This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, January 30, 2014

Tips Melancong or Bercuti ke Saigon @ Ho Chi Minh, Vietnam

Penutup tirai 2013.
Haroslah carik yang meletop kan.


Ok. Mari kita bercerita tentang tips percotian tak boleh blah dua beradik yang gonjeng ini.

For the first time aku bercoti tanpa Papa ngan Aleeya.
kali nie memang giler ketat2 aku memaksa diri untuk bergerak sendiri.
konon2 nak berdikari.
dapat pulak bercoti ngan Kak Long aku yang well known jarang2 bercoti ke oberseas.
Jadinya, dengan pengalaman yang tak seberapa aku ada tu,
aku gunalah utk percotian kali ini.
Moga2 sukses la kann.

Pegi ngan Kak Long.

tau jer la kalo pegi ngan Kak Long yang penyoping tegar nie.
aku nie penyoping lite2 jer.
still tak bole lawan dewi soping tu.
Kalo aku lawan, aku bole muntah darah tahap kritikal.
langgar sumpahan dan pantang katenya...kihkihkihh

Okeyy.

Come buat check list apa yang perlu dibuat kat sana.
Most of tips and check list nie, experiences aku sendiri.
kalo nak rasa aku membohong ke menipu ker, terpulang.
kalo nak rasa aku buat drama pon, suka hatilah.
Aku cuma sampaikan jer apa yang aku rasa perlu...heheheee



1) Ticket/Flight


Aku book ticket via Wego.Com.

Choose MAS instead of AA.
Nasib aku baik, booking via Wego.Com aku dapat normal rate.
berapa sangat normalnya tu?

Ok. Well known kan.

Bila book ticket last minit nie, somemore jumpa krismas ngan new year.
harganya sangatlah melampau mahalnya.
Aku survey AA, all in dia mau RM1200.
Sama ngan MAS, all in pon mau RM1200.
Haishhh...tu baru ticket jer...hotel..makan..soping apa cer??

Jadinya selepas bertungkus lumus kelebet sana sini.

Last2 Kak Long suggest book via agent.
So, aku pon skodeng itu Wego.Com.
Memang nasib baik, benda yang aku nak terpompang depan mata.

Senai-KLIA-HCM-KLIA-Senai all in RM750 jer.

apa lagi..laju la aku membookingnyer.
memang rejeki itu hari la...suker hokeyyy.

Mari kita lihat itenery and flight schedulenya yerr..




Sila compare harga tersebut. Ternyata MAS lebih murah kan? Ok. Sila booking laju2.


Flight details itenerary katenya.


Summary.




Budget for 5 days 4 nights
Ex rate : USD1 = RM3.20 & Dong1m = RM160 (Jb Area)



2 ) Hotel 

Basicly hotel nie sangat subjektif la. Sebab ikut hawa masing2 kan. Ada yang nak murah, ada yang nak mahal. Ikut keselesaan katenya. But for me, aku prefer to hotel yang ada good recommedation. Ciri2 hotel yang selalu dalam otak kedekut aku.

a) Harga/rate
b) Location
c) Facilities inside/outside hotel
d) Good recommendation from others traveller.

Macam biasa for buget hotel, rate tahap kemampuan akal adalah between RM50-RM120.
Rate for hotel bintang2 pulak between RM150-RM500.
Tengok poket sendiri pastu bookinglah dengan bijak.


Sila google dan search hotel area Ben Than Market, District 1.



3) Taxi

Trusted/recommendation taxi meters among travellers and Vietnamese
a) Vinasun
b) Mai Linh Group

Disini penggunaan Vietnam Dong adalah perlu yer.
Rate from Airport to HCM's Hotel within 150k to 200k
Airport to hotel (+ -) 30 minit
Let you know, above taxi also got hidden charges. So pandai2 la yer standby extra money.

4) Currency

3 currency yang boleh digunakan kat sana    -  USD. MYR & Dong Vietnam

a) USD - guna masa untuk bayar tour. Nak shopping pakai USD pon boleh.
b) MYR - pakai currency MYR nie masa shopping. Lagi senang nak kira/compare.
3) Viet Dong - Untuk sesi makan2 ngan bayor duit taxi


USD & Vietnam Dong



5) Meal/Makan

Makanan kat Vietnam adalah super mahal babas. Sila sediakan duit Dong secukupnya.
Untuk sesi makan2 penggunaan Dong adah perlu dan wajib.

Tapi masa last day, kitorang kehabisan Dong..buat muka selamba nak bayar in MYR..hehehe
nasib baik ok. Incident tu kat berlaku kat Kedai Hajah Basiroh.

Citer pasal makan, of cozlah memasing nak yang halal dan tekak boleh makan kan?
Most of makanan halal located kat area Ben Than Market.
lagi2 kat area depan hotel aku tu.
Consider banyak kedai halal berlonggok kat situ.
Kat tempat2 lain pon ada, tapi jauh2 la.

Standby wit lebih untuk meal sebab makanan kat sini adalah mahal babas.
rate per meal between RM12- RM20 untuk sorang makan.
Sediakan currency Vietnam Dong untuk makan2 yer.

