This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, January 16, 2014

Ho Chi Minh Part 5 - Chu Chi Tunnel Tour

Okeh. Mari kita sambung even tak berapa sepenoh jiwa.
layankan saja.
mana tau masa tengah update nie tetiba naik hawa kegembiraan.
so, harapnya flawless la kan...ngeeee

Day 4 in HCM, Vietnam.
Besoknya dah nak balik....huhuhuhuu

Today aktiviti nak menjelajah kawasan peperangan.
perghh..ekon nie sejuk weyy. cramp tangan aku nak mentaip.
sori, iklan sudaaaa.

Tempat nak pegi nie well known memang femes seantero donia.
saper yang tak tau, sila bukak buku sejarah.
tak koserlah haih akak nak jadi sejarawan kat sini.
not my expertise ler.

Book Chu Chi Tunnel tour nie kat hotel jer.
cost dia USD11 = RM33.
bolehlah..tour untuk 1/2 hari.
carik pengalaman sikit katernya.

Orang hotel kate, kena tunggu kat lobby pukul 8.30am.
wahhhh...best la macam tu.
takderlah kelam kabut sangat kan.
sempat lagi nak breakfast..ngeeee

So, besok paginya dengan muka ceria ria pukul 8am tajam2 dah turun bawah.
moh kak..kita pi breakfast.
kemain tak sabar nak breakfast tau.
lapor kott..malam tadinya tak makan.
telan buah jer.
almaklom we'olls kan dinner pukul 7pm gitu balik dari Mekong tour tu kan.

Decide nak breakfast kat kedai Hajah Basiroh jer.
tahap pemalas nak menapak lebih sikit.
hopefully pagi nie tak mahal sangat makan macam kelmarin...huhuhuu



Aku seperti biasa..memang tak dapat dipisahkan ngan Pho' Noodles.
haros amek hawa makanan nie pagi2...nanti rindu pulak..heheheee....



Kak Long nie kannnnnn..tak abis2 nasik lemak buah bidara dia..
Nanti balik Mesia masaklah sendiri kat umah..haishhhh..



Kak Long menapau kueh untuk bekalan di hari muka...tepanjat gegel sampai ternganga mulut...hishhh..



Lagi 5 minit nak 8.30am jom balik hotel.
and seperti biasa janji bukan melayu.
Orang tour datang pickup kitorang.
Naik van.
cariklah tempat duduk memasing.
sementara nak tunggu ramai orang naik.
marilah kita berselfie dulu yer.
wajib sesangat.
nanti dah ramai orang...maluuuuuuuuu...:P
*Panggggg kanggg...




kak..awat tangan ko menggeletar nie??...haishhhh...tak lawa dah muka aku tau...T____T


Tetiba sampai satu hotel,
kitorang kena tukar van lain pulak.
motif??
aku pon tak paham kenapa kena tukar.
paling aku nak hangen, bila mana naik van ganti tu,
aku tengok van dah hampir penoh.
apekah??
nie maknanya kena duduk asing ngan Kak Long ker?
Alaaaaaaaaaaa....mencik tau....T___T

Dok sebelah couple mat saleh yang tak pandai diam.
lelaki tu mat saleh, awek dia india. Australian katenya.
ramah jugak. Tapi lepas tu macam annoying la.
Bergurau senda macam kat umah.
tak pandai diam.
rasa nak pangggg jer.

Nasib baiklah belakang aku tu chinnese family.
so aku beborak dengan deme jer.
mula2 tu ingatkan Chinnese Hong Kong.
Speaking accent sedap uollss.
berdengung2 dan cukup ihfak hakiki, idgham maal ghunnah bagai.
Sekali jer dah lama2 borak tu,
alahai...Cina from Perak sajorrr.
Penat tau akak speaking2 flawless gitu...cehhh.
Jadinya lepas tu kitorang bantai cakap melayu jer.
kan senang...muahahahahah

Sementara nak jejak ke destinasi.
si tour guide buat suaikenal pulak dalam van tu.
dah sorang2 kena kenalkan diri.
dah macam kat skolah pulak.
kena citer pasal diri sendiri ngan pasal country kita yang disayangi.
Well...marilah kita bedrama yer...kihkihkihhh
So, aku noticed dalam trip kali nie,
team aku ada orang Australia, Deutsch ngan German.
Yang lain2 tu Malaysia ler. Tanah tumpah darahku..ecececeehh.

Paling tak boleh blah, bila tour guide aku tu sibok lak nak main game.
dia kata nak hilangkan boring sementara nak tunggu sampai ke destinasi.
adehh...benda nielah yang paling malas aku nak layan.
tapi  nak kena sporting la kan.
sebab well known kan..mat saleh dalam van tu seme sporting2 belaka.
takkan aku nak kalah wehhhh.
Heyyy..nie Maria la...silap la orang kan kalo Maria nak mengaku kalah.

Tau tak game apa?
perghh..giler sakit hati.
main topi beracun uollsss.
saper dapat topi beracun masa topi tu bertukar tangan,
dia kena nyanyi lagu glamer negara masing2.
ko gilerrr????
kalo kena aku, lagu apa aku nak nyanyi??
okeh sabor pompuan...
belom start main lagi pon. 
drama la ko nieh.

Tour guide super jelita mulakan dulu permainan.
dia nyanyi lagu tradisional Vietnam.
ntah apa dia  nyanyi aku pon tak tau.
sambil2 tu topi beracun pon bertukar2 tangan.
Kenanya kat orang Deutch.
hamekkk ko..nyanyi lagu negara ko..hahahaa
semangat hokey pompuan tu nyanyi.
giler sporting arrr..

Pastu pusing2 lagi topi beracun tu.
Memang super kelicap masak kari la.
rasa nak tepok2 topi tu kat kepala mamat deutch depan aku tu.
sajer nak pedajalkan aku letewww.
dan2 dia campak topi kena kat aku.
perghhh...lahabau la ko nie. 
Sekeh kang baru taw..
terblurr kejap, nak nyanyi lagu apa nie weyy.
hantu mak limah betol la..

Korang teka aku nyanyi lagu aper?
tetiba rasa nak tergelak pulak.
tau tak, niat di hati nak nyanyi lagu Siti Nurhaliza.
Ewahhh..tak bole blahhh.
tapi syaratnya nyanyi lagu rakyat hokeyy.
pitam kak kiah nak mikir.
Tetiba mulut takder insuran nie boleh lak nyanyi lagu 'rasa sayang'.
OMG!! Maria!! ko nyanyi lagu 'rasa sayang'?
yes..correct!!
im proud with my beauty tradition song...ngeeeee
and my new fren from Perak behind me,
sing together with me hokeyyyyyy..
ko aderrrr???
tak kannnnnnnnnn...:p
ketawa kuat2...muahahahahahaaa...D

Okeh, bila dah habis game..memasing senyap.
macam dah boring pulak dah.
tadi bising kemain...haishhh
apalah korang nie.

Sambong balik perjalanan.

Before ke Chu Chi Tunnel tu,
stop kejap dalam 1/2 hour kat satu pusat handycapped nie.
nie tempat orang2 yang hilang upaya gara2 peperangan dulu2.
ok. faham. perang tu memang dah lama.
yang kena kecacatan nie, anak2 mangsa peperangan.
mak2 deme kena gas beracun, saper yang pregnant that time,
memang tu la risikonya.
natijahnya, anak2nya yang cacat dan hilang upaya.
kesian tak?
So, sila amek pengajaran di situ.
bersyukur ngan tempat lahir kita yang aman dan damai.


Tempat nie macam pusat kemahiran laa..menempatkan orang2 kurang upaya atau cacat yang disebabkan oleh peperangan dahulu kala. Ada jugak kecacatan yang bukan disebabkan peperangan.
Tapi diorang dikumpulkan kat sini untuk belajar kemahiran seni dan secara tak langsung jadi one of the famous attraction untuk dilawati pelancong.


Hensem kan mamat nie..dahlah hensem..pandai lak melukis...me loikee..
ikot iollss balik Mesia, nak tak uollsss?


memang tersangatlah artnyerr...





After dah jalan2 and merayap2 dalam tu,
marilah kita gerak ke Chu Chi Tunnel.
perjalanan dalam 1/2 jam gitu.
memasing dok diam2 jer dalam van tu.
melayan perasaan katernya..puihhhh!!

Jejak Chu Chi Tunnel area dekat2 pukul 11am.
Nampak banyak betul bas pelancong.
dalam hati, sure ramai orang tak hengat nieh.
berkumpul setempat sementara tour guide kitorang yang cantek jelita tu beli ticket.

Ok. Seterusnya biarlah gambar yang bercerita yer.
dah takder soon nak membebel lagi.
pic yang takder caption, korang buat caption sendiri.
makesure caption yang best2 sajer.
jangan nak merosakkan pic aku pulak...muekekekeee



Beli ticket dulu yer. Package dah temasok harga ticket. So kita tunggu sajer...ngeeee...



Harga ticket Dong70k + Dong20k =Dong90k



Terowong nie merupakan path untuk masuk ke Chu Chi Tunnel tu.



First stop kena masok dalam nie dulu. Dengar briefing pasal Chu Chi Tunnel.
Masa dengar nie, ada macam2 perasaan taw. Sedih ada...sentap..hiba..semangat cintakan negara..
macam2 la..nak citer pon tak tau nak habaq lagu mana..sebab aku jer dapat rasa benda tu.
Boleh rasa, betapa susahnya rakyat Viet dahulu kala nak mempetahankan negara dari manusia yang menjajah dan merosakkan kehidupan diorang. Well known, orang2 Viet memang comel2 dan bersaiz kecik...that tour guide kata, rata2 askar diorang that time berat badan cuma 40-45kg sajer..
tapi diorang tetap menang sebab semangat yang tak berbelah bahagi nak memerdekakan negara. Ewahhh...tu diaa..bila Maria dah berkata2..



