This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, November 25, 2013

Percotian drastik katernya.

Sebenarnya dah rasa terbengong.
kusut jer rasanya.
dah feel macam nie since after raya lepas.
pikir2 balik apa yang buat otak aku semak sangat nie?
macam ada benda tak lepas jer.
rasa macam terkepam pon ader.

Actually, this year banyak planning terbengkalai.
especially planning ngan kengkawan.
nak pegi Tioman la..
nak gie USS la.
semua terbarai.

So rasa macam sentap jer...huhuhu

Bukan apa, sesekali teringin nak jimba ngan kengkawan.
lepas kejap title mak2 kat umah nie.
tapi kan asal plan jer, musti tak jadi.
banyak jer halangannya.
sedih akak.

Last berjimba masa gi Melaka.
tu pon bukan lama.
2 hari satu malam jer.
rasa macam release giler.
nak buat apa2 takder saper  nak perhati.
best hokeyy...heaven jekk.
jaoh dari laki sendiri.
jaoh dari anak....hurmmm...

Nak dijadikan cerita,
one day tu, tertengok satu rancangan kat Astro.
Hazama ngan Yazer gie Jakarta.
Omai..tetiba hati tu macam berdenyut2, 
mengepam2 lain macam.
Otak tetiba teros rasa nak gie sana.
I miss that Jakarta so much la.
teringat dolu2 jalan gie sana sampai nak tercabot kaki...huhuhuu

Otak nie dok ligat pikir Kak long,
entah kenapa.
Tu yang teros roger Kak Long.
Tapi...yang paling best, tetiba Kak Long bagi green light.
walaaaaaaaa....
teros Kak Long cakap,
"Jom!! cepat gie survey flight ticket"
"makesure date masa christmas ea.."
waaaaaaa...rasa nak menanges tersedu sedan..huhuhuu 
iollss carik sekarang jugakkk. cargassss!!!

Dalam sibuk2 carik the best promo rate,
suddenly Kak Long buat pengakuan.
"Ngah..sebenarnya akak nak pi Bandung early dec ngan Kak Mariana"
Adoiii...apekah??
giler tepanjat gegel.
bila pikir2..apa gunanya aku pi skodeng2 tempat yang sama.
Yer la..aku plan nak gi Jakarta merangkap Bandung sekali.
Tapi since Kak Long dah nak pegi kan,
takkan nak return lagi masa christmas tu. ..huhuuu
sentap hokeyyyyy...T__T

Pastu Kak Long kata..carik tempat lain la.
Phuket ker..Krabi ker..Vietnam..Bali..
waaaaaaaa....
sedih sebenarnya. Bukan pasal aper.
sebabnya time nak pegi tu kan Christmas eve.
paham2 jer la harga ticket kan?
memang melambung2 la..huhuhuuu
Macam terputus asa kejap..T__T

Jadinya, 2 hari nie aku berhempas pulas carik rate paling best.
so at last dedua plan ketat2 nak gie Vietnam.
since kitorang pon tak pernah pegi sana.
mari kiter joe jambul...ngeeeee..

Berkat ketabahan dan kegigihan akhirnya berjaya jugak.
walaopon ada gaduh2 manja ngan Kak Long,
semua gara2 nak pilih tarikh ngan masa nak ke sana.
tapi takper..yang penting jadi..hehehee
masa untuk release tension katenya..

Nanti aku wat review sikit eh macam mana aku book ticket.
Untuk references korang and aku jugak in future.

Ha..lagi satu..aku tak naik Air Asia macam selalu.
This time round aku naik MAS.
lagi murah kalo ikot perhitungannya.
berapa murahnya?
nanti aku cerita eh...ngeeee...

Mata dah kelat la uollss.
nak pi tido la.
penat sebenarnya badan nie.
tadi kat ofis giler banyak keje.
tak menang tangan.
rasanya macam kaki pon nak naik atas meje..huhuhuu..

Till then, nanti aku buat kesinambungan kesah percotian drastik ini yer.
hopefully aku rajin la masa tu..kihkihkihh

Ok..jumpa lagi uollss.

Babai.








Friday, November 22, 2013

Muat dah??