Experience aku kat sana,
first day breakfast nasi goreng seafood + milo panas = RM20...T__T
mahal kan??
so, moral of the story, standby wit lebey yer. WAJIB.


Wajib try...Pho' Noodles...sedapppp!!!!



6) Shopping.

Well known, orang datang sini memang nak shopping.

sama gak kalo gi Bandung or Guangzhow China tu.
So..meh buat summary sikit pasal shopping.

a) Cotton - Bole beli kat Ben Than Market. Ada berjuta kedai dalam tu.
    Jangan korang muntah darah sudah. Harga ikut quality cotton sebab cotton banyak jenis yer.
    Selain tu boleh beli jugak kat pasar malam (night market).
    And boleh jugak beli kat kedai2 area hotel2 yang aku lepak tu.
   
   * Satin Cotton 3.5m = RM25-RM30
   * English Cotton = RM23-RM27
   * Japanesse Cotton = RM30-RM40
   * Viscose Cotton = RM23-RM25

b) Baju kurung dah siap - Aku survey2, kat kedai2 area hotel aku lagi murah dari Ben Than Market
    ngan pasar malam.

   * Baju kurung cotton (without beading) = RM25-RM28
   * Baju kurung cotton (with beading) = RM30-RM35
   * Baju kurung cotton bunga berkaki = RM30-RM35

c) T-Shirt - Benda wajib korang yang biasa korang beli kan?
    Beli kat pasar malam lebih murah. 
    Tapi aku beli kat kedai depan hotel aku, lagi murahhhhh...ngeeee..

   * T-shirt good quality - kain tebal  =   RM12-RM15
   * T-shirt low quality - kain nipis sikit =  RM5-RM10

d) Seluar Pallazo corak2 cantek - seluar nie ramai orang yang kena tipu. 
    Ada yang beli RM30, RM25 pon ada..
    Tapi aku dapat beli RM12 sahaja...
    diulang sekali lagi..RM12 sahaja...muahahahaha..
    Kuasa bargain korang haros hebat yerr.

e) Souviner - wajib beli sebab sumer lawa2.

   * Cosmetic case 1 pack ( ada 6 pcs) = RM10-RM15
   * Fridge magnet - 1 pcs = RM1-RM2

Moral of the story, jangan terus beli. Is better korang round and make a survey dulu.
Seriously, harga memang tak sama.
Sure korang nanges kang kalo terbeli yang mahal tapi kat tempat lain lebih murah.
Kena kuat semangat kalo nak bargain.
Paling best masuk pagi2, dapat harga bukak kedai...ngeeee...

Orait.
At this moment tu jer yang teringat.
kalo ada apa2 yang tercicir nanti aku update balik. Okiessss??

See u then.










    









Saturday, January 18, 2014

Thanh Thu Hotel, Ho Chi Minh, Vietnam




Mari wat review pasal hotel pulak.
macam biasa, hotel yang selalu jadi pilihan aku of cos yang :

1. Budget ~ murah
2. Good comment or recommendation
3. Bersih dan selesa
4. Dekat dengan interest location
5. Dekat ngan facilities macam kedai 7-E, farmasi, kedai makan.

Pada aku yang kat atas tu seme tersangatlah pentingnya.
sebab aku adalah traveller yang sangat kedekut duit dan cerewet babas. 
kecuali ada orang nak sponsor hotel, 
baru aku carik yang mahal and yang best2..ngeee
setakat nak travel biasa dan berjimba, bagus amek hotel budget jer.
tapi kalo nak honeymoon or celebrate anniversary,
carilah yang awesome sikit.
biar naik hawa gitu nak bercuti.
kannnnnnnn...^___^



Kitorang dapat harga nie inclusive tax yer for standard room..murah kan? after that rezeki adik beradik dapat upgrade superior....weeeeeeee....^___^



Hotel tu location kat bulat merah kecik tu. Market yang bulat merah besar. Sepanjang jalan depan market tu adalah night market. Sekian.



Gie Vietnam kali nie, kitorang choose Thanh Thu Hotel ngan Saigon Pink 2 Hotel.
tapi masa nak pegi tu Saigon Pink mahal.
so kitorang decide Thanh Thu jer la.
murah sikit dari Saigon Pink.
Dua2 nie budget hotel.
selain dari dua hotel nie,
ada jer hotel2 lain kat situ.
berlambak hokeyy.
standby duit jer laaaa..apa ada hal kann.

Agaknya rezeki masa check in tu,
orang hotel upgrade bilik kitorang dari standard pegi superior.
awesome tak?
besar sikit la bilik tu.
harga still sama, since kitorang book via booking.com



 Jiran sebelah menyebelah katenya.



 Lobby and reception area.



 Superior room. Bole tido 4 orang. 



 Ada basic ammenities, small fridge and lcd tv.



 Super spacious bathroom with bathtub. Buget hotel ada bathtub tau uollss.
Mari mandi buih...ngeeeeee...







 Also got toiletteries. Ini sudah bagusssss!!



 Aku adalah berdiri betul2di depan hotel. Sila pandang ke depan sana, haaa..itulah sorga membeli belah. Ben Than Market namernyer. Menjadi kegilaan orang2 Mesia...haishhhh..
Sila perhatikan betapa dekatnya market itu dengan hotel kitorang. Awesome tak??
Every night got pasal malam kat depan market tu. Awesome lagi kannn..heheheee
Korang bole pegi balik lapan puluh kali ke hotel lepas soping. Lepas tu sambong soping balik. Semua gara2 nak simpan barang soping yang dah buat tangan ko jadi sengal dan panjang sekaki sebab bag plastik dah bergayut tak hengatttt!!!!



 kat sini tak payah risau pasal makan. Kedai makanan halal bersepah. So korang takkan kebulur tak makan. No worries ya. Cuma nak bagitau, makanan kat sini adalah mahal belaka. Sila standby duit lebih untuk makan. Aku pon tak paham kenapa harga dia mencekik kedarah..haishhh..



 Nie pon kedai makan jugak. Senang kan??



Teksi Vinasun nie all the time ada depan hotel. Aku tak berapa suka sebenarnya teksi ni. Ramai rekemen sebab pakai meter. Tapi disebalik meter tu pon ada jugak hidden charges. Tak senonoh dorang nie. Mencekik duit orang jer. Susah nak percaya orang Vietnam nie tau.




Jangan lupa buat benda nie. Print kat kertas and bagi kat driver teksi masa korang nak soh deme hanto pegi hotel from airport. Driver teksi tak tau cakap english..tapi bole baca...hehehehee



Hotel nie memang wanted dikalangan umat Mesia.
Semua gara2 harga dan locationnya.
so, pada saper2 yang nak lepak sini silalah book awal yer.
selalu sangat fully book nieh.

Kat sini pulak, rata2 korang hanya akan nampak orang Mesia jer.
dah macam kat negara sendiri dah.
senang cer, konon2 korang ada kat mesjid india la.
sebab modus operandi yang sama iaitu SOPING.
memang aku suka sangat aktiviti tersohor cenggitu...ngehhh..

Owh lagi satu.
Kat area hotel ni pon banyak kedai2 yang jual barang2 lagi murah dari pasar ngan pasar malam.
serious..tak tipu punyer.
yang penting, korang survey dulu tau sebelum beli.
kalo tak nanges kuor air mata darah kang.
sebab harga seme tak sama.

Ok. Tu jer kot aku nak citer.
yang lain2 korang skdeng la blog blogger lain yer.
mana tau ada citer lain yang aku termiss kat sini nak citer.

Sampai ketemu lagi ya.

Daaaaaaa.....^___^





Ho Chi Minh Part 6 - Drama anak beranak & Last Minute Shopping


Still in day 4.
After balik dari Chu Chi tunnel around 4pm sampai hotel.
Naik bilik jap, nak tukar baju katenya.
carik dressing yang paling sempoi.
Nak gi pulun shopping uollss.
haroslah seme dalam keadaan yang ringkas dan selesa kan?

Benda pertama turun hotel yang aku nak buat ialah melunaskan edisi penyiasatan.
pi kat area buah2 depan Ben Than Market tu,
nak carik kawan Mr Izz seperti yang dijanjikan since dari Mesia lagi.
berpandukan info dan map yang tak bole blah.
bermulalah mission yang aku rasa kelakar nak mampos abad ini.

Mission :
Mr Izz soh carik mamat Vietnam nie (ada pic)
dia terhilang contact no mamat Viet tu.
so tugas aku, pi carik mamat Viet tu and bagi contact no Mr Izz.
tu jer. senang kan?

Ok. Drama pon bermula.

Ternampak sorang mamat nie tengah belek2 and susun buah kat gerai dia.
and dgn penuh sopan santunnya aku pon tegur.

Aku : Excuse me sir, im looking for this guy. (sambil tunjuk pic kat hp aku)
MV : No...no...
Aku : Is it u sir?
MV : No...no...

Terpinga2 aku.
Apa hal lak mamat nie.
Salah orang kot. Izz kata budak tu student engineering.
tapi mamat nie tak serupa itu mamat engineering tu.
dia langsung tak paham apa aku nak. English pon hampeh.

tetiba, datang sorang pompuan tetiba rampas henpon aku.
tepanjat gegel sekejap.
dia membebel2 tengok pic kat henpon aku sambil  ketawa2.
pastu bawak henpon aku dengan selambanya kat sorang pompuan tua.

Dia cakap ntah ape kat pompuan tua tu sambil tunjuk2 henpon aku.
pastu tunjuk2 kat aku.
ketawa2 lagi.
datanglah pompuan tua tu kat aku, dengan 3/4 orang lagi pompuan Viet.
Dah seme dok keliling aku.
Tetiba aku fefeeling retis kat situ.
dikelilingi  peminat katenya...muahahahaha
*lempang diri sendiri laju2.

Pompuan Viet tu, tunjuk2 kat pompuan tua tu  kat aku.
"Mama..mama..."
aku jadik konpius kejap.
dia cakap bahasa insyarat plus bahasa Viet dia.
mana aku paham lol.

