, orang tak kuor breakfast sebab jerebu kuat.
hmmmmm...


Hatten hotel pon dah tak nampak bayang....


Macam kelakor jer bila tengok pic nie..kihkihkihhhh..
post dalam fb..abih aku kena kutuk..hampehh tol..


On the way nak ker Dataran Pahlawan tu,
nampaklah ramai budak2 kolej bersepah2.
aku tak tahulah apa diorang buat.
paling tak boleh blah bila ada certain bebudak tu boleh tanya aku lak..
"kak..mana akak beli mask nie?"
adoi dik...nama pon pagi lagi dik..
mana ada kedai bukak.
akak bawak dari rumah dik oii..hahahaha



Bila datang kegelojohan, kedai belom bukak pon aku dah jejak dulu. Nice :p


Dah boring jalan kat Dataran Pahlawan tu.
ajak Papa gi Mahkota lak.
owhh..ok..ramainyer orang dalam nie.
since kat luor tu jerebu, semua orang decide jenjalan indoor jek.

Aku pon tak tahu berapa kali dah aku tawaf dalam Mahkota Parade tu.
macam nak shopping..tapi macam tak best pulak Aleeya takder.
sebab dia advisor tegar aku setiap kali aku nak beli apa2 barang.
tetiba rindu kat dia...huhuuu..

Ajak Papa lunch kat Secret Recipe.
sambil tu lepak2 borak2 gossip2.
berejam jugak lepak kat situ sementara nak tunggu balik.
tapi berlaku incident yg menyakitkan hati di situ...huhuuu..


 Kurang tak pahala posa aku memandang and memuja air itu yg kelihatannya sangat seksi...aiseyy..


 macam biasa, sangat sedap melampau..


 mine one ok..just nice..thai seafood spagety


 bila steak ni sampai..aku dah pelik..awat ghupa hang macam nieh?? sebongkah daging lembu yang tak semenggah?? biar betol ko secret recipe???


Owhh..this is nightmare..
u salah jumpa orang..im starting to giggle..



And apa yang aku pikir memang betol2 terjadi.
Papa terus panggil budak waiter Secret Recipe.

Papa : U bagi I apa nie?
SR    : Ya encik..
Papa : Ni bukan steak.
SR    : Aah..bukan ni stew encik.
Papa : I tau..stew aussie beef steak kan?
SR    : Ya..
Papa : Tau tak ni daging apa?
SR    : Daging lembu imported from Aussie..
Papa : Ok..i nak bagitau..ni daging kerbau sejuk beku.
SR    : Huh?
Papa : Awak nak bagi saya makan daging masak briyani orang kawen ker??
SR    : Maaf encik. Kita memang dapat bekalan daging macam tu.
Papa : Awak ni buat saya macam tak pernah makan la..ingat saya tak tahu ker..


Ok..tu jer yg aku boleh citer..
yang selanjutnya korang pikir sendiri.
memang lawak.
aku dok diam jer Papa marahkan budak tu.
but seriously, steak bukan daging dia sekeping and reddish color ker?
cer jawab??

Budak tu memang bengang giler.
well...kita nie customer.
bayor mahal ok.
tapi bagi benda rubbish macam tu. Giler ke apa?
hailahhh...secret recipe..
biasa makan ok jer.
hari ni betol2 ko kena buku dengan ruas.
padan muka!
kena dengan pencinta daging tegar pulak..adehhh!!

Even sakit hati, hidup haros diteruskan jua.
gembirakan hati anda ya puan dan tuan.
coci mata tengok performance budak2 comel joget ballet.
tabahlah wahai hati..hahahaa


alolooo...comel...comel....


Pukul 4.00pm..teros blah.
tengok kat luor...mak aiii..jerebu wehhh..
tebal pulak tu.
teros ajak Papa balik cepat2.

Tetiba...jeng2...
Boleh pulak Papa ternampak banner autoshow Dataran Pahlawan.
Adehhh.
baru nak elak2 takmo kasi dia nampak itu benda.
tapi dia bukan sekadar nampak tapi lantas dapat membacanya dengan penoh  tekon dan tawaduk.
oh my..nak kena pergi ke??

And yess..haros pegi jua.
dan Papa sanggop u-turn untuk carik parking nak nengok itu auto show.
ok..ok..ok..
iolls ikot jewwwww...huhuhuu..


 layankan saja..kalau tak durhaka kamoo nanti...waaaaaaaaaaaa...


 i suka kete nieh...kaler dia sangat cantek okeh..


Ni pon comel jugak..me loike pink color..ngeeeee..


Dah agak2 Papa puas hati..
than baru tanya..shall we? petang dah ni..
bila dia kata ok..then senyum jer..oklah tu kot.
jomlah kita bertolak ke Jb menjemput anak terchenta..ngeeeee..

On the way ke Jb...cuaca nampak tenang.
tak berapa kelam macam semalam.
nampak dah matahari.
rasa tenang dan tak setakot semalam.
dalam hati Alhamdulillah..mungkin keadaan di Jb lebih baik?

And yess..perjalanan dipermudahkan.
sampai umah mak ngam2 maghrib2.
nasib baik muka member yang nak dijemput pulang tu tak berjerebu.
yerlah..aku dah berjanji nak amek dia pukul 2pm tadi..
tapi ni dah melangkah banyak pukul 2pm..
hahahaaa...
aptb mama nieh!!

Aku lak sengih2 sambil libas2 rambut.
sorry dear..mama dating ngan papa kejap jer...hewhewhewwww...





















No comments:

Post a Comment