This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, March 11, 2014

Nak Kepoh Jugak ~ Tragedi kehilangan MH370

Today dah masok day 4 MH370 hilang.
Mana peginya?
Wallahualam..Allah maha besar.
Apa tugas kita?
teruskan berdoa tanpa henti.
Penuh keihklasan dan rendah diri.
Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui.

Tetiba terpanggil nak mentaip something hari nie.
Tu maknanya otak aku still berfungsi dan saling berhubung.
cuma kemalasan tahap dewa yang menggaban tu yg buat otak tetiba sengal.
sangat tak boleh blah...haishh..

Kat sini aku takmo jadi wartawan tambahan yang ntah pape tu.
bawak citer merepek.
copy paste tanpa kesohihan then sebar tanpa kawalan otak.
bodo giler.

Aku cuma tetiba terajin nak kongsi experience aku pasal kapal terbang.
tak taulah berkait ke tak.
tapi yang aku tau still berhubung ngan kapal terbang..,ngehhh...

2 hari lepas, macam biasa memang muka aku jerla tercongok dpn tv.
dok hadap citer MH370.
gigih nak tau latest update.
terkesan jugak kat jiwa nie.
sebab bole imagine perasaan keluarga masing2 dalam tu.
Day 1 tau cerita tu pon aku dah melalak nak rak.
sedey hokeyy..
sebak sentap hiba sume ada.

Nak dijadikan citer,
masa tengah tengok tv tu adalah one of the big boses MAS tengah wat PC.
tekunlah aku mendengarnya.
Dipertengahan hujah tu, dia cakap...

"bla...bla..bla...procedure kita (MAS) tidak akan berlepas sehingga semua penumpang sudah ada,
bag yang sudah didaftarkan akan dipastikan ada pemiliknya. Setelah semua penumpang disahkan ada, baru kita akan berlepas. Itu adalah procedur biasa kami dan juga jenama penerbangan yang lain.....bla...bla..bla.."
(Ayat lebih kurang macam tu la...tak ingat yg tepat punyer) 

Okeyyy. Kat sini aku nak kongsi experience aku.
Benda nie berlaku baru jer. Bulan Dec lepas masa aku nak pegi Ho Chi Minh via MAS.
Kalo saper2 pernah baca entry aku hampir kena tinggal flight gara2 tukar gate.
Bag or luggage dah check in awal kat Senai Airport.
And sampai KLIA, automatic check in departure to Ho Chi Minh.
Dengan kata lain, luggage aku dah didaftarkan terus ke perut kargo MAS.

Paling best, aku nyaris2 kena tinggal flight gara2 pertukaran gate.
Luggage dah daftar, tapi takder pulak yang buat announcement nama aku soh naik kapal terbang.
aku punyerlah lurus bendul bole tunggu kat gate macam yang stated kat boarding pass.
rupanya gate dah tukar.
paling jahanam jaoh nak mampos dari tempat gate asal.
Mana annoucement?
bole gerenti ker kapal terbang tu tunggu aku even luggage dah ada dalam kargo.
Aku tak rasa dorang tunggu.
haros ditinggal jer aku terkontang kanting.
paling best luggage dah sampai HCM, aku lak kat KLIA.
Kalo tak kerana rempitan maut aku berlari tak cukup kaki tak cukup napas,
takder maknernyer aku nak jejak lantai kapal terbang tu.
memang dah rezeki aku, dapat gak naik.
tapi nak ditekankan kat sini, atas usaha aku hokeyy.
bukan pasal announcement MAS yang panggil penumpang tercicir.

Lagi satu experience dengan Air Asia.
Nie bukan aku, tapi perkongsian luahan hati mangsa.
kebetulan mangsa duduk sebelah aku masa aku nak tunggu departure gi Langkawi.

Citer macam nie.
benda berlaku last year bulan Jun.
masa tu aku nak gi Langkawi via AA.
masa tengah duduk2 relax nak tunggu check in,
aku kena tegur dengan sorang hamba allah, indonesian lady.
mintak tolong aku nak pinjam henpon telepon majikan katenya.

Mula2 tu macam confuse ngan concious jugak.
yerla..orang sekarang kan, kalo tak menipu tak bole.
agaknya dia tengok muka aku confuse, dia terus cerita.

"Ibu..aku sebetulnya bibik dari Brunei. Majikan di Brunei.
Nak pinjam sebentar henpon ibu menelepon majikan di Brunei. Pastinya dia bimbang kerana aku nggak sampei2 ke sana, tapi bagasi sudah sampei bu..Aku transit di Malaysia dari Bandung kerana pulang ke kampung. Sekarang mahu kembali ke Brunei.
Malangnya Bu, aku keciciran..bagasinya sudah di perut pesawat, tapi aku tercicir. Bagaimana sih?
Aku harus menunggu sehingga 6am pagi esok untuk penerbangan seterusnya ke Brunei.
Wangnya sudah habis aku beli untuk tiket baru besok pagi. Kaget bu. (Masa aku berbual tu pukul 3pm).
Makanya, aku bimbang jika majikanku mikirin yang aku menipunya seperti enggak pulang. Dia sedang menungguku di bandara (airport)..."

Okeyy..satu lagi kes tercicir flight, tapi luggage dah check in masok kargo.
apa pon tak bole.
AA pon takder annoucement...huhuu..

Atas dasar belas, aku bagi jugak henpon bagi dia pinjam.
dia cakap terima kasih banyak2 tapi tak telefon pon majikan.
dia cuma mintak satu sms utk bagi mesej kat majikan beserta no henpon aku.
after sent out, terus majikan dia call.
bersungguh2 dia cakap, tercicir pesawat..hiba betul suara.
aku lak yang sedih dengar.
semua dia cerita, dari A to Z kat majikan dia.
tapi laju2 dia cakap. kononnya takmo guna henpon aku lama2.
sempat ckp ngan majikan dia aku orang baik yg sanggup tolong dia.
tetiba sendu lak aku dengar...huhuu

After that nampak dia macam lega and happy.
Aku pon rasa macam release jugak.
macam happy sebab dapat tolong orang yang betul2 memerlukan.
alhamdulillah...amin ya allah.

Masa aku nak check in, aku sempat salam bibik tu.
tak abis2 dia cakap terima kasih.
dia nak bagi duit nak bayar bil henpon,
tapi aku tolak. aku cakap aku ikhlas.
dia lagi macam nak nangis.
aku tanya dia dah makan belum.
dia kata duit tinggal RM5 sebab dah habis beli ticket baru balik Brunei.
Omg...aku sebak lagi.
Sebelum gerak aku hulur kat tangan dia note RM20.

Aku : Bik..pegi makan. Kamu tak makan sejak pagi. Nanti sakit.
Bibik : Nggak perlu sih. Aku ada air mineral (air tinggal 1/2 botol)
Aku : pergi makan..nanti sakit perut. Flight kamu besok pagi, lama lagi bik..
Bibik : Ya Allah..terima kasih kerana menolongku. (muka bibik dah sebak gila)
Aku : Doakan yang baik2 saja untukku sekeluarga Bik.. aku ikhlas.
Bibik : Terima kasih Buuu..
Aku : Kamu makan ya..pastikan kamu sampai ke Brunei esok pagi. Jangan tertinggal lagi.
Bibik : Ya Bu...Allah saja dapat membalasnya.
Aku : Aku gerak dulu Bik..assalamualaikum.
Bibik : Waalaikumsalam. Yang baik2 saja aku doakan untuk ibu sekeluarga..Amin.

Masa aku berlalu tangan terlepas dari salam.
Air mata aku mengalir.
Aku toleh belakang..senyum kat dia sekejap.
Dia melambai sambil senyum happy.

Okeh. Dah sudah drama sedih...hihihii..
Experience beharga aku.

Satu MAS and satu lagi AA.
Dua2 cerita luggage masuk kargo.
cerita announcement.
cuma bezanya aku bernasib baik even hampir tercicir.
bibik tak bernasib baik, sebab comfom tercicir..huhuuu..sedeyyyy

Kesimpulan cerita?
korang buatlah sendiri.
Aku dah penat nak taip lagi.
Yang aku tau cerita aku ada kena mengena ngan kapal terbang..hehehee..
cedoklah moral of the story kat situ.

At this moment, apa yang aku harap,
moga ada keajaiban berlaku kat MH370.
Allah maha besar.
takder yang mustahil.

Tu jer cerita kepoh malam nie.
Ngantuk sudah.
nanti kalo rajin aku update lagi.
tapi tak taulah bila...huhuhuu...

Nite dear.













No comments:

Post a Comment