Aku : Yes..come again. Sorry, dont understand. (sambil senyum sumbing)
PV : Mama...mama...mama...(tunjuk henpon aku and tunjuk pompuan tua tu)
Aku : Owh..meaning to say, she is mama to this guy?
PV : Yesss..yess..mama...mama..mama..(sambil tepuk2 bahu pompuan tua tu)
Aku : Ok. Great!! (bermunge2 muka aku that time)

Pompuan tua tu nampak happy sangat masa dok depan aku.
manjang senyum even dia tak tau nak cakap apa.
macam rasa very honourable coz ada orang tanya pasal anak dia.

Aku : Auntie, me from Malaysia. Im looking for your son.
Auntie : Ok..ok...(senyum tak putus2 sambil pegang tangan aku)
Aku : I want to see him. Could u please let me know where he is?
PV : U here..here..(tunjuk jam pukul 8pm soh datang balik situ)
Aku : I see..meaning i should come here again at 8pm?? (sambil tunjuk no 8...hehehhe)
PV : Yess..yesss..
Aku : Ok..understood.

Tetiba auntie - pompuan tua tu tunjuk tangan tanda soh tunggu.
hamboi...main bahasa insyarat sajer..hahahaha
Auntie capai henpon and teros call somebody.
Owhh..call anak dia kot.
then dia pass kat aku.
Aku yang terpinga2 terus sambut bila dia bagi bahasa isyarat,
yang tu anak dia yang aku carik tu.

Aku : Hello there.
Son : Hello..yes.
Aku : I believe your mom already told you what was happen here rite?
Son : Yes. U're from Malaysia?
Aku : Correct!! Previously my fren came here and met you. 
        Do you still remember him? Around last week. 
        Unfortunately, he had lost your number.
        Appreciate if we can meet. Any possible time fo u?
Son : Im sorry, too busy at this moment. i cant make it.
Aku : I see. Or maybe just forward your contact number to me?
Son : Yes. Miss, could you pass the hp to my mama?
Aku : Yeah, one moment please.

Entah apa yang diborakkan dua beranak tu.
tetiba auntie tu berlari carik kertas ngan pen.
Owhh.okeyyy...rupernya dia nak tulis contact number anak dia kat kertas tu.
lepas tulis, terus tunjuk2 kat aku.

Aku : Yes auntie, tq so much. Appreciate it! (Sambil tunduk2 macam orang jepun..hahaha)
Auntie : ok...ok...(senyum2 tanda puas hati sambil pegang2 tangan aku)

Rasa terkagum2 ngan diri sendiri.
senyum sambil ucap terima kasih kat semua orang kat situ.
macam YB pulak rasanya.
orang berbudi kita berbahasa kann.
jangan buat malu negara Mesia weyyyy...hahahaa

After that drama, aku teros blah ngan Kak Long.
terkekek2 kitorang ketawa.
masalah bahasa yang sangat ketara.
macam dinosour ngan burung kelicap bercakap.
sudahnya, guna bahasa syarat jer..kihkihkihh.
sempat gak aku cakap ngan Kak Long.
"Kak..auntie tu punyer suker and gembira macam aku nak jadi menantu dia"
gelak besor kitorang lepas tu...muahahahaha

Penat dah ketawa.
lunch tak lagi.
teros ajak Kak Long gie Lunch kat Restauran Serai.
redah jer la carik sampai jumpa restaurant tu.
Masa tu dah pukul 4.30pm hokeyyy...
giler kentang baru nak makan.
jadinya, lunch cum dinner letewwww.





 Very the oily one..jahanam diet haku..


 Another minyak tumpah...mamposhh


Simple dish for our dinner...just nice jer...



After kekenyangan, cakap ngan Kak Long.
kita kena cargass dan pantas.
sebab tinggal berapa jam jer lagi nak soping nieh.
wahhhh!!! kemain cakap cenggitu kan..

Well, at the point of time dah pukul 5.30pm
Ben Than Market dah nak tutup dah.
haros merempit nieh carik apa yang terpandang kelmarin nak dibeli kejap lagi.

Jalan laju2, kita terjah tempat kopi2 dulu yer.
dah lama aku ngidam nak kopi vietnam yang super original dikisar.
bau wangi semerbak memukau jiwa yang gundah gulana.
tapi yang tak boleh blah, aku bukan penggemar kopi pon.
tapi bila kat Vietnam nie, aku bole layan pulak.
mistik tak??
penangan kehebatan kopi Vietnam. 
Super owesome!!



 Mari pilih apa yang korang nak?? Kasik juling bijik mata.


 Aku beli kopi Vietnam nie - tokey bagi 50k/100gm
wangi hokeyy bau dia...


 Nie kopi Luwak gred AAA. Aku beli jugak. The best kopi in the world.
Sangat sedap bau dia...tak bole tahan. Tau pasal kopi nie sebab masa pegi Bali siap pegi ladang kopi tengok  pembuatan kopi Luwak. Super mahal babas kopi Luwak tu...haishhh...
Aku beli nie 500gm...tokey kedai bagi 100k/gm...senyum jer aku...ngeeee...



