This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Saturday, November 16, 2013

Aktiviti coti2 sekolah.

Hari dah start coti sekolah.
bacalah kat maner2 pon.
Fesbuk. wechat. instagram.
seme citer pasal coti sekolah.

Kebanyakkan nak memperkuatkan iman di dada.
iman menebalkan tahap kesabaran paling maksimum katernyer.
semua gara2 anak dah menebeng kat umah kan.
jadinya harus tekak si emak memang tak bercoti punyer.
comfom ketat2, ada jer aktiviti anak2 yang si emak tak suker bila kat umah.
bangon lambat.
tengok tibi sampai tibi pon tengok dia balik.
main games tak hengat.
kacau adik2 sampai terjerit2 satu rumah.
gadoh jangan citer la.
bila semua dah berjumpa, memang macam2 la kerenahnya
lagi parah, time coti sekolah nie,
comfom bil elektrik ngan air naik...huhuhuu

Tapi tak pada aku la.
anak aku sorang jew pastu dah besor pulak.
harosnyer aku bersenang hati...ngeeee

Tapi disebalik senang hati tu, 
ada jugak cerita hal mak2 nie.
mak2 tu aku la.
sejak ada anak kucen 2 ekor nie.
mulut aku tak abis2 bising.
penat hokey.
dia dok menyepah rumah sana sini.
hari tu aku mengamok sebab si Irish korek and sepah tisu kotak satu rumah.
rasa nak pitam takmo bangon2 taww.

Tu belom lagi macam tadi.
memasing sibok buat keje sendiri,
sampai tak perasan 2 ekor anak kucen tu takder.
Ok fine. rupernya mereka2 itu main kat atas.
tapi paling tak boleh blah bila si Irish basah kuyup.
adoyaiii...bulu awak tu tebal panjang2.
buat per mu pegi main dalam bilik air tu.
masa tu mulalah mulut mak2 nie nak bising.
nak carik suspek yang tak tutup pintu bilik air tadi.
orang terakhir yang gunalah saper lagi kann?
apa pon tak boley laaaaaa.


Sekarang nie si dompot 2 ekor nie dah pandai bergurau senda manjat2 atas sofa. kemain korang ea...sofa mama tu umo dah 10 taon hokeyy. nak masok arkib dah.korang main, lagi cepat check in arkib tu...huhuhuu 


Terlebey aktif sebab banyak sangat sumbat supplement.
Gitulah jadinyer.
lepas ni aku nak makan supplement jugak.
biar bertenaga sikit nak jadi tarzan of the year.

Citer pasal coti sekolah lagi.
aku ngan papa berkira2 nak plan aktiviti untuk Aleeya.
Mulanya nak masokkan dia gi camp 3h 2m.
kebetulan memang ada pon program tu hujan bulan nie.
tapi musim skang tak berapa best la.
hujan jer kan.
so kalo nak anto camping2 tu macam tak sesuai pulak.
Tapi kalo dapat anto gi sana, memang best la.
Tengok la nanti macam mana.
kalo cuaca okeh. teros anto jew.

Plan lain pulak konon2 nak anto Aleeya balik kampung.
bior dia dok umah Wan dia.
nanti bole la Wan monitor dia pasal solat2 semua.
kalo dok kat taska tu, memang hampeh la kan.
dah jumpa kawan2.
main jer lebey solat entah kemana.

Tapi, bila pikir2,
kalo anto dia pegi balik kampung.
tak mengaji pulak kang dier.
kat kampung nanti saper pulak nak ajor ngaji?
adehhhh...banyak tol la alasannyer.

So, kesimpulannya dok umah jer la kot.
mama papa pegi keje.
awak dok taska jer.
tolong mak mel ngan mak imah masak ngan jaga baby..huhuhuu

Kalo nak cerita pasal holiday pulak,
tak pernah pulak kitorang gi holiday hujung2 tahun nie.
kalo pegi pon yang dekat2 jer.
macam melaka tu bole la.
setakat 2/3 hari.
nak lebey2 tak bole.
sebab time2 cenggini coti dah takder lagi.
sebab nak simpan bawak ke taon depan.
so, taon depan nanti dapatlah coti panjang sikit.
haa..masa tu baru kita pulun vacation.
10 hari cukup???
ececececehhhh...
lempang kangggg!!

Sibuk ngan aktiviti anak,
apa pulak aktiviti aku ek.
tetiba rasa sedey lak.
sebab rasa macam aktiviti aku nie semua membosankan.
balik2 baca novel.
balik2 baca magazine.
balik2 layan blog.
takpon buat keje umah..masak bagai.
benda lain?..takder kott.
boring2 layan kawan2 wasap wechat bagai.
tu pon kalo diorang ader.
kalo diorang takder, dok diam2.
nak wasap wechat ngan kawan lain, 
ada kang yang jeling2 nanti.
bukannya boleh.
tak pasal2 kena unfriend semua..aptb.

Kena aktiviti papa pulak.
biasalah orang lelaki.
apa2 yang dia buat nampak best jer. nampak seronok jer.
kawan2 ramai.
bole chat bagai.
bole ngeteh beramai2.
rasa nak keluar jumpa kengkawan, jom keluar.
raas nak ngeteh ngan kengkawan, jom ngeteh.
seronok tak?
giler tak seronok.
kalo aku dapat macam tu pon aku happy giler.
yer la sesekali dapat keluar jumpa kengkawan kan.
dah penat2 keje..dapat jimba kat luar balik 2/3 pagi.
mau tak best.

tapi untuk orang lelaki bole la.
takkan orang pompuan nak buat lagu gitu pulak.
tak manis katernyer.
lagi2 bini org kan.
tapi serious la..dah jadi bini orang nie well known banyak pantang larangnya.
haros terima itu semua. 

Orang lelaki banyak pantang larang tak?
ada jugak..tapi tak seterok orang pompuan.
jarang orang berkata2 pasal orang lelaki.
sebab tu orang lelaki diberi kebebasan berkawen 4.
kat situ jer dah nampak.
buat apa jer nampak cantek.
kalo pompuan?..buruk sajer nampaknyer...huhuhuu

So, ultimately..redho adalah jalan terbaik.
dah begitu kejadiannya.
setiap yang dah ditetapkan tu semua ada alasannya.
jadinyer terima dengan berlapang dada.
banyak kebaikan dari keburukan. Tu yang pasti.

Eh..macam termerewang pulak.
lain sebenornya yang aku nak citer..hehehee

Oklah. Stop dulu.
ada benda lain nak buat nie.

Babai.





















2 comments:

  1. salam tuan punya blog :D
    Dalam banyak banyak blog I suka blog you part jalan jalan. Seriously!
    Very inspiring!
    selamat berkenalan!

    Sincerely Yours - Ms. Pearl
    http://chepearl.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ms pearl....waaa..ye ker very inspiring?..suker i dengar...untuk perkongsian katenya..hihihii
      anyway, selamat berkenalan jugak :)

      Delete