Entah kenapa pagi2 buta, tangan nie gatal2 nak bukak gobok.
apa hal la pompuan nie.
kelebet sana sini pulak.
gi keje bukan kena pakai baju kaler2 bagai pon.
pakai uniform jer kan?

Tu la dia.
memang kena pakai uniform pon.
tapi tetiba hati nie terdetik nak tengok baju lama.
kot2 dah kena gigit lipas ker mak menti ker.
haros akak nanges kan...T__T

Actually banyak baju dah pi sedekah kat orang.
yang tinggal cuma yang comfom aku sayang ketat2.
lagi2 yang ada sentimental value.
tak pakai pon takper.
janji aku nampak depan mata. gitueww.

Terpandang kebaya pendek sulam beli kat Bali 10 tahun dulu.
serious suka and sayang baju nie.
last aku pakai masa preggy 4 mths.
after that haram tak pakai. dah gomok sudah.
rasa nak nanges sampai buta.

Nie la tetiba gatal lak nak pakai.
cuba jer kot.
even dalam hati, macam tau tak muat ponn..:p

Tetiba perkara mistik berlaku.
eh..apekah??
sudah kurus kah?
kihkihkihhhhhhh........

Hamek ko mak enonnn.
akak dah muat hokey baju kebaya tu.
even ada ketat sikit, tapi still bole butang hokey.
nie kalo pakai girdle comfom bole sangat..hehehehe..
tetiba rasa hatiku bermunge2...ngeeee..

Ok. Comfom aku pakai dec nanti masa wedding cousin aku.
tak sabar iollsss...

Another baju yang aku try is kebaya pink background hitam tu.
owhh..seriously. Aku memang giler kentang sama ini baju.
tak tahu kenapa.
suka dan sayang sangat.
Masa beli tu takder la mahal mana.
murah jer kott.
tapi sebab first impression dah jatoh chenta kan.
sampai sekarang chenta itu bermukim di hati ku...kihihkihhh..

Kalo dah kebaya kecik hijau tu pon aku muat.
lagilah kebaya pink nie kan.
kalo tak muat memang saka sangatlah badan ko tu.

Masa nak mentry kebaya pink tu.
aku rasa sengih aku nie macam tak bole nak stop.
rasa nak continue lagi sampai doploh taon akan datang.
bahagia gila.
rasa macam umo tu patah balik belakang..kehkehkehhh..




 rasanya kalo turun lagi 2/3 kg sure lagi selesa pakai baju nie...emmm...



Kebaya nie aku pernah pakai masa konvo dulu..giler dah lama kan?
now dah muat..sangat senang hati..ngeee 



Ok takper. Nanti ada wedding mana2 aku pakailah.
takpon kalo ada apa2 event yang best.
baju tu seme evergreen. so not a big deal.

owh badan..janganlah naik lagi.
penat hokey nak maintain..huhuhuu...





Saturday, November 16, 2013

Aktiviti coti2 sekolah.

Hari dah start coti sekolah.
bacalah kat maner2 pon.
Fesbuk. wechat. instagram.
seme citer pasal coti sekolah.

Kebanyakkan nak memperkuatkan iman di dada.
iman menebalkan tahap kesabaran paling maksimum katernyer.
semua gara2 anak dah menebeng kat umah kan.
jadinya harus tekak si emak memang tak bercoti punyer.
comfom ketat2, ada jer aktiviti anak2 yang si emak tak suker bila kat umah.
bangon lambat.
tengok tibi sampai tibi pon tengok dia balik.
main games tak hengat.
kacau adik2 sampai terjerit2 satu rumah.
gadoh jangan citer la.
bila semua dah berjumpa, memang macam2 la kerenahnya
lagi parah, time coti sekolah nie,
comfom bil elektrik ngan air naik...huhuhuu

Tapi tak pada aku la.
anak aku sorang jew pastu dah besor pulak.
harosnyer aku bersenang hati...ngeeee

Tapi disebalik senang hati tu, 
ada jugak cerita hal mak2 nie.
mak2 tu aku la.
sejak ada anak kucen 2 ekor nie.
mulut aku tak abis2 bising.
penat hokey.
dia dok menyepah rumah sana sini.
hari tu aku mengamok sebab si Irish korek and sepah tisu kotak satu rumah.
rasa nak pitam takmo bangon2 taww.