 Blend and bungkus di situ...aku dok jauh pon bole bau keharumannya....heaven....:)


After dah puas hati soping kopi,
merempit gi kedai kasut yang aku dah berangan dari hari tu lagi.
nak beli All Star katenya.
All Star aku dah koyak kat tepi.
All Star Papa elok lagi sebenornya.
Converse Aleeya pulak dah sempit sikit kat depan.
So senang citer, kita beli untuk semua yer.
sama rata, so takder yang sentap and jeles2 tahap gaung nanti.

Kaler banyak.
So, macam biasa aku akan jadi sangat rambang dan sesak napas nak pilih kaler.
semua kaler aku suka.
Jadinya semua kaler aku try kat kaki...muahahahaa

Well, bukan aku pakai sendiri pon,
orang kedai yang gigih pakaikan aku kasut tu, ikat tali2 tu semua bagai.
Biasalah member nak buat sale kan.
biorlah dier..
Aku dok diam2, tadah kaki jer...kihkihkihhh



Pink ngan merah. Dua2 aku suka...T___T
*Effect memijak kaki yang sangat owesome sekali...sebenornya kaki aku floating jer kat atas..heheheee
Banyak tol kitorang beli kasut kat situ tau. Total beli kasut kat situ 7 pasang...hamekkk nggkoooo!!!
Kasik kaya tokey kedai....haishhhh...


After dah memborong kasut,
mohlah kita keluar.
kedai pon banyak dah tutup. 
Tak sempat dah nak beli yang lain2.
Takper, kita carik kat pasar malam jer la.
takpon kat kedai2 tepi hotel kitorang nginap tu.

Nak dijadikan cerita.
Pic2 belambak masa soping tu semua dalam henpon aku.
pic2 tu pulak seme dah enam jahanam...huwaaaaaaaaa!!!!!!
sedih sampai ulu hati tau...T____T

Aku ngan Kak Long memborong kain cotton, tshirt, kemeja, baju kurung dah siap.
Apa lagi ek...
Haa...souviner yang cantik2 ada beading tu.
Kopi Ngu Yen yang best tu.
Bag kulit lagi.
lagi aku pon tak ingat...hahahaaa

Tapi kain ngan baju2 kurung dah siap tu,
aku beli kat kedai2 area hotel aku jer.
lagi murah ngkoo nak compare ngan kat Ben Than Market ngan pasar malam tu.

Nak tau harga ke?
nanti aku buat special entry harga barang2 kat TIPS HCM ea.
harap bertabah...heheheee



 Aku beli 3 bag sling kulit nieh. suker kaler dia yang colorful tu. Yang 2 atas tu aku punyer.
Bawah tu Aleeya punyer. Berhempas pulas nak tawar harga tau. Sampai gaduh2..haishhh..
Well known bag kulit kan mahal...tapi aku memang sengaja nak murah jugak.
Harga asal 3 ketoi tu RM180...tapi aku mati2 nak RM100 jer.
bertikam lidah dan hampir2 tak dapat harga yang aku nak. 
At last aku boring, aku pon bukak langkah...baru 2 langkah dah kena jerit ngan tokey kedai.
Dia agree ngan harga aku...senyum lebor aku tau...muahahahahaa
*Harga bukak kedai yang simply awesome, kalo tokey tak jual, suwey sepanjang hari katenya..haishhh



 Taraaaa...nie kasut yang aku beli. Grey kaler untuk Papa. Purple ngan Pink untuk aku ngan Aleeya.
Aku ngan Aleeya bole tukar pakai. Sebab size kasut kitorang sama.....opsssss...
This is original All Star made in Vietnam. Aku beli kat butik Converse pon made in Vietnam jugak.
Yang nie gred bagus punyer. Cer teka harga dia berapa?..kalao kat Mesia harga sepasang nie rate dia between  RM150 ke RM200..tapi yang aku beli tu sepasang baru RM45, beli 3 pasang RM135.
Tapi aku nak murah lagi. Tokey mati2 takmo bagi. 
Last2 dengan pujuk rayu yang memukau tahap nak membelah bumi, aku dapat jugaklah 3 pasang tu RM100..perghh..giler kentang...cukup puas hati...^___^



 Nie antara yang aku beli..untuk diri sendiri hokeyyy..takder beli untuk orang lain pon. Harap maklom.



 Vietnam Coffee...Trung Nguyen Coffee...Weasel Coffee (Luwak Coffee)



Bila dah dikumpul2...segini banyaknya barang soping aku..natijahnya, kena beli bag extra lagi satu.
Beli yang rege RM7 sudahh. Asal tak koyak ngan bobos dah bagus la tu...heheheee...


Okeh? Cukup?
Cukuplah tu.
Dahlah aku buat entry nie separuh hati jer ngan pic yang dah jahanam tu.
kalo tak mau muntah darah korang hadap pic soping aku tau.
selamat korang.
tapi aku yang menjeruk rasa....T___T

Korang, besok nak balik dah.
Flight kol 11am.
besok last day la kalo nak makan Pho' Noodles tu.
Haros aku rindu setengah mati...huhuhuu...

Jomlah tido.
pukul 2am dah nie.
giler kentang mentaip pepagi buta.
macam takder hari esok dah...haishhh..

