This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, October 15, 2014

Datangnya si comel dari syurga.

Macam biasa.
Awal pagi dah tersedar bila dengar bunyi azan subuh.
dok melangok jap atas katil.
dalam hati cakap, bestnya tido malam tadi.
tak pernah rasa lena macam tu.
rasa macam fresh je...syok betol la..:)

Masa nak mandi tetiba sakit pinggang.
tanda dah sampai ke?
aku cepat2 mandi.
owhh serious....masa nak bersiap tu,
sakit dah menyengat.
tapi still bole control laaa.

Doc datang check macam biasa.
aku cite yg cerry berry dah recover.
now aku dah contraction, cuma belom kerap je.
but it was a good signal indeed la pada aku.
Doc take note apa yg aku cakap and soh aku pegi bilik saringan kejap lagi.

Aku breakfast cepat2 then terus pegi bilik saringan.
kalo tak salah masa tu dah pukul 8am.
contraction makin kuat.
kejap2 nafas aku putus nak tahan sakit...huhuu

Masok bilik saringan,
macam biasa marilah baring dan mengangkang..hahahaa
standby la tarik nafas nak kena selok dengan jari jemari doc tu.
hopefully jari doc tu panjang la kan.
jadinya takdelah aku hazab sangat nak kena godeh.

Sambil doc menggodeh kira bukaan serviks aku,
gigih la aku tarik nafas.
muka tahan sakit jangan cakap.
kat bawah tu jangan cakap la dah terbarai darah.
gila ko tak terbarai kalo dah kena selok godeh kuasa dua kan??
doc kena buat cepat2 sebelom contraction aku datang balik.
sambil2 godeh, keluar la bahasa sains doc.
ada yang aku paham, ada yang aku tak paham...huhuu..

Bila dah siap semua,
aku tanya doc progress serviks aku.

Doc cakap,
Puan punya bukaan dah 4cm.
consider dah bole ke labour room.
Tapi labour room penuh sekarang,
jadinya kita bookingkan dulu atas nama Puan.
nanti kita update Puan bila semua dah ok yer.
lagi satu, memandangkan kes puan waterbag broke,
kita harap puan alami normal contraction.
kalo sakit tu tak kuat, kita akan induce.
tapi doa2 la sakit tu datang normal ya.
baby puan dah berak, tapi dalam condition selamat lagi.
sebab warna yang saya check masih hijau cair yang tak pekat.
insya allah semua ok nanti.

Aku nak senyum pon tak bole.
sebab tengah tahan sakit.
aku mengiyakan je la apa yang doc tu cakap.
dlm hati aku, biarlah semua berakhir hari nie. 
aku risau sangat pasal baby kat dalam tu...huhuuu..

Balik ward, memasing kepoh tanya.
dah bukak berapa?
dah bukak berapa?
aku sengih je jawab...4 jerrr..
lepas sengih kejap, terus tunduk separuh rukuk pegang pinggang.
tu maknanya contraction aku datang..heheheee..

Balik ke katil, dok diam2 cuba tenangkan diri.
tarik nafas pelan2.
Owh..tak boleh jadi.
menyengat sangat sakit nie.
bilik ada ekon pon aku berpeloh2.
Try baring mengiring pulak.
kaki silang sikit, sebelah tangan pegang katil.
bila sakit datang, aku teran kuat2.
tu la aku buat banyak kali.
one of the method nak besarkan bukaan serviks tanpa ada koyakan.
aku try banyak kali.
mintak2 menjadi la method nie.
tadi check 4cm.
bila dah sakit kuat macam nie,
aku harap2 at least dia dah tebukak 6cm.

Makin lama makin sakit.
sakit sampai aku tak bole kuor air mata dah.
last2 aku bangun.
dalam hati, baik aku berjalan.
biar lagi senang bukak jalan serviks tu.
sakit pon sakit la...aku tak kira.
tengok jam masa tu dah pukul 10am.

Mari bertawaf dalam ward tu.
Jalan sambil pegang besi kat dinding tu.
bila sakit aku stop pegang besi tu kuat2.
bila tak sakit aku jalan balik.
perghh..dia punya sakit...tak payah cakap la.

Masa melintas depan kaunter misi,
ada sorang doc pompuan cantik tegur aku.

Doc : Puan, nak pegi mane tu?
Aku : (tak cakap pon..muka berkerut tahan sakit)
Doc : Puan yg kes waterbag kan? kenapa berjalan2 Puan.
Aku : (Diam lagi, tapi sempat senyum)
Doc : Puan nie sakit, kena berehat. Jangan banyak bergerak.
         Meh saya hantar Puan ke katil.

Tetiba aku rasa sebak.
baik sangat doc nie.
lembut je layan aku.
dia pimpin tangan aku sampai  katil.
tolong aku naik atas katil sambil cakap,
"saya tau Puan sakit, sabar sikit ye..zikir banyak2. 
Nanti saya checkkan labour room untuk Puan.
Sabar Puan... Sakit sangat yer?"

Menitis air mata aku masa tu.
nafas dah huru hara.
bila doc keluar, aku dah mengerekot balik badan aku.
sakitnya Allah je la yang tau.

Bila aku dah gelisah sangat atas katil tu,
Kak Tinie datang jengah.
dia tanya aku ok ke tak.
aku cakap tak ok and sakit sangat, tak tahan dah.
Dia cakap nanti dia panggilkan misi.
dia tanya aku bole jalan ke tak nak check lagi kat bilik saringan.
aku geleng kepala sambil nangis.
dia cakap, takpe..nanti dia panggil misi dulu.

Masa tengah tahan sakit tu,
kelibat Kak Tinie hilang.
doc yang baik tu datang balik.
dia cakap,
Puan...sabar yer.
tak payah pegi bilik saringan.
Saya boleh check Puan kat sini je.
Syukur sangat masa tu.
sebab aku memang dah tak mampu nak berjalan.

Doc and misi tarik langsir tutup katil aku.
sila la kangkang lagi yer.
tengok doc gigih tunggu sebelah aku.
tangan dah siap pakai gloves.

Doc : Puan, tenang yer. Tarik nafas. Kalo sakit, saya tak check.
         saya tunggu sampai Puan reda sakit. Tarik nafas yer...

Aku tarik nafas.
Bila tak sakit lagi, cepat2 cakap ngan doc yang aku dah ok.
Lajulah doc tu buat keje.
sebelum sakit aku datang balik, baik dia buat cepat2.

Air mata aku turun lagi.
semua gara2 doc cakap, bukaan aku masih 4cm.
dugaan apa lagi nie?
aku dah sakit separuh mati.
tak sanggup dah.
aku target ngan sakit teruk macam tu, bodo2 pon bukaan patut dah 6/7 cm.
serious semangat aku dah down gila.

Doc keluar and cakap something ngan misi.
dalam aku kesat2 air mata tu..(perghh..macam drama kan)
misi datang and cakap nak bawak aku pegi labour room.
tengok jam dah pukul 11am.
aku teros wasap Papa cakap aku dah ready nak gie labour room.
Papa kata dia tunggu kat luar ward.

Misi siap2 nak pindahkan aku katil.
Masa misi tolak aku atas katil nak gi labour room.
air mata mengalir lagi bila terpandang jiran2 katil aku.
semua pandang kat aku sambil senyum.
masing2 cakap, moga selamat sambil lambai kat aku.
sebak jangan cakap. Aku tutup mata rapat2.
dalam hati aku,
moga Allah permudahkan juga urusan kawan2 aku tu. Aminn..

Nampak kelibat Papa kat luar labour room.
rasa lega sangat.
tapi Papa tak bole follow lagi sebab diorang kena siapkan aku dulu.
masuk labour room, macam biasa, macam2 wire kena pasang.
cucuk air kat tangan.
pasang scan check degup jantung baby.
sakit jangan cakap..tak terperi.
misi ajak aku berbual2.
nak hilangkan rasa sakit.
serious rasa takot tak pernah ada,
sebab sakit melampau tu dah mengatasi segala.

Bila aku dah start nak mengeluh sakit,
misi datang hulur aku oksigen.
"Puan pakai nie, tekan punat tu and sedut dalam2"
laju aku capai and terus tekan and sedut tak stop2.
serious sakitttttttt.....T___T

Doc selok lagi, 11.30am masa tu.
Dia cakap bukaan masih 4cm.
Ya rabbi. Aku dah sakit nie takkan 4cm lagiiiiiiii?

Untuk pengetahuan, general knowledgnya,
1cm = 1 jam.
bila pukul 11.30am baru 4cm,
maknanya aku kena tunggu lebih kurang lagi 6 jam.
sebaik2 bukaan adalah 10cm.
lagi sekali aku bagitau...10cm hokeyyyyyy.
jadinya estimate aku deliver kemungkinan pukul 5.30pm.
dengan hazab sakit macam nie,
korang rasa aku boleh bertahan tak sampai pukul 5.30pm??
nanges kuor air mata darah la kalo bole bertahan...huwaaaaa...T____T

Dalam sakit2 tu, aku dah merayu2 soh misi panggil Papa.
aku dengar misi tu page misi kat luor.
kejap lepas tu Papa sampai.
lega yang amat, tuhan je yang tau.

Masa pon berjalan.
sama jalan ngan sakit yang melampau.
ada masa aku macam tak sedar diri.
mungkin sebab sedut banyak oksigen tu.
dalam tak sedar tu, sakit still ada.

Sakit kali nie tak sama ngan sakit beranakkan Aleeya.
Aleeya tu aku sakit pinggang macam nak terputus.
Kali nie pulak, aku sakit pangkal paha, 
pon macam nak terputus jugak.

Aku bole rasa kepala baby turun.
menyesak dada.
contraction hilang.
yang aku tau masa tu aku cakap "nak berak..nak berak.."
kelam kabut aku tengok misi tu memasing pakai apron plastik dia.
sila kangkang kaki luas2.
aku dah dok diam.
takde suara.
tapi dapat rasa benda memaksa nak keluar kat serviks.
macam blur sekejap.
tak teran..tak tarik nafas.
yang aku tau aku dengar Papa cakap.."sikit je lagi sayang.."
aku dah macam mamai2.
tau2 nampak baby kaluar.
nangis slow jer.
lepas tu misi bawak lari baby.
aku terus tutup mata.
dalam hati, Alhamdulillah.

A few minit lepas tu,
misi bawak baby.
dia bukak baju aku and letak baby atas dada aku.
nak suruh baby rasa panas badan aku.

Baby sangat putih and pinkish kulit dia.
cantik bersih.
aku nangis2 masa peluk dia.
cakap ngan Papa.."cantiknya anak mama.."
air mata tak abis2 turun.
syukur Ya Allah.
berbaloi 10 tahun aku.

Si comel aku dari syurga dah depan mata aku.
ini betul2 punya kejadian.
bukan dongeng eh.
rasa nak lempang2 diri sendiri..huhuuu..

Misi siapkan aku before transfer kat ward baru.
aku dah tak kisah.
ko nak buat apa, buat la.
yang aku tau, hal aku dah selesai..syukur..

18/09/14 pukul 1.45pm tarikh aku keluarkan si comel...:)




Comel busyuk mama.


** Kuasa Allah, sebetulnya aku patut deliver lebih kurang 5.30pm,
    tapi sapa yang dapat menandingi kekuasanNya.
    rezeki aku, 1.45pm aku dah melahirkan...T___T

** Papa kate, pada pandangan mata dia, 
    kali nie punya deliver tak makan masa yang lama. 
    Nampak mudah compare to deliver yang pertama dulu.
    Aku tak tau..sebab aku yang sakit, bukan dia yang sakit.
    kannnnnnnnn.....








































4 comments:

  1. Tahnah , nak tengok baby comel mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. congrats....alhamdullilah......:)

    ReplyDelete