Tu belom lagi macam tadi.
memasing sibok buat keje sendiri,
sampai tak perasan 2 ekor anak kucen tu takder.
Ok fine. rupernya mereka2 itu main kat atas.
tapi paling tak boleh blah bila si Irish basah kuyup.
adoyaiii...bulu awak tu tebal panjang2.
buat per mu pegi main dalam bilik air tu.
masa tu mulalah mulut mak2 nie nak bising.
nak carik suspek yang tak tutup pintu bilik air tadi.
orang terakhir yang gunalah saper lagi kann?
apa pon tak boley laaaaaa.


Sekarang nie si dompot 2 ekor nie dah pandai bergurau senda manjat2 atas sofa. kemain korang ea...sofa mama tu umo dah 10 taon hokeyy. nak masok arkib dah.korang main, lagi cepat check in arkib tu...huhuhuu 


Terlebey aktif sebab banyak sangat sumbat supplement.
Gitulah jadinyer.
lepas ni aku nak makan supplement jugak.
biar bertenaga sikit nak jadi tarzan of the year.

Citer pasal coti sekolah lagi.
aku ngan papa berkira2 nak plan aktiviti untuk Aleeya.
Mulanya nak masokkan dia gi camp 3h 2m.
kebetulan memang ada pon program tu hujan bulan nie.
tapi musim skang tak berapa best la.
hujan jer kan.
so kalo nak anto camping2 tu macam tak sesuai pulak.
Tapi kalo dapat anto gi sana, memang best la.
Tengok la nanti macam mana.
kalo cuaca okeh. teros anto jew.

Plan lain pulak konon2 nak anto Aleeya balik kampung.
bior dia dok umah Wan dia.
nanti bole la Wan monitor dia pasal solat2 semua.
kalo dok kat taska tu, memang hampeh la kan.
dah jumpa kawan2.
main jer lebey solat entah kemana.

Tapi, bila pikir2,
kalo anto dia pegi balik kampung.
tak mengaji pulak kang dier.
kat kampung nanti saper pulak nak ajor ngaji?
adehhhh...banyak tol la alasannyer.

So, kesimpulannya dok umah jer la kot.
mama papa pegi keje.
awak dok taska jer.
tolong mak mel ngan mak imah masak ngan jaga baby..huhuhuu

Kalo nak cerita pasal holiday pulak,
tak pernah pulak kitorang gi holiday hujung2 tahun nie.
kalo pegi pon yang dekat2 jer.
macam melaka tu bole la.
setakat 2/3 hari.
nak lebey2 tak bole.
sebab time2 cenggini coti dah takder lagi.
sebab nak simpan bawak ke taon depan.
so, taon depan nanti dapatlah coti panjang sikit.
haa..masa tu baru kita pulun vacation.
10 hari cukup???
ececececehhhh...
lempang kangggg!!

Sibuk ngan aktiviti anak,
apa pulak aktiviti aku ek.
tetiba rasa sedey lak.
sebab rasa macam aktiviti aku nie semua membosankan.
balik2 baca novel.
balik2 baca magazine.
balik2 layan blog.
takpon buat keje umah..masak bagai.
benda lain?..takder kott.
boring2 layan kawan2 wasap wechat bagai.
tu pon kalo diorang ader.
kalo diorang takder, dok diam2.
nak wasap wechat ngan kawan lain, 
ada kang yang jeling2 nanti.
bukannya boleh.
tak pasal2 kena unfriend semua..aptb.

Kena aktiviti papa pulak.
biasalah orang lelaki.
apa2 yang dia buat nampak best jer. nampak seronok jer.
kawan2 ramai.
bole chat bagai.
bole ngeteh beramai2.
rasa nak keluar jumpa kengkawan, jom keluar.
raas nak ngeteh ngan kengkawan, jom ngeteh.
seronok tak?
giler tak seronok.
kalo aku dapat macam tu pon aku happy giler.
yer la sesekali dapat keluar jumpa kengkawan kan.
dah penat2 keje..dapat jimba kat luar balik 2/3 pagi.
mau tak best.

tapi untuk orang lelaki bole la.
takkan orang pompuan nak buat lagu gitu pulak.
tak manis katernyer.
lagi2 bini org kan.
tapi serious la..dah jadi bini orang nie well known banyak pantang larangnya.
haros terima itu semua. 