After dengar briefing, moh ler kita tengok dengan lebih dekat lagi Chu Chi Tunnel yang sebenar. Chu Chi Tunnel tu macam terowong tikus untuk askar2 Vietnam berlindung atau bergerak di bawah tanah dari satu tempat ke satu tempat bagi mengelak diserang hendap oleh askar penjajah.
Cer korang tengok...kecik toet jer lubang tu..badan besar pon bole masok tau..tapi ada teknik yang betol la..our tour guide sempat tunjuk macam mana pergerakan askar Vietnam bila nak masuk ke dalam terowong tu, lepas tu siap tutup lagi plus dengan daun2 kering atas tu...awesome gilerrr!!!!


Antara pintu lubang Chu Chi Tunnel..tengok pon seram..ngeeee


Masa untuk mencuba keajaiban Chu Chi Tunnel. Untuk pelancong ada 2 tunnel untuk dicuba. Satu yang jauhnya 50meter and satu lagi 100meter. Lebih2 tak boleh..bahaya katanya..sebab dalam tu super gelap.


Keluar kat sini...hehehee.
Aku tak masuk dalam tu..sori yerr...
Dah baca pengalaman kat blog saper2 yg masok dalam tu mesti serik punyer..hahahaa
takmo aku.  Sempat gak jadi wartawan melodi sekejap..pi tanya mat saleh tu seme. Jawapan sama...
it was too dark - very hot - i cant see anything inside there - its terrible - need to slide - if you unlucky u might touch the insects on a wall, i dont know what is it - scarryyyy...
Tu la antara bebelan mereka2 itu...jawapan aku senang jer..well, new experience for you rite? somehow, it was amazingly to try - no harm - sweating somemore, plus your face...waaaa...turn out reddish like grilled sirloin...hahahahaa
matiklaaaa...jawab macam tu..masing2 bantai ketawa tak hengatttt!!!


Aku dok skodeng minah kecik nie jer...mak aiii...comel nak mamps laaaaa...


Nie one of the jerat yang askar Viet buat..sangat kreatif...memang tempah mati awal2 la...



Sesi melepak askar2 Viet katernyer..


Tempat buat senjata..tradisional hokeyyy..ko mampoooo?


Actuallykan banyak lagi sebenarnya tempat yang kitorang pi tengok.
mals lak aku nak tepek pic kat sini.
nak edit resize bagai.
bosan taw.
So, aku select yang menarik jer la...lalalalalaaa..(nasib korang la :p)


After dah tawaf satu kawasan jajahan Chu Chi Tunnel tu,
jom pi rehat2 minum bagai.
expenses sendiri yer, tak masuk dalam package.
lite2 jer pon.
Nasib baik Kak Long dah tapau kuih masa breakfast pagi tadi.
So, kitorang makan tu jer la.
Masa tu pon dah pukul 1.30pm.
macam dah lapar pulak...haishhh



Sempat beli jagung bakar. Nie jagung bakar terakhir untuk aku...hehehee...rejeki2...


Rice paper..macam yang kita tengok masa tour Mekong semalam..


After took lite lunch.
jom gerak ronda2 sikit area situ.
kat sini, aku paling takut kalo terpisah ngan group aku.
sebab orang ramai. Group pon banyak.
kawasan besar. Bole sesat taw..seram lak bilik pikirkan.



Nie kawasan bom yang masih aktif. Jerangkap samar pon banyak taw. So, hati2 Cik Salmah ngan Cik Ramlee..jangan termasok dalam tu yerr...bahaya hokeyyy...





Last sekali, kitorang dijamu ngan ubi rebus. Makanan utama askar Viet dahulu kala.
Ubi tu dimakan ngan kacang tanah goreng yang ditumbuk + gula pasir. Serve sekali ngan teh herba.
Ubi tu biasalah kita makan kan?..tapi cicah ngan kacang adalah first time untuk aku.  Not bad...no harm to try kan?



Sempat snap pic original nie. Rupa Chu Chi Tunnel yang sebenar. Berapa kali runtuh sebab kena bom ngan askar US yang jahat tu. Pastu nanti diorang buat lagi yang baru. Ngam2 badan comel diorang jer kan?


Habis dah tour untuk setengah hari kat sini.
Well...apa yang aku dapat  kat sini?
banyak jugak la info and input yang best.
memang pengalaman yang superb la.
sapa nak rasa mari datang sini.
malas akak nak citer lebih2.
nanti bukan korang bole paham and rasa pon.
Orag yang datang sini jer yang tau macam mana sengsaranya orang2 viet nak lepaskan diri dari jajahan orang yang super jahat dari angkasa lepas tu.

Wowowowoo..
sudah cukup sudah.
mata mengantuk tak bole blah.
kutahan juga demi nak mengabiskan entry nie.
kalo ada typo, paham2 ler.
daku bukan hebat sangat menaip.
bak kata IT consultant aku,
aku menaip macam ayam patuk jagung.
Perghhhh...itu sangat melampau hokeyyy.
sini aku patuk ko balik. Nak rasa?
Ok. Tetiba teremo...hehehee

Dahlah. Nak tido.
Jumpa lagi next entry tapi masih di hari yang sama...ngehh..ngehhh..ngehhh..

Daaaaaa.......:)
























1 comment:

  1. Pukul brapa habes tour ni beb? pukul 2pm dah sampi hotel balik tak?

    ReplyDelete