This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, February 26, 2014

Prince Oscar and Chanel Annabelle

Tetiba rasa nak menghapdet.
lama dowh tak mentaip dalam nie.
asik2 skodeng blog orang.
sampai umah sendiri pon aku tak pandang.
mana la tak berkulapuk sume..ngeeee...

Benda aku nak story nie, benda lama sebenornya.
tapi aku nak citer jugak.
sebab nanti aku terlupa teros, lagi haru kang.
mana lak aku nak korek info kannn.
aku nie dahlah dasar ilang ingatan manjang.
blog aku nielah tempat aku korek2 info apa yang patot.
kalo bukan untuk korang pon,
untuk diri sendiri dah ler.
banyak faedohnyer.

Okey.
Korang jangan main2 tau ngan nama super kayangan ongputeh tu.
Prince Oscar?
Chanel Annabelle?
Omg..sapa tu MH?

Nielah nak citer.
Nama exotic super sexy nak mamps tu nama anak2 baru aku.
import from Melaka hokeyy.
Ke Melaka on Saturday hari tu before CNY semata2 nak kidnapped itu kitten.
Hati tak bole tahan bila terpandang.
teros jatoh hati jatoh chenta gitu.
tu yang sanggup ke negeri bersejarah tu semata2 nak amek deme.

Tangan nie gatal2 pi bukak itu Mudah.Com.
tulah malapetakanya.
len kali takmo bukak.
bila terpandang, terpaksa turutkan juga nafsu doniawi itu.

Sampai Melaka around 10am tu teros terjah Taman Saujana.
Dah buat appointment ngan nyonya tu katenya.
Okey. Mari kita jalan teros.

Rumah corner lot.
tengok banyak betol barang2 fengshui.
serabot lak otak aku bila tengok byk nao barang depan umah.
Auntie tu teros bawak kitorang gi 2nd floor umah dia.

OMG!!!!!
Apa yang aku tengok nie?
rumah kucen ka?
the whole level rumah nie, sume kucen2 belaka?
comfom breeder tegar Auntie nie.



The whole lot umah nie penoh ngan kucen jekkk..







Yang nie auntir tak jual coz dia nak buat baka...katenyaaa..



Munchin exotic long hair kaki pendek..comel nak mamps



My Oscar before bawak kuar cage..


Suka tol muka penyek2 nie..


Yang paling takjub tu, sume kucen eksotik tau.
yang pesen flat face high nose.
giler ngkooo...ribu2 sume kucen dalam tu.
Aku ingat Auntie tu ada 5/6 ekor jer.
Sekali jer 80 ekor ngkooo.
Oh my..nak fitamss.

Apa2 hal pon hadap kucen yang aku dah book tu dulu.
Weeee....sangat comel hokeyyy.
mak sukerrr!!!
nampak real depan mata.
owesome!!

Yang malapetaka lagi,
booked baby kitten tu sekor jer.
tetiba papa meroyan nak beli lagi satu.
sebab ada lagi sekor yang giler2 comel yang buat kita rasa nak lempang2 ngan gigit2.
Papa tak boleh tahan.
sanggup kuar balik pegi ATM korek duit lagi.
Oh my Papa!!!
rasa nak tertonggeng pengsan kat situ jugak.

Aku tak sure nama baka nie apa.
Aku cuma tau dia flat face high nose.
in terms of harga memang sangat mahal.
takmo citer.
cuma aku bole cakap cost 2 ekor baby kitten tu,
boleh dikatakan nilai dia sama ngan aku pegi holiday kat Thailand 5 hari.
Bole pikir tak?
ok..sila imagine sendiri.



Nie baby kitten kiter taw...baru lepas mandi..wangiiiiii....
Auntie bagi free cat biscuits + medicine + wet foods + cat comb yang mahal tuuu..


Lama gak dok menebeng kat umah Auntie tu.
melayan kucen2 comel dalam tu.
rasa geram sangat macam nak amek sume bawak balik.
bila pikir monthly expenses dia, rasa nak menanges pulak...huhuhu
cukuplah nie dulu.
4 ekor kat umah pon dah rasa nak tetonggeng dah...T___T

Dah puas hati,
mohlah kiter bergerak pulang ke JB.

Pegi Melaka semata2 untuk kucen?
sangat giler tak?
Ok..serious giler ketat2.

Tak teros balik umah.
Singgah Mydin kat ayer keroh jap gie lunch.
Itu dua ekor kucen pon aku heret sama masok dalam itu Mydin.
Giler ko nak tinggal dia dalam kete.
panas kot.
meninggal kang padan muka aku.



Sumabat dia dalam cage nie..dok dalam troli diam2 yer hanak2..momma bawak soping dalam Mydin..ngeeee




Alololooo...baiknyer dia...gi soping yerrrrrr...:)


lepas dah siap aktiviti sume dalam Mydin tu,
moh ler kita balik ke umah.

Sepanjang dalam kete, memasing tak tido.
sibok lepaskan di kucen 2 ekor tu main.
gedebuk gedebak main sampai tersungkur2.
geram tol bila tengok.
comel betol.
Abislah lekat sume bulu2 dia dalam kete.
Takper..nanti papa bersihkan..kihkihkihhh




Okeyyy..here my baby.
Putih oren tu - Male ; nama dia Prince Oscar (tapi panggil nama manja dia Oshkar..hihii)
Tourqi kaler tu - female ; nama dia Chanel Annabelle..comeyyyy..
Dua2 nie comfom ketat2 flat face high nose.



Oscar kena kuarantin a few days cos dia tak sihat. Kena cerry berry. Sian dia..takper, momma ngan Papa dah bawak pi Vet. Nanti cepat sihat yer baby.



Muker sedey yang comel mintak pelempang.


Oscar kalo minom air..habis basah sume bulu2 dia..haishhh..tu la muka leper sangattt..


Dua2 kucen nie dah pegi 1st vaksin.
Now papa tengah nak buatkan international certificate for Oscar sebab dia original baka.
Cert nak kena buat kat USA.
lepas nie kita masok pertandingan international CFA yer Oscar.
tapi nak kena tunggu Oscar besor dulu la.
kecik2 baby tak bole laa...

Ok, tu jer for now.
tunggu budak dua ekor nie besor sikit nanti kita hapdet lagi eh.

Since dah ada 4 ekor kucen kat umah.
Dah susah sikit nak travel kemana2.
Kalo nak tinggal, jangan kata kita jer dok hotel,
Momma ngan Papa pon kena carikkan mereka2 itu hotel untuk menginap..haishhh.
duit ada bayor saja..asal sihat dan kuatt!!..ngeeee..

Ok..chow dulu..daaaaa


P/S : Saper2 verangan nak beli bole pegi umah auntie nie kat Melaka.
        
        Madam Tay - HP 013 480 5796
        Taman Megah, Melaka.





No comments:

Post a Comment