Orang lelaki banyak pantang larang tak?
ada jugak..tapi tak seterok orang pompuan.
jarang orang berkata2 pasal orang lelaki.
sebab tu orang lelaki diberi kebebasan berkawen 4.
kat situ jer dah nampak.
buat apa jer nampak cantek.
kalo pompuan?..buruk sajer nampaknyer...huhuhuu

So, ultimately..redho adalah jalan terbaik.
dah begitu kejadiannya.
setiap yang dah ditetapkan tu semua ada alasannya.
jadinyer terima dengan berlapang dada.
banyak kebaikan dari keburukan. Tu yang pasti.

Eh..macam termerewang pulak.
lain sebenornya yang aku nak citer..hehehee

Oklah. Stop dulu.
ada benda lain nak buat nie.

Babai.





















Sakit tak baik lagi.

This week memang bizi ngan interim audit.
macam tak cukup nafas pon ader.
baru nak lepas lelah closing last week.
this week nak layan super dewa lak all auditer nie.
apa pon tak boley.

Nasib tak baik. 
Today dah masuk day 4 aku suffered ngan 'sakit' nie.
sakit aper?
aku jer yang tau.
rest kat umah masa day 1 sakit tu memang tak cukup.
the day after tu still kena pi ofis jugak.
keje banyak.
ngan auditer lagi. rasa nak menanges pon ader...T__T

Kejadian start adalah berlaku hari rabu lepas.
Paling tak boleh blah masa satu malam tu aku langsung tak bole tido.
gelisah resah menahan sakit.
dengan tak selesa lagi...huhuhuu

Tengok papa tido kemain.
siap ader backup sound system.
nasib sound system tu manja2 jer bunyik dia.
seronok yer Papa. sedap tido kan?
i nie you biar sorang2 tak tido ngan tahan sakit lagi..huhuhuu..
sedey tawww...T__T

Sepanjang malam tak bole tido so layan tv ngan henpon.
dok kelebet2 henpon dah macam nak tebarai henpon tu aku kejekan.
tengok fb ngan wechat sampai dah nak muntah.
last aku pon tak perasan pukul berapa aku tetido.
tapi yang pasti masa tu dah nak dekat pukul 6am.

Terjaga kejap sebab papa ngan Aleeya dah bizi bersiap nak gi keje ngan skool.
aku still berbungkus dalam comforter.
papa well known aku tak sihat.
so dia tak kejut.
he just let me sleep like a baby.
baby kew?
alamak..rasa nak tikam bertubi2 diri sendiri.

Before gie keje, macam biasa,
Papa tinggalkan macam2 pesanan
tak larat nak dengar okey papa.
me so sakit kepala and sleepy.
dont kacau boleh tak?
Jadinya apa yang papa cakap aku buat bodo jer...kihkihkihh

Before aku tido tak bangun2,
whatsapp ofismate jap.
just let them know that aku tak bole masuk ofis.
after that, teros lelap and tak sedar diri.

Pukul 9am macam tu terjaga lagi.
adehhh..naper nie?
tetiba kepanasan.
macam nak hangen satu badan.
who switch off my aircond??
panas hokeyy...
mata pulak silau tengok shinning2 kat tingkap.

Oh my..lupe plak..im alone kat umah.
saper pulak gatal tangan switch off kan?
Okeh. aku dah tau dah.
auto off letewww. Biorlah.
aircond nie pulak kalo mati automatik kipas lak hidup.
jadinya, sambung tido ngan kipas sudah.
malas kot nak bangun nak capai remote aircond...huhuu

Noon, terjaga lagi.
Papa call. So, aku kena bagitau berita terkini kat dia.
tak bagitau kang risau lak dia.
siap buat laporan segala, bangunlah sudah.
mandi kasik segar badan.
perut lapor okeyyy. tak boleh blah.
Tu takper.
tetiba terpikir lak. Apa aku nak makan nie?
rumah nie bukan pandai simpan roti biskot segala.
Ok takper. 
Mari turun tengok apa yang ader kat esbok.

