This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, October 13, 2014

Estimated Due Date. Nak follow mane?

Cerita preggy lagi.

EDD ikut date period : 12/09/14
EDD ikut baby scan : 23/09/14

Mana nak follow?
Aku pon tak tau.
pada aku tu setakat tarikh je.
yang aku tau, aku nak tunggu sakit contraction je.
tu baru betol.
EDD tu cuma guide line jek. Katenya..:p

Macam biasa.
sepanjang masa preggy tu dari 1st week sampai 40th week,
aku takde rasa takot pon.
nebes sikit2 normal.
tapi bole control lagi.
Kak Long aku sibok la tanya, "Ngahh..ko tak takot ke?"
Aku sengeh jekkkk...kihkihhhh

Masok je 6 bulan,
Every weekend kitorang kuor carik barang baby.
makin lama makin banyak lak barangnye.
konon2 takmo membazir katenya.
Nak beli sikit2.
Tapi apa lak motifnye kalo tiap2 minggu pi shopping.
takkan takde apa2 kot.
Baju tu selai dua dah opkos la kan.
Bila jejak nak beranak, berapa helai dah tu?
soalan matematik, sila pikir sendiri.

Actually aku memang doa2 nak beranak sebelum due.
aku nak rasa contraction kat umah pastu gie hospital.
baru tak rasa suspen.
dulu masa Aleeya punyer time aku overdue jugak,
dapat jugaklah rasa contraction tu.
so tak suspen sangatlah kan.
makan banyak2 kat umah, siap2 apa yang patut teros gie hospital.
nampak mudah je.

Mintak2 kali nie punyer preggy pon nak macam tu jugak.
sakit and terus gi hospital.
gituuuuu.....

Checkup macam biasa.
aku pegi sampai ke titisan yang terakhir.
sempat bergurau lagi ngan misi2 kat klinik tu.
cakap ngan dorang "misi..saye last nie. mintak2 malam nie sakit la kannnn.."
kemain gelak saje memasing.

Kenanya masa last checkup tu pon aku dah overdue 2 hari.
doctor dah pesan, as at Rabu 17/9/14 tu aku kena serah diri kat hospital.
sebab hari tu dah consider overdue 5 hari.
doc siap kate, possibility kena induce.
oh my...suspennya aku.
benda2 macam tu la yang aku nak elakkan.
jadik nebes gaung hokeyyyyyyy.

Jadinya manjang la aku skodeng google pasal induce.
baca sampai lebam and nak muntah.
tu belum tanya kengkawan kat opis lagi.
kawan kat wasap group..wechat group.
sume aku tanya.
takut kah???
hahahaaa...
tak kottt..cuma aku takde experience pasal induce tu.
so aku menggelabah la nak tau.

Nak dijadikan citer,
15/9/14 Isnin tu aku rasa tak sedap hati.
Aku keje lagi hari tu macam biasa.
Yang best tu banyak benda aku dapat setelkan kat opis tu.
Yelah..tu consider hari last day aku before nak kena serah diri kat hospital.
Baby pon baik je.
tak menegang2 mengeras2 macam biasa.
Jadinya konon2 aku dapatlah buat keje ngan tenang.

Tapi bila dah jejak petang, hati tu lain pulak.
persoalannya, nape baby kurang gerak nie?
dari pagi jejak ke petang adalah dalam 3 kali je dia gerak.
Takot aku.
Jadinya balik keje tu, terus ajak Papa pegi klinik nak scan baby.
perghh..berderau jugak darah.
sampai kena pam darah 2 kali.
sebab yang first time tu darah aku tinggi.
2nd time pam baru darah aku ok.
mungkin takot pasal baby tu kot.

Gi scan, tengok baby ngan jantung sume.
Alhamdulillah..ada dengar bunyik jantung baby.
Doktor kate everything normal and baby sihat.
perghhh...lega dia jangan cakap la.
rasa nak nanges pon ade.
So balik dengan senang hati.,
sempat lagi la gi Tesco shopping barang baby lagi...erkkk..

Malam tu before tido sempat cakap ngan Papa,
mintak2 malam nie sakit laaaaa.
nak gi hospital malam nie jugak.
bole macam tu?
suka2 je kan??
hahahaaa...
yerr..tulah perasaan aku masa aku.
sebab aku memang tak sabar dah nak deliver.
rindu sangat nak ada baby kecik.
tak pikir sakit pon.
otak tu pikir nak hadap muke budak kecik jer.
serious, rindu giler nak dengar sore baby nanges...huhuuu



































No comments:

Post a Comment