This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, October 14, 2014

Cerita waterbag yang kelakar seram


Selasa 16/09/14 - Malaysia Day.
Public holiday katenya.
takkan nak dok umah sehari suntuk kan?
nanti kang otak aku tak abis pikir,
bila nak beranak...bila nak beranak.

Jadinya aku pon ajak Papa pegi exercise kaki.
ke mana tu?
mana lagi..Jusco la.
Konon2 bior banyak berjalan, nanti senang beranak, gitueee..
kebetulan Aleeya takde. 
Semalam dia sibuk nak tido umah Auntie Long.
Okehh..pegilah nakk...Aku kate.
Jadinya aku berdating berdua je ngan papa.

Pukul 11am macam tu pegi Jusco Permas.
Nak beli barang baby last kopek kononnya.
ronda sana sini dapatlah rembat lagi a few barang.
Puas hati.
Biasalah, bila dah penat marilah kita duduk2 kejap.
Bila dah duduk tak buat ape2 mulalah mulut miang nak mengunyah.
Ngam2 masa duduk tu, mata mengadap secret recipe.
nak makan heavy kenyang lagi sebab baru lepas breakfast.
otak merewang pasal red velvet.
mohlah kite beli and kekah red velvet tu...nyummm!!!

Masa syok gigit2 kek tu Papa kate nak pegi toilet.
Ok takpe, pegilah Papa..i nak layan kek yang super sedap nie.
masa sudu nak cecah kek yang dah tinggal separuh tu,
tetiba aku rasa ada benda tak best. Terus darah berderau.
apekahh???
Tutup terus kek and masuk balik dalam kotak.
takdek mood nak makan dah...huhuu

Papa sampai je dari toilet,

Aku : Pa....(ngan muka blur and cuak)
Papa : Ada ape sayang?
Aku : Rasa air kuor la.
Papa : Ha? Apa tu??
Aku : Mama rasa waterbag leaking.
Papa : Biar betol. Banyak? Gi toilet check.
Aku : Seram la. Tapi betol...memang bole rase.
Papa : Ok2..sayang pegi check dulu.

Aku angkat bontot teros pi toilet.
nak check kononnya.
masa bangun sempat lagi jeling kat red velvet tuh..huhuu
memang hari tu ntah kenapa hati aku terdetik nak pakai pad.
ikotkan biasa aku pakai pantyliner jeww.
memang nasib aku baik hari tu laaa.
kalo tak comfom suor aku basah.

Gi check kat toilet. Ok, comfom memang leaking.
pucat kejap muka aku.
Giler ko tak pucat.
mane aku pernah ade experience macam tu.
rase nak terpitam pon ade..huwaaaaa..

Kuor je dari toilet tuju kat Papa.

Papa : macam mana?
Aku : Ye laaa..memang leaking.
Papa : Nak pegi hospital terus ke?
Aku : Ye kot. Barang semua dah complete dalam kete kan?
Papa : Aah..ada. Jomlah.

Dengan rasa cuak ngan mengigil lite2, 
kitorang pon teros tuju hospital.
masa tu dah pukul 2pm kalo tak silap.
yang paling kelako, dalam kete dua2 senyap.
aku pon tak tau kenapa...hahahahaha

Sampai hospital teros tuju kat wad saringan.
daftar kejap and cerita apa yang patot.
baik je nurse yang incharge tu. 
bole borak2 ngan gelak2 bagai.

Aku masok ward saringan and tunggu giliran doktor nak check.
seram sikit.
sebab aku tak tau apa cerita disebalik waterbag leaking nie.
tapi takpe, yang penting aku pegi check, puaskan hati.

Dapat doktor india pompuan.
macam biasa masa dia sibuk check perot aku bagai,
aku bantai beborak tak hengat ngan dia.
ketawa terkekek2 kitorang.
check bukaan serviks..alaaa...baru 1cm...huhuu

So, nie yang doktor tu cakap.

Puan,
memang ada sedikit leaking waterbag tu. 
tapi tak membimbangkan.
bukaan serviks pon baru 1cm.
sekiranya terdapat kebocoran lagi tapi dengan kuantiti yang banyak,
contraction yang kerap,
baru saya akan ambil kira.
buat masa nie, kita tak boleh tahan puan,
memandangkan ini anak yang kedua, 
saya rasa puan lebih tahu apa yang perlu dilakukan.
dan masih ingat lagi bagaimana rasa contraction tu.
saya akan buat report yang lengkap untuk puan.
mengikut perkiraan saya dan pakar,
kami minta puan untuk datang semula pada 19/09.
kami akan tahan puan dan kemungkinan besar induce akan dijalankan,
memandangkan puan pon dah overdue kan?
jadi, puan boleh balik dulu.
tenangkan diri semua akan baik2 saje.

Ko lega tak dengar doktor cakap macam tu?
opkos la kan.
aku percaya dengan apa yang doktor tu cakap.
Okeh. aku dengar cakap dia ketat2.

keluar dari hospital lepas semua procedure dah selesai,
Papa tanya, nak terus balik umah ke?
masa tu dah nak dekat pukul 5pm.

Actually, hati aku memang tak best.
Papa pon kate hati dia tak best.
jadinya, Papa decide kita gi jalan2 kat Jusco Tebrau la.
Aku ok jer.
since aku bukan sakit pon kan.
siap cakap ngan Papa.
anything happen, hospital dekat je.
Sebelah jer ponnnn. Hahahaaa...