Nampak Ogish ngan Irish dah mengiau.
Oh my baby. Nak kuor ea?
jom kuor kita main kat luar ehh. 
Cayang anak mama nieh.

Checked esbok ada ikan duri.
ok jom kita kasik rendam dia.
masak asam pedas pon best kan.

Ehh..ko sakit kan?
nak masak?
Helloo...kalo tak masak nak makan apa uollss?
akak lapor okeh.
nanti ada jugak yang kena kekah dalam umah nie.
tetiba tepandang anak kucen 2 ekor tu.
oh nooooo...that my baby.
i wontttt!! bengong aper?

Meanwhile nak tunggu nasik masak ngan ikan rendam.
jom main ngan anak2 mama nie.
OMG..best giler main ngan budak dompot nieh.
im so happy.
sakit pon macam tak sakit dah.

Kol 2pm macam tu masuk dapur balik.
and mari kita masak.
2 ekor kucen teman masak kat dapur. super owesome.
love both of you ketat2.

Makan pukul 3pm.
tetiba papa call.
Iollss baru nak makan papa.
so hungry like hell you know?
i want to finish it. go to hell my diet instead.
i was sick and i want to eat.
gituewww.

Me, biasanya so mengada2 kalo sakit.

nak makan ubat memang giler susah.
manjang nak kena ingatkan.
Kadang2 kene bebel sebakol baru la terhegeh2 nak makan ubat.
if papa ada kat umah, lagilah aku gedik semacam.
sampai nak makan ubat pon kadang2 papa suapkan.
oh my..sila lempang pompuan nie..aptb!!

Sementara nak tunggu Papa ngan Aleeya balik.
Layan main lagi ngan kucen dua ekor tu.
tapi aku pon tak sedar sampai pukul berapa.
sebab after makan ubat aku tertido.
terkejut bila dengar bunyi guruh.
lebat giler kot hujan kat luar itu.

Sambil layan sakit manja2 tu mari sambung tido balik.
syok giler tido berteman bunyik hujan kat luor.
memang sorga donia lah.

And now dah masok day 4 sakit.
even tinggal sikit2 jer rasa tak selesa tu,
but still tak best la kan.
sabor jer la.
besok2 baik ler tu.
adeh...besok tu bila?
nie pon dah siksa nak taggung....huhuhuu

Today, saturday.
dok umah diam2.
since dah penat otak nie dok melayan auditor seminggu.
maleh dah nak pikir aper2.
mari buat sesi therapy 'ketenangan jiwa'.

Oklah. Tetiba mata nie mengantuk lak.
nak tido jap.
hopefully petang nie tak hujan.
boleh la gi jogging. 
lama dah kot tak gi jogging.
almaklom, JB nie everyday hujan uollss.
aktiviti jogging memanglah ke laot.

Off dulu.

Babai.


















Tuesday, November 12, 2013

Appendiks sakit kembali?

Pagi tadi kan, napsu lemau tak bole blah.
bangon tido tros skodeng FB., 
That time dalam kol 5.45am gitu.
aku perasan memasing dalam FB dok menghapdet paras tahap kemalasan.
semua gara2 hujan lebat di luar ituewww.
macam2 statement keluar.
nak sambung tido la.
takmo keje la.
nak mc la.
nak tido takmo bangon2 la.
kemain korang ea.
abis aku nie nak hapdet apa plak?
cer citer?

That time aku still tak pandang keluar lagi.
malas kot nak selak2 tingkap.
yang aku tau, kat luar itu tidaklah hujan.
sebab tak dengor bunyik apa2 pon.
senyap jewww.
so, aku comfom ketat2 la..memang tak hujan la tu.

Jadinya, marilah kiter bersiap yer.
lemau ker tak lemau ker, still kena keje jugak.
aku tengah interim audit nie. 
mana boleh curik tulang.
mari bersabar untuk seminggu nie.
minggu depan dah bole gelek gerudi...ngehhhh..

Separoh perjalanan nak ke tempat keje tu.
makkkk!!...puteh berkabus jer depan mata.
apekah?
tanda hujan lebat yang bakal tiba.
on the way nak ke tempat aku katernyer.
konon macam tadah badan nak kena rempuh hujan jew.
even dalam kete jer pon..huhuhuu

Tapi serious lebat kott.
tepaksalah papa anto aku betol2 depan main office.
dah macam vip gitu.
akak suker...akak sukerr..ngeeee..

masok ofis macam sunyi semacam jew.
apahal korang nie?
taulah luor tu hujan.
abis muker seme nak semedang ketat konon tak bole sambong tido?
gitu ker?
bertabahlah seme.
ada berapa hari lagi jew nak menghadap auditor2 nie.
pastu kiter cucuk bintang la kan...hahahhaa

Masalahnyer, jangan kata mereka2 itu seme mukernyer ketat.
aku rasa muker aku lagi ketat sendat kot.
macam bangon tido pagi tadi la.
super lemau jer.
rasa nak balik jew tau.
mencik okeh ngan perasaan ini.
wahhh..perasaan sangat..pangggg kangg!!

Bila dah lemau, toksah nak tunjok pekerja moslimah sangat nak belek2 report.
marilah kiter memanjangkan akal pikiran membaca blog2 di pagi hari.
skodeng di sana. skodeng di sini.
membaca dengan penoh perasaan.
ketawa sorang2. cakap sorang2.
oh my..sangat tak boleh blah ko pompuan.

Dah puas hati sesangat menggosip ngan komen2 pencerahan.
mari kiter senyum dan tarik napas.
haaaaaa....baru bole buat keje kan.
naik napsu gitu.
me loike..:)

Syok2 buat keje,
tetiba masok lak call dari no ntah maner.
eh sore pompuan la.
siapakah?

Ooo..ok.
kenalkan diri cikgu Aleeya.
Eh..tetiba.
apa ke hal.
tak pernah2 sekolah nak call.
emergency ke haper?

Berkatalah cikgu yang anakanda Aleeya sakit perot teramat.
sampai menangis keluar air mata darah kesakitan.
eh..ye ker?
takkan sampai cenggitu.

Cikgu pon mulalah berbicara.
Aleeya...bla..bla...appendiks...bla..bla..
nanges...bla..bla...balik..bla..bla...

Ok. takper cikgu.
mintak tolong jasa baik cikgu bagi dia rehat.
saya tak bole amek sekarang.
tengah hari sikit nanti saya amek dia bawak gi klinik.
harap dia boleh bertahan.
waahhh..gitu aku jawab.
penoh ketatasusilaan....phuiiiii!

Cikgu pon kata okey.
nanti dia perhatikan.
since masa tu pon dah nak tengah hari.
kalo ada apa2 yang pelik, dia call aku cepat2.
haa...gitu pulak cikgu jawab.

Ok cikgu, terima kasih, jasamu dikenang.
ehh..tu aku tambah sendiri..hehehee

Ha..ni mau cerita.
dalam ketatasusilaan aku tu.
terselit ketromaan yang melampau.
sebenornyer menggigil jugak kepala lutut aku nie.
aku nie tak bole dengor2 pasal anak aku sakit.
lagi2 citer tang perot.
aku troma okeh.
seme gara2 masa anak aku kena appendiks 4 taon dulu.
mana tak troma.
sebab masa tu anak aku dah sakit guling2.
tapi sku still ingat dia sakit perot biasa.
siap gie sekolah lagi.
jangan kata sekolah,
siap gie tengok wayang lagi.
dalam masa yang sama budak tu tengah sakit...huhuuuhu

Bila dah terok sakit sampai tak bole jalan.
baru aku rasa macam pelik.
apasal budak nie sakit perot lain macam.
tu yang rushing gie Puteri Specialist.
buat xray scan bagai.
oh my...my baby!!!
diagnose appendiks!!
masa tu umor baru 6 tahun.
sangat kecik okey.
giler kesian.
rasa nak nanges2 guling sebab menyesal hantar dia lambat buat treatment.
giler pengalaman terlampau.

Perghh..tahap penyesalan tak boleh blah.
sampai sekarang aku teringat2.
tu yang jadi troma tak hengat.
luckily that time, appendiks tak pecah.
masih boleh diselamatkan dan dalam kategori awal.
syukur sangat2. Alhamdulillah.

Okey. Boleh imagine tak situasi tu?
ko rasa aku kejam tak?
giler ko tak kejam.
aku menyesal tahap petala langit ke tujuh...T__T

Sambung balik citer tadi.
Lunch time tu aku keluar kejap.
yerla nak amek baby boo aku kat skolah katernyer.
memang aku comfom ketat2 nak bawak dia pegi check kat klinik.
bior doctor check dulu dlm perot tu ada aper.
raksasakah? nagakah? dinosourkah?

Teros bawak gie klinik feveret aku.
suker doctor kat situ,
sebab nanti dia check detail.


Dekat klinik pon mengelitis semacam..hohh..


Masok bilik doctor,
citer sikit sejarah lampau penyakit Aleeya.
then doctor pon check.
giler lama okeh dia check.
pastu dia kata nak buat urine test Aleeya.
Ok. mari buat urine test.

A few minutes lepas doctor dah buat test,
dia pon bagi result.
doctor cakap Aleeya ok.
ada kencing kotor sikit.
tu yang mungkin dia sakit perot.
Eh ye ker?
Ok. dengor lagi.
Doctor kater, sakit tu tak mungkin datang dari appendiks.
sebab appendiks dah dibuang dan dah cure sepenohnyer.
Ok. yang tu aku agree.
So, doc kater dia bagi antibiotik and ubat and soh Aleeya habiskan makan.
Ok. baiklah doctor.

Kiter tengok duku yer progress macam maner.
kalo ada yang tak kena,
kita bawak dia gie spital buat full checkup.

Balik klinik, teros singgah Mcd jap.
tapau sajer.
memasing dah lapor pon.
Bila pikir balik, alamak..jaoh kot nak anto Aleeya balik nursery.
jadinyer, moh la ikot mama gie ofis.
mama pon dah lambat masok ofis nie.

Doklah melepek budak tu kat opis.
bagi dia makan bubur Mcd tu.
Jangan kater bubur tu dia sebat abis makan sorang.
McChicken aku lagi separoh pon dia tibai abiskan.
suka hatilah. makan..makan...lapor yerrrrr..


makan time


budak nie hepy jer kalo mama bawak datang opis...


Dah jejak ofis, memanglah aku dah tak sempat nak buat aper pon.
nak makan McChicken tu pon tak senang.
kejap2 kang si auditor nak tanya barang.
korang nie memang menyibok tau.
kacau jer orang nak makan.

Sudahnyer, makan ke mana..anak kemana.
pandai2 la ko nak bawak diri.
Mama bizi giler nie...huhuhuu..

Nasib la si Aleeya tu dah biasa kat ofis tu.
so, pandai lah dia nak buat apa pon.
nak merayap.
nak makan.
nak minom.
nak pi toilet.
Mama pon tak risau sangat.

Bila buat keje tak hengat donia.
tau2 jer dah pukul 5.30pm.
eh dah balik ker?
ok. syok sudaaaa. Masa dah time katernyer.
aku giler penat okeh.
nak balik!! nak balik!!

Jejak umah dalam 6.15pm gitu.
rasa nak menghempas diri atas katil and teros tido takmo bangon2.
makkk...rasa lunyai tulang belulang even keje bukan pakai tulang pon.

Gitulah kan kalo keje pakai otak.
otak penat, otomatik badan pon penat.
penat tebarai sangat rasanyer...huhuhuu.
Eh..penat2 pon aku boleh layan hapdet entry nie okeh.
takjub tak??
haaa....sebenornyer aku yang takjub dengan diri sendirik.
rasa mistik sangat.

Biasanyer aku kalo penat, 
takdernyer la aku nak layan benda2 gini.
fefeeling tido berteman ekon lagi syahdu kot...muahahaha..

Okeylah.
Rasa tepanjang pulak entry hari nie.
tetiba rasa nak termuntah plak.
sure banyak typo error.
ok. biarkan sajer.
pandai2 la korang baca dan betolkan sendiri yer.

Nak tidooooo...penattttt!!!

Babai.












Monday, November 11, 2013

Ada ketamakan di situ.

Baru lepas belek2 and susun novel2 kat shelf tu.
Mata tu macam terpusing2 bila terpandang buku yang tersusun kat situ.
Eeh..banyak lagi rupernyer buku yang aku belom baca.
Tapi persoalannya, 
buku banyak tak baca lagi,
tapi naper aku menggatal membeli lagi?

Aku dah cakap.
aku tak bole masok lagi bookstore.
Patotnyer bookstore tu letak pengawal pakai senapang.
macam pengawal kat kedai emas tu.
kalo nampak aku, halau jer.
kalo takmo halau bole jer tembak aku.
Tapi janganlah pakai senapang yang betol2 tu.
pakai jer la senapang air.
matilah kot kalo tembak betol2.

takperlah kalo baju aku basah kena tembak.
aku rela taww.
dari aku membazir duit beli dan beli dan beli....
bacanya tak jugak.
tamak jer lebey...huhuhuu

Unsur dramatik ketamakan melampau yang tak boleh blah.
haros dilempang laju2 dan berkali2.
biar ada kesedaran disitu.

Tapi entah kenapa, perangai buruk tu tak bole elak la.
sebab rasa tak bahagia gitu kalo tak buat.
kalo dapat buat...
perghh...macam dapat jongkong emas la kiranyer...ngeeee

Aku pernah gak kena sindir kat ofis.
baca buku tebal2 penoh ketaksuban.
pantang termengantuk sikit time buat keje,
cepat2 aku sambar novel tu nak baca.
nak hilangkan ngantok katernyerr.
ofismate pon siap geleng2 kepala tengok aku.

Tu belom lagi ada yang siap cakap,
"Maria..kalo ko baca quran dah katam 2 kali kot"
tak pon cakap macm nie,
"Maria..ko tak muntah hijau ker baca buku tebal2 nie?"
cakap macam nie pon ader,
"Sanggup ko baca buku nie? Kalo aku dah terlentang tido dah"

Macam2 la statementnyer.
Aku macam biasalah.
buat muker tak bersalah jer.
Ada aku kesah?
tak terjejas pon hawa napsu aku nak membaca.
teroskan sajer...hehehee

Eh korang,
semalam kan aku ada beli novel lagi.
tak banyak pon.
Beli dua jer. cukuplah kot.
sebab minggu lepas aku dah beli 3.
Oh my!!
Maria!..dalam masa seminggu ko beli 5 novel??
Kenapa jadi begitu?

Oooppss..sori2..tak sengaja okeh...huhuhuu
Satu novel tu kawan aku yang rekemen.
satu lagi novel memang aku dah verangan lama nak beli.
tetiba kan bila sampai umah,
baru aku perasan dua2 tajuk novel tu sangat scary.
Ehh..apekah??
kebetulan jer kott.
Takder kena mengena ngan hidop mau pon yang dah arwah.


Tajuk tak boleh blah. Scary okeh.
 Dua2 story pasal suami yang tak favor...huhuhuu


Tadi masa kelebet2 novel yang ada.
rasa nak tertonggeng tengok banyak novel yang belom baca.
yang belom bukak plastik pon ader.
nampak dara gitu.
cakap dalam hati...buroknyer perangai ko Maria.
sudah2 la tu.
stop buying okeh.
dont tamak2.
setllekan apa yang ada tu dulu.
tamak tu kan amalan syaitonirrajimmm.
cuba elakkan okehhh...
*susahnyer permintaan tahap dewa nieh..huhuhuu


Nie semua belom baca....huwaaaaaaa...T__T


Paling best bila minggu lepas aku start balik baca novel Cik Bunga tu.
novel tu kelakor melampau.
Dah baca banyak kali pon nak ketawa lagi...haishhh..
tapi yag tak bestnya, 
buku2 baru yang dibeli tu bila pulak nak dibacanyer?
Pusing2 buku lama jugak yang dicarik dan dibaca...aptb.



Tak lama lagi macam kena tambah shelf jek...huhuhuu



Eh, tetiba terasa macam nak membaca la.
tetiba kannnnn...hahahahaa

Ok lah. Stop dulu.
jom layan perasaan yang super heaven nie.
nanti bila perasaan tu dah hilang,
terkinja2 pulak nak korek2 punca kehilangan tu.
tak pasal2 ko meroyan macam mak kucen hilang anak.

Ok. Jumpa lagi.
Babai.