This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, November 25, 2013

Percotian drastik katernya.

Sebenarnya dah rasa terbengong.
kusut jer rasanya.
dah feel macam nie since after raya lepas.
pikir2 balik apa yang buat otak aku semak sangat nie?
macam ada benda tak lepas jer.
rasa macam terkepam pon ader.

Actually, this year banyak planning terbengkalai.
especially planning ngan kengkawan.
nak pegi Tioman la..
nak gie USS la.
semua terbarai.

So rasa macam sentap jer...huhuhu

Bukan apa, sesekali teringin nak jimba ngan kengkawan.
lepas kejap title mak2 kat umah nie.
tapi kan asal plan jer, musti tak jadi.
banyak jer halangannya.
sedih akak.

Last berjimba masa gi Melaka.
tu pon bukan lama.
2 hari satu malam jer.
rasa macam release giler.
nak buat apa2 takder saper  nak perhati.
best hokeyy...heaven jekk.
jaoh dari laki sendiri.
jaoh dari anak....hurmmm...

Nak dijadikan cerita,
one day tu, tertengok satu rancangan kat Astro.
Hazama ngan Yazer gie Jakarta.
Omai..tetiba hati tu macam berdenyut2, 
mengepam2 lain macam.
Otak tetiba teros rasa nak gie sana.
I miss that Jakarta so much la.
teringat dolu2 jalan gie sana sampai nak tercabot kaki...huhuhuu

Otak nie dok ligat pikir Kak long,
entah kenapa.
Tu yang teros roger Kak Long.
Tapi...yang paling best, tetiba Kak Long bagi green light.
walaaaaaaaa....
teros Kak Long cakap,
"Jom!! cepat gie survey flight ticket"
"makesure date masa christmas ea.."
waaaaaaa...rasa nak menanges tersedu sedan..huhuhuu 
iollss carik sekarang jugakkk. cargassss!!!

Dalam sibuk2 carik the best promo rate,
suddenly Kak Long buat pengakuan.
"Ngah..sebenarnya akak nak pi Bandung early dec ngan Kak Mariana"
Adoiii...apekah??
giler tepanjat gegel.
bila pikir2..apa gunanya aku pi skodeng2 tempat yang sama.
Yer la..aku plan nak gi Jakarta merangkap Bandung sekali.
Tapi since Kak Long dah nak pegi kan,
takkan nak return lagi masa christmas tu. ..huhuuu
sentap hokeyyyyy...T__T

Pastu Kak Long kata..carik tempat lain la.
Phuket ker..Krabi ker..Vietnam..Bali..
waaaaaaaa....
sedih sebenarnya. Bukan pasal aper.
sebabnya time nak pegi tu kan Christmas eve.
paham2 jer la harga ticket kan?
memang melambung2 la..huhuhuuu
Macam terputus asa kejap..T__T

Jadinya, 2 hari nie aku berhempas pulas carik rate paling best.
so at last dedua plan ketat2 nak gie Vietnam.
since kitorang pon tak pernah pegi sana.
mari kiter joe jambul...ngeeeee..

Berkat ketabahan dan kegigihan akhirnya berjaya jugak.
walaopon ada gaduh2 manja ngan Kak Long,
semua gara2 nak pilih tarikh ngan masa nak ke sana.
tapi takper..yang penting jadi..hehehee
masa untuk release tension katenya..

Nanti aku wat review sikit eh macam mana aku book ticket.
Untuk references korang and aku jugak in future.

Ha..lagi satu..aku tak naik Air Asia macam selalu.
This time round aku naik MAS.
lagi murah kalo ikot perhitungannya.
berapa murahnya?
nanti aku cerita eh...ngeeee...

Mata dah kelat la uollss.
nak pi tido la.
penat sebenarnya badan nie.
tadi kat ofis giler banyak keje.
tak menang tangan.
rasanya macam kaki pon nak naik atas meje..huhuhuu..

Till then, nanti aku buat kesinambungan kesah percotian drastik ini yer.
hopefully aku rajin la masa tu..kihkihkihh

Ok..jumpa lagi uollss.

Babai.








No comments:

Post a Comment