Lagi 3 entry menyusul lepas nie.
* Ben Than Market
* Than Thu Hotel 
* Tips

So, harap bersabar ya.
hopefully besok aku rajin nak mengkatamkan 3 entry tu.
pray hard la...hehehee.

Ok. See u then.

Daaaaaa...


























Thursday, January 16, 2014

Ho Chi Minh Part 5 - Chu Chi Tunnel Tour

Okeh. Mari kita sambung even tak berapa sepenoh jiwa.
layankan saja.
mana tau masa tengah update nie tetiba naik hawa kegembiraan.
so, harapnya flawless la kan...ngeeee

Day 4 in HCM, Vietnam.
Besoknya dah nak balik....huhuhuhuu

Today aktiviti nak menjelajah kawasan peperangan.
perghh..ekon nie sejuk weyy. cramp tangan aku nak mentaip.
sori, iklan sudaaaa.

Tempat nak pegi nie well known memang femes seantero donia.
saper yang tak tau, sila bukak buku sejarah.
tak koserlah haih akak nak jadi sejarawan kat sini.
not my expertise ler.

Book Chu Chi Tunnel tour nie kat hotel jer.
cost dia USD11 = RM33.
bolehlah..tour untuk 1/2 hari.
carik pengalaman sikit katernya.

Orang hotel kate, kena tunggu kat lobby pukul 8.30am.
wahhhh...best la macam tu.
takderlah kelam kabut sangat kan.
sempat lagi nak breakfast..ngeeee

So, besok paginya dengan muka ceria ria pukul 8am tajam2 dah turun bawah.
moh kak..kita pi breakfast.
kemain tak sabar nak breakfast tau.
lapor kott..malam tadinya tak makan.
telan buah jer.
almaklom we'olls kan dinner pukul 7pm gitu balik dari Mekong tour tu kan.

Decide nak breakfast kat kedai Hajah Basiroh jer.
tahap pemalas nak menapak lebih sikit.
hopefully pagi nie tak mahal sangat makan macam kelmarin...huhuhuu



Aku seperti biasa..memang tak dapat dipisahkan ngan Pho' Noodles.
haros amek hawa makanan nie pagi2...nanti rindu pulak..heheheee....



Kak Long nie kannnnnn..tak abis2 nasik lemak buah bidara dia..
Nanti balik Mesia masaklah sendiri kat umah..haishhhh..



Kak Long menapau kueh untuk bekalan di hari muka...tepanjat gegel sampai ternganga mulut...hishhh..



Lagi 5 minit nak 8.30am jom balik hotel.
and seperti biasa janji bukan melayu.
Orang tour datang pickup kitorang.
Naik van.
cariklah tempat duduk memasing.
sementara nak tunggu ramai orang naik.
marilah kita berselfie dulu yer.
wajib sesangat.
nanti dah ramai orang...maluuuuuuuuu...:P
*Panggggg kanggg...




kak..awat tangan ko menggeletar nie??...haishhhh...tak lawa dah muka aku tau...T____T


Tetiba sampai satu hotel,
kitorang kena tukar van lain pulak.
motif??
aku pon tak paham kenapa kena tukar.
paling aku nak hangen, bila mana naik van ganti tu,
aku tengok van dah hampir penoh.
apekah??
nie maknanya kena duduk asing ngan Kak Long ker?
Alaaaaaaaaaaa....mencik tau....T___T

Dok sebelah couple mat saleh yang tak pandai diam.
lelaki tu mat saleh, awek dia india. Australian katenya.
ramah jugak. Tapi lepas tu macam annoying la.
Bergurau senda macam kat umah.
tak pandai diam.
rasa nak pangggg jer.

Nasib baiklah belakang aku tu chinnese family.
so aku beborak dengan deme jer.
mula2 tu ingatkan Chinnese Hong Kong.
Speaking accent sedap uollss.
berdengung2 dan cukup ihfak hakiki, idgham maal ghunnah bagai.
Sekali jer dah lama2 borak tu,
alahai...Cina from Perak sajorrr.
Penat tau akak speaking2 flawless gitu...cehhh.
Jadinya lepas tu kitorang bantai cakap melayu jer.
kan senang...muahahahahah

Sementara nak jejak ke destinasi.
si tour guide buat suaikenal pulak dalam van tu.
dah sorang2 kena kenalkan diri.
dah macam kat skolah pulak.
kena citer pasal diri sendiri ngan pasal country kita yang disayangi.
Well...marilah kita bedrama yer...kihkihkihhh
So, aku noticed dalam trip kali nie,
team aku ada orang Australia, Deutsch ngan German.
Yang lain2 tu Malaysia ler. Tanah tumpah darahku..ecececeehh.

Paling tak boleh blah, bila tour guide aku tu sibok lak nak main game.
dia kata nak hilangkan boring sementara nak tunggu sampai ke destinasi.
adehh...benda nielah yang paling malas aku nak layan.
tapi  nak kena sporting la kan.
sebab well known kan..mat saleh dalam van tu seme sporting2 belaka.
takkan aku nak kalah wehhhh.
Heyyy..nie Maria la...silap la orang kan kalo Maria nak mengaku kalah.

Tau tak game apa?
perghh..giler sakit hati.
main topi beracun uollsss.
saper dapat topi beracun masa topi tu bertukar tangan,
dia kena nyanyi lagu glamer negara masing2.
ko gilerrr????
kalo kena aku, lagu apa aku nak nyanyi??
okeh sabor pompuan...
belom start main lagi pon. 
drama la ko nieh.

Tour guide super jelita mulakan dulu permainan.
dia nyanyi lagu tradisional Vietnam.
ntah apa dia  nyanyi aku pon tak tau.
sambil2 tu topi beracun pon bertukar2 tangan.
Kenanya kat orang Deutch.
hamekkk ko..nyanyi lagu negara ko..hahahaa
semangat hokey pompuan tu nyanyi.
giler sporting arrr..

Pastu pusing2 lagi topi beracun tu.
Memang super kelicap masak kari la.
rasa nak tepok2 topi tu kat kepala mamat deutch depan aku tu.
sajer nak pedajalkan aku letewww.
dan2 dia campak topi kena kat aku.
perghhh...lahabau la ko nie. 
Sekeh kang baru taw..
terblurr kejap, nak nyanyi lagu apa nie weyy.
hantu mak limah betol la..

Korang teka aku nyanyi lagu aper?
tetiba rasa nak tergelak pulak.
tau tak, niat di hati nak nyanyi lagu Siti Nurhaliza.
Ewahhh..tak bole blahhh.
tapi syaratnya nyanyi lagu rakyat hokeyy.
pitam kak kiah nak mikir.
Tetiba mulut takder insuran nie boleh lak nyanyi lagu 'rasa sayang'.
OMG!! Maria!! ko nyanyi lagu 'rasa sayang'?
yes..correct!!
im proud with my beauty tradition song...ngeeeee
and my new fren from Perak behind me,
sing together with me hokeyyyyyy..
ko aderrrr???
tak kannnnnnnnnn...:p
ketawa kuat2...muahahahahahaaa...D

Okeh, bila dah habis game..memasing senyap.
macam dah boring pulak dah.
tadi bising kemain...haishhh
apalah korang nie.

Sambong balik perjalanan.

Before ke Chu Chi Tunnel tu,
stop kejap dalam 1/2 hour kat satu pusat handycapped nie.
nie tempat orang2 yang hilang upaya gara2 peperangan dulu2.
ok. faham. perang tu memang dah lama.
yang kena kecacatan nie, anak2 mangsa peperangan.
mak2 deme kena gas beracun, saper yang pregnant that time,
memang tu la risikonya.
natijahnya, anak2nya yang cacat dan hilang upaya.
kesian tak?
So, sila amek pengajaran di situ.
bersyukur ngan tempat lahir kita yang aman dan damai.


Tempat nie macam pusat kemahiran laa..menempatkan orang2 kurang upaya atau cacat yang disebabkan oleh peperangan dahulu kala. Ada jugak kecacatan yang bukan disebabkan peperangan.
Tapi diorang dikumpulkan kat sini untuk belajar kemahiran seni dan secara tak langsung jadi one of the famous attraction untuk dilawati pelancong.


Hensem kan mamat nie..dahlah hensem..pandai lak melukis...me loikee..
ikot iollss balik Mesia, nak tak uollsss?


memang tersangatlah artnyerr...





After dah jalan2 and merayap2 dalam tu,
marilah kita gerak ke Chu Chi Tunnel.
perjalanan dalam 1/2 jam gitu.
memasing dok diam2 jer dalam van tu.
melayan perasaan katernya..puihhhh!!

Jejak Chu Chi Tunnel area dekat2 pukul 11am.
Nampak banyak betul bas pelancong.
dalam hati, sure ramai orang tak hengat nieh.
berkumpul setempat sementara tour guide kitorang yang cantek jelita tu beli ticket.

Ok. Seterusnya biarlah gambar yang bercerita yer.
dah takder soon nak membebel lagi.
pic yang takder caption, korang buat caption sendiri.
makesure caption yang best2 sajer.
jangan nak merosakkan pic aku pulak...muekekekeee



Beli ticket dulu yer. Package dah temasok harga ticket. So kita tunggu sajer...ngeeee...



Harga ticket Dong70k + Dong20k =Dong90k



Terowong nie merupakan path untuk masuk ke Chu Chi Tunnel tu.



First stop kena masok dalam nie dulu. Dengar briefing pasal Chu Chi Tunnel.
Masa dengar nie, ada macam2 perasaan taw. Sedih ada...sentap..hiba..semangat cintakan negara..
macam2 la..nak citer pon tak tau nak habaq lagu mana..sebab aku jer dapat rasa benda tu.
Boleh rasa, betapa susahnya rakyat Viet dahulu kala nak mempetahankan negara dari manusia yang menjajah dan merosakkan kehidupan diorang. Well known, orang2 Viet memang comel2 dan bersaiz kecik...that tour guide kata, rata2 askar diorang that time berat badan cuma 40-45kg sajer..
tapi diorang tetap menang sebab semangat yang tak berbelah bahagi nak memerdekakan negara. Ewahhh...tu diaa..bila Maria dah berkata2..



After dengar briefing, moh ler kita tengok dengan lebih dekat lagi Chu Chi Tunnel yang sebenar. Chu Chi Tunnel tu macam terowong tikus untuk askar2 Vietnam berlindung atau bergerak di bawah tanah dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelak diserang hendap oleh askar penjajah.
Cer korang tengok...kecik toet jer lubang tu..badan besar pon bole masok tau..tapi ada teknik yang betol la..our tour guide sempat tunjuk macam mana pergerakan askar Vietnam bila nak masuk ke dalam terowong tu, lepas tu siap tutup lagi plus dengan daun2 kering atas tu...awesome gilerrr!!!!


Antara pintu lubang Chu Chi Tunnel..tengok pon seram..ngeeee


Masa untuk mencuba keajaiban Chu Chi Tunnel. Untuk pelancong ada 2 tunnel untuk dicuba. Satu yang jauhnya 50meter and satu lagi 100meter. Lebih2 tak boleh..bahaya katanya..sebab dalam tu super gelap.


Keluar kat sini...hehehee.
Aku tak masuk dalam tu..sori yerr...
Dah baca pengalaman kat blog saper2 yg masok dalam tu mesti serik punyer..hahahaa
takmo aku.  Sempat gak jadi wartawan melodi sekejap..pi tanya mat saleh tu seme. Jawapan sama...
it was too dark - very hot - i cant see anything inside there - its terrible - need to slide - if you unlucky u might touch the insects on a wall, i dont know what is it - scarryyyy...
Tu la antara bebelan mereka2 itu...jawapan aku senang jer..well, new experience for you rite? somehow, it was amazingly to try - no harm - sweating somemore, plus your face...waaaa...turn out reddish like grilled sirloin...hahahahaa
matiklaaaa...jawab macam tu..masing2 bantai ketawa tak hengatttt!!!


Aku dok skodeng minah kecik nie jer...mak aiii...comel nak mamps laaaaa...


Nie one of the jerat yang askar Viet buat..sangat kreatif...memang tempah mati awal2 la...



Sesi melepak askar2 Viet katernyer..


Tempat buat senjata..tradisional hokeyyy..ko mampoooo?


Actuallykan banyak lagi sebenarnya tempat yang kitorang pi tengok.
mals lak aku nak tepek pic kat sini.
nak edit resize bagai.
bosan taw.
So, aku select yang menarik jer la...lalalalalaaa..(nasib korang la :p)


After dah tawaf satu kawasan jajahan Chu Chi Tunnel tu,
jom pi rehat2 minum bagai.
expenses sendiri yer, tak masuk dalam package.
lite2 jer pon.
Nasib baik Kak Long dah tapau kuih masa breakfast pagi tadi.
So, kitorang makan tu jer la.
Masa tu pon dah pukul 1.30pm.
macam dah lapar pulak...haishhh



Sempat beli jagung bakar. Nie jagung bakar terakhir untuk aku...hehehee...rejeki2...


Rice paper..macam yang kita tengok masa tour Mekong semalam..


After took lite lunch.
jom gerak ronda2 sikit area situ.
kat sini, aku paling takut kalo terpisah ngan group aku.
sebab orang ramai. Group pon banyak.
kawasan besar. Bole sesat taw..seram lak bilik pikirkan.



Nie kawasan bom yang masih aktif. Jerangkap samar pon banyak taw. So, hati2 Cik Salmah ngan Cik Ramlee..jangan termasok dalam tu yerr...bahaya hokeyyy...





Last sekali, kitorang dijamu ngan ubi rebus. Makanan utama askar Viet dahulu kala.
Ubi tu dimakan ngan kacang tanah goreng yang ditumbuk + gula pasir. Serve sekali ngan teh herba.
Ubi tu biasalah kita makan kan?..tapi cicah ngan kacang adalah first time untuk aku.  Not bad...no harm to try kan?



Sempat snap pic original nie. Rupa Chu Chi Tunnel yang sebenar. Berapa kali runtuh sebab kena bom ngan askar US yang jahat tu. Pastu nanti diorang buat lagi yang baru. Ngam2 badan comel diorang jer kan?


Habis dah tour untuk setengah hari kat sini.
Well...apa yang aku dapat  kat sini?
banyak jugak la info and input yang best.
memang pengalaman yang superb la.
sapa nak rasa mari datang sini.
malas akak nak citer lebih2.
nanti bukan korang bole paham and rasa pon.
Orag yang datang sini jer yang tau macam mana sengsaranya orang2 viet nak lepaskan diri dari jajahan orang yang super jahat dari angkasa lepas tu.

Wowowowoo..
sudah cukup sudah.
mata mengantuk tak bole blah.
kutahan juga demi nak mengabiskan entry nie.
kalo ada typo, paham2 ler.
daku bukan hebat sangat menaip.
bak kata IT consultant aku,
aku menaip macam ayam patuk jagung.
Perghhhh...itu sangat melampau hokeyyy.
sini aku patuk ko balik. Nak rasa?
Ok. Tetiba teremo...hehehee

Dahlah. Nak tido.
Jumpa lagi next entry tapi masih di hari yang sama...ngehh..ngehhh..ngehhh..

Daaaaaa.......:)