This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, January 3, 2014

Ho Chi Minh Part 2 - Pre Shop Ben Than Market and Self Town Tour

Hamboi..kemain memasing mengutuk HCM part 1 aku tu yer.
well..me hokeyy jer..dah biasa kena kutuk.
kutuk ok lagi la..jangan korang maki hamun sudah la yer.
tu sangat tak boleh blah.
sedey taw.
no...no..no...sentap kak kiah.
kalo nak mengutuk tu biarlah sesedap rasa halwa telinga nak mendengarnya.
sesekali senangkan hati iollss apa salahnya kann?..huhuhuu

Jom sambong citer part 2 uollss.

tak sabar pulak nak citer even aku dah membebel tazkirah ntah pape kat atas tu.
kali nie punyer episod, aku taruk pic berjota yer.
bior kurang muntah ala kena santau.
baru puas hati aku.
kemain mengata part 1 tak banyak pic yerrrrr..
hokeyyyyy...nak sangat yerrr..
mariiii...hawa sudah mari nieee..

Day 2 kat HCM dengan semangatnya pukul 4.30am aku dah bangun.

kenapa pagi sangat??
helloo...iollss dah biasa time Mesia.
4.30am kat Viet bersamaan 5.30am kat Mesia.
standard la tu.
aku everyday memang bangon pukul 5.30am aper..
ok la kan?

Bangon tak teros masok toilet.

dok tergolek2 lagi dalam selimut. Sejuk ekon sampai ke tulang.
Kak Long pulak yang bangun, mandi and subuh bagai.
Sekali tengok2 jer..Kak Long dah siap dulu.
yang aku nie terhegeh2 pulak nak pi mandi.
natijahnya kena bebelan makrifat super dewa.
hokeyyyy..iollss mandilah nie...haishhhhh!!!!

Keluar toilet Kak Long dah cantek bagai.

dah makeup2 ala retis ngan tudung lilit2.
cehh..kemainnn.
tengok diri sendiri, super hampeh tak siap2.
paling bangang still ngan towel lagi.
adehhh..sebelom kena tibai ngan bebelan berapi mari kita siap cepat2.

Plan ngan Kak Long aktiviti hari nie.

so, memasing decide nak buat shopping survey kat market.
pastu baru gie tour guna kaki kat HCM town.
tetiba rasa excited.
sebab dah lama tak buat aktiviti macam nie.
last aku guna kederat kaki gi tour Jakarta Central tak hengat.
sampai nak tercabot lutut. Bapak penat uollss.
Tapi enjoy tahap gaung la. Syok babas.



 sawan cermin kat lif hotel...kihkihkihh


Ok. Tajam2 pukul 8am moh kita turun.

amek map yag serba tak complete kat lobby hotel.
pandai2 la ko nak baca map tu...huhuhuu

Before nak pi shop survey, mari kita layan tekak dulu.

breakfast adalah wajib bagi kami dua beradik.
kalo tak breakfast nanti lapar.
samalah macam kalo ko tak mandi nanti bacin..muahahahaha

Bestnya dok kat area Ben Than Market nie ialah,

everything around the corner jer.
semua walking distance.
kedai makan muslim, shopmart, ATM..seme ada.
nie untuk orang hidup nak senang la.
macam AKU.
atau lebih tepat lagi, untuk orang pemalas.
macam AKU jugak.
sebab seme nak depan mata..muekekekee..

Ok. Mari kita order makan.

lambat2 kang, buang masa pulak nanti.
jangan membazir masa yer.
tu semua amalam syaitonnirrajimmmm.




Selfie tak sudah..tapi pic ada goyang la..emmmm..mak tak cukup bedong ketat tangan aku masa kecik niehh..haishh..





Mine is nasi goreng seafood



Kak Long with her Nasi Lemak...dulu, kini dan selamanya..


Rata2 yang makan kat situ semenya memang orang Mesia ketat2.

berlanggar bahu pon ngan orang Mesia.
senang cer, macam kat Mesia la.
sana sini orang cakap Melayu.
so, takderlah terasa sangat di bumi asing.
cewahhhh..lempang kangg.

Lepas makan, teros gerak gie Ben Than Market.

tujuan utamanya,
1. Survey harga.
2. Beli sling bag...sebab aku bawak sling bag batik bali aku tu jer.
    Tak best la bag tu dah boring dah...*ayat belagak mintak sekeh.
3. Nak beli slipor. Aku takder slipor. Takot jalan tak hengat nanti kaki 
    melecet pulak.
    padan muka aku kang.




Ben Than Market.



Perkara best kalo masok market pagi2 nie,

korang akan dapat harga super divas.
harga bukak kedai orang kata.
kalo pegi indon, diorang kata harga pelaris.
so, pastikan bargain kaw2 tahap nak bungee jumping.
berani mati punyer.

Kat sini korang boleh guna Dong, USD, RM.
Tapi aku banyak guna RM jer.
senang sikit nak kira and compare harga.
kalo rasa2 harga lagi mahal dari Mesia. 
Aku takmo la kan.
Apa barang ko beli mahal2. Baik ko beli kat Mesia jer.
Dahlah modal ko nak sampai situ jer dah beratus ngan hotel flight bagai.
kena calculative sikit. Dont membazir katenya.
kihkihkihkihh....


Peniaga akan buat muka kelat, tapi last2 sure tersungkur punyer.

sebab bila open kedai, saper jadik first customer dorang kena jual.
kalo tak jual, alamat suehlah sepanjang hari.
haaa..padan muka korang.
percaya lagi benda2 khurafat macam tu.
tak pasal2 kena jual murah harga bangang kat aku.
muahahahahaa..
akak suker hokeyyy...wooott...wooottt.....:)



 Sorga membeli kain cotton. Sila bargain ya. Pastu korang pening langau bila dah tengok banyak sangat kaler2...huhuhuhuu...
Nie baru satu kedai..sebenarnya banyak lagi kedai2 lain yang serupa gini.
Iman tu jer nak kena tahan. Rasa nak memborong semua.






 Gigih mengira conversion.






 Bag2 kat sini memang lawa2. Aku dahlah langsuir bag. Aptb!!



 Sangat colorful kan. Suker betol aku.



Barangan kaca pon ada kat sini.



Nak beli kopi pon ada. Pilih sajer.



So, untuk sejam dua tu,

kitorang melilau dalam market survey2 apa yang patot.
masok pagi2 nie orang tak berapa ramai.
bahang dalam tu pon tak terasa lagi.
tapi macam biasalah,
pandang kanan kiri, depan belakang, orang mesia saja.
so, bila dah pandang senyum jer la kan.
janganlah sombong sangat.
bukan kena bayo pon kalo senyum tu.
kata ada senyum cantek...muahahahhaa...nak lempang lagi..:p

Dah dapat apa yang nak,

balik hotel jap anto barang pastu mari kita bergerak ke tujuan kedua.
bestnya nak tour town nieh.
tak sabor pulak..ngehhhh

Bila tengok map rasa kepala macam terpusing.

mata naik juling nak perhati setiap jalan2 tu.
dahlah serba serbi bahasa jawa Vietnam.
matiklaaaa...not nice...hishhh..

Tapi kerana kegigihan melampau setiap cabaran mustilah haros diharungi jua.

kata blogger tegar.
pantang dicabar..ewahhhhhhhh..puiihhh!!

Pala otak nie, dah set ketat2 nak gi Hard Rock.

tempat wajib pegi kalo kemana2.
tapi, itu HRC sangat jaoh babas.
orang Viet tak recommend kitorang gi jalan kaki.
dorang soh naik taxi yg cost dia around 30k-50k dong.

Pada diorang tu mungkin jauhla.

pada aku small matter jer.
aku dah biasa memerah kederat guna kaki nie.
kalo penat, kita cabot jer kaki tu pastu pikol atas bahu.
senang kan??
alaa...sekali sekala buat magic.
okeh kottt...ngeeeee..

Since nak ke HRC tu, jadinya banyak tempat jugak yang kita bole singgah.

antaranya..nanti korang tengok la yer pic2 kat bawah nie.
tu semua tempat2 yang aku singgah sebelom sampai HRC.

Ok. Mari mulakan perjalanan super owesome ini.

biar pic yang bercerita yerr...weeeeee..:)

Main jalan jer sebenornyer.

lalu belakang Ben Than Market tu,
terjumpa gerai2 buah.
omg..so fresh..
me loves fruits so much.
besor2 hokeyyy. Heaven.
in terms of rasa, not too bad.
especially buah ciku yg super besor itu,
sangat owesome..sweet giler sampai sakit tekak makan..hahahahha




See...teruja tak tengok buah2 nie...hurmmm...




Fresh flower taw..masa nak snap pic nie, org kedai tu main jeling2.
Aku cucuk kang mata tu juling terbalik kang..poyo!!




Fefeeling backpackers traveller...puiihhh!!!


Kak Long sibok nak bukak GPS..adehh..apa barang nie uollsss..kita pakai manual jer la. joe jambol
ikot makrifat ke mana kaki melangkah di situlah kita berenti. Ada reti??



Sebenornya tak tau pon kaki nie melangkah ke mana.
dah cakap ketat2 ngan Kak Long.
Kalo sesat barat kita naik taxi yerr.
tapi hopefully tak sesat la.
sebab pusing2 pon still dalam HCM town lagi.
best taw...sambil berjalan tu, kita tengok gelagat orang.
and mulot yang takder insurans nie, 
sesuka hati jer cakap apa jer yang melintas depan mata.

Do i care uollss?
dorang bukan paham pon kita cakap apa kan?
kalo dorang kutuk aku pon,
aku tak paham.
so, fair and square kann?
buat macam tempat sendiri sudahh...ngeeee..:)

Masa tengah jalan2 tu dari jauh ternampak building cantek.
owhh..seriously aku tak tau nama dia aper.
nak sebut pon susah.
tapi aku notice tu historical building yang femes jugak kat HCM town nieh.



Nie nama building tu..

Lawa tak?...sangat historical kannnnnn? Europe punyer tradition yang sangat terserlah.




Nie tak taw jugak. Kitorang panggil Atok Janggut bersama cucunya. Boleyyy??
But surely Atok Janggot nie perwira negara..hehehe




mari bergambo ngan Atok Janggot dan cucunyerr...weeee...




Cuaca that time just nice la.
Tak berapa panas.
ala2 mendung.
memang super heaven.
Tengok jam masa tu baru pukul 12.00pm.
Owhh..greatt..tak panas and bahang sangat.         
jom lepak2 before kita sesat barat lagi.

Aku dok layan tengok kanan kiri.
rasa macam tenang.
tak hiruk pikuk sangat.
Mungkin orang coti sebab krismas kot.
Eh..tapi pelik la.
aku still nampak macam orang2 pegi keje.
sebab ada macam pakai uniform government tu.
mungkinlah kan.
aku main cakap jer ni pon..hehehee

Paling boring, dalam camera gajah aku nie tak banyak pic aku.
sebab Kak Long tak berapa biasa nak guna.
So, aku jer la yang snap di sana sini.
Masa nie baru teringat kat Papa.
Kalo Papa ada, muker aku jer la penoh dalam tu jadi super model.
muka Papa lak takder dalam tu..muahahahahaa




Fefeeling gedik....puihhh!!!



Muker mintak pelempang part 1



Muker mintak pelempang part 2


Sebenarnya tempat yang aku ngan Kak Long lepak tu,
is area ala2 macam Pavillion.
all branded item ada kat situ.
sedia doit jer la.
aku nak beli?
idok ler.
Kalo kat Spore offer lagi murah kalo branded item cenggitu.

Building dia tak nampak gah sangat macam Pavillion tu.
Dia ala2 macam historical building jugak.
So, kalo tak ye2, tak perasan pon kat situ ada jual hot branded item.

Jom tengok how the building look like.
Nama dia UNION SQUARE.
union sangattt..muahahahaa






Nampak tak mamat depan pintu tu. Guard tu, tapi muda belia jer. 
Gigih tanya jalan paling dekat nak gi HRC tu. Tanya dalam english version,
dia jawab balik in Viet. Matiklaaaaa..
Tapi aku percaya dia sepatah haram pon tak paham apa kitorang cakap..huhuhuu


Building dia terpisah2..


Nie lagi..


Masok dalam jap sebab nak fefeeling ekon jer sebenornya. Dah penat dok kat luor.
Mari kita layan perasaan VIP kat dalam pulak.



DIOR??...huhuhu...mahal babas. Tak mampoooo..


Dah puas meronda dalam tu,
jom keluar cepat2.
mission HRC tak lepas lagi nie.
asik melilau ke sana sini bila nak sampai?

Cakap ngan Kak Long.
Kita redah ikot jiwa jer la.
Kak Long ok jer.
Hati tu memang nak bertanya ngan orang2 keliling situ.
tapi lupakanlah hasrat tu.
takder yang bole membantu pon..huhuhu
Lain kita tanya, lain yang dijawab kang...haishhh..




Tengah jalan2 tu ternampak Parkson. Jalan raya macam biasa, sentiasa bz ngan motor2..huhuhuu
bingit rasa telinga.




Kitorang jalan dan jalan dan jalan.
Sebab cuaca redup jer.
so, penat ngan panas tu tak terasa sangat.
bukan pasal terlebih excited.
tapi pasal cuaca hari tu memang ketat2 super awesome...^___^


Masa tengah jalan kat satu lorong tu,
ada sorang makcik tegor kitorang.
Dia tanya, nak beli air kelapa muda tak?
Yer jer aku translet..muahahahaa

Dia cakap Viet, mana aku paham.
Aku tibai jer makna dia.
sebab that time dia tunjuk2 buah kelapa tu.
Harga sebijik 40k dong.

Jomlah beli.
tetiba macam meleleh lak air liur aku tengok buah kelapa tu.
Sekali jer makcik tu bukak satu bekas,
dia bagi kelapa yang sejuk ngko.
perghhh..super heaven.
Nak menanges sedut air kelapa tu.
Dahlah sejuk..manis pulak...ooo mak aiiii..



Bapak sporting makcik ni hokeyyy...muaaahhhh....me loikeee..




Ok. Lepak lagi kali kedua.
Nie kat bangunan mall yang aku tak tau apa nama dia.
Yang aku tau, kat atas tu signage HSBC besor.
teruja Kak Long sebab jumpa tepat keje dia HSBC tu.
hampehlah ko kak.
Ko memang tak boleh berpisah ngan HSBC kan.
poyoo!!



Building sebelah aku tu la building HSBC..bawah tu ada mall.
Aku dapat makan isi buah kelapa tu sampai ketitisan terakhir. Sedap uollss.
Kak Long punyer sengal, dia gie buang kelapa tu. Tak bole makan isi katenya.
Apa punyer poyo la..kekah jer la kelapa tu, dia ada garisan terpotong sikit yang kita bole kopak dengan 
jayanya untuk korek isi  kat dalam..itu pon takmo check. cehhh..
















Depan bangunan HSBC tu,
baru ada gereja yang femes tu.
Saigon Notre-Dame Chatederal
ramai gak orang dok menebeng kat situ,
seme nak amek gambo.
Hari nie krimas ko. Memang la dorang seme ada sini.
semayang kottt.



Saigon Notre-Dame Cathedral.

Selfie jap.




Nie Saigon Cental  Post office. Dalam dia cantek ko.
Tapi aku tak masok dalam.
Kelihatannya orang sangat la ramai...huhuhuu 




Selfie lagi...bosan giler tengok muker pompuan nieh. Besok balik Mesia pi cucuk susuk.
Kasik ubah sikit apa yang patot...naik menyampah dah aku tengok..haisshh..



Lepas dok snap sana sini.
Marilah kita bergerak lagi.
Adehh..naik terpusing2 map tu aku tengok.
mampos memang tak tau nak tengok macam mana.
jangan kata kertas tu terpusing2.
ngan badan2 kitorang pon terpusing sama nak ikot arah jalan ngan bangunan kat situ.
adehhh..gila lawak.
but its ok. Pengalaman kan...hahahaaa..




Pantang jumpa wording Vietnam or Ho Chi Minh ...musti nak stop and snap pic...hehehee



Again...hahahaaaa....heaven hokeyyy..


Bila dah sampai sini,
maknanya HRC dah nak dekat.
mana ko tau?
aku pon tak tau sebenornya.
saja jer cakap macam tu...kihkihkihhh

Jom kelebet lagi map.
adehh..naik lunyai aku ngan Kak Long kejekan.
Jangan HRC tak jumpa,
map dah tebarai.
aptb laa...

Eh korang..panjang berjela entry nie wehh.
muntah darah dah aku nak mentaip.
nak mengingat lagi satu hal...haishh.

Sambong balik next episod la.
tetiba malas nak taip...hehehee

Daaaaaa....



1 comment:

  1. iols sgt x fhm majoriti org msia ni... bejalan kat luar negara... nama pun luar negara (malaysia)... tp nk environemnt msia la, suka org msia byk kt situ la, makanan nk mcm kat msia lah... lebih baik uols jenjalan je dlm msia... yang hat dok pi luar negara tu pasai apa... *sapu minyak angin*

    ReplyDelete