This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Sunday, January 12, 2014

Ho Chi Minh Part 4 - Mekong Delta Tour

Day 3 Ho Chi Minh.

Tengokkk.
Datang dah kan sifat kemalasan tuh.
After entry part 3, tetiba senyap.
macam kampung yang senyap sunyi dilanda demam denggi tapioka.
haa..tu la dia.
jangan dimula sikap bertangguh2.
enam jahanam seme kang.

Mari carik hawa kembali yang dah hilang entah kemana.
jeling sana sini hawa tu malu2 nak tonjol diri.
jadi tak cargass sudahnyer.
rasa nak sekeh diri sendiri.
ke ada tangan nak tolong sekeh kan?
meh laaa...offer dibukak nie.
Kasik sedar sikit ini pompuan..kihkihkihhhh

Jom baca citer day 3 nie.
Knowing la kan, last nite tu kitorang dah book Mekong tour for 1 day
and orang hotel tu dah pesan soh tunggu kat lobby around 7.30am.
perghh..giler pagi ngkoo.
pukul berapa lak nak bangun nie?
aku dah lah lembab bersiap...T___T

But then, macam biasa.
Kak Long akan jadi bom jangka aku pepagi buta tu.
dengan bebelan super divas yg masih terngiang di telinga.
maha dasat dan menggerunkan.
semua gara2 adik pompuan bongsu dia nie yang super sengal.
tahap nak dijetat2 kepalanya.
sangat tak boleh blah.

Well, even macam tu pon,
sempat jugak taw, aku ngan Kak Long dah dok tercongok kat lobby pukul 7.25am tu.
sangat berdisiplin dan menepati masa kaedahnyer.
harus dicontohi hokeyyy...ngeeeee

And memang ketat2 7.30am, janji bukan Melayu.
itu orang Mekong Tour dah sampai untuk menjemput kitorang nieh.
sangat hebat la ini orang vietnam.
puctual.
on time.
tajam2.

Paling tak best kitorang tak sempat nak breakfast pon.
cakap ngan Kak Long.
Kita harus redho ngan ketentuan illahi.
yang kita tak berkesempatan untuk mencekik ini pagi.
but dont worry, be happy.
bekalan kemanosian berupa coklat dan biskut diharapnya akan mencukupi.

Begitulah kiranya ayat2 menenangkan hati yang super dewa.
semoga dapat menyejukkan jiwa yang gundah gulana...huhuhuu  


Sila pilih tempat duduk anda yer....:)


Benda biasa kitorang buat, selfie tak hengat kat dalam bas comel tu. 
Menandakan bontot dah duduk dan harapnya selesa di sepanjang perjalanan.
**Jangan kutuk muka aku yg super bolat dan besor itu..refleksi duduk di hadapan camera memang begitu.
suka menyakitkan hati aku tawwww...yang belakang tu tak payah nak sengih sangat sebab muka ko nampak kecik..drama sajorrrr...puiihhhh!!!


MIKE our tour guide for the whole day. Vietnamese guy. Sangat informatif.
Fluent in english..humble, friendly and wiiling to share all  the experiences.


Sepanjang perjalanan tu, takder apa yang dibuat.
Mike akan membebel sikit2 citer pasal Vietnam.
sapa nak tanya pon boley.
Aku macam biasa..buat bodo jer.
Fefeeling dengar lagu lagi best.

Start dari town tu,
bas comey kitorang stop kat certain2 hotel amek tourist yang lain.
sambil2 tu macam biasa coci2 mata la kan.
tengok aktiviti orang2 vietnam pagi2 tu.

Tapi sepanjang aku travel kat tempat2 lain.
aku paling suka masa kat Bali.
aktiviti kat sana lain macam sikit.
penuh ketatasusilaan.
Prinsip keagamaan yg kuat kat mana2 pon.
pagi2 deme dah sembahyang kat depan umah masing2.
tak pon kat depan kedai.
bau colok ngan jasmin merata.
kelopak2 bunga pon boleh nampak kat mana2.
tulah...pengalaman kann.
kalo tak pegi sana, tak tau ponnn.
That was the simply awesome of Bali.
Island of God katenya.

Ok. Jom sambung balik.
On the way nak ke Jetty Mekong tu.
Bas akan stop kat satu tempat macam R&R la.
nak ke situ pon dalam 1 jam jugak tau dari town.
area mana aku pon tak tau.
tapi tempat tu nama dia MEKONG REST STOP.
tempat wajib untuk meka2 berhenti untuk beristirehat katenya.


                                                                                                                                                          




Kat situ stop kejap untuk tegangkan pinggang ngan bontot.
bukan lama pon stop..dalam 20 minit jer.
sempat gi toilet ngan beli kopi super heaven tu.
nak jalan2 kat situ pon tak sempat sangat.
tapi kat situ siyes cantek tau.
sejuk ngan redup . Pokok2 seme lawa.   

Aku ngan Kak Long selfie tak hengat.
naknyer kita berdua jer kan.
so, amek gambor mana2 pon berdua.
Yer la kott..dah memang datang ngan Kak Long jer.
Takkan tetiba jadi tiga orang pulak kan.
kategori mistik pulak tu...muahahhaa



Nie bas comey kitorang...ngeeeee...




Owh my pipi...so bolattt...huhuhuu




Sedap nak mamps kopi ni taw..posing cantek atas batu...
really recommended...satu untuk aku satu lagi untuk kak long..ngeeeee...:)




kopi nie kena bayor royalty kat aku nieh...gigih taw jadi duta..
seantero donia nampak aku minom kopi nieh..



Dah dok menebeng kat situ dalam 20 minit.
mohlah kita gerak.
pi carik bas comey tu.
nasib baiklah tadi ada snap pic plat number bas tu.
kalo tak mampos la hai nak carik bas sendiri.
semua lebih kurang sama jer.
ada harapan sesat barat naik bas orang..huhuhuu
Dan yang paling tak boleh blah.
kitorang berdua la orang terakhir yang naik bas.
semua orang dalam tu pandang.
kitorang buat muka tak bersalah jer.
dalam hati aku,
"hello..apa pandang2..weollss still punctual hokeyyy...panggg kanggg.."

Bas pon mulalah bergerak bila seme dah ada.
Ok, another 1jam perjalanan nak ke Jetty Mekong River tu.
apa nak buat?
nak tido mata segar sebab baru lepas minom kopi heaven.
marilah kita bergossip yer.

Bermulalah citer penglipurlara 2 drama queen yang tak sudah2.
ketawa mengekek macam bas tu kitorang yang punyer.
citer yang tak pernah abis.
seronok mengutuk orang and aku percaya dalam masa yang sama,
orang pon sibok mengutuk aku dua beradik.
well....ada aku kisah??

Around 1 hour plus after that, baru sampai Jetty Mekong tu.
perghh..jauh gak dari town HCM tu.
bole tido bangun 2/3 kali, pon tak sampai2...haishhh..

Jejak jer sana, memasing terjah toilet dulu.
Eh korang nie...membuang sajer yerr.
macam kena sumpahan toilet pulak.
pantang nampak. Nak masok dalam tu sajer.

Kena aku pulak, dok melilau kat area2 jetty tu.
tunggu bot group kitorang yang tak ready lagi.
so, tunggu jer la kan.
jangan buat perangai nak tunjuk lagak macam tau sangat tempat tu.
dok diam2 boleyy? sekeh pala tu kang baru tau.


Cai Be Jetty


Dekat depan jetty nie, ada orang jual2 topi.
so saper2 nak beli, bole la beli.
cuaca agak panas.
jadi bagus beli la yer buat tutup kepala tu.
kang demam terpitam karang.
dah tak bole sambung shopping besok.
padanlah muka korang nanti...kihkihkihhh...

Mohlah kita beramai2 naik ke atas bot yg ala2 tradisional nie.
tak jumpa tempat lain pesen boat gini.
Vietnam jer ada..hahahaa





Nie boat kitorang..ngeeee...





Fefeeling retis letewwww...




Amek tempat masing2 yer, dan selesakan diri anda.
nasiblah yer kalo sakit bontot tu.
kerusi kayu jer..hahahaaa
tradisional katenya.

Memandangkan nie first experience aku.
jadinya, kita layankan saja yer.
kalo tak..takder la nak merasa kan?
masa untuk kita melayan perasaan di negara orang.
mata dok melilau mana tau ternampak abang pedas..ngeeee..

Nasib kitorang baik dapat geng satu hotel yg join group nie.
Pakcik ngan makcik yang sangat sporting ngan anak lelaki dia plus menantu pompuan.
4 beranak jer.
tapi okeylah..at least ada geng jugak kan.
takderlah aku 2 beradik jer group melayu.
sebab yang lain2 semua mat saleh sajor.

Mat saleh nie tau jer la terlebey ramah.
pantang kita tegur, laju jer nak ajak borak.
sama gak kalo dia yang tegur, memang jadi jer ler.
tapi malas lak aku nak ramah2 sangat nie.
penat dah.
kat opis dah jumpa segala mat saleh.
yang besor kecik tinggi panjang segala.
malas dah nak hadap...huhuhu



keroh giler Sg Mekong nie kann...