Sampai Jusco tau tak aku buat ape?
kat parking lot tu, 
aku bersungguh abiskan red velvet yang tinggal separuh tu.
pehhhh...sedap melampau.
lagi2 bila rasa nebes dah takde.
berganda2 sedapnya kek ituuuuu...kihkihkihh

Pastu, Papa ajak makan Al Migos.
dah rindu kat lamb spagetty letewww.
takpe, bagos jugak.
dapat la aku makan kan.
nanti dalam pantang dah tak dapat makan dah.

Dah siap makan, merewang lagi.
tetiba aku cakap ngan Papa, "jom tengok wayang",
Papa okeh je.
kebetulan ada cite best.
anak aku pon kate best sebab dia dah tengok ngan Auntie Long.
So, marilah kite hadap cite "The Maze Runner" tu.

Memang terbaik la cite tu.
Best giler. tekejut2 tengok.
Ngam2 11.30pm cite tu abis.
Tau tak apa jadi disebalik 11.30pm tu?

Haa..nie aku nak cite.
Masa cite tu abis kol 11.30pm tu,
memasing mula la angkat bontot nak balik kan?
samalah ngan aku.
tapi aku angkat bontot dapat hadiah sekali.
hadiahnya..waterbag aku serious pecah time tu jugak.
gila kelakar. gila seram.
air keluar dah macam air terjun aku rasa.
pad aku basah pakej ngan seluar2 sekali basah..adehhh..
rasa nak meraung masa tu.
bukan pasal meraung rasa sakit ke hape.
sebab rasa tak selesa suor dah basah..huwaaaaaa..

Waterbag comfom dah pecah.
kena pegi spital nie. Aku cakap ngan Papa.
Tapi aku nak balik umah dulu, nak mandi2.
Papa tamo.
Dia kata pegi hospital dulu.
mintak consultation doktor, later2 baru decide nak buat ape.
okeyyyyyy......

Sampai hospital, jumpa balik doktor yang sama.
dia jugak yang check and selok aku.
macam biasa, muka terkemut2 tahan sakit kena selok.
tadi dah kena godeh.
Nie kena lagi..huwaaa...

Paling tak best, doktor nak check lagi nak comfomkan kepala baby.
pehhhh..nak godeh lagi ke?
kenanya dia tak sure,sebab jari jemari dia comel and halus.
Panggil pulak doktor lelaki soh tolong.
Okeyyyyyy...dengan mengangkang kaki, 
dua orang doktor dok hadap barang nung.
sambil hadap, sambil godeh, sambil bercakap bahasa doktor.
sunggoh aku tak paham.
Dalam hati aku dah jerit.
cepat sikit bole??
penat nie nak kangkanggggg...haihhh...

Nasib la doktor lelaki tu lembut je.
sopan santun.
hensem pulak tuu.
dia cakap kat aku,
Puan kena warded eh.
bukaan dah 2cm. 
Puan warded dulu, nanti kita semua kat sini monitor Puan.
waterbag puan dah pecah,
nanti kita tengok progress contraction macam mana.

Dalam hati aku lega yang amat.
dalam hati..horeyyyy..warded akhirnya.
sempat jugak cakap ngan perot 
"malam nie sakit eh, baby kuar cepat2 tau"
gila sudah aku..huhuhu

Papa urus sume hal ward.
Amek 2nd class. Rezeki aku ada katil kosong.
Alhamdulillah selesa and spacious.
4 bed per room, 2 bathroom.
lagi besar dari 4 bed kat KPJ tu.

Dah siap masok bilik semua.
Papa kata nak balik nak mandi2 and amek ada a few barang tertinggal.
Papa kate nanti dia datang balik.
tetiba aku jadi sedih.
sebab kena tinggal.
pelok papa kuat2 sambil nanges.
huwaaaaaa...T___T

Tenangkan hati gi mandi bersih2.
dalam hati rasa, ntah2 pagi buta nie aku beranak kot?
so baik la mandi kan.
sementara nak tunggu Papa datang balik.
lepas mandi aku pon gigihlah makan kurma ngan minum susu.
sedia dari awal katanya...ngehhh..

Area2 pukul 2am macam tu aku dah rasa sakit2 sikit.
Okeh. itu contraction sudah mari.
dah mula rasa gelisah resah.
pusing sini tak kena, pusing sana tak kena.
Aku try baring mengiring, 
follow method blogger ajar how nak besarkan bukaan serviks.
hopefully menjadi la kan.
tapi aku perasan, sakit tu belum kerap sangat.
tapi yang pasti, memang tu sakit contraction.
dia datang 1/2 jam skali.
ok takpe, harap bersabar.
2 katil depan aku, lena tido dah.
Katil sebelah aku dah dengar orang tarik nafas tahan sakit.
Aduhh..kesiannya.
Aku bangun jengah dia, tanya ok tak?
dia geleng kepala cakap tak tahan dah.
sian betol...huhuuu

2/3 kali misi datang check condition aku.
aku mengadu sakit. tapi under control.
dalam hati..bagos betol la dorang nie.
misi pulak sume baik2 lembut2 je.
I is sukeeeee.
Ntah pukul berapa dalam tahan2 sakit tu aku tertido.
Penat sangat agaknya.

Cite untuk besok kita sambong lain entry yer.
ada cite sedih yang aku nak kongsi ngan korang.
sedikit sebanyak bole wat renungan dan pengajaran.

Daaaaa.....



















































kalo tak sure suor aku dah basah..huhuhuu






1 comment: