This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Sunday, July 14, 2013

Langkawi Day 5 & 6 - Shopping Heaven..

Day 5 - Langkawi Island.
Before tido malam tadi dah doa berbakol2.
moga2 besok tak hujan.
cakap ngan Papa, by hook or by crook besok musti nak keluar.
last kopek tour shopping.
i dont care even banjir ker..petir ker..
i nak keluar jugakkk..huwaaaaa..

Sedih tol iolls dengan cuaca semalam.
nak sedapkan hati, tenangkan hati, anggap jerlah hari bertenang sedonia..huhuu

Pagi2 bangon tido,
benda pertama aku buat is selak langsir sliding door.
apakah cuaca pada hari ini?
owhh..sangat menarik,
cuaca sangat cantik...cerah..
burung2 berkicauan.
angin sepoi2..wahhhh!!!

tapi...
tu semua ayat nak sedapkan hati jer.
kat luar tu mendung sebenornya.
hujan rintik2.
rasa sejuk jer.
waaaaaaaaaaaaaaaaa...
not again!!!

Kejut Papa soh bangon.
dengan suara sedih meluahkan perasaan keadaan cuaca kat luar...T__T

Papa kata, kita keluar jer.
bila lagi nak keluar.
besok dah nak balik.
nak tak nak memang kena keluar jugak.
sebab takder satu benda pon yg kitorang beli lagi..huwaaaaaa..

Event shopping yang kononnya dirangka 2 hari,
dah jadi 1 hari.
and aku jangkakan..hari ni akan jadi shopping race.
wahhh..macam tak sabor pulak nak rempit2 shopping ni..ngehhhh

Dah mandi and breakfast semua,
muka yang kelat buat2 tak kelat.
anggap jer la kat luor tu ok.
kunci pintu semua..jomlah kita move..


Jejak sini dulu...baru launch berapa bulan jer kompleks ni..
Hebat sungguh Hj Ismail Group nie..me loikee!!



Selesa shopping dalam nie..orang pon tak ramai lagi..suasana baru, sejuk mata..


Kat Haji Ismail Group tu aku tak beli apa2 sangat2.
beli kain pelikat ngan coklat sikit2.
yang lain2 tu aku layankan terapi mata jer..kuikuikuiii

Lepas dah puas hati meronda dalam tu,
moh ler kita ker Idaman Suri.
tempat yang aku tunggu2 nak pegi.
2/3 hari lepas dah jejak sini tunjuk2 kat Dila.
konon2 nak survey harga.
Haaa..hari ni compom tak survey dah.
terosss beli.
jangan kempunan orang kata..hahahaaa.. :D


Sorga coklat...



Sorga periok belanga


Sorga pinggan mangkok...nanges guling2...


Dah puas hati beli berbakol2 kat situ.
tarik nafas lepas kuat2.
lepas ni nak lepaskan duit pulak.
owhh ok. I is ok, semua under control.
baek punyer buget.
duit tak cukup Papa ada..muuahahahaa

Papa pon awal2 dah pesan.
jangan beli banyak2.
kita tak beli luggage naik kargo.
kalau nak beli lebih dah kena beli online luggage tu.
hmmm...ok..bila pikir2,
aku lebih berpada2 even depan mata dah ada dua bakul penoh nak dibayor..ngeeee..

Lantak pi lah..
bayor dulu.
luggage2 pikir kemudian.
jangan beratkan hati ngan perkara2 menyesatkan macam ni..hahahahaa

Lepas dah siap semua,
ajak Papa cuci mata kat Free Zone area kat Pekan Kuah pulak.
coci2 mata jer.
tu lah yang aku cakap kat Papa..:)









Dah puas hati coci2 mata 'katernyer',
tengok jam dah pukul 3pm.
sibuk shopping sampai lupa nak lunch.
ajak Papa tapau Laksa last kopek.
laksa nie menang no 2 masa pesta laksa langkawi.
tu yang aku eager nak membeli dan merasa tu.

Hebat menang no.2.
duduknya laksa tu bukan kat restoran gah yang besor2 tu.
dia dok terpencil kat warung tepi jalan jer.
tapi sapa sangka..kat warung kecik tu ada pembuat laksa yang hebat.



Here the laksa..superb!! amazing!! awesome!! starvingggggggg....


Lepas dah lunch di kala petang tu.
layan bebudak ni mandi pool cikgu cipon for the last time.
besok sure dah tak sempat nak suriram2.
hari ni bagi bebudak tu kocak air puas2.
malam nie Papa ngan Pozie kata nak belanja seafood kat WangThai.
hamaigat..suddenly i feel so starving.
againnnnn..waaaaaaaa.....

Pukul 6am, kitorang keluar lagi.
Dila ada nak beli barang lagi.
waaaa...impressed!!
sejak bila pandai shopping nie?
siap ajak return lagi..vavavavaa...

Singgah jap kat Kompleks Ismail Group.
layankan si Dila beli coklat lagi.
coklat lagi???
ok.. tak payahlah nak cakap banyak.
aku pon tumpang sekaki jugak memborong coklat..muuhahahahaa

Lepas dah beli apa2 yang patot.
jomlah gerak pi dinner.
seperti yang dijanjikan.
sila jangan mengences melihat sorga2 tekak nie.
apa yang aku boleh cakap.
makan kat sini memang super heaven uolls.
3 kali datang Langkawi,
nielah first time aku jejak kat WanThai ni.

Orang memang sangat ramai.
Luckily ada tinggal satu jer table kosong untuk kitorang.
owhh..nasib.
kalau tak, kempunan aku..huhuuu
terus order..
mata dah naik juling nak memilih.
ok..sabor...jangan mentamak.
order dengan berhemah.
kalau tak duit laki aku ngan adik ipor aku pon akan keluar secara tak berhemah.
aku tak kejam ok...hahahaaa


 Nie separuh jer nasik...ada lagi berpinggan2 kena sorok dari camera..hahahahhaa


 Ikan 3 rasa yang sangat2 amazing!!!!


 kailan ikan masin..



 Kerabu mangga ni pon sedap...tapi tak boleh lawan kerabu kat Krabi tu...


 Tom yam pon meletop..


Nie nama dia panjang..tak ingat, hahahaha...
tapi dia seafood campur dlm tu..ada rasa rempah2..kari2..sedappppp!!!!


Pukul 9.30pm siap makan.
budak2 pon dah mengamuk nak balik.
memasing dah penat kot.
oklah..jom kita balik.
banyak lagi keje menunggu kat umah.

masa nak balik semua ada sunyum.
puas hati dengan dinner tadi..alhamdulillah...^__^

sampai umah, naik sebu mata tengok barang2 rembatan siang tadi yang bersepah2.
ok Papa..i lost.
tak tau nak buat apa ngan barang banyak2 nieh.
kita dahlah takder extra beg or luggage.
cukup ke beg2 nie semua nak isi barang?..OMG!!!

Tapi aku percaya ngan Papa.
dengan tangan ajaib dia tu semua tak mustahil.
dia boleh muatkan semua barang2 tu sekelip mata.
mistik ker misteri ker..tolak tepi.
tapi yang aku tau,
Papa memang suka buat magic.
Love u Papa!!


Seperti kebiasaan, memang kerja Papa mengemas.
Semua dah berjaya disumbat dalam 3 beg yang bersingan denga jayanya.
3 beg datang 3 beg jugak balik...misteri kannn???..ngehhhh..
pssstttt...luggage merah tu 20 kg ok..dalam tu semua adalah coklat semata dan sedikit baju..:)


Dah puas hati semua,
ajak anak2 semua tido.
besok dah nak balik dah.
tido dengan rasa puas hati dan sedikit perasaan rindu kat Langkawi.
serious..belum sampai JB lagi, tapi dah terasa rindu kat Langkawi..huhuuu

Aku orang pertama yang akan bangun.
Macam biasalah kan.
tukang kejut semua orang.
buat bising dalam umah soh semua orang mandi dan bersiap.

Pukul 9.00am tajam2 kitorang keluar.
Papa dah contact Cikgu Cipon deal pasal kunci kete and rumah.
dengan senang hati,
semua melangkah keluar.
Moh kita carik breakfast dan tuju ker airport yerrr..



Sampai airport..Papa layankan dulu si Pozie check in luggage and print boarding pass.



Boarding pass kami dah siap...ngeee...


Selamat tinggal Langkawi.
separuh jiwa i kat sini..huhuuu..
sekejap jer pon perasaan macam tu.
jejak LCCT, hati dah berbunga2 nak sampai umah..hahahaa..

Sampai umah dekat2 pukul 9pm..
kenapa lambat?
iolls singgah melaka uolls..hahahaa
sempat lagi kan?..ngeeeeee


Nie hasil rampasan aku kat Langkawi...me loikeee!!!


Aku habis RM300 beli coklat..huwaaaa.....takper..takper..saborrr...



Ni pinggan mangkok and periok belanga yang aku rembat.


Gamat beli sikit jer. Yang dulu2 pon ada lagi.

So..boleh tak korang imagine,
macam mana tangan Papa sumbat semua barang ni dalam 3 beg tu.
ajaib kan??? hahahaaa..
ko mampooo??

Ok...habis daa entry Langkawi.
Lepas nie mana pulak next trip ya..
aku pon tengah survey2 AA nie.
nanti ada apa2 aku update kat korang yer.

See u again.....^__^






No comments:

Post a Comment