Rumah2 yang ada sekitar Sg Mekong tu.
Macam dah nak roboh dah aku tengok umah nie..hishhh...



Nie floating market taw...ala2 pasor gitu..



nie kargo angkot barang kott...




Cucilah mata anda dengan pemandangan yang tak berapa nak owesome tu.
tapi, jangan amek mudah pulak.
even tak owesome, banyak yang boleh kita belajar ok.
macam mana masyarakat Vietnam yang serba gigih nak teruskan kehidupan.
even serba kekurangan, tapi masih nampak semangat nak majukan diri sendiri.

And jangan tak tau,
even keruh tahap gaung air sungai tu,
tu la antara sumber utama diorang.
jangan tepanjat boboi kalo korang bole ternampak masyarakat pesisir sungai,
gunakan air keruh tu untuk mencuci dan membasuh...huhuhuu
kebetulan ternampak ada yang gembira ria basuh ayam kat sungai tu.
kebetulan jugak ternampak ada jer makhluk yang berupa manosia,
selamba badak kencing terang2an...haishhhh..
sungguh kurang sopan.
ko pancut jer yerr dalam sungai tu..kemain..
kembang lak tekak aku bila ingat balik.
ayam dan air kencing?
hokeyyy...sangat2 tak boleh blah...hahahaa


Dalam 15 minit macam tu,
kita singgah kat first stop.
kat situ ada macam2 yang boleh kita tengok and belajar.
almost tradisional method punyer aktiviti.
Aku pon tak ingat apa nama tempat tu...huhuhuu
moh  ler kita tengok gambor.




Kat sini bole tengok cara diorang buat rice paper. Sedap taw..
Bila dia dah digoreng, rasa macam kepek potatoes...bestt...




Yang nie pulak, coconut candy.


Nie tak tahulah nama dia...huhuhuu
tapi dia macam bertih beras la..sedappp..


Kat dalam tu korang bole ronda2, macam2 ada. Souviner pon ada.
Tapi aku teruja tengok patung2 comel tu...sukerrrrr...
Saper rasa kamikaze sangat, boleh try wine kat atas tu. Macam2 reptilia kat dalam tu.
That was real snake hokeyy..tarantula pon ader..ada beran??
Tengok pon dah scary tahap gaung...errkk...




Niat dihati macam nak sambar satu oil panting tu...tapi pikir2, tak payahlah kott..
Yang beli kat Bali tu pon aku tak sangkut kat dinding lagi...kuikuikuikuii...



Suker tengok topi Kate Middleton tuh...selalu nao pedajalkan Kak Long.
Kak long anti betol ngan topi tu sebab selalu tetepok kepala dia...kihkihkihhhkihh..




Lepas dah habis ronda and cuci2 mata kat area yang konon2 IKS tu,
moh ler kita bergerak ke next station.
Tak jauh mana pon. Sebelah menyebelah jer.
Jalan kaki dalam 30 tapak, sampailah nanti jua kiranya.

Mata dok ligat pandang keliling.
dalam hati, macam nie rupanya cara kehidupan orang Vietnam.
nampak sederhana sangat.
tapi okeylah kan..nampak bahagia ria aman damai jer.




Kat sini kita belajar pasal kehidupan lebah. Konon la kan..hahahaaa
Bole beli madu original yang diorang provide. Satu botol tu harga dia dalam RM15.
Tak sure ada campuran ke tak dalam tu. Tapi lepas wartawan melodi tanya, 
yess..comfom 100% original ok uollssss....sila jangan was2 untuk menggunakannya.
Kat sini korang bole try minum teh ngan madu dengan perahan limau. Emmmm...memang feveret aku letewww...rasa fresh giler. Gratissss hokeyyy!!



Okeyyy..mari perhatikan topi Kate Middleton itu sekali lagi. 
Yesss..dia telah mencecah dan kemudian menghempok kepala Kak Long buat kali yang 80
setakat waktu itu sahaja. Kelihatannya sangat mendominasi keadaan.  Harap maklum.



Shyyyy....banker HSBC tengah kira duit...diam2...
japgi kita attack dier....muahahahahaaa (sila ketawa gaya sarip dol samseng kg. dusun)



Geng..jom blah..nak gie dusun buah2an nie...nak tengok jugak apa yang menarik sangat dusun orang Vietnam nie.


Kat next stop tu, kita pegi tengok dusun or farm fruits kat perkampungan Vietnam.
Apa ek nak citer kat sini?
aku tak berapa suka sangat la..heheee
sebabnya, umah mak aku lagi best buah2nya.
But, memandangkan dah sampai kan..so layankan ajelah.

Bila kat situ, aku dua beradik dapat markah penoh bila tour guide tanya jenis2 pokok kat situ.
Ala...giler ko kalo tak bole kenal pokok manggis...pokok durian seme.
Tau mak aku, kena buang kampung taw...
Macam biasa paling teruja of coslah mat saleh kan.
Tahap kejakunan yang terserlah dan super melampau.
Nampak cili api pon kemain suker.
suka hati nak petik.
kalo aku nak pedajalkan deme, aku soh gigit and kunyah jer.
padanlah muka kan??..hahahahaa
sangat kejam ini perempuan.

Lagi satu Philipino team yang tak berapa minat nak follow.
dia pon samalah macam aku.
bila memasing compare2 ngan negara sendiri.
buah pelam negara dia lagi besar la.
buah manggis dia  lagi bolat dan besar la. 
segala2 besar belaka lah senang citer.
Dalam hati aku, alamakkk dia nie....mann2 lerr..
sudahnya, aku dua beradik dok ngan group filipino tu,
and kitorang berborak tak hengat pasal negara masing2.
Paling best dua2 takmo kalah...muahahahaa
giler kentang laaa..rasa nak pitam tebongkang pulak.

Lepas dah kitorang menjahanamkan sesi buah2an dusun tak seberapa tu,
mohla kita gerak ke lagi satu aktiviti yang aku ngan Kak Long tunggu2 dari malam tadi.
tak sabor sangat katenya..muahahahaa
aktiviti apa tu?
meh la uollsss...nengok pic.
janganlah maluuuuuu...ngeeeeee...



Nielah keje kitorang sementara nak menunggu giliran ride boat tu.
Rasa nak lempang laju2 tak pompuan gedik topi tudung saji tu??...kihkihkihhhh
Sila perhatikan group di belakang kitorang tu...Tulah group from Mesia yang satu hotel ngan aku.
Menantu pompuan makcik tu tak nampak pulak dalam pic nie..yang ala2 eksen tu anak lelaki makcik tu. Kedekot nao nak senyum..nyampahh. Sepanjang tour Mekong tu, aku ngan Kak Long tak abis2 menggosip mamat tu. Mamat poyo la..mamat belagak la..mamat ntah pape.
Paling tak boleh blah, masa nak naik boat besar tu kan, bole pulak dia biar bini dia naik sendiri. Terkapai2 orang tu nak memanjat boat tu. Bukannya nak tolong. Tarik tangan bini dia ker..dukung ke kann.
Nie dia tinggal gitu jer..puiiihhhh!!!
Bini ko kena sambar orang Vietnam kang baru taw..bini ko tu kategori lawo hokeyyyy...jaga2, ada yang memerati....aptb!! sengal!!  (Mamposlah kalo dia tejumpa blog aku nie...heheheee)






Nie first group yang naik. Filipino team yang menggosip ngan aku dua beradik pasal dusun tak boleh blah tu..hahahaaa...





Dan akhirnyaaaaaa...turn kitorang naik pulak. Satu boat nie dua orang jer hokeyyyy...
kerlasss ko Mariaaaaaa...



Syabasssss......fefeeling orang kaya naik cruise. Mari kita mengahayati kehijauan alam yang sangat mendamaikan jiwa ini...super heaven....^___^






Group nie boat dia tersangkut kat tepi canal tu...gigih pompuan viet tu nak mengayuh ke tengah. Serious kuat dan hebattt itu pompuann...




Suker pic nie taw....:)











Apa yang aku bole share kat sini,
seriously, aku suka sangat aktiviti  nie.
enjoy giler. Memang best.
Benda nie la yang aku ngan Kak Long tunggu2 nak naik...heheee...

Lagi satu yang aku perasan,
pendayung sampan tu kebanyakkannya pompuan.
sangat gigih and korang jangan nak perlekehkan kekuatan stamina diorang.
Memang sangat hebat.
Sanggup buat apa saja, asal ada kerja dan dapat duit untuk menyara keluarga.
Well known, golongan kaya taklah ramai kat negara Viet nie.
kebanyakannya golongan yang biasa2 saja atau golongan bawahan.

Jom flashback.
Golongan pompuan kat Bali pon aku respect.
Dialah yang banyak bekerja berbanding dengan kaum lelaki.
Kerja bukan sebarang kerja hokeyy.
Kerja pikul batu gunung berapi untuk buat bangunan or temple.
Well known, kat Bali banyak temple keagamaan.
Perghhh..bila tengok, serious kagum and yet sedih jugak.
Kenapa seorang pompuan yang fitrahnya lembut kena buat kerja sesusah itu.
nampak sangat tak adil...huhuhuu

Sambung balik citer tadi.
tetiba teremo sekejap.
Moh ler kita beredar.
Dah waktu lunch katenya.
another 20 minit dengan perjalanan boat besor.
mari kitaaaaa...






Sawan selfie dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi......T____T





Next stop kat perkampungan Vietnam jugak.
berhenti untuk lunch, berehat2 dan coci mata...hahahaaa

Tapi kat situ, kitorang tak makan.
sebab rasa was2 pulak.
sebab comfom ketat2 nampak serba tak halal.
But, aku nie traveller tegar.
no hal punyer.
bekalan kemanosiaan berupa biskut dan coklat kan ada.
harap bersyukur.
sekurang2nya ada jugak makanan yang nak dimakan.

Just lepak2 kat situ and kebetulan ada hammock.
perghh...memang macam orang yang disorongkan bantal la kaedohnyer.
super heaven berbuai sambil tido.
sejuk jer hokeyyy...memang best.

Dah 1/2 jam macam tu berangan berayon macam baby,
moh ler kiter merayau lagi.
ada beskal??
ok mari kita ronda satu kampung.
semangat aku ngan Kak Long taw ronda2 dalam kampung tu.
gian gila nak naik basikal.
macam orang jakun. Muahahahahaha.....




Suker yerr...



Dah habis aktiviti menjelajah kampung,
mari kita berkumpul balik ke tempat asal tadi.
Nak balik sudah.



Ko kenapa kak? penat sangat bawak basikal tadi?
 sampai nak manjat boat pon dah tak larat dah..haishhhh..



Perjalanan kembali ke Jetty Chai Be amek masa dalam 30 minit.
bantai tido jer la dalam boat besor tu.
dengan redupnyer, ngan angin Sungai Mekong tu lagi.
sesuai bebenor nak melelapkan mata.



 sempat snap pic nieh...sure mahal babas resort nie kan?




Cruise boat yang ala2 Halong Bay tu....dia tak gerak pon. 
Boat kitorang jer yang buat lintas hormat kat situ..hehehhee... 



4.30pm macam tu sampai kat Jetty.
Carik balik bas comey.
jom kita balik ke town.
Dan sesi tido 2 jam pon bermula....hehehhehee

Jejak HCM town dalam pukul 6.30pm.
gelap sudah.
bas hantar sampai depan hotel.
tak teros naik ke bilik, 
tapi singgah kedai makan Hajah Basiroh depan hotel tu.
nak makannnnnnnnnnnn.
lapor sudah tahap nak makan sekor kambing.


Melantak Pho' Noodles tak hengat. Serious sedap nak menanges. 
Bukan pasal lapar.
Tapi memang sedap tinggi selangit. nak nanges guling2. sebab sedap sangat...T____T



Lepas makan teros naik hotel.
dah tak pandang kanan kiri dah.
badan dah penat macam nak mintak massage ngan spa 7 hari berturut2...huhuhuu

Mari mandi untuk segarkan badan.
check balik pic yang snap petang tadi.
sambil mengutuk pic sendiri sambil delete.
aptb!!

8.30pm macam tu, turun balik.
jom jalan2 gi pasar malam...hehehee
before gi jalan2 mari kita book tour untuk esok.
nak ke Chu Chi Tunnel katenya.
alang2 dah sampai kan.
marilah kita pergi. Rugi kot kalo tak pegi.

Sempat gak perabis duit malam tu beli lagi kain 3/4 pasang.
dalam pukul 10pm macam tu memasing dah surrender.
okeyyyy..mari kita balik.
lutut nak tanggal dah nie.
besok nak tour lagi.
nasib la hotel depan mata jer.
kalo jauh,
aku soh kak long dukung jer macam masa aku kecik2 dulu...huhuhuu

Habis sudah story mory day 3.
Besok kita sambung day 4 yerrrrr.
nak pitam dah aku nak mentaip nie.
korang tau baca jer kan.
aku nie haaa yang nak tebuk otak kasik semua memori ngan citer keluar.
rasa nak kena sakit jantung koronori taw.

Ok. Tak larat sudah.
mari kita tido.
jumpa lagi next entry yer.

Babai.

















2 comments:

  1. hi...nak tanya...tambang tu diorang kira mcm mana? pakej ke?

    ReplyDelete
  2. 1 day tour ke sg mekong, bp rm?

    ReplyDelete