This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, October 15, 2014

Penantian sehari lagi.

17/09/14 - Rabu

Pagi2 aku dah bangun.
mata ngantok tapi tak bole tido dah.
badan rasa tak sedap.
perut sakit tak selesa.
yang pelik contraction dah hilang.
aduiii...tetiba blur jap.
mana pegi sakit tu?
Arghh..lantak laa.
mandi lagi bagos.
Masa tu aku perasan pukul 6.00am.

Misi datang 6.30am macam tu nak tukar ngan kemas cadar katil.
Bila memasing dah bukak langsir pegi mandi bagai,
barulah aku perasan muka2 jiran katil aku.
Katil sebelah aku dah kosong.
mungkin dah beranak kot pompuan yang sakit malam tadi.

Aku still rasa tak selesa.
Aku rasa aku kena cerry berry la.
makan apa ek semalam.
last aku makan spagetty tu.
aku masok toilet 2/3 kali pegi membuang.
tapi kuor air je.
aku dah risau.
janganlah macam nie. Dugaan apekah?

Tetiba teringat blog yang aku pernah baca.
ada sorang blogger tu pon kena cerry berry.
situasi yang sama macam aku.
benda tu normal.
mungkin kita terlalu nerves.
blogger tu cakap, semua akan balik asal sebelum kita deliver baby.
Ok, i is percaya cakap u.

Pukul 7am macam tu doktor datang check.
borak2 and tanya condition aku macam mana.
nampak dia update kat laptop.
buat report kot.
Aku cakap aku kena cerry berry.
perut sakit and macam nak demam.
dia nampak macam kesian kat aku.
nampak dia cakap ngan misi soh monitor aku closely.

Masa tengah breakfast datang lagi doktor buat check up.
oh my... berapa orang doktor nak check aku nie?
Owh..doktor pakar katenya.
Okeyy.
Dia soh aku pegi bilik saringan untuk check bukaan serviks.
memang suspen bila dengar.
ntah berapa cm dah terbukak ek.

Pegi bilik saringan macam biasa kena selok and godeh lagi.
since aku punye kes waterbag dah pecah,
jadinya aku jadi special patient kat situ.
owh lupa nak bagitau.
serviks aku terbukak 3cm jewwww.
Punyalah sakit malam tadi konon2 contraction nak beranak.
sekali je 3cm jewww.
berkampung lagi kat hospital jawabnya.
ok, sedeyy...:(

Dalam ward aku berkenalan ngan 2 orang patient, jiran depan katil aku.
sakan kitorang beborak.
cerita dan pengalaman berbeza.

1st patient umor 38 tahun tapi nampak muda je.
Aku panggil Kak Tinie.
Aku tengok perot dia tak berapa nampak.
so, mulut nie gatal tanya.
Rupanya dia dah masok hari ke-3 kat situ.
Owh..lama dah. Aku pon baru je lagi..huhuu
Ok, aku ringkaskan cerita akak nie.
yes..dia pregnant. Tapi baru 6 bulan.
sebab tu perot dia comey jer.
Tapi kannn...............:(

Nie yang aku nak cerita.
tetiba rasa sebak pulak...hmmmm...
baby dalam perot kak Tinie takde lagi.
dah meninggal.
tak tau sebab apa.
Kak Tinie kata, anak dia tiba2 tak bergerak.
Pegi check kat Klinik Kesihatan, jantung anak dia dah stop.
so, doctor declare anak dia dah tak ada dah..T__T

Dengan adanya Kak Tinie kat hospital sebab nak buat procedure keluarkan baby.
dia kena melahirkan baby macam biasa even baby tu dah meninggal.
Now, dia kena induce sebab nak datangkan rasa sakit contraction tu.
aku yang sayu tengok dia.
Tapi aku tengok dia happy je.
senyum..gelak...peramah orangnya.
Mungkin sebab dia cikgu.
Paling meruntun bila aku dapat tau yang tu baby pertama dia.
tu pon bila dah berusaha 13 tahun nak dapatkan zuriat.
Subhanallah.
besar betul dugaan dia.
Consider baby tu dah lebih seminggu meninggal dalam perut masa aku kenal akak tu.
tabah betul dia. Kulur kilir bawak anak yang tak bernyawa.
takpe kak...anak tu dah comfom tunggu akak kat syurga...T___T

Husband kak Tinie gigih tunggu even dia hanya bole masok waktu melawat je.
malam2 tido dalam kete...huhuhuu
husband dia pon nampak tabah.
mungkin dah boleh terima takdir hidup dia.
tapi hati manusia kan...siapalah yang tau.
sampai hari nie, aku tak tahu dah keluar ke belum baby tu.
menyesal pulak tak amek contact number akak tu.
serious menyesal...:(

Katil lagi satu pulak, aku tak ingat nama dia.
umo 31 tahun. Preggy anak ke-2.
kes dia sama ngan Kak Long aku.
Tapi aku perasan perot dia besoooo sangat.
aku ingat baby dia beso 4kg ke.
tapi dia kata baby dia berat 2.5kg je masa scan.
Eh..lebih kurang baby aku.
tapi perot aku kecik toet jewww.
Takpelah...bahagian masing2 kan.
yang penting semua dipermudahkan.

Berbalik kat cite aku.
sepanjang hari jejak ke petang aku melepek je.
gara2 cerry berry aku plus kena mual ngan loya.
tu blom badan dedor2 macam nak demam.
jadinya gigih kakak2 misi kejap2 datang check temperature badan aku..huhuu

Datang lak aku kemain gedik bila Papa datang tengok.
asik nak nanges je.
tak taulah nanges pasal ape.
mungkin pasal badan aku yg tengah rasa huru hara.
jadi tak selesa segala.

Sepanjang hari tak tido.
tak abis2 tengok jam.
mulut nie asik bercakap.
bila nak start sakit contraction lagi nie.
makin down dah semangat aku.
kalo contraction takde, serviks tak bukak.
serviks tak bukak, makin lambat la nak beranak.
dugaan betul...huhuhu

Malam aku siap bergosip sambil tengok tv ngan geng jiran katil aku.
kemain memasing macam takde masalah je.
lepas tengok tv aku siap merayap satu ward.
exercise bior cepat beranak.
tak tau la berapa kali dah aku tawaf.

Yang paling best jejak malam,
sakit cerry berry, mual, loya, nak demam semua tetiba hilang.
apekahhh??
hmmm...memang betul kot.
pembawakan aku before nak beranak agaknya.

Paling tak boleh blah lagi,
bila aku sebarang jumpa doctor nak mintak induce.
aku cakap..aku dah lama sangat kat sini.
air tuban pon dah pecah.
boleh bertahankah?
doctor soh aku bertahan and sabar.
dia soh aku pegi bilik saringan besok pagi untuk check lagi.
Oh my....bila lagi nie...T___T

Malam tu, dengan hati tenang baring atas katil diam2.
cakap ngan perot.
"baby..keluarlah cepat sayang..mama tak sabar nak tengok awak"
baca doa patot2.
marilah kita tido.
Buat malam kedua kat hospital, 
aku tido ngan lena tanpa gangguan apa2.
























No comments:

Post a Comment