This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Friday, October 24, 2014

Nie cara aku berpantang. Cara ko aku tak tau.

Haa...gile panjang kan tajuk tu.
tetiba nak wat macam tu.
konon2 rare sangat la..hahahaha

Aku nak sambong cite berpantang aku.
tak tahulah best ke tak cite tu.
tapi aku nak wat entry jugak.
later2 aku bole baca balik, 
mengenang kenangan berpantang.
Lepas nie tak taulah ada peluang berpantang lagi ke tak..hehehe

Masa aku tengah type nie aku dah 37 hari berpantang.
ada lagi 3 hari.
Tu pon kalo follow 40 hari pantang la.
Tapi Insya Allah, 
ada certain pantang tu aku nak wat sampai 60 hari.

Pantang aku simple2 je.
ikot mak cakap and aku rasa logik, aku buat.
tapi ada certain part aku langgar jugak.
apa yang aku langgar tu?
nanti aku cite..kihkihkihh

Lepas balik dari hospital tu teros amek mak bawak balik umah.
serious, aku memang dah collapse dah.
sebab aku tak cukup rehat, badan sakit2.
nak describe pon tak tau.
sebab aku yang rasa sakit tu.
semua gara2 lepas beranak kena tahan 3 hari kat spital.
so, aku bole rasa satu badan memang sengal sangat.
rasa dah masok angin bertan2 pon ye...huhuu

Mak jaga aku kat umah dalam 7 hari je.
pastu bila badan aku dah segar sikit,
baby pon dah tanggal pusat, baru mak balik.
ye laaa..orang tua kan, 
mana bole tinggal rumah dia lama2.
since aku pon dah tak melepek sangat. 
Aku ok jew.

Since day 1 mak jaga tu, memang aku dah kaw2 kena.
malam pertama kat umah tu jugak, badan aku dah kena uli.
tengok mak macam tak sabar nak kejekan aku...huhuu
mungkin sebab nampak aku dah teruk sangat.
muka pucat lesi,
melepek macam ape.

Mak urut satu badan, kasik longgar sikit urat2 aku.
pehhhhh..dia punya sakit jangan cakap.
serious urat aku sume dah stress ngan cramp.
pastu, macam biasa before tido kena pakai bengkung.
bermulalah malam pertama yang hazab.
hazab sebab perut kena pakai limau ngan kapur pastu bengkung ketat2.
punyalah panas benda tu plus ngan mengenyam babas.
tambah lagi susah nak bangkit dari tido bila nak susukan baby.
tu sume gara2 bengkung tu ketat.
nak duduk siksa yang amat.
jadinya, terpaksalah pujuk hati,
bertabahlah perot untok beberapa hari yer....huhuhuu

Bila dah masok 3 malam berbengkung kapur ngan limau nipis tu,
memang senyum lebor la. 
Super osem orang kate.
perot aku teros hilang. Leper kemain.
mak kate dah nampak kemas perot tu.
dia check rahim aku kat dalam pon dah cantik and kecut.
alhamdulillah.
tapi nak cantik memang hazab la kannnnnn.
jadinya, aku berbengkung cara tu 5 malam je.
tu je yang aku mampu.
nak masok malam ke 6, aku dah surrender.
sebab kulit perot aku dah gatal2 tak bole terima.
mak kata, dah ok dah tu.
tak payah berkapur lagi.
as long as perut tu dah kempis, dah cukup bagos.
baiklah mak.

Bila siang aku berbengkung jugak sepanjang hari, 
tapi pakai lotion pati halia je.
tu pon same.
dia punye panas pijor macam nak lompat bintang seratos kali.
bila panas menyengat datang, aku wat bodo je.
siap cakap lagi.."tebako la ko lemak degil!!!"
gituuu..drama sangat kannnnn..kahkahkahahhh




Aku pakai bengkung Dherbs tu RM28. Tapi dapat pakai 7 hari je. Masok hari ke 8 dah tak bole pakai sebab perut dah kecik. Tali tu dah bercantum dah tak bole ikat dah. Kalo ikat pon dia tak ketat, apa barang kan?
so sementara nak beli one set corset yang baru, aku beli dulu bengkung cangkuk tu RM13 kat mydin. As long as bole control perot and rasa ringan kat situ dah bagus dah.


Day 2 kat umah baru aku start urut satu badan betul2 ngan tukang urut.
cadangnya nak amek 5 hari.
tapi since cuti Papa dah tak lama gara2 aku lambat kuor spital,
urut tu pon tinggal 3 hari je.
tapi takpelah.
mak ada. Nanti mak bole sambung urut badan aku.
Apa yang aku rasa, aku memang betol2 nak urut kaw2.
nak kasik segar badan.
nak kasik badan ringan dari angin2 yg berkoyan tu. 

Bila berpantang nie. memanglah dah jadi macam tuan puteri.
makan berhidang, nasi dah bersenduk.
pehhhh...best gaung kotttt.
tapi tu la, macam pantang anak pertama jugak.
selera makan tu tak kunjung tiba.
jadinya aku makan ala2 je.
tu pon paksa diri sebab takmo susu badan kering.

Bila mak jaga, semua berjadual.

06.30am - mandi air daun
07.30am - breakfast
11.00am - lunch
04.00pm - makan petang
05.00pm - mandi air daun
06.00pm - dinner

kesannya, bila mak jaga dalam 7 hari tu,
aku dah lost 10kg.
suke takkkkk?????
gile ko tak suke...kwengg..kwengg..kwengg...

Tapi tu 7 hari mak ada je.
lepas mak dah takde, ada satu benda tu aku langgar.
Apa tu?
waktu makan aku laaa..
ye la..mak takde, dah kena masak sendiri kan.
tu la jadinya makan tak jaga.
mak ada, makan nasik 2 kali sehari.
mak takde, aku makan nasik sekali je...heheee

Benda yang lain2 aku still follow.
1. pakai stokin.
2. baju lengan panjang.
3. tak makan benda sejuk, berbisa, seafood.
4. bertungku
5. berbengkung. 
6. mandi air daun

Ubat2 aku start makan after baby dah tanggal pusat.
kalo belom tanggal tak berani aku nak makan.
tapi aku makan pon bila nak masuk minggu ke 3 berpantang.
tu pon takot2 jugak.
sebab baby nyusu badan kan.
tapi since aku support baby ngan susu formula,
risau tu ade kurang sikit la.



Nielah ubat2 yang aku consume masa dalam pantang. Aku tak beli yang satu set tu sebab aku percaya mesti aku tak pakai habis. Sure membazir. 
So, aku beli benda yang aku rasa perlu and memang aku akan guna ketat2.
Meh aku cite harga dia, mana tau korang nak beli kan.

1. Gamat tu beli kat mydin groceries RM17 (Harga kotak RM40)
2. Jamu bidan kampung beli online RM30 (Harga botol RM70)
3. Harum Malam beli kat kiosk luar mydin RM25 (Harga botol RM33)
4. Lotion Pati Halia beli kat mydin RM12 (Harga kotak RM24)
5. Collagen Drink beli online RM60 (Harga jar RM70)
6. Manjakani blender sendiri RM4.00


Kenapa tak bagi fully breastfeed?
niat hati tu memang bergunung.
tapi air susu kurang.
baby tak puas minom. Asik mengamok je.
tu yang support susu formula.
asalkan dia selesa, perut kenyang, najis dia pon cantik, ok la tu kan?



Baby aku sesuai sangat ngan susu nie. Newborn S26-SMA Gold 600gm.
Kena rajin survey harga. Sebab aku notice harga dia tak sama, tapi average harga dia between 
RM65-RM70 untuk kotak nie.

Start bagi susu formula pon gara2 masa dia kena jaundice.
baby yang kena jaundice, kena banyak minom susu.
demam tu bole kuor cepat kalo baby banyak kencing ngan berak.
jadinya memang kena support ngan susu formula.
selain tu, support lagi ngan anggur hijau.
lagi cepat turun bacaan darah jaundice tu.
recommended gile anggur hijau tu.

Tapi Alhamdulillah.
even mak dah takde, aku survive pantang sorang2,
aku cuba takmo derhaka sangat ngan pantang.
sebab badan sendiri kan.
kalo sakit, padan muka aku.

Now, aku cuba kawal makan.
nak wat diet macam dulu kawal kalori.
aku nak turun lagi 10kg. 
Ok dah tu kalo dapat turun lagi 10kg.
takmo kurus sangat.
apa yang aku nak badan ringan and sihat.
mintak2 impian tercapai la.
tapi aku percaya, beauty is pain...huhuuhu


Okeh. Stop dulu.
Baby nanges nie nak susu.
Last entry nanti kite cite pasal nama baby yerrr.

Jumpa lagi.
Daaaaaaa.......



















2 comments: