This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, October 23, 2014

Sambong lagi 3 malam.

Aku nak sambong balik entry after beranak tu.
jangan kata dah selesai.
sebab ada cerita lagi yang mana aku kena check in lagi 3 malam kat situ.
kenapa 3 malam?
sebab ada benda yang tak boleh dielakkan.
aku takmo tanggung risiko.
jadinya aku follow je la.

After dah keluar dari labour room tu.
terus check in kat ward baru.
dapat lagi kawan baru kat situ.
tapi tak sempat berbual sangat sebab paham2 jelah,
memasing keletihan lagi sebab baru melahirkan.

Ngam2 masok ward baru, memang waktu lawatan.
jadinya meriah la ward aku.
mak datang...MIL datang..Kakak ipor aku dari melaka pon datang.
sengih manjang jer aku.
lupa dah sakit beranak tadi..huhuuu

Bila semua dah balik,
rasa sunyi pulak.
tapi takpe.
malam tadi aku sorang2.
malam nie dah ada baby.
giler excited aku...ngehhh

Since even dah lama tak ada baby,
alhamdulillah, takdelah nampak kekok and bodoh mana kannnn.
iollss ok jewww.
malam tu tido tak berapa nak tenang.
bukan pasal baby buat perangai.
tapi pasal misi2 kat ward situ memekak.
ntah kenapa la dorang tu bising and berbual macam kenduri.
tak tau ke yang orang2 lepas bersalin nie semua nak rehat.
perhhhh..gile annoying siot.

Entah pukul berapa aku terlelap malam tu.
tapi yang aku perasan macam pagi la.
pukul 3 ke 4am macam tu.
Pukul 6am terjaga, sebab bunyi azan.
teros bangun and mandi.

Misi datang tukar cadar and selimut.
pastu breakfast.
dalam pukul 7am macam tu doktor datang check.

Hati aku sebenornya berbunga2 nak jumpa doktor.
sebab hati tak sabor nak balik kan.
baby consider dah berak ngan kencing.
jadinya insya allah takde masalah.
bole discharge la kalo macam tu.
belom ape2 aku dah senyum berangan dulu..hehehee...

Masa doktor check tu,
ada perkabaran tak best dia bagitau.
jatuh lagi semangat aku..huhuhuu..

Doktor cakap aku dah boleh discharge, tapi not baby.
hah? Apeeeee????
Tekejut bangang aku kejap.
terkulat2.

Doktor kata anak aku ada kes pecah air ketuban.
baby dah dok dalam tu 24 hours without air tu.
And dia pon dah teberak kat dalam.
Jadinya, baby kena tahan.
dorang nak check if baby got blood infection.
So baby kena cucuk utk amek darah within 48hours.
Nak tak nak aku redho je la.
follow je all the procedures.

Doctor advise soh aku balik, berehat.
baby je tinggal kat ward. Dorang akan jaga.
Tapi, tidaklah aku.
Tak sampai hati nak tinggal dia sorang2 kat sini...huhuu..

Jadinya dalam pukul 11am macam tu,
pindahlah aku anak beranak gi tingkat 8.
Untuk malam ke 4 aku kat situ lagi.
Ward baby pulak.

Bermula episod baby kena cucuk sebab nak amek darah.
aku notice byk kali dia kena cucuk.
sebab kat tangan ngan kaki dia memang belambak kesan kena cucuk.
kat tangan pulak kena letak tiub sebab nak masok antibiotik.
gile tak sampai hati aku tengok.
asal nak bedungkan dia, tukar baju ke..mesti aku seram.
takut tersentuh tiub tu kang, sakit pulak anak aku..T__T

Besoknya pulak, sambil2 wat treatment untuk blood infection,
doctor check jaundice sekali.
ok, sedih lagi.
Baby punye bacaan darah is 14. Not so good.
jadinya baby kena tido bawah lampu,mata tutup.
mula2 tu aku rasa sedih jugak tengok dia macam tu.
dah lama2 tu rasa nak tergelak pon ade.
sebab dia nampak comel macam tu...kikikiiii


Sian baby mama...cuba tengok kaki dia tu, banyak bekas cucuk amek darah. Tu blom kat tangan lagi..huhuuu


Konon2 best la tu dok bawah lampu biru...haishhhh



Tapi yang aku risaukan,
berapa lama lagi aku kene menebeng kat ward nie.
sampai tahap berapa bacaan darah tu baru boleh discharge?
macam2 aku pikir.
Paling tak best, bila badan aku yang dah sedia sakit tu bertambah sakit.
mana taknya, lepas beranak kena buat semua tu sorang2.
dengan tak cukup rehat. Tak cukup tido.
Ada masa2 tu rasa macam down.
senang sangat nak menanges.
tipis gila kot hati ngan perasaan aku tu.
mungkin sebab aku dah rasa penat. Rasa sakit.
huru hara rasa perasaan ngan badan tu.
Kalo kat umah nie, aku dah start berurut ngan bertungku dah.
Gila sedih bila pikir...T__T

Tapi takpelah.
dah memang ditentukan tu bahagian aku.
sabar and redho je la.
yang paling penting anak aku sihat.
aku sakit takpelah. 
aku pon dah tua compare to anak aku yg baru nak tengok donia tu.

23/09/14 - Selasa.
Macam biasa, pagi2 doktor pakar datang check.
satu badan baby kena belek sambil doktor baca report.
And benda paling seronok yang aku dapat pagi tu,
baby dah boleh discharge.
Pehhhh..macam nak menanges pon ade.
sebab happy sangat.
Doctor cakap, jaundice baby dah turun 13, darah pon bersih takde infection.
Alhamdulillah...syukur sangat.
Doktor cuma pesan, buat daily checkup baby kat klinik kat tempat aku checkup.
Okeh doktor. Arahan diterima.

Doktor setel check je, aku teros call Papa.
berbunga2 hati cakap ngan Papa cakap baby bole discharge.
kebetulan Papa pon kate dia baru kuor umah.
okeh, happy berganda2.
hati tak sabo nak balik.

Sementara nak tunggu Papa.
Aku sempat pegi urut badan kejap.
Urut adalah free, sebab aku beranak kat situ.
kebetulan dah buat appointment semalam,
pegi jelah kan. 
Lagi pon nak tunggu proses discharge pon amek masa.
baik aku pegi urut.
kasik release sikit semua urat2 aku yang penat tu.
baby aku tinggal jap kat bilik waiting room.
kat situ misi bole jagakan sementara aku takde.

Dalam satu jam lebih macam tu aku balik ward after urut.
Papa dah sampai uruskan discharge baby.
Aku terus tuju kat katil konon2 nak kemas barang.
Tapi masa aku sampai semua dah siap, 
separuh barang dah siap anto kete lagi.
magic sangat aku rasa...muahahaha..

Pukul 1.30pm macam tu semua setel.
tetiba rasa sedih nak tinggalkan spital nie.
6 malam okeh aku kat sini.
berpindah randah ward.
Banyak tol kenangan pahit manisnya.
Tapi semua tu aku jadikan pengalaman hidup yang tak mungkin dapat kat tempat lain.
tu la hikmah yang aku dapat. Pengalaman hidup.

Rezeki aku sepanjang kat HSI memang aku dijaga baik.
servis dah macam kat hospital swasta dah.
semua misi baik2. Lemah lembut. Bersedia nak menolong.

Selama aku hidup aku dah rasa warded kat 
1. Hospital Sultanah Aminah
2. Hospital Sultan Ismail
3. Hospital Pakar Puteri
4. Hospital Pakar Pasir Gudang

Hamekkkkkk!!!!
4 spital aku dah rasa tido.
paling lama kat HSI laaa.
tapi, Alhamdulillah. Semua baik2 je.
Aku puas hati.
6 malam kat HSI, dengan ward 2nd class,
total expenses aku cuma RM350.
tu hospital kerajaan.
kalo hospital swasta korang rasa berapa?
lebih 10k kot. Selamat wit aku.

Apa pulak aku merepek pasal hospital nie.
tapi memang betul la.
tulah cerita sebenornya..hehehee..

Siap semua, marilah kita tuju ke umah mak.
dah call mak tadi soh siap2 nak bawak balik PG.
mak kate okehh. Dia nak siap2 masak dulu.
dalam hati tak sabor nak balik.
nak makan mak masak...hikhik

Dan bermulalah episod berpantang kat umah sendiri.
entry pantang aku update later okeh.
penat sudah nak type nieh.
ngantok pon yer jugak.

Jumpa lagi la eh.
daaaaa...
